Saturday, 29 November 2014

Moist Banana Walnut Muffins

Assalammualaikum...
pisang ohhhh pisang... celik-celik dapur beli pisang montel 6 biji selalunya sekejap je habis... entah kenapa kali ni terluaknya hanya sebiji... 5 biji lagi dah naik black spotted... puas juga memikir... nak buat cekodok pisang, dah selalu sangat... nak buat bingka pisang pun kerap kali buat celik-celik dapur makan sorang je... kali ni celik-celik dapur try buat muffin pula... harap-harap larislah hendaknya di rumah ni... :)))




bahan-bahan:
250gm butter
1 cawan caster sugar
1 cawan icing sugar
2 1/4 cawan self raising flour
5 biji  pisang masak ranum 
1 cawan walnut roughly chop
5 biji telur
1 sudu kecil vanilla essence
 

 
cara-cara:
panaskan oven pada suhu 180'C.
pukul butter dan gula hingga kembang.
masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga sebati.
masukkan vanilla essence.
masukkan tepung, gaul rata.
masukkan pisang dan walnut.
sudukan adunan ke dalam bekas cupcakes dan bakar selama 15-20minit atau hingga masak.


 

Brisk Walking

Assalammualaikum...
Alhamdulillah sekarang dah masuk musim sejuk di Bahrain, middle east... cuaca yang paling bagus untuk activity luaran... desert camp, bbq, brisk walking dan seangkatan dengannya... celik-celik dapur suka brisk walking di musim sejuk... nak jogging tak boleh... faham-faham je lah ye... heheheh...

Sitra Bay... selepas hantar anak-anak ke sekolah singgah sekejap utk brisk walking for 1hr everyday... exercise sambil menghirup udara laut yang segar...