Assalammualaikum...
ini pula lanjutan kepada post kuih laksam... dah siap buat kuih laksam kenalah buat kuahnya kan... ini resepinya...
bahan-bahan utk kuah:
1kg ikan kembung dicuci bersih direbus diambil isi, dikisar dan disimpan air rebusan
4 cawan santan
2 biji bawang besar dikisar
2 inci halia dikisar
3-4 keping asam gelugor
1 sudu besar lada hitam dikisar halus
garam dan gula secukup rasa
cara-cara:
masak isi ikan bersama bawang, halia, santan dan asam gelugor hingga mendidih.
masukkan lada hitam, garam dan gula.
jika terlalu pekat boleh tambahkan dgn air rebusan ikan.
bahan-bahan sampingan:
cili merah dikisar
timun dihiris nipis dan memanjang
kacang panjang dihiris kecil
tauge
daun kesom
limau nipis/limau kasturi
Assalammualaikum...
terima kasih pada Ateh Azwina yang sudi berkongsi ilmu dan resepi dgn celik-celik dapur... resepinya simple dan amat mudah dibuat... sila-silakanlah mencuba... pasti menjadi, kalau ikut betul-betul resepi dan cara-caranya... happy cooking everyone... :)))
bahan-bahan utk kuih:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
4 cawan air
garam secukup rasa
cara-cara:
campurkan semua bahan-bahan diatas hingga sebati.
sapukan loyang dgn minyak.
masukkan sesenduk (lapisan nipis setebal 5mm) adunan tadi kedlm loyang.
kukus adunan hingga nampak gelembung-gelembung udara.
angkat dan gulung ketika panas.
setelah sejuk bolehlah dipotong.
Assalammualaikum...
satu lagi gambar lama yang ingin celik-celik dapur post bersama resepi...
bahan-bahan:
1 pack bee hoon direndam
300gm ayam/daging/udang/sotong
1 labu bawang putih dimayang
sedikit daun sawi
4 sudu besar oyster sauce
garam secukup rasa
4 biji telur
cara-cara:
panaskan kuali dan masukkan minyak.
tumis bawang putih hingga kekuningan.
masukkan oyster sauce.
masukkan ayam/daging/udang/sotong kacau hingga separuh masak.
masukkan garam.
masukkan bee hoon kacau seketika.
masukkan telur kacau hingga telur masak akhir sekali masukkan sayur sawi.
gaul rata hingga bee hoon betul2 masak.
Assalammualaikum...
gambar lama yang celik-celik dapur ingin post ke ruangan ini beserta resepi yang amat simple...
bahan-bahan:
1 pack bee hoon direndam
3-4 sudu besar chili paste yg telah dikisar bersama bawang
300gm ayam/daging/udang/sotong
3 sudu besar oyster sauce
3 sudu besar tomato sauce
kicap manis secukupnya
sayur sawi atau daun kucai
garam & gula secukup rasa
2 biji telur dibuat dadar dan dihiris nipis
1 biji buah tomato, cili merah dan daun bawang dihiris nipis sbg hiasan
sedikit minyak utk menumis
cara-cara:
panaskan kuali dan masukkan minyak.
tumis cili hingga naik bau.
masukkan oyster sauce, tomato dan kicap.
masukkan ayam/daging/udang/sotong kacau hingga separuh masak.
masukkan garam dan gula.
masukkan bee hoon dan sayur kacau hingga bee hoon betul2 masak.
Assalammualaikum...
hari ini celik-celik dapur berjaya selesaikan tugasan harian dgn begitu awal sekali... seawal 8pagi... best sangat... tapi apa yg nak dibuat dlm masa terluang ni!!! layan korea!!! mulut terasa nak makan egg roll... tapi tak pernah buat... browse dulu cari resepi... hahahah... nampak macam senang... jom kita try test uji skill celik-celik dapur...
walaupun tak se'perfect kedai at least I've made it on my 1st attempt... dan inilah hasilnya...
bahan-bahan:
4 biji telur
1 sudu kecil light soy sause
1 sudu besar gula
1 sudu kecil sushi vinegar
sedikit garam
cara-cara:
pukul telur dan masukkan bahan-bahan diatas.
panaskan frying pan on medium heat.
sapukan sedikit minyak.
bahagikan adunan telur tadi kepada 3-4bahagian.
tuangkan 1bahagian adunan telur ke dlm frying pan.
masak hingga separuh masak kemudian digulung.
telur yang digulung tadi diletakkan dibahagian hujung pan.
tuang 1bahagian lagi adunan telur dan sedikit dibawah telur yg telah siap digulung.
apabila hampir masak gulung bersama gulungan pertama utk menebalkannya.
ulang langkah ini hingga selesai.
setelah telur masak angkat dan letakkan telur tadi diatas bamboo mat dan roll.
bolehlah dipotong.
***(terdapat mirin dlm resepi egg roll, disebabkan ada kandungan alcohol dlm mirin celik-celik dapur guna sushi vinegar shj)
***(mirin: is an essential condiments used in Japanese cuisine. it is a kind of rice wine. similar to sake, but with lower alcohol content and higher sugar content)
Assalammualaikum...
resepi yang celik-celik dapur reka-reka dan terasa OK pula ditekak celik-celik dapur... heheheh... kepada penggemar daging bolehlah mencuba...
bahan-bahan:
500gm daging dihiris nipis, dicuci dan ditos
1/2 sudu kecil rempah kari daging
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cili atau chili flakes
sedikit serbuk ketumbar
sedikit serbuk jintan halus dan kasar
garam secukup rasa
3 ulas bawang putih dihiris nipis
2 biji bawang besar dihiris nipis
2 sudu besar tepung jagung digaul dgn sedikit garam dan white pepper
cara-cara:
gaul semua bahan-bahan diatas dan perap selama 1-2jam.
gaul bawang putih dan bawang besar dgn tepung jagung dan goreng.
angkat dan ditos.
dgn menggunakan minyak yang banyak, goreng daging hingga hampir kering.
matikan api biarkan selama 5 minit.
angkat, biarkan sejuk dan taburkan bawang yang digoreng tadi.
Assalammualaikum...
weekend selalunya celik-celik dapur akan melayan kerenah my precious heros(MPH's)... apa yang dia orang request sebolehnya celik-celik dapur akan cuba penuhi... semlm celik-celik dapur main masak-masak ala-ala jepun with MPH's... ini lah hasilnya...
bahan-bahan:
nasi sushi yang telah dimasak
4 btg crab stick ukuran lebih kurang 6inci panjang
sedikit togarashi
sedikit mayonnaise
beberapa keping nori
sedikit flying fish roe
hard boiled egg
***(resepi dan cara memasak nasi sushi ada dlm post California Roll & Maki)