Saturday, 27 April 2013

Miso Soup

Assalammualaikum...
kalau demam celik-celik dapur suka minum miso sup... itu pun kalau cukup bahan-bahan yang nak dibuat... celik-celik dapur berkesempatan buat sekali shj, semasa berada di WA... bila pulang semula ke Bahrain, tak perlu susah-susah lagi banyak restaurant halal Jepun disini... :)))


bahan-bahan:
4 cawan air
1 1/2 sudu teh serbuk dashi segera (boleh didapati di kedai oriental)
1/2 cawan miso paste brand Shiro Miso
1 sudu besar dried seaweed utk miso sup (direndam didlm air)
150gm tofu lembut dipotong dadu
sedikit daun bawang 




cara-cara:
didihkan air dan masukkan instant dashi, kacau hingga dashi larut.
kecilkan api, masukkan tofu.
toskan seaweed yang direndam dan masukkan, masak seketika.
ambil sesenduk sup tadi, masukkan kedlm mangkuk kecil dan kacau bersama miso paste hingga sebati.
padamkan api, masukkan miso paste tadi dan kacau rata.
taburkan daun bawang yang telah dihiris.

Kuih Ketayap/ Kuih Dadar

Assalammualaikum...
kuih favourite abah... jarang-jarang celik-celik dapur buat... sbb hero celik-celik dapur yang sorang tu tak boleh makan disebabkan allergic to coconut...


bahan-bahan utk kulit:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 1/2 cawan santan cair
5-10helai daun pandan dibelnd dgn 1 cawan air ambil jusnya
sedikit garam

cara-cara:
masukkan semua bahan-bahan diatas ke dlm blender dan diblend.
tapis adunan jika perlu.
panaskan frying pan dan sapukan sedikit minyak.
gunakan api yang kecil.
ambil 1 senduk adunan dan masukkan kedlm pan, leperkan senipis yang boleh.
apabila bahagian tepinya telah terpisah dari pan bolehlah diangkat.
letakkan sesudu kelapa atau lebih mengikut citarasa dan balut seperti membalut popia.



bahan-bahan utk inti:
2 biji kelapa parut diambil putih shj
200-300gm gula melaka atau dark brown sugar
1 cawan air
1 helai daun pandan disimpul

cara-cara:
masak gula dan air hingga larut.
masukkan daun pandan dan kelapa
masak hingga kering.
sejukkan inti barulah digulung.

Kuih Lapis

Assalammualaikum...
celik-celik dapur suka kuih muih melayu... dulu selalunya main tunjuk-tunjuk je kalau tekak terasa nak makan... tapi sekarang tidak lagi... celik-celik dapur akan cuba hingga dapat memenuhi selera tekak celik-celik dapur... sesiapa yang ingin mencuba, silakan... insyaallah menjadi... :)))


bahan-bahan:
250gm tepung beras
350gm gula (boleh dikurangkan)
250ml air sejuk
300ml panas mendidih
200ml santan pekat
1 sudu teh garam
3 sudu besar tepung ubi (utk hasilkan texture yang berkilat)
sedikit pewarna merah



cara-cara:
campurkan tepung beras, tepung ubi, gula, garam dan kacau sebati.
masukkan air sejuk, kacau lagi.
masukkan air panas, kacau cepat-cepat.
masukkan santan dan kacau sebati.
bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (1 warna putih, 1 lagi warna merah)
kukus berselang seli.
setiap lapisan mengambil masa lebih kurang 5minit.

***(jika inginkan kuih lapis betul-betul lemak, boleh lebihkan santan dan kurangkan air)

Bingka Ubi

Assalammualaikum...
1st attempt celik-celik dapur buat bingka ubi menjadi... alhamdulillah...


bahan-bahan:
6 cawan ubi yang telah diparut
6 cawan santan
3 biji telur
3 cawan gula
1 sudu teh garam
sedikit butter


cara-cara:
masukkan semua bahan-bahan diatas dan gaul rata.
sapukan loyang dengan butter.
tuangkan adunan tadi kedlm loyang.
bakar selama 1jam dgn suhu 180'C.


Kailan Goreng Ikan Masin

Assalammualaikum...
setiap hidangan utk lunch and dinner semestinya kena ada sayur... balance meal can keep us healthy... walaupun sayur goreng atau sayur rebus sekalipun... kena makan sayur tau!!! pesan celik-celik dapur untuk diri sendiri... dah sampai ke 4series kenalah jaga makan... :)))


bahan-bahan:
3-4 pokok sayur kailan
1 keping ikan talang/kurau masin 
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji ci;i merah dihiris
sedikit minyak
sedikit garam jika perlu


cara-cara:
cuci sayur kailan dan potong mengikut citarasa
ikan kering dipotong kecil dan digoreng diangkat dan diketepikan (jangan terlalu garing)
dengan minyak yang sama tumis bawang seketika
masukkan sayur kailan dan kacau rata.
masukkan ikan kering dan cili.


Friday, 26 April 2013

Nasi Minyak

Assalammualaikum...
sesekali makan nasi minyak teringat bila tibanya musim cuti sekolah sure ada kenduri kawin... itu masa celik-celik dapur dizaman sekolah... tapi sekarang bukan cuti sekolah lagi... sepanjang tahun pasti ada kenduri kawin... dah lama celik-celik dapur tak makan nasi org kawin... buat sendiri je lah ye... :)))


bahan-bahan:
3 cawan beras basmati dicuci dan ditos
2 ulas bawang putih dimayang
1 biji bawang besar dimayang
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
200ml susu cair
3 sudu besar butter
3 sudu besar ghee
sedikit minyak jika perlu
sedikit perwarna kuning
air secukupnya utk memasak nasi


cara-cara:
panaskan periuk, masukkan butter, ghee dan sedikit minyak.
tumis bawang hingga kekuningan, dan masukkan bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis.
masukkan susu, air dan garam secukup rasa.
biarkan hingga mendidih seketika.
masukkan beras dan masak seperti biasa.
setelah nasi masak, titiskan pewarna keatasnya.
tutup periuh hingga air nasi betul-betul kering.
bila air sudah kering barulah nasi tadi digaulkan utk mendapat warna yg menarik.

***(nasi minyak sedap dimakan dgn, kurma daging, ayam masak merah, acar rampai dan lauk yang seangkatan dengannya)

Spaghetti Bolognaise

ssalammualaikum.
satu lagi resepi utk memenuhi permintaan hero-hero kecil celik-celik dapur di hari minggu...


bahan-bahan:
500gm spaghetti direbus, ditos dan digaul dengan sedikit butter

bahan-bahan sauce:
450gm mince beef
270gm tomato paste
2 kiub beef stock
3 sudu besar gula
2-3 biji bawang besar dipotong dadu atau dikisar
1 sudu besar herbs
500ml air
sedikit olive oil



cara-cara:
panaskan periuk dan masukkan olive oil.
tumis bawang seketika hingga kekuningan kalau didadu, jika diblend hingga kering air.
masukkan mince beef dan kacau hingga daging masak.
masukkan tomato paste kacau lagi.
masukkan air, masak hingga mendidih.
masukkan bahan-bahan lain, biarkan mendidih sekali lagi utk menghilangkan rasa pahit tomato paste.

***(herbs: oregano, basil. thyme and parsley... you also can add sage, majoram and rosemary)

Kurma Daging

Assalammualaikum...
hari ni memenuhi permintaan hero-hero kecil celik-celik dapur lagi sekali... sorang nak makan nasi dgn kurma daging dan sorang lagi, kejap lagi celik-celik dapur post to La Mia Cucina Italiana...


bahan-bahan:
500gm daging dibersihkan dan ditos (potong mengikut selera)
2 sudu besar rempah kurma
200ml santan
1 biji tomato dipotong 4
1 biji bawang besar dibelah 2
1 biji cili hijau dibelah
2 biji bawang besar dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci halia dikisar
2 biji buah keras dikisar
sedikit rempah 4 sekawan
garam dan gula


cara-cara:
panaskan periuk dan masukkan minyak.
tumis bahan-bahan kisar hingga agak kekuningan atau naik bau.
masukkan rempah dan daging.
tutup periuk biarkan air daging keluar.
masak hingga daging empuk.
jika belum empuk masukkan sedikit air.
setelah daging empuk masukkan santan, kentang, garam dan gula.
biarkan mendidih.
masukkan cili, bawang dan tomato.

***(boleh tambahkan 1 sudu besar perahan limau nipis atau lemon utk menaikkan rasa)

Thursday, 25 April 2013

Apam Balik

Assalammualaikum...
satu lagi resepi kuih tradisional melayu yang nak celik-celik dapur kongsi bersama... resepi dari teman baik celik-celik dapur, Ateh Azwina terima kasih dgn ilmu yang diberi...


bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/2 cawan gula
2 cawan air
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
kacang kisar
cream corn
gula



cara-cara:
pukul gula dgn telur hingga kembang
masukkan soda bicarbonate dan baking powder, kacau sebati.
masukkan air dan kacau lagi.
masukkan tepung, kacau hingga tiada ketulan tepung.
perap adunan 1/2-1jam.
panaskan frying pan dgn api yang sederhana kemudian griskan dgn butter.
masukkan adunan kedlm frying pan, bila adunan deh berlubang-lubang taburkan gula dan kacang.
bila adunan agak kering letakkan cream corn dan lipat adunan dan bolehlah diangkat.


Nasi Lemak

Assalammualaikum...
resepi nasi lemak sememangnya semua orang tahu... tapi celik-celik dapur just post to those who are unfamiliar with nasi lemak okay... :)))


bahan-bahan:
3 cawan beras basmati
400ml santan dicampur dgn air utk jadikan 5-6 cawan (mengikut jenis beras)
1 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia dititik
1/2 biji bawang besar dimayang
1 btg serai dititik
1 helai daun pandan disimpul
sedikit biji halba
garam secukup rasa



cara-cara:
bersihkan beras dan tos.
masukkan semua bahan-bahan diatas dan masak seperti biasa.

***(sedap kalau dimakan dengan, sambal tumis, rendang atau ayam goreng rempah)

Wednesday, 24 April 2013

Ikan Goreng Masak Cuka

Assalammualaikum...
satu lagi resepi arwah bonda bila ikan yang digoreng tidak habis dimakan... keesokan harinya ikan goreng akan bertukar menjadi ikan masak cuka... tak membazir... arwah bonda selalu berpesan... "sesiapa yang suka membazir adalah sahabat baik syaitan"...


bahan-bahan:
1 ekor ikan goreng
1 biji cili merah dihiris memanjang
1 biji cili hijau dihiris memanjang
3 ulas bawang putih dibelah 2
1 biji bawang besar dipotong wedges
1 inci halia dihiris halus
1 sudu besar halba campur
cuka
air
garam dan gula
sedikit minyak


cara-cara:
panaskan kuali dan masukkan minyak.
goreng halba campur seketika.
masukkan cili, bawang dan halia kacau seketika.
masukkan campuran air, cuka, garam dan gula.
masak hingga mendidih, kemudian masukkan ikan goreng.

***(campuran cuka mestilah terasa manis dan masam cuka)

Biryani Ayam

Assalammualaikum...
semalam atas permintaan hero kecil celik-celik dapur yang pandai me'request menu for his lunch... complete biryani set terhidang diatas meja menanti kepulangannya...


bahan-bahan:
500gm ayam
3 cawan beras basmati
4 biji bawang besar dimayang
4 biji tomato dipotong dadu
250gm plain yogurt
2 sudu besar paste bawang putih
2 sudu besar paste halia
sedikit daun ketumbar dihiris
sedikit daun pudina dihiris
Minyak atau Ghee secukupnya
50gm rempah biryani
garam dan gula


cara-cara:
panaskan kuali masukkan minyak atu ghee.
goreng bawang besar hingga keemasan.
masukkan ayam, dan kacau seketika.
masukkan tomato, paste bawang putih, paste halia, yogurt dan rempah biryani.
masak dengan api yang kecil 10-15minit.
masukkan daun pudina dan daun ketumbar.
dalam periuk lain masak air bersama sedikit garam, 3 kuntum bunga cengkih, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga dan 1 inci kulit kayu manis.
setelah air mendidih masukkan beras, rebus hingga beras 3/4 masak dan ditos.
jadikan layer nasi dan ayam, akhir dgn lapisan nasi.
lebihan minyak tadi dituangkan diatas nasi.
panaskan periuk dgn api kecil hingga nasi betul-etul masak.

***(sedap dihidangkan bersama acar timun & nenas atau raita atau pajeri nenas)

Kek Kukus Horlicks

Assalammualaikum...
resepi kek kukus ini celik-celik dapur dapat dari Alang Amnah yang dulunya sama-sama berada di Bahrain, sekarang beliau telah kembali ke tanah air tercinta... resepi yang simple dan sedap... :)))


bahan-bahan:
1 cawan horlicks
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu pekat manis
3 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda


cara-cara:
campur horlicks, gula, susu cair, susu pekat manis dan minyak kedalam periuk dan gaul rata.
masak sebentar diatas api kecil sehingga gula larut dan horlicks tidak berketul.
ayak tepung, bicarbonate of soda dan baking powder.
pukul telur hingga kembang.
masukkan telur kedalam bahan-bahan yang telah dimasak tadi.
masukkan tepung dan gaul rata.
masukkan adunan kedalam loyang dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

***(tutup kukusan dengan kain supaya adunan tidak ditimpa wap)

Monday, 22 April 2013

Allergy

Assalammualaikum...
just to share a little info... these 2 lovely flowers are so beautiful... and 1 of them have a great smell... but for those who have allergies better be extra careful... the red colour flower called Bottle Brush... to those who are sensitive to pollen will get rashes and will sneeze every time they got near this flowers... the other one is Lily, the strong smell can cause asthma attack...

these 2 type of flowers are so common in WA... every street in residential area you can see Bottle Brush tree, with lots of different colours... red, white, pink, magenta and many more... but Lily, only the white colour gave you the strong smell... 

why i told everyone about these two flowers??? because my roommate and my kid are allergic to these 2 flowers... have a nice day everyone... :)))



Lopes Utara CCD

Assalammualaikum...
ini satu lagi resepi favourite celik-celik dapur, semestinya resepi arwah bonda tercinta...


bahan-bahan:
1kg beras pulut
30helai daun pandan dikisar dgn 5 cawan air ditapis dan diambil jus
daun pisang secukupnya dilayur/disalai terlebih dahulu dan dilap bersih
1 biji kelapa diparut ambil bahagian putih sahaja
gula melaka dimasak dgn sedikit air dan ditapis



cara-cara:
masak pulut bersama jus pandan.
bila air hampir kering kecilkan api dan tutup periuk.
biarkan pulut separuh masak.
ambil sesenduk pulut dan balut dgn daun pisang seperti gambar diatas.
kukus pulut selama 1-1 1/2jam.
biarkan lopes betul-betul sejuk barulah dipotong dan digaul dgn kelapa parut yang telah digaul dgn sedikit garam.

Sunday, 21 April 2013

Lompang

Assalammualaikum...
kuih ini bukanlah favourite celik-celik dapur... tapi keinginan untuk mencuba apa salahnya kan??? alhamdulillah my 1st attempt menjadi... terima kasih kepada kekanda Zaiton Isa, yang sekarang berada di Mexico City yang telah sudi memberi resepi dan petua-petua untuk membuat kuih lompang...


bahan-bahan:
300gm tepung beras
1 cawan gula pasir
1/2 cawan gula melaka atau dark brown sugar
2 sudu besar tepung ubi atau tepung jagung
1 sudu teh air kapur (pes kapur)
4 1/2 cawan air
sedikit kelapa parut (bahagian putih shj)



cara-cara:
didihkan air bersama gula pasir dan gula melaka, kacau hingga gula larut.
bancuhkan tepung beras dan tepung ubi bersama air, kacau hingga tiada ketulan.
tapis air gula dan tuangkan kedlm bancuhan tepung, kacau sebati.
sapukan sedikit minyak pada setiap cawan lompang dan kukus selama 5minit.
masukkan adunan kedlm cawan lompang dan kukus selama 20minit atau hingga masak.
bila sejuk bolelah diletakkan kelapa parut yang telah digaul dgn sedikit garam.

Sweet & Sour Fish

Assalammualaikum...
hari ini celik-celik dapur ke supermarket yang berdekatan dengan rumah... dekat-dekat pun kena lah drive juga dlm 10minit... tujuan asal nak beli buah dan sayur je... bila ke section ikan, nampak fish fillet cantik lah pulak... terfikir nak buat fish and chips... tapi hero kecik celik-celik dapur awal-awal lagi dah request nak makan fish curry for lunch... still i bought 4 fillet... tak masak hari ni boleh simpan freezer... sampai je di rumah, terfikir why not for today menu is FISH... fish curry, fried fish and sweet and sour fish... wallah!!!


bahan-bahan:
1 keping fish fillet medium size
2 sudu besar tepung ottogy boleh dibeli dimana-mana kedai oriental
1 biji telur litely bitten with salt
1 biji bawang besar dipotong bite size
1 biji capsicum dibuang biji dipotong bite size (mix colour)
1 tin kecil nenas dipotong bite size
sedikit sos tomato dan sos tiram
garam dan gula


cara-cara:
potong isi ikan to  bite size
gaulkan isi ikan ke dlm tepung ottogy, kemudian celupkan isi ikan kedlm telur dan gaulkan sekali lagi dgn tepung ottogy dan digoreng jgn terlalu garing.
ulang proses diatas hingga selesai.
didlm kuali yang berasingan, tumis bawang seketika.
masukkan capsicum dan nenas.
masukkan sos tomato, sos tiram, garam dan gula.
bila kuah agak pekat masukkan ikan dan digaul rata.


Biryani Ikan

Assalammualaikum...
kebanyakkan resepi yang celik-celik dapur share diruang  ini hanya resepi arwah bonda... tapi kali ini resepi dari bonda in law celik-celik dapur... resepi favourite my roommate... senang, ringkas dan sedap... :)))


bahan-bahan:
1/2kg beras basmati
1/2kg ikan tenggiri dibersihkan dan dihiris setebal ibu jari digaul dgn sedikit garam dan kunyit
6 biji bawang besar dimayang
4 ulas bawang putih dikisar
1 biji cili merah dikisar
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar rempah kari ikan
3 biji tomato dipotong dadu
3 tangkai daun pudina dihiris
3 tangkai daun sup dihiris
3 tangkai daun bawang dihiris
1/2 botol kecil sos tomato
3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
sedikit garam dan gula
1/2 cawan minyak



cara-cara:
didihkan air 2/3periuk besar bersama kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan garam.
beras dibersihkan dan ditos.
masukkan beras ke dlm air mendidih dan biarkan hingga beras separuh masak.
angkat beras dan ditos.
panaskan kuali dan masukkan minyak.
goreng ikan jangan terlalu garing, angkat dan ketepikan.
dengan menggunakan minyak yang sama, goreng bawang besar hingga keemasan.
masukkan bahan yang telah dikisar bersama serbuk lada putih dan serbuk kari ikan, biarkan hingga naik bau.
masukkan daun pudina, daun sup, daun bawang serta buah tomato dan tomato sos.
kacau rata biarkan hingga naik bau.
masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.
masukkan ikan tadi kedlm bahan yang telah digoreng.
masukkan separuh nasi kedlm periuk dan ratakan, lapiskan ikan dan bahan goreng tadi.
tutup ikan dgn nasi yang separuh lagi.
lebihan minyak dari bahan goreng dituangkan keatas nasi.
tutup oeriuk dan panaskan periuk dgn api perlahan hingga nasi betul-betul masak.

***(hidangan sampingan: acar rampai, pajeri nenas atau salad)

Banana Lolly

Assalammualaikum...
treats for my little heros...


bahan-bahan:
6 biji pisang montel 
12 btg bamboo skewers
375gm cooking milk chocolate
15gm butter
sedikit coloured Hundreds and Thousands atau chocolate rice utk hiasan



cara-cara:
pisang dibuang kulit dan dipotong separuh.
cucuk bamboo skewer ke dlm pisang.
masukkan pisang kedlm freezer selama 1 jam.
dlm mangkuk kaca patahkan cooking chocolate menjadi ketulan kecil dan masukkan butter.
masukkan kedlm microvawe, panaskan selama 20saat.
keluarkan dan kacau, ulang beberapa kali hingga cooking chocolate cair.
ambil satu persatu pisang tadi, jgn dikeluarkan semua serentak.
celupkan pisang kedlm chocolate dan taburkan hiasan diatasnya.
simpan banana lolly tadi didlm fridge.


Cucur Udang

Assalammualaikum...
cucur udang sedap kalau dimakan bersama kuah kacang, Kedah style... dan sampingannya tauhu goreng dan timun potong... tapi hari ini, celik-celik dapur tak berkesempatan nak keluar membeli tauhu... apa-apa yang ada je lah ye!!!


bahan-bahan:
300gm udang segar dibelah belakang dan dibersihkan (kekalkan kulitnya, optional)
8 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar self raising flour
sedikit daun kucai atau daun bawang
sedikit tauge
sedikit garam
air secukupnya
minyak utk menggoreng



cara-cara:
campurkan kedua-dua tepung dan garam.
masukkan air dan kacau hingga sebati. 
masukkan daun kucai dan tauge gaul rata.
pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
panaskan kuali dan masukkan minyak.
senduk adunan dan letak seekor udang dan tutup udang dgn sedikit adunan.
sebaik-baiknya leperkan adunan ketika menggoreng supaya masak sekata, balik-balikkan.
toskan cucur udang sebaik shj diangkat.
biarkan seketika barulah dipotong.

***(sedap dimakan panas-panas bersama kuah kacang, tauhu goreng dan timun potong)