Friday 10 May 2013

Ayam Masak Merah CCD

Assalammualaikum...
nasi tomato semestinya berlaukkan ayam masak merah tak pun kurma daging atau kambing... tapi hari ini celik-celik dapur sempat menyediakan ayam masak merah shj... cukup lah tu kan... apa nak dikatakan lagi, sbb tugasan lain berbaris menunggu... hari minggu pun kerja, kerja... apa-apa pun syukur, Alhamdulillah kerana diberi kesihatan dan kelapangan utk terus melakukan tugasan sbg suri rumah... :)))


bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 12 digaul dgn garam dan serbuk kunyit
70gm tomato paste
160ml evaporated milk
3 sudu besar chili paste yang telah diblend dgn bawang
1 btg serai diketuk
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
minyak secukupnya utk menggoreng ayam
sedikit air jika perlu
garam dan gula secukupnya
sedikit cherry tomato sebagai hiasan


cara-cara:
panaskan kuali dan masukkan minyak.
goreng ayam jangan terlalu garing.
angkat dan ketepikan.
kurangkan minyak dgn menggunakan minyak yang sama tumis cili dan serai hingga naik bau.
masukkan bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis, kacau seketika.
masukkan tomato paste dan kacau lagi.
masukkan susu, jika kuah agak pekat boleh tambahkan sedikit air.
masukkan semula ayam, garam serta gula.
biarkan mendidih seketika.
masukkan cherry tomato.

 

No comments:

Post a Comment