Wednesday, 24 April 2013

Kek Kukus Horlicks

Assalammualaikum...
resepi kek kukus ini celik-celik dapur dapat dari Alang Amnah yang dulunya sama-sama berada di Bahrain, sekarang beliau telah kembali ke tanah air tercinta... resepi yang simple dan sedap... :)))


bahan-bahan:
1 cawan horlicks
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu pekat manis
3 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda


cara-cara:
campur horlicks, gula, susu cair, susu pekat manis dan minyak kedalam periuk dan gaul rata.
masak sebentar diatas api kecil sehingga gula larut dan horlicks tidak berketul.
ayak tepung, bicarbonate of soda dan baking powder.
pukul telur hingga kembang.
masukkan telur kedalam bahan-bahan yang telah dimasak tadi.
masukkan tepung dan gaul rata.
masukkan adunan kedalam loyang dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

***(tutup kukusan dengan kain supaya adunan tidak ditimpa wap)

1 comment:

  1. Sy copy paste yea. Utk rujukn sndr.tq

    ReplyDelete