Saturday, 20 April 2013

Satay Ayam

Assalammualaikum...
bosan jugakan kalau makan nasi hari-hari... celik-celik dapur memang tak suka makan nasi hari-hari... tapi apa kan daya my roommate suka makan nasi... dlm seminggu ada sehari celik-celik dapur selitkan menu tanpa nasi... tapi menu satay ada nasi juga, tapi nasi impit je lah...

resepi satay dan  kuah satay adalah resepi arwah bonda... :)))



bahan-bahan satay:
1 ekor ayam saiz sederhana
3btg serai dikisar
1 inci kunyit hidup dikisar (serbuk kunyit pun boleh)
2 ulas bawang putih
2 sudu teh garam
3 sudu besar gula (lagi manis lagi sedap)
1 sudu besar minyak masak
bamboo skewer direndam seketika didlm air

bahan-bahan renjis:
1-2btg serai dititik pangkalnya
1/2 cawan santan
2 sudu besar minyak

cara-cara:
potong isi ayam kecil-kecil berukuran 2cm.
gaulkan dengan bahan-bahan diatas, perapkan selama 2-3jam. (semlman lagi baik)
cucuk daging ayam dng bamboo skewer.
bakar diatas bara arang sambil direnjis dgn menggunakan serai yg dititik dengan campuran santan dan minyak hingga daging ayam masak.
hidangkan bersama kuah satay, ketupat nasi/nasi impit, timun dan bawang hiris.

***(boleh juga dibakar dlm grill pan, kemudian dimasukkan kedlm oven)




ini pula resepi satay ayam dari Hanamemories.blogspot...

bahan-bahan:
1kg ayam (celik-celik dapur guna thigh and breast part)
150gm gula pasir
100gm gula merah
100gm madu
2 sudu kecil garam

bahan-bahan kisar:
3 sudu besar biji ketumbar
2 sudu kecil jintan halus
1 sudu besar lada putih (celik-celik dapur guna serbuk)
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
4 batang serai
1/2 inci kunyit hidup (celik-celik dapur guna 2 sudu besar serbuk kunyit)

cara-cara:
potong kecil isi ayam, cuci dan tos.
gaul ayam dgn bahan kisar bersama gula, garam dan madu.
perap selama 1 jam (boleh juga diperap semalaman di dalam fridge)
cucuk satay dan bakar seperti biasa.





bahan-bahan kuah satay:

1/2kg kacang digoreng tanpa minyak dibuang kulit dan dikisar tidak terlalu halus
100gm bawang merah dan dikisar
50gm udang kering digoreng tanpa minyak dan dikisar
10biji cili kering digereng bersama minyak dan dikisar
2 inci kulit kayu manis dikisar
3 kuntum bunga cengkih dikisar
2 kuntum bunga lawang dikisar
1 inci halia dikisar
2 inci lengkuas dititik
2 batang serai dititik
1 cawan air asam jawa
1/2 cawan minyak
garam dan gula

cara-cara:
panaskan periuk dan masukkan minyak.
tumis semua bahan-bahan kisar kecuali kacang hingga pecah minyak.
masukkan kacang kacau hingga sebati.
masukkan air asam jawa, tunggu seketika dan masukkan garam dan gula.
masukkan lengkuas dan serai, tunggu hingga pecah minyak.

***(jika terlalu pekat tambahkan sedikit air)

Friday, 19 April 2013

Poached Egg with Toast

Assalammualaikum...
"eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a pauper" Adelle Davis quotes (American Nutritionis and Writer, 1904-1974)

YES, i do eat breakfast like a king... then i ate lunch n dinner also like a king... that was before my doctor's advice... now no more Adelle Davis quotes... i ate what my body needs... keep this in your mind, "YOU ARE WHAT YOU EAT"... agama juga mengajar kita bersederhana dlm segala hal... "Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang"... 



1 poached egg
1 slice bread toasted
1 tsp butter
1 tsp any preferred jam


how to poached an egg:

bring a large pot of water to a boil, you also can use milk to get a richer taste.
when the water boil add 1 tsp vinegar per litter.
taste to make sure the level is right.
the vinegar should be barely taste.
lower the heat to a slow simmer.
carefully cracked the egg into a large ladle.
lower the ladle into the water as gently as you can.
the egg white will coagulate in the water and turn white.
it will take around 2-3 minutes for the white to cook but leave the yolk still runny.
remove the egg with a slotted spoon.


Thursday, 18 April 2013

Simple Olio

Assalammualaikum...
just a simple olio can make so much different in your meal... u can add just anything to accompanied your olio... it can be grill chicken or grill lamb chop with simple salad... why not kita ber Italiana bersama celik-celik dapur malam ini...


bahan-bahan:

250 gm spaghetti
1 biji bell peppers (boleh mix colours)
3-4 batang chicken frank
10 ulas bawang putih dipotong dadu (boleh kurangkan)
sedikit udang/ayam atau apa-apa shj mengikut selera masing-masing
sedikit chili flakes
sedikit black pepper crush
garam
olive oil



cara-cara:
rebus spaghetti hingga lembut tapi jangan terlalu kembang dan ditos,
panaskan kuali masukkan olive oil.
goreng bawang putih hingga kekuningan.
masukkan ayam atau udang, kacau seketika.
masukkan chicken frank dan bell peppers, gaul rata.
masukkan spaghetti, chili flakes, black pepper dan garam.


Pajeri Nenas

Assalammualaikum...
pajeri nenas bukan sahaja boleh dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi biryani tapi dengan nasi putih juga sedap... ditambah lagi dengan ikan goreng panas-panas, mahu bertambah-tambah jadinya...


bahan-bahan:
1 biji nenas (boleh juga guna nenas tin)
1 biji kelapa (separuh dibuat kerisik, separuh lagi diambil santan)
2 sudu besar rempah kari
10 ulas bawang merah dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
2 inci halia dihiris nipis
1 sudu besar udang kering
4 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis



cara-cara:

bersihkan nenas dan dipotong nipis.
tumiskan bahan kisar, kulit kayu manis, bunga cengkih dan halia hingga naik bau.
masukkan rempah kari dan kacau hingga garing.
masukkan udang kering, santan, kerisik, nenas, garam dan gula.
biarkan mendidih hingga pecah minyak.


Yong Tau Foo

Assalammualaikum...
kalau di Malaysia celik-celik dapur pastinya akan beli sahaja, tak pernah terfikir pun nak buat sendiri... semenjak jadi perantau terpaksa dan memaksa diri untuk belajar... kalau tak belajar tak makan lah jawabnya... 

terima kasih juga kepada Fida yang sudi berkongsi ilmu YTF bersama celik-celik dapur... :)))



bahan-bahan utk sos YTF:
560ml air
1 kiub stock ikan bilis
1 sudu besar kicap pekat/hitam
2 sudu besar sos kacang hitam (black bean sauce)
1 sudu besar hoi sin sauce
2 sudu besar gula 
garam jika perlu
sedikit tepung jagung  dicampur dgn sedikit air utk memekatkan sos

cara-cara:

didihkan air, stock ikan bilis, kicap pekat, black bean sauce, hoi sin sauce, gula dgn menggunakan api yang perlahan.
kacau hingga mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung, kacau tanpa henti hingga pekat.

bahan-bahan sos cili:

8 biji cili merah dibuang biji
2 sudu teh bijan digoreng
100ml cuka (boleh kurangkan)
2 sudu besar sos plum
3 sudu besar gula
sedikit garam

cara-cara:

kisar cili dan bijan hingga halus,
panaskan cuka menggunakan api perlahan.
masukkan bahan kisar dan semua bahan yang lain.
biarkan sejuk.

bahan-bahan fish ball:

2 keping fish fillet
250 gm tepung ubi
1 sudu teh garam
air secukupnya utk merebus

cara-cara:

kisar isi ikan hingga hancur.
campurkan semua bahan-bahan diatas hingga sebati.
bulat-bulatkan dan direbus hingga timbul.
atau:
campuran isi ikan tadi boleh juga disumbatkan kedlm cili, bendi, terung, tauhu dll.
panaskan kuali, masukkan minyak yang banyak.
pastikan yang disumbat tadi dijunamkan ke bawah dlm minyak yang panas, biarkan separuh masak supaya isi melekat.
bila semua bahan sumbat telah digoreng, bolehlah direbus, dipotong dan dihidangkan dgn sos YTF.

***(utk mendapatkan texture sos YTF yg halus, tapis dahulu sos sebelum masukkan tepung jagung)  


CCD version of Daging Merah

Assalammualaikum...
sesekali makan di kedai atau di gerai atau di restaurant atau di hotel pastinya memuaskan hati... tapi kalau tiap-tiap hari makan diluar mesti bosan juga kan??? apa kata kita main masak-masak ala gerai or warung...


bahan-bahan:
1/2 kg daging direbus dan dihiris nipis
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 inci halia dikisar 
2 ulas bawang putih dikisar
5 biji cili kering dikisar
2 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar fish sauce
sedikit pewarna merah
garam dan gula
minyak utk menggoreng



cara-cara:

panaskan kuali dan masukkan minyak.
goreng daging hingga kekuningan.
keluarkan daging, tumis bahan kisar hingga garing.
masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
masukkan daging, garam dan gula kacau rata.
masukkan pewarna merah.
goreng hingga agak kering.
masukkan bawang yang dipotong bulat.

Kerabu Mangga/Manggo Salad

Assalammualaikum...
kalau celik-celik dapur ke Chicken Rice Shop tak sah kalau tak order manggo salad... tapi disini mana adanya CRS... kena lah belajar buat sendiri... celik-celik dapur suka meng experiment segalanya... try and error... lama-lama mesti berjaya... 


bahan-bahan:
2 biji mangga muda diparut 
2 sudu besar kacang tanah digoreng dan dikisar kasar
2-3 sudu besar fish sauce
1 sudu besar jus limau nipis atau lemon
1 sudu kecil gula
1 biji buah tomato dibuang biji dan dipotong dadu
1 ulas bawang putih dikisar
1 sudu besar udang kering dikisar (lagi sedap kalau dapat udang geragau)
2 biji cili padi dihiris nipis



cara-cara:
mangga yang diparut akan mengeluarkan sedikit air, keringkan dgn menggunakan kitchen towel.
gaulkan dgn semua bahan-bahan diatas hingga mesra.

***(utk mengelakkan kerabu berair atau tidak rangup elakkan dari menggaulnya terlalu awal)

Nasi Ulam CCD

Assalammualaikum...
nasi ulam sedap jika dimakan dgn asam rebus keladi... kalau di Malaysia senang nak dapatkan berbagai-bagai jenis ulam utk dibuat nasi ulam... teringat lagi celik-celik dapur semasa bulan Ramadhan di Alor Setar... pasar Ramadhan yang terletak di belakang Stadium Darulaman menjadi tumpuan pembeli... celik-celik dapur pun tak ketinggalan... bukan selalukan setahun sekali shj... 

motive utama nak mencari nasi ulam dan asam rebus keladi... pusing dan pusing, at last satu warung yg hanya menjual daun yang siap dihiris diletakkan didlm bekas seperti bekas air dan ada periuk disebelahnya... celik-celik dapur menghampiri warung tersebut... pasangan separuh umur yang menjaga warung tersebut... celik-celik dapur pun bertanya, "Makcik, daun apa ni?" dgn senyum makcik tu jawab... "ni ulam utk nasi ulam, dah siap potong... tinggai goi(gaul) dgn nasi saja." celik-celik dapur bukan lagi senyum tapi sengih sampai ke telinga, punyalah suka... nak hiris nipis ulam bukan kerja mudah, mesti ada pisau yang tajam barulah cantik... belum sempat celik-celik dapur bertanya... makcik tu seakan boleh baca apa yg celik-celik dapur fikir... "sayoq keladi tak mau ka?" cepat je celik-celik dapur jawab... "nak, nak... mana boleh tak dak sayoq keladi kalau makan nasi ulam"...


dipendekkan cerita, celik-celik dapur dapat berbuka dgn nasi ulam & asam rebus keladi pd ptg itu...



bahan-bahan:
nasi
sedikit kerisik
ikan talang kering digoreng dan ditumbuk halus
bawang merah dimayang
halia muda dimayang memanjang
bunga kantan dihiris nipis
serai dihiris nipis
garam
sedikit daun kesum, daun pudina, daun kaduk, daun ketumbar, parsley, thyme, rosemary dan dill... semuanya dihiris sehalus yang mungkin



cara-cara:

nasi panas digaul dgn ikan kering, kerisik, halia, serai dan sedikit garam.
dibiarkan sejuk.
apabila tiba masa untuk dimakan barulah digaul dgn bahan-bahan hirisan yang lain.


Kuih Cara Manis

Assalammualaikum...
kuih kegemaran celik-celik dapur semasa kecil semuanya yang berwarna hijau... agaknya disebabkan itulah favourite colour celik-celik dapur pun hijau... kalau arwah bonda buat kuih cara manis berwarna kuning, semestinya tak akan habis... tapi kalau yang menggunakan jus pandan, dalam sekelip mata selesai... belum sempat keluarkan dari loyang, anak-anak arwah bonda menunggu dgn piring ditangan especially me and my sister... 

sekarang tiba masa utk celik-celik dapur pula buatkan untuk anak-anak celik-celik dapur sendiri... my eldest son is allergic to coconut so instead of using coconut milk i used UHT milk in my recipe...



bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 UHT milk atau santan
1/2 sudu kecil garam
5 helai daun pandan dikisar bersama 1 cawan air ditapis dan diambil jus
gula halus secukupnya



cara-cara:

blend semua bahan-bahan diatas kecuali gula hingga sebati.
panaskan acuan kuih cara, sapukan dgn sedikit minyak dan masukkan adunan.
apabila adunan hampir masak masukkan gula.


Pulut Mangga

Assalammualaikum...
arwah bonda sememangnya penggemar pulut... you just name it, pulut mangga, pulut durian sudah pasti, pulut cempedak, pulut pisang, pulut ikan kering dan berbagai-bagai pulut lagi... anak-anak arwah bonda pun jadi penggemar pulut... cucu nya pun ikut juga... 

pulut mangga terkenal sebagai dessert paling popular di utara Semenanjung... tambah-tambah yang berdekatan dengan Thailand (Perlis & Kedah)... Perlis merupakan pengeluar mangga terbaik Malaysia... tapi celik-celik dapur lebih suka makan mangga or mempelam (org utara panggil) dari Thailand kalau nak dimakan dgn pulut... mangga bukan dibuat pengat or bubur or serawa.... pada yang pernah makan mesti tahu bagaimana rupa dan rasanya...


resepi celik-celik dapur paling mudah dibuat, tak banyak kerenah... 



bahan-bahan:
2 cawan pulut
2 cawan santan
sedikit garam
1 helai daun pandan
3-4 biji mangga Thailand yang masak manis tetapi tak terlalu ranum



cara-cara:

cuci bersih pulut dan tos
campurkan santan dan garam
kukus pulut bersama santan
masukkan sehelai daun pandan semasa mengukus utk mendapat aroma
setelah pulut masak bolehlah dihidangkan dgn mangga yang telah dikopek dan dipotong.

***(ada yang suka masak pulut berasingan dgn santan)

Soto Nasi

Assalammualaikum...
menu simple semalam yg menjadi hidangan tengahari utk memenuhi permintaan dan selera anak-anak celik-celik dapur... even though they eat only nasi impit with chicken and soup, still celik-celik dapur prepared complete soto set...

soto celik-celik dapur tersangatlah simple dan senang dibuat... kepada sesiapa yang sudi, jika ada kelapangan silakanlah mencuba...



bahan-bahan sup:
4 keping chicken breast
3 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 inci lengkuas diketuk
2 batang serai diketuk
4 sudu besar serbuk rempah sup
1 atau 2 biji buah keras dikisar bersama bawang
2 ltr air
garam secukup rasa
minyak utk menumis

cara-cara:

panaskan periuk dan masukkan minyak.
tumis bawang yg telah dikisar hingga naik bau.
masukkan rempah sup yang telah dibancuh dgn air
masak hingga rempah betul-betul masak.
kemudian masukkan lengkuas dan serai, kacau rata.
masukkan chicken breast, biarkan seketika.
masukkan air dan garam, gaul rata, biarkan mendidih.
keluarkan ayam setelah ayam masak.
sejukkan dan bolehlah disiat.



bahan-bahan begedel:

200gm mince beef
4 biji kentang saiz sederhana dibersihkan
1 pokok daun bawang dihiris nipis
1 pokok daun sup dihiris nipis
3 sudu besar bawang goreng
sedikit serbuk lada hitam atau lada putih
sedikit garam
1 biji kuning telur

cara-cara:

rebus kentang hingga empuk dan dilecek.
masukkan semua bahan-bahan diatas dan gaul rata.
bulat-bulat dan leperkan.
celupkan begedel dalam putih telur dan digoreng.

cili kicap:

bawang putih dan cili api hijau diblend bersama kicap dan masukkan sedikit sup

bahan-bahan lain:

sedikit tauge dicelur
sedikit daun bawang dan daun sup dihiris nipis
sedikit bawang goreng


Wednesday, 17 April 2013

Grill Chicken Salad

Assalammualaikum...
koleksi CCD Healthy Diet Meal & Salad terhasil pada tahun lepas 2012, apabila my roommate have to watch over his diet after doctor advice... my concerned was can i create something tasty, delicious n tempting to his eyes for him to enjoy the meal... inilah hasilnya...

 
bahan-bahan:
2 keping chicken breast pound to make it flat
sedikit ground black pepper atau crush black pepper
sedikit garam
1 sudu besar lemon juice
sedikit honey (jika suka)
2 biji tomato dipotong wadges
1 biji timun dipotong bulat
sedikit lettuce
sedikit maasdam cheese

cara-cara:
marinate chicken breast bersama black pepper, garam, lemon juice dan honey selama 30minit.
panaskan grill pan, sapukan dgn sedikit olive oil.
grill ayam selama 2 minutes each side or until golden brown.
let it rest then cut.
boleh guna dressing mengikut selera masing- masing.
 

Sambal Udang Petai

Assalammualaikum...
jika celik-celik dapur cerita pasti ada yg berkata pelik dan ketawa... zaman kecik-kecik dulu celik-celik dapur suka makan petai tapi KULIT nya shj... isi/biji petai celik-celik tak makan... arwah bonda celik-celik dapur sememangnya wanita yang perihatin dan peka dengan selera anak-anak... kalau ikutkan hatinya semua kegemaran anak-anak nak dituruti... yang pastinya arwah bonda akan siapkan 1 lauk kegemaran untuk setiap sorang anaknya... nasib baik arwah bonda hanya mempunyai 3 orang anak... jadinya 3 org 3 lauk, belum masuk utk abah... bayangkan kalau ramai, mau patah pinggang...

kembali ke cerita petai... abah dan arwah bonda suka isi/biji petai, anak-anak pula suka kulit... tapi, ada tapi nya pula... haaaa... kulitnya tak nak pahit... macamana tu??? arwah bonda akan kikis warna hijau pada kulit petai, dan dihiris nipis2 bersama biji/isi petai... dibuat sambal bersantan... sedapppppppp sangat... ikan kembung goreng dan nasi panas, sudah cukup untuk celik-celik dapur makan bertambah... air tangan ibu mana yang tak sedap dimulut anak-anak???


tapi disini hanya ada isi/biji petai... tak ada yang berkulit... apa-apalah kan, janji petai...



bahan-bahan:
300gm petai  dibelah 2 atau dihiris (utk memastikan yg tiada ulat ditengahnya) 
4 sudu besar chili paste yg telah dikisar bersama bawang (jika suka pedas boleh letak lebih)
500gm udang segar saiz sederhana, dibuang kulit, dibelah belakang dan dibersihkan (kalau suka masak dgn kulit silakan)
1 sudu besar paste asam jawa (dibancuh dgn sedikit air)
1 keping asam gelugor (optional)
garam dan gula
minyak secukupnya



cara-cara:

panaskan kuali masukkan minyak.
tumis chili paste hingga naik bau.
masukkan asam jawa, biarkan seketika.
masukkan petai, jika sambal terlalu pekat boleh tambahkan air.
bila petai agak layu masukkan udang, kacau seketika.
masukkan garam dan gula.
jika masih terlalu pedas boleh masukkan asam gelugor.

Tuesday, 16 April 2013

Mertabak

Assalammualaikum...
mertabak utara kebanyakknya dipelepori oleh kedai-kedai makan mamak... yg pasti lawannya jeruk bawang dan kuah kari... mertabak sebelah selatan pula lawannya timun bersama sos tomato dan kuah kari... paling celik-celik suka mertabak Kg Melayu JB, sememangnya terbaik... nak-nak mertabak special or jumbo... celik-celik dapur sendiri dah lost track dgn keluaran terbaru mertabak Kg Melayu JB...

disini mana nak cari mertabak Kg Melayu... mertabak celik-celik dapur ada lah... teknik utk menghasilkan mertabak menggunakan kulit popia ini, celik-celik dapur belajar dari Mazwan Kesuma... sudi-sudikan lah mencuba...



bahan-bahan:
15 keping ready made kulit popia saiz paling besar
450gm mince beef atau mince chicken
10 biji bawang besar saiz sederhana dimayang
1 sudu besar chili peste yg telah dibend dgn bawang 
1/2 kecil chili flakes (optional)
1 1/2 sudu besar serbuk rempah (boleh guna rempah kari/kurma/sup)
garam dan gula
minyak utk menumis

cara-cara:

panaskan kuali, masukkan minyak.
tumis chili paste hingga naik bau, kemudian masukkan serbuk rempah.
kacau hingga rempah masak.
masukkan mince beef/chicken gaul rata.
setelah mince beef/chicken hampir masak masukkan bawang, kacau hingga bawang layu.
garam dan gula secukup rasa.
jika suka lebih pedas boleh tambah chili flakes.
masak hingga inti agak kering dgn menggunakan api perlahan.
sentiasa kacau utk mengelakkan inti dari hangus.
sejukkan.


cara-cara meyediakan mertabak:

didlm mangkuk kecil masukkan 2 atau 3 sudu besar inti dan pecahkan 2 biji telur dan kacau sebati.
ambil sekeping kulit popia sudukan bancuhan tadi dan lipat kulit popia menjadi 4persegi.
panaskan frying pan, masukkan sedikit minyak.
letakkan kulit popia yg telah dimasukkan inti tadi di tengah-tengan frying pan dan digoreng.
tambahkan minyak seperti menggoreng roti canai.
balik-balikkan hingga masak.
utk bancuhan didlm mangkuk kecil tadi boleh menghasilkan 3 keping mertabak.
jika suka mertabak yg tebal bolehlah letak inti lebih.

***(resepi diatas boleh menghasilkan 15-17keping mertabak)

Udang Goreng Capsicum/Bell Peppers

Assalammualaikum...
satu lagi resepi dihari-hari malas memasak...


bahan-bahan:
300gm udang saiz sederhana dibuang kulit dan dibersihkan
1 biji capsicum/bell pepper (boleh campur hujau, merah)
2 ulas bawang putih dipotong dadu
1 sudu besar oyster sauce
1 sudu besar tomato sauce
1 sudu teh gula (optional)
minyak utk menggoreng



cara-cara:

panaskan kuali masukkan minyak.
masukkan bawang putih goreng hingga kekuningan.
masukkan capsicum kacau seketika.
masukkan udang goreng.
masukkan oyster sauce, tomato sauce dan gula, gaul rata.

***(utk mengelakkan dari udang menjadi keras jgn goreng terlalu lama)

Grill Honey Chicken Wings

Assalammualaikum...
ada kalanya bila bulan mengambang mood memasak hilang entah kemana... buka tutup buka tutup pintu freezer tapi masih blur... bila fenomena sebegini melanda celik-celik dapur, ini je lah yg terhasil... resepi utk hari-hari malas... senang sangat-sangat... 


bahan-bahan:
chicken wings (seberapa banyak yg anda suka)
bawang besar dan bawang putih dikisar
oyster sos (boleh guna garam)
honey (sebanyak mungkin, lagi banyak lagi sedap)
kicap pekat



cara-cara:

gaulkan semua bahan-bahan diatas dan perap beberapa jam (lagi baik semalaman)
grill seperti biasa.

***(maaf utk resepi ini celik-celik dapur tiada sukatan)

Monday, 15 April 2013

Kuih Bakar Pandan

Assalammualaikum...
kuih bakar pandan atau kuih bakar kemboja rasanya lebih kurang sama... mulut terasa nak makan kuih bakar kemboja, tapi loyang kemboja celik-celik dapur tak ada... celik-celik dapur guna je lah loyang yang mana terdapat di dapur... asalkan rasa ada cukuplah kan...


bahan-bahan:
5 helai daun pandan dikisar dgn 1/2 cawan air dan ditapis ambil jusnya
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir (boleh dikurangkan)
1 biji telur
1 1/2 cawan santan
sedikit garam
sedikit bijan



cara-cara:
masukkan jus pandan, tepung, gula, telur, santan dan garam ke dlm blender dan diblend hingga sebati.
sapukan loyang dgn butter dan tuangkan adunan tadi, taburkan bijan diatasnya.
bakar dlm ketuhar dgn suhu 180'C sehingga masak.


Beef Broccoli with Oyster Sauce

Assalammualaikum...
resepi ini merupakan resepi favourite adik dan papa... adik suka daging, papa pula suka broccoli... senang dlm satu masa dapat memenuhi selera dua kesayangan celik-celik dapur... mudah, ringkas dan berkhasiat...


bahan-bahan:
300gm daging/veal yg lembut kalau dpt yg liat boleh rebus terlebih dahulu
2 ulas bawang putih dimayang
1/2 pokok broccoli dipotong kecil
oyster sauce secukupnya
sedikit garam
sedikit gula
minyak utk menggoreng




cara-cara:

panaskan air hingga mendidih, masukkan broccoli selama 2 minit.
tos dan terus masukkan kedlm air ais.
panaskan kuali dan masukkan minyak.
tumis bawang putih hingga kekuningan.
masukkan daging dan goreng hingga air daging agak kering.
masukan oyster sauce dan gula, garam jika perlu.
sekiranya agak kering tambahkan sedikit air.
jika suka kuah yg pekat bolehlah ditambah dgn tepung jagung yg dibancuh dgn air.
akhir sekali masukkan broccoli, kacau seketika.

Kek Lapis Haw Flakes

Assalammualaikum...
sifat keibuanya jelas terbayang... setiap salaman disambut mesra bersama senyuman...pelukan dan ciuman dipipinya tanda hormat dan sayang celik-celik dapur kepadanya... insyallah ilmu yang arwah Mak Long berikan akan celik-celik dapur guna sebaik mungkin... dan disini ingin celik-celik dapur memperpanjangkan ilmu yg dipelajari dgn pembaca semua, dgn harapan ianya berkekalan dan menjadi pahala jariah kepada arwah Mak Long... amin...


bahan-bahan:
650gm butter
300gm gula castor
300gm tepung gandum
4 sudu besar susu pekat
34 biji kuning telur
8 biji putih telur
1 sudu besar Quick75 (Ovalett)
1 sudu besar vanilla essence
1/2 sudu teh cream of tartar
7 bungkus haw flakes




cara-cara:

pukul butter, vanilla, 100gm gula & susu pekat hingga kembang (A)
keluarkan dari mangkuk mixer dan asingkan.
cuci mangkuk mixer bersih-bersih dan keringkan.
masukkan putih telur, cream of tartar dan Quick75 dan pukul hingga kembang.
masukkan 200gm gula dan pukul lagi.
masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga betul-betul kembang.
masukkan adunan (A) tadi dan tepung dan kacau hingga rata.
ambil 1 senduk adunan, ratakan ke dlm loyang dan bakar 20min atau hingga kekuningan dgn menggunakan api atas dan bawah.
keluarkan dari ketuhar.
ambil 1 senduk adunan lagi, ratakan dan susun haw flakes dan bakar dgn menggunakan api atas shj.
ulang langkah diatas hingga selesai.
setelah bahagian akhir dibakar, cover loyang dgn menggunakan aluminium foil dan bakar selama 15-20min lagi.

***(resepi diatas boleh menghasilkan 2 biji kek dgn menggunakan loyang berukuran 7x7inci)

Marble Cake

Assaalammualaikum...
marble cake memang favourite cake celik-celik dapur sejak dari kecil lagi... sekarang jadi favourite cake anak-anak celik-celik dapur pula... resepinya sangat simple... 


bahan-bahan:
240gm butter
180gm gula caster
240gm telur
240gm self raising flour
1 sudu kecil vanilla essence
sedikit pewarna merah
sedikit serbuk koko



cara-cara:
pukul butter dan gula hingga kembang.
masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi kemudian masukkan vanilla essence.
masukkan tepung sedikit demi sedikit.
bahagikan kpd 3 warna, merah, chocolate dan warna asal.
alaskan loyang dgn baking parchment.
bakar dlm ketuhar 180'C selama 45min-1jam atau hingga kek masak.


***(utk mendptkan kek yg moist boleh gunakan log cabin syrup atau pun susu pekat manis)
 

Sunday, 14 April 2013

Serimuka

Assalammualaikum...
dessert yg menjadi kemestian dlm keluarga celik-celik dapur terutama sekali di bln Ramadhan... tak kurang dari 3 kali arwah bonda akan menyediakannya... 1st of Ramadhan, pertengahan dan penghujung Ramadhan... at that time celik-celik dapur hanya tahu makan shj... tapi setelah berkeluarga sendiri, kena lah belajar buat sendiri... apatah lagi suami celik-celik dapur pun penggemar kuih serimuka... tapi belum sempat celik-celik dapur berguru dgn Ratu Chef dihatiku, arwah bonda pulang kepada Penciptanya...

setelah beberapa tahun arwah bonda pergi, celik-celik dapur terbuka hati untuk mencubanya sendiri... pastinya banyak yg menjadi habuan Mr Bin... ada yg terlembik, ada yg terkeras, ada yg hijaunya meresap ke pulut dll... selama sebln dan 10kali mencuba, akhirnya celik-celik dapur berjaya... tetapi resepi arwah bonda tetap tiada tandingannya :)))



bahan-bahan pulut:
1 cawan pulut dibersihkan dan ditos
1 cawan santan 
sedikit garam
1 helai daun pandan disimpul

cara-cara:

masukkan pulut, santan, garam dan daun pandan kedlm loyang dan kukus hingga masak.
tekan pulut biar mampat dan kukus selama 2minit lagi.



bahan-bahan atas(hijau):

10 helai daun pandan diblend dgn 1 cawan air ditapis dan diambil jus
1 cawan santan
3 biji telur
2-3 sudu besar tepung gandum
1 cawan gula (boleh kurangkan)

cara-cara:

masukkan jus pandan dan semua bahan-bahan diatas kedlm blender dan blend hingga sebati.
tapis adunan.
tuangkan adunan diatas pulut yg telah siap dikukus.
kukus hingga bahagian atas masak.
sejukkan barulah dipotong.


Lemang Kukus

Assalammualaikum...
lemang mmg menjadi tumpuan dan rata-rata orang membakar lemang sehari sebelum Syawal menjelang... dan lebih ramai yg menjadi pembeli termasuklah celik-celik dapur... bagi orang utara semenanjung pula ketupat daun palas menjadi pilihan... memandangkan daun palas dan buluh lemang tiada di sini celik-celik dapur mencari alternative lain utk memastikan di pagi Syawal semestinya ada pulut selain nasi impit dihidangkan bersama rendang... maka terjadilah lemang kukus...


bahan-bahan:
1kg beras pulut dibersihkan dan ditos.
400ml santan (boleh lebihkan santan jika perlu)
300gm santan serbuk
sedikit garam
daun pisang dibersihkan dan dilayur
tali utk mengikat



cara-cara:

campurkan santan pekat, santan serbuk dan garam, kacau rata.
dengan menggunakan non stick cooking pot masak beras pulut bersama santan.
santan mesti sama paras dgn beras pulut.
sentiasa kacau utk mengelakkan beras pulut dari berkerak.
masak hingga santan kering.
balut pulut dgn menggunakan daun pisang menjadi bentuk cylinder dan diikat dikedua-dua hujung.
kukus pulut sehingga betul-betul masak.
setelah sejuk bolehlah dipotong.

***(cara balutan lemang kukus sama seperti balutan lopes utara)
***(lebih elok jika lemang dimasak sehari sebelum dihidangkan supaya lemang betul-betul kering air)