Assalammualaikum...
teringat teman rapat celik-celik dapur yang suka sangat dgn pulut urap... Alang Amnah, resepi ni khas utk anda... kena belajar buat sendiri tau... :)))
bahan-bahan pulut:
1 1/2 cawan beras pulut
1 3/4 cawan santan pekat
1 helai daun pandan disimpul
garam secukupnya
cara-cara:
bersihkan beras pulut dan ditos.
masukkan beras pulut kedlm loyang.
masukkan santan yg telah dicampurkan dgn sedikit garam.
masukkan daun pandan dan kukus hingga pulut betul-betul masak.
bahan-bahan urap/serunding:
2 biji kelapa parut diambil putih shj
2 sudu besar udang kering
250gm udang segar dibuang kulit dan dicincang
10 tangkai cili kering dikisar
1 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 btg serai diketuk (jika suka boleh dikisar)
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis
cara-cara:
panaskan kuali dan masukkan minyak.
tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
masukkan serai yang diketuk dan udang segar, kacau rata.
masukkan kelapa parut dan kacau rata, kemudian masukkan serbuk kunyit.
bila kelapa agak kering masukkan udang kering, garam dan gula.
kacau hingga kelapa betul-betul kering.
setelah masak bolehlah diletakkan diatas pulut yang telah siap dikukus.
No comments:
Post a Comment