Friday, 14 March 2014

Apam Polkadot

Assalammualaikum...
pagi jumaat datang lagi... Alhamdulillah, dapat menikmati pagi jumaat utk kesekian kali... Alhamdulillah, syukur diberi kesihatan yg baik utk melakukan routine harian...

pagi-pagi hujung minggu ni selalunya celik-celik dapur akan bawa anak-anak breakfast di luar... tapi minggu ni terasa malas lah pulak... breakfast dirumah je... mood memasak datang dgn tiba-tiba... bila dah selesai sediakan breakfast terus celik-celik dapur keluarkan mixer... inilah hasilnya... :)))


bahan-bahan:
3 biji telur
275gm tepung gandum

200gm gula caster
150ml susu segar
1 sudu besar baking powder
1 sudu kecil ovalett
filling sesuka hati (boleh letak chocolate chips, kaya or jem)
pewarna pun ikut citarasa masing-masing


cara-cara:
masukkan semua bahan apam ke dlm magkuk mixer dan pukul dgn kelajuan maksima selama 6-8minit.
bahagikan adunan kpd 2 bahagian dan titiskan pewarna.
masukkan sedikit adunan tadi kedlm petit size muffin cup yg diletak dlm acuan lompang.

kemudian masukkan filling dan masukkan separuh lagi adunan sehingga 3/4 penuh.
guna piping bag utk membuat dotted.
kukus dgn api yg sederhana selama 7-10minit.


*** Pastikan air kukusan dipanaskan terlebih dahulu sehingga mendidih dan api kukusan jgn terlalu kuat nti permukaan apam akan pecah.

Thursday, 13 March 2014

Mee Rebus

Assalammualaikum...
as usual selepas anak-anak ke sekolah... celik-celik dapur pun mula sibuk dgn routine harian... semalam anak-anak celik-celik dapur dah request nak makan spaghetti bolognaise for lunch... senang keje lah kan... tapi utk celik-celik dapur and my roommate... tak kan spaghetti bolognaise juga!!! kurang menarik...

setelah difikir-fikirkan... tengok bahan pun ada, maka jadilah mee rebus... cuma celik-celik dapur agak malas nak buat udang goreng(pendaram) sebab nak kena kemas rumah pulak lepas masak... apa-apa pun celik-celik dapur sertakan sekali resepi pendaram... :)))


bahan-bahan:
500gm daging bersama direbus
500gm mee kuning dicelur

garam dan gula secukup rasa
minyak utk menumis

bahan A:
20 biji cili kering dibuang biji
4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup (boleh guna serbuk kunyit)
sedikit lengkuas
sedikit lada hitam
2 sudu besar taucu
(blend semua bahan-bahan A)


bahan B:
3 cawan santan pekat
4 biji kentang saiz sederhana (kalau ada keledek lagi manis) direbus
300gm udang segar dibuang kulit
300gm udang kering
(blend semua bahan-bahan B)

bahan hiasan:
telur rebus
taugeh dicelur
daun bawang
cili hijau
limau nipis (limau kasturi lagi sedap)


cara-cara:
tumis bahan A hingga garing.
masukkan bahan B dan kacau.
daging yg direbus dihiris nipis masukkan kedlm kuah tadi.
jika terlalu pekat tambahkan dgn air rebusan daging.

penderam:
6 sudu besar tepung gandum
udang kering diblend
sedikit garam
dibancuh dgn air jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair

cara-cara:
dgn menggunakan sudu besar, cedok adunan tadi dan leperkan kedlm minyak panas.
goreng hingga keperangan.
angkat dan toskan dan simpan dlm bekas kedap udara.

 

Sunday, 9 March 2014

Hazel Nut Cake

Assalammualaikum...
lama betul celik-celik dapur tak buat hazel nut cake... dulu rajin sangat... ini gambar lama yang celik-celik dapur ambil semasa mood rajin mem'baking...
 

bahan-bahan:
400gm butter
400gm gula castor...

400gm telur
400gm self raising flour
200gm hazel nut (dikisar)
150gm cooking chocolate (dicairkan)
2 sudu kecil esen vanila
1/4cawan log cabin syrup dibancuh dgn 1/2cawan air

cara-cara:
pukul butter dan gula sehingga kembang.
masukkan telur satu per satu dan pukul lagi.
masukkan esen vanila.
campurkan hazel nut dgn tepung.
masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dgn log cabin syrup

masukkan adunan kedlm loyang.
tuangkan chocolate yang telah dicairkan diatas.
bakar selama 45minit - 1jam dgn kepanasan 180'C
.
 

Kuih Siput

Assalammualaikum...
sedapkan kalau dipetang hari sambil layan movie bersama keluarga ada semangkuk kuih siput... :)))


bahan-bahan:
300gm butter
1kg tepung gandum...

sedikit serbuk cili
sedikit rempah kari
kiub ikan bilis
garam secukup rasa
sedikit daun kari
air

cara-cara:
gaulkan kesemua bahan-bahan diatas kecuali air hingga sebati.
masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
bolehlah diterap dipapan kuih siput.
goreng hingga keperangan.
goreng juga daun kari utk mendptkan aroma
.
 
 

Daging Salai Masak Lemak CCD

Assalammualaikum...
hari ni tekak celik-celik dapur terasa nak makan pedas-pedas... buka freezer termenung seketika... ada sotong, udang, ayam, daging, ikan, ox tail... nak masak ape ye??? sambal sotong or sambal udang??? ayam masak cili??? daging salai masak lemak??? ikan berlado??? or sup ekor ala-ala thai??? susah juga kalau macam-macam ada dlm freezer... dan ini lah hasilnya...


bahan-bahan:
1/2kg daging tenderloin
2 biji kentang medium size
3-5 ulas bawang merah di kisar (depend on size)
1 inci kunyit hidup dikisar (boleh guna serbuk kunyit)
6-10 biji cili padi dikisar (boleh kurangkan)
2 cawan santan pekat
1 batang serai dititik
1 keping asam gelugor (jika perlu)
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar minyak

cara-cara:
daging di grill diatas grill pan.
balik-balikkan hingga kedua-dua bahagian mendapat grill mark.
masukkan dlm oven dan bakar selama 20minit.
keluarkan daging biarkan selama 20-30minit.
hiris daging nipis-nipis... kalau rajin siat-siatkan.
panas kan periuk masukkan minyak.
tumis bawang, cili padi dan serai hingga naik bau.
masukkan kentang.
kacau seketika jangan sampai hangus (guna api kecil)
masukkan santan biarkan hingga mendidih.
masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa.
bila kentang empuk masukkan daging.
biarkan seketika.