Saturday, 10 August 2013

1 Syawal 2013...

Assalammualaikum...
Salam lebaran pada semua pembaca budiman... masih jelas diingatan terasa baru semalam menyambut lebaran di Perth WA... tahun ini kembali menyambut lebaran di bumi Bahrain... apa-apa pun syukur Alhamdulillah dgn nikmat dan rezeki yg Allah kurniakan utk celik-celik dapur dan keluarga...

a few photos taken on 1st Syawal... :)))



 laksa johor, rendang ayam, serunding daging, kuah kacang, nasi impit dan lemang kukus...
 
 
kek lapis haw flakes, hazel London, honey cornflakes, almond cookies and pineapple tarts.

 
 
 
 
 

Honey Cornflakes

Assalammualaikum...
satu lagi resepi yg menjadi kegemaran anak-anak celik-celik dapur di bln Syawal...


bahan-bahan:
400gm cornflakes
250gm butter
250ml honey
100gm gula caster (boleh kurangkan jika perlu)
sedikit hundreds & thousand atau sugar strands sebagai hiasan


cara-cara:
cairkan butter
masukkan gula caster kacau hingga gula hancur.
bila adunan tadi agak sejuk masukkan cornflakes dan gaul rata.
scoop dgn menggunakan sudu kecil, masukkan adunan tadi kedlm petit cake cases dan hiaskan.
bakar selama 7-8minit dgn suhu 160'C.

 

Almond Cookies

Assalammualaikum...
lama betul celik-celik dapur tak meng update blog... bukan main sibuk lagi celik-celik di bulan Ramadhan... bulan seribu rahmat... Alhamdulillah berkat kesabaran, kekuatan iman dan kesihatan yang diberi oleh Allah swt, celik-celik dapur dapat melaksanakan ibadah puasa serta tugasan harian... bukan sahaja menyediakan juadah iftar utk family shj tapi memenuhi tempahan rakan-rakan serta juadah iftar utk kelas pengajian yang berlangsung setiap minggu dirumah celik-celik dapur... Alhamdulillah...

berbalik pada resepi yg nak celik-celik kongsi di sini... resepi dari bonda mertua celik-celik dapur... sila lah mencuba...


bahan-bahan:
1 biji kuning telur
180gm butter
180gm tepung gandum
150gm tepung jagung
120gm gula icing
150gm serbuk badam
1 sudu kecil esen vanilla

bahan-bahan hiasan:
2 biji kuning telur
sedikit badam jalur


cara-cara:
pukul butter dan gula hingga kembang.
masukkan telur dan pukul lagi.
masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam.
uli hingga menjadi doh.
canai dan terapkan mengikut bentuk yg digemari.
sapukan kuning telur dan hiaskan badam jalur diatasnya.
bakar hingga bahagian bawah keperangan.