Friday, 10 May 2013

Ayam Masak Merah CCD

Assalammualaikum...
nasi tomato semestinya berlaukkan ayam masak merah tak pun kurma daging atau kambing... tapi hari ini celik-celik dapur sempat menyediakan ayam masak merah shj... cukup lah tu kan... apa nak dikatakan lagi, sbb tugasan lain berbaris menunggu... hari minggu pun kerja, kerja... apa-apa pun syukur, Alhamdulillah kerana diberi kesihatan dan kelapangan utk terus melakukan tugasan sbg suri rumah... :)))


bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 12 digaul dgn garam dan serbuk kunyit
70gm tomato paste
160ml evaporated milk
3 sudu besar chili paste yang telah diblend dgn bawang
1 btg serai diketuk
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
minyak secukupnya utk menggoreng ayam
sedikit air jika perlu
garam dan gula secukupnya
sedikit cherry tomato sebagai hiasan


cara-cara:
panaskan kuali dan masukkan minyak.
goreng ayam jangan terlalu garing.
angkat dan ketepikan.
kurangkan minyak dgn menggunakan minyak yang sama tumis cili dan serai hingga naik bau.
masukkan bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis, kacau seketika.
masukkan tomato paste dan kacau lagi.
masukkan susu, jika kuah agak pekat boleh tambahkan sedikit air.
masukkan semula ayam, garam serta gula.
biarkan mendidih seketika.
masukkan cherry tomato.

 

Nasi Tomato Bonda

Assalammualaikum...
sekali lagi ingin celik-celik dapur berkongsi resepi arwah bonda... yang tentunya menjadi kegemaran celik-celik dapur sejak kecil lagi... hari ini celik-celik dapur sediakan nasi tomato utk seisi keluarga... :)))


bahan-bahan:
4 cawan beras basmati
160ml evaporated milk
70gm tomato paste
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawing
2 inci kulit kayu manis
4 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
2 biji buah keras dikisar
1 helai daun pandan
3 sudu besar butter
3 sudu besar minyak
garam dan gula secukupnya
air secukupnya utk memasak nasi


cara-cara:
cuci beras dan tos.
panaskan minyak dan butter.
tumis bahan kisar, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga naik bau.
masukkan air, susu dan tomato paste tunggu hingga mendidih.
masukkan beras, garam, gula serta daun pandan, kacau rata.
masak seperti biasa.

***(sedap dimakan dgn ayam masak merah, acar timun & nenas atau kurma daging/kambing)

 

Thursday, 9 May 2013

Jem Nenas

Assalammualaikum...
ini pula resepi jem utk tart nenas yang juga dari teman baik celik-celik dapur... Ba'ah, thanks again dear...


bahan-bahan:
4 biji nenas tidak terlalu masak (dibersihkan)
3 helai daun pandan
800gm gula batu (boleh dikurangkan jika suka)
boleh ditambah sedikit jus lemon jika suka

cara-cara:
bersihkan nenas dan diparut bersama hempulurnya (bahagian tengah nenas boleh dikisar jika keras)
masak nenas hingga hampir kering.
masukkan gula batu dan kacau selalu.



***(utk tart gulung jem dimasak hingga pekat, utk tart yang diterap jem mestilah basah sedikit)

Tart Nenas

Assalammualaikum...
ingin celik-celik dapur berkongsi resepi bersama semua yang sudi membaca blog masakan celik-celik dapur... resepi dari teman baik celik-celik dapur semasa masih bergelar pelajar... lama tu... Ba'ah, thanks dear for this marvelous recipe... :)))


bahan-bahan:
250gm butter
1 biji kuning telur

1/4 cawan gula caster
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu pekat
3 sudu besar ice water
400gm tepung gandum (tambah sedikit demi sedikit hingga dpt di terap dgn baik)



cara-cara:
pukul butter dgn gula hingga kembang.
masukkan kuning telur, susu pekat, esen vanila dan ice water dan pukul lagi hingga sebati.
masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh.

***(sukatan tepung diatas utk tart gulung. Untuk tart yg diterap kena lebihkan tepung)


 

Tapai Pulut

Assalammualaikum...
minggu lepas celik-celik dapur sempat mengambil petua-petua bagaimana nak menghasilkan tapai pulut yang manis dari bonda Kak Kantan, yang dtg bercuti disini... hari isnin yang lepas celik-celik dapur telah memulakan operasi my 1st time ber'tapai'... ada juga cerita kelakar terjadi... tapi dipendekkan cerita, Alhamdulillah tapai 1st attempt celik-celik dapur menjadi... sambil menaip blog sambil menikmati tapai pulut bersama vanilla ice cream... HEAVEN!!!


bahan-bahan:
1kg beras pulut dicuci bersih dan ditos
7biji ragi sebesar duit 10sen dihancurkan

cara-cara:
kukus atau masak pulut hingga pulut betul-betul kembang atau masak tak berbiji.
ratakan pulut diatas dulang dan sejukkan.
taburkan ragi diatas pulut, kemudian balik-balikkan pulut supaya ragi sekata.
masukkan pulut dlm air tight container, kemudian dibalut dgn kain dan disimpan ditempat yang tidak kena cahaya.
insyaallah 2 hari tapai akan menjadi.
tapai yang masak bolehlah disimpan dlm fridge.


 

Seri Kaya Pandan CCD

Assalammualaikum...
semalam tekak celik-celik dapur bagai digaru-garu nak makan seri kaya... bila tengok jam dah pukul 5.45pm... setengah jam lagi dah nak maghrib... tapi mulut dah terasa seri kaya... terus celik-celik dapur masuk ke dapur siap apa-apa yang patut... by 6pm satu periuk adunan seri kaya pandan dah ada atas dapur... by 6.30pm seri kaya pandan pun siap... belum sempat sejuk celik-celik dapur dah sapu kaya ke sekeping roti... Ya Allah, nikmatnya tak terhingga... sampai terpejam-pejamlah mata celik-celik dapur menikmati kaya dgn roti... hehehe...


bahan-bahan:
12 helai daun pandan diblend dgn 1 1/2 cawan air, ditapis dan diambil jus
1 2/3 cawan gula
400ml santan pekat
5 biji telur
5 sudu besar tepung gandum


cara-cara:
masukkan semua bahan-bahan diatas kedalm bekas kacau hingga sebati atau diblend.
tapis adunan
masak dgn api yang kuat pada peringkat awal, bila adunan nampak agak pekat kecilkan api
kacau hingga adunan menjadi pekat.
setelah sejuk bolehlah diletakkan dlm bekas air tight dan disimpan dlm fridge.

***(adunan hendaklah sentiasa dikacau)
***(tempoh memasak 30minit)
 

Tuesday, 7 May 2013

Laksa Johor

Assalammualaikum...
arwah bonda celik-celik dapur asalnya dari Utara Semenanjung, Perlis Indra Kayangan... celik-celik dapur dilahirkan di Kangar, Perlis... penghujung semenanjung... bertemu jodoh dgn orang penghujung semenanjung juga, tapi Selatan Semenanjung, JB Johor Darul Takzim... North & South gitu...

panjang pulak ceritanya... nak cerita pasal laksa Johor, dah melalut North & South pula jadinya... celik-celik dapur suka laksa utara berbanding laksa johor, maklumlah kan orang utara... my roommate nak kata tak makan langsung laksa utara tidak lah, bukan penggemarlah senang cerita... jadi celik-celik dapur jarang buat laksa utara... kalau suruh buat laksa johor macam senang sangat tapi kalau suruh buat laksa utara terkial-kial jadinya, siap kena buka buku resepilah... heheheh...

kalau masak makan sensorang kan tak best gitu... baiklah buat yang semua suka, mana-mana lah kan... janji laksa... :)))


bahan-bahan:
1/2kg ikan kembung
2 sudu besar udang kering
1 sudu besar serbuk kari ikan
1 inci lengkuas dikisar
2 btg serai dikisar
2 biji bawang besar dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
250ml santan
2 sudu besar kerisik (lagi banyak lagi sedap)
2 keping asam gelugor
1/2 cawan minyak utk menumis
garam secukup rasa
500gm spaghetti dicelur dan ditos


cara-cara:
ikan dan udang kering direbus.
keluarkan ikan dan udang kering, simpan air rebusan.
asingkan ikan dari tulang dan blend isi ikan hingga hancur bersama udang kering.
campurkan bahan kisar dgn serbuk kari ikan.
panaskan periuk, masukkan minyak.
tumis bahan kisar yg telah dicampur dgn serbuk kari hingga garing.
masukkan isi ikan dan udang yg telah dikisar, kacau rata.
masukkan santan dan asam gelugor, kacau biar sebati.
masukkan kerisik dan garam secukup rasa.
biarkan mendidih, perlahan kan api biar hingga pecah minyak.

bahan-bahan sampingan:
taugeh
timun dibuang kulit dan bahagian tengah dan dihiris nipis
bawang besar dihiris nipis
lobak asin
daun kesom dihiris nipis
daun selasih dihiris nipis
cili merah dikisar
limau kasturi

Hati Goreng Lada Hitam

Assalammualaikum...
kepada sesiapa yang kekurangan darah, bolehlah cuba resepi ini... kepada yang dah cukup darah pun boleh... celik-celik dapur dalam setahun ada lah 2 atau 3 kali buat... tak elok jugakkan makan organ-organ dalaman terlalu kerap... :)))


bahan-bahan:
300gm hati lembu
3 ulas bawang putih dikisar
 

sedikit serbuk kunyit
sedikit lada hitam dikisar hancur
kicap pekat secukupnya
garam & gula secukup rasa
1 biji bawang besar dipotong bulat

1 tangkai daun bawang dihiris 1inci panjang 
1 biji cili merah dihiris
sedikit minyak utk menggoreng





cara-cara:
panaskan kuali dan masukkan minyak.
tumis bawang putih hingga naik bau.
masukkan hati yg telah digaulkan dgn garam dan kunyit.
goreng seketika jgn terlalu lama sbb hati akan keras kalau terlalu lama masak.
masukkan kicap, lada hitam dan gula, gaul rata.
masukkan hirisan cili, bawang dan daun bawang.


 

Rendang Daging Warisan CCD

Assalammualaikum...
hari ini ingin celik-celik dapur berkongsi satu lagi resepi arwah bonda, actually recipe from my  late great great grandmother which pass to my late grandmother then to my mom then my mom pass it to me... that's why I name it rendang warisan... Alhamdulillah...


bahan-bahan:
1kg daging
2 biji kelapa diambil santan

2 inci lengkuas diketuk
3 btg serai diketuk
1 keping asam gelugor
3 helai daun kunyit dihiris nipis
5 helai daun limau purut dihiris nipis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
1 pkt kecil kerisik
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan minyak utk menumis
gula dan garam secukup rasa

bahan-bahan utk dikisar:
15 biji cili kering dibuang biji (jika suka pedas boleh lebihkan cili)
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih



cara-cara:
potong daging bite size, cuci dan ditos.
gaulkan daging dgn separuh bahan yang dikisar bersama garam, gula dan serbuk kunyit.
perap selama 1 jam.
tumis separuh lagi bahan yang dikisar tadi bersama bunga lawang,cengkih dan kulit kayu manis hingga naik bau.
masukkan daging.
tunggu hingga pecah minyak.
masukkan santan, serai, lengkuas, asam gelugor, kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.
biarkan hingga mendidih.
tambahkan gula serta garam secukupnya.

***(boleh juga gunakan ayam utk resepi ini)
 

Monday, 6 May 2013

Mee Hailam CCD

Assalammualaikum...
masak nasi hari-hari pun bosan jugak kan??? tambah-tambah cuaca makin panas sekarang... kalau dlm rumah rasa macam winter je, sbb aircond almost 24hrs... di luar!!! senyum dan sengih je memanjang menahan bahang... kalau berangin Alhamdulillah sejuk lah sikit... apa-apa pun syukur dgn kurniaan Allah... nak cerita pasal mee dah tersasul ke panas mentari...

menu semlm, bukan hari ni ye... version mee hailam celik-celik dapur selalunya terlebih bahan muatan dari mee... since nak masuk ke blog jadi celik-celik dapur kurangkan lah sikit longgokan diatas mee... tapi dlm mangkuk hidang sudah tentu terlebih muatan... :)))


bahan-bahan:
1/2kg mee kuning
3 ulas bawang putih diketuk
3 pokok sawi
1 btg carrot
1 biji capsicum
1/4 biji cauliflower
1 keping chicken breast dipotong kecil
250gm udang segar dibuangkulit dan dibelah belakang
2 biji telur
2 kiub ayam
1 sudu teh lada putih
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
3 sudu besar oyster sauce
3 sudu besar kicap pekat
500ml air
sedikit garam jika perlu
sedikit minyak utk menumis


cara-cara:
panaskan kuali, masukkan minyak dan kicap pekat.
masukkan mee dan goreng seketika, angkat dan ketepikan.
jika perlu tambahkan sedikit minyak.
tumis bawang putih hingga kekuningan.
masukkan ayam dan udang, goreng seketika, angkat dan ketepikan.
masukkan sayur yang keras dahulu, gaul rata.
masukkan air, biarkan mendidih.
pecahkan telur satu persatu dan kacau hingga hancur.
masukkan kiub ayam, lada putih, oyster sauce dan garam jika perlu.
masukkan campuran tepung jagung, kacau hingga kuah agak pekat.
masukkan sayur yang selebihnya.
sebelum dituangkan keatas mee, masukkan semula ayam dan udang.

***(boleh juga dimakan dengan cili jeruk)

 

Sunday, 5 May 2013

Bee Hoon Sup Utara

Assalammualaikum...
sesekali balik ke utara celik-celik dapur sememangnya tak akan ter'miss makan bee hoon sup utara... semestinya bee hoon sup special, yang sarat dgn limpahan daging, paru, perut dll didlm nya... tapi disini, cukup sekadar daging yang ada lemak-lemak sikit... :)))


bahan-bahan:
1kg daging dan tulang
1/2 pack bee hoon
sedikit pewarna kuning
4 sudu besar cili serbuk
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
sedikit bawang goreng
2 ketul tauhu digoreng dan dihiris
sedikit lobak asin

bahan-bahan utk merebus daging & tulang:
2 biji bawang besar dipotong kasar
2 ulas bawang putih diketuk
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawing
2 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1 btg celery dipotong kasar


cara-cara:
rebus daging dan tulang dgn bahan-bahan diatas hingga empuk.
keluarkan daging dan tapis.
simpan air rebusan.
asingkan daging dari tulang, masukkan semula tulang kedlm sup dan masukkan garam secukupnya.
daging tadi dihiris.
bancuh serbuk cili bersama air dan masak dgn api yang kecil dgn sedikit minyak.
masak hingga cili betul-betul masak utk mengelakkan dari sakit perut kepada yang alah dgn cili.
bee hoon dicelur bersama pewarna kuning.
masukkan bee hoon yg telah siap dicelur kedlm mangkuk, masukkan sup, masukkan daging dan taburkan lobak asin, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili.
sedia utk dimakan.
 

Ox Tail Soup/ Sup Ekor

Assalammualaikum...
ini juga resepi ketandusan idea semalam...


bahan-bahan:
500gm ekor lembu
1 btg serai diketuk
1 biji jus lemon
5 helai daun limau purut dihiris kasar
2 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih diketuk
6 biji cili padi (boleh lebihkan jika suka pedas)
1 biji kentang dipotong bite size
1 batang carrot dipotong bite size
1 tangkai daun bawang dipotong 1inci panjang
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawing
3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia
garam secukupnya.
sedikit batang celery dipotong
2 biji tomato dibelah 4
1 biji bawang holland dipotong wedges 


cara-cara:
rebus ekor bersama bawang, halia dan rempah 4beradik, hingga empuk.
keluarkan ekor dan tapis air rebusan.
didihkan air rebusan bersama serai, daun limau purut, cili padi, jus lemon dan garam.
masukkan carrot dan kentang, rebus hingga empuk.
masukkan ekor, celery, tomato dan bawang holland.
 

Sherry Masak Kicap

Assalammualaikum...
ketandusan idea semlm... inilah hasilnya...


bahan-bahan:
1ekor ikan sherry dibersihkan 
1 biji bawang besar dipotong bulat
4 ulas bawang putih dipotong dadu
1 biji cili merah dihiris
1 biji cili hijau dihiris
4 sudu besar kicap
3 sudu besar oyster sauce
3 sudu besar tomato sauce
2 sudu besar gula
1 sudu teh tepung jagung dibancuh dgn sedikit air*
1 sudu teh cuka (optional)
1/2 cawan air
1 biji putih telur
sedikit garam
sedikit tepung jagung
minyak utk deep fry


cara-cara:
pukul telur putih bersama sedikit garam, tuangkan telur keatas ikan dan gaul rata.
angkat ikan dan celupkan ikan kedlm tepung jagung.
goreng ikan hingga salutan tepung bertukar kekeuningan, dan ketepikan.
dikuali yang lain goreng bawang putih hingga kekeuningan dan diangkat.
masukkan kicap, oyster, tomato sauce dan air, kacau sebati.
masukkan gula dan cuka, kacau seketika.
masukkan cili dan bawang.
masukkan bancuhan tepung jagung* utk memekatkan kuah.
tuangkan kuah keatas ikan, sedia utk dihidangkan.
 

CCD Version of Macaroni & Cheese

Assalammualaikum...
pernah celik-celik dapur buat macaroni & cheese ikut resepi from internet tapi rasa macam cheesy sangat... and hero-hero celik-celik dapur pun tak berapa suka... so i try to improvised... ini lah resepinya...


bahan-bahan:
350gm macaroni
100gm mince beef
1 kiub daging 
4 biji tomato dibuang kulit dan biji dan diblend
1 biji bawang besar dipotong dadu/diblend (sebaiknya bawang holland)
sedikit garam
sedikit olive oil
cheddar, parmesan and mozzarella cheese


cara-cara:
didihkan air dgn sedikit garam, masukkan macaroni.
rebus hingga macaroni lembut dan dittos, simpan sedikit air rebusan.
panaskan kuali, masukkan olive oil.
tumis bawang seketika utk lembutkan tanpa bertukar warna.
masukkan mince beef dan kacau rata.
masukkan tomato yang telah diblend dan kiub daging.
masukkan macaroni, gaul sebati.
masukkan sedikit air rebusan jika perlu.
masukkan cheese.
hidangkan sebaik sahaja diangkat.