Monday, 28 April 2014

Cucur Udang Rangup Pasembor

Assalammualaikum...
semalam sempat celik-celik dapur masukkan resepi kuah pasembor... pagi ni celik-celik dapur masukkan resepi cucur udang rangup utk pasembor... resepi ni celik-celik dapur dapat dari blog Perniagaan Katering & Restoren... kalau sesiapa yang nak penerangan yang lebih lanjut sila buka blog diatas...

bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar kelapa kering (optional, celik-celik dapur tak letak pun)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil yeast
1 sudu kecil gula
2 cawan air suam
100gm udang basah atau kering (dikisar)
garam secukup rasa


cara-cara:
larutkan yeast dan gula dgn air suam, biarkan 10minit.
campurkan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung dan baking powder ke dalam bekas besar.
gaul sebati.
masukkan air larutan yeast dan gula tadi ke dalam mangkuk tepung.
gaul rata.
masukkan udang dan garam, gaul sebati.
tutup mangkuk adunan dan perap selama 1jam.
adunan akan naik 2 kali ganda.
gaul kembali.
panaskan kuali dan masukkan minyak.
besar atau kecil size cucur udang terpulang pada citarasa masing-masing.

 

Sunday, 27 April 2014

Pasembor

Assalammualaikum...
dah berhari-hari tekak celik-celik dapur terasa nak makan pasembor aka rojak mamak... teringat pasembor padang kota yang tersangatlah famous... apakan daya disini tak de pasembor padang kota... pasembor celik-celik dapur adalah...

bahan-bahan dah dibeli dari hari jumaat lagi... cuma tak berkesempatan... busy bebenor... tambah-tambah dihujung minggu, kerenah MPH mesti didahulukan...

Alhamdulillah pagi tadi siap juga pasembor yang diidam-idamkan... :))))



bahan-bahan utk kuah:
1/2kg keledek orange (direbus dan dikisar hancur menggunakan air rebusan)
125gm udang basah (dibuang kulit, simpan bahagian kepala dan dikisar)
125gm kacang tanah (digoreng menggunakan minyak, dibuang kulit dan dikisar)
10-15biji cili kering (digoreng menggunakan minyak)
3 ulas bawang putih (digoreng layu)
2-3 biji bawang besar (dihiris dan digoreng layu)
4 cawan air
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

cara-cara:
blend cili kering, bawang putih dan bawang merah hingga hancur.
masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar kedalam periuk bersama air.
masak hingga mendidih dan kecilkan api.
masukkan air asam jawa, garam dan gula.
kacau sebati.
masak hingga kuah pekat.

bahan-bahan sampingan yang lain:
cucur udang
telur rebus
tauhu
tauge
timun
sengkuang


***(resepi asal dari Perniagaan Katering & Restoren)