Assalammualaikum...
ramai rakan-rakan FB yang mencuba dan post ke wall masing-masing resepi apam tepung beras... masing-masing berjaya buat apam tepung beras yang comel-comel dan gebu... dah lama celik-celik dapur teringin nak buat tapi memandangkan tempoh pemerapan yang terlalu lama terus celik-celik dapur pendamkan seketika niat utk membuat apam tepung beras...
bangun pagi ni hati bagai digaru-garu lah pulak nak try buat apam tepung beras... nasi lebihan semalam pun ada... cantik sangatlah tu... selesai solat subuh, celik-celik dapur terus ke dapur walaupun masih terlalu awal... maklumlah subuh awal sekarang... belum 3.30pg azan subuh dah pun berkumandang... pukul 4.15pg dah siap adunan apam... tapi adunan apam celik-celik dapur tak perlu diperap terlalu lama cukup sekadar 30minit atau 45minit sahaja... resepi utk org yang kurang sabar seperti celik-celik dapur... kalau boleh semua nak shortcut je... heheheh...
celik-celik dapur namakan apam je lah ye sebab terdapat tepung gandum dalam adunan apam ni... kalau nak panggil apam tepung beras kesian pulak tepung gandum diketepikan... hehehe... apa-apa pun janji apam jadi cantik berseri, berkilat, gebu dan lembut dimakan...
bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
6 gm yeast segera
1 1/2 cawan air suam
1 1/2 sudu besar minyak masak
cara-cara:
blend nasi dgn air suam hingga nasi hancur.
dalam mangkuk besar satukan semua bahan-bahan kecuali minyak masak.
gaul sebati dan masukkan bancuhan nasi tadi.
kacau rata dan biarkan seketika hingga adunan berbuih (30-45minit)
sebelum dikukus masukkan minyak masak kedalam adunan apam dan kacau rata.
sapukan sedikit minyak kedalam cawan lompang.
panaskan kukusan.
kukus apam hingga masak (10-15minit)
*** (minyak masak dapat melembutkan apam... petua yang celik-celik dapur dapat dari pakar membuat apam)
No comments:
Post a Comment