Saturday, 9 August 2014

Makkah & Madinah

Assalammualaikum...
semalam ketika celik-celik dapur menyaksikan live solat jumaat dari Masjid Al-Haram Makkah, mengimbas kembali kenangan buat pertama kali celik-celik dapur dan keluarga menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan umrah April 2010... syukur Alhamdulillah November 2010, tahun yang sama dengan izin Allah celik-celik dapur dan suami berpeluang menunaikan haji... March 2012 sebelum memulakan penghijrahan sekali lagi celik-celik dapur dan keluarga berpeluang mengerjakan umrah... February 2014 lambaian Kota Makkah & Kota Madinah sekali lagi menyambut kehadiran celik-celik dapur dan keluarga... Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan pada celik-celik dapur dan keluarga sehingga kini... doa celik-celik dapur agar celik-celik dapur dan keluarga diberi peluang lagi dan lagi untuk menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan umrah serta haji selagi hayat...


 
 


 

Japchae

Assalammualaikum...
Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke5 celik-celik dapur berpuasa 6... untuk iftar semalam celik-celik dapur cuba buat Japchae... Korean style stir-fried glass noodles... seperti biasa celik-celik dapur beri sedikit olahan mengikut selera celik-celik dapur sendiri... kalau ikutkan resepi menggunakan daging tapi disebabkan day before dah makan daging jadi celik-celik dapur gantikan udang... Alhamdulillah hasilnya amat memuaskan... dan seperti biasa, terlebih muatan... :)))


bahan-bahan:
200gm dried glass noodles
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sesame oil
4 ulas bawang putih diracik halus
200gm udang medium size
3 sudu besar kicap pekat
200gm paksoi (ambil daunnya sahaja)
1 batang carrot medium size julienne
3 tangkai daun bawang dipotong panjang
4 dried shiitake mushroom dihiris nipis
1/2 biji bell peppers kuning dan merah dihiris panjang 
2-3 sudu besar gula
1 sudu besar ground black pepper
1 sudu besar ground white pepper
garam secukup rasa

cara-cara:
didihkan air dan rebus glass noodles hingga lembut.
tos dan gaulkan dengan sedikit sesame oil serta kicap, ketepikan.
dalam bekas lain satukan the remaining soy sauce, gula, black, white pepper dan garam kacau sebati.
panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
masukkan bawang putih goreng hingga kekuningan.
masukkan carrot kacau seketika.
masukkam bell peppers, paksoi, shiitake mushroom dan daun bawang dan kacau rata.
masukkan sayuran tadi kedalam bekas besar dan ketepikan.
panaskan the remaining sesame oil masukkan udang kacau seketika.
masukkan udang kedalam bekas sayuran tadi.
masukkan glass noodles kedalam bekas sayuran dan udang gaul rata.
tuangkan bancuhan kicap dan bahan-bahan lain tadi.
gaul hingga sebati.


*** (glass noodles yang telah direbus, dipotong sedikit untuk menyenangkan proses menggaul)
*** (dried shiitake mushroom hendaklah direndam didalam air suam hingga lembut kemudian perah buang air dan hiris nipis)


 

Monday, 4 August 2014

Banana Fritters with Sugar Dust & Chocolate Syrup

Assalammualaikum...
request from MPH this morning for their breakfast... :)))


bahan-bahan:
1 sisir pisang masak manis
tepung utk menggoreng pisang
sugar dust/icing sugar
chocolate syrup
minyak utk menggoreng

cara-cara:
pisang dibelah.
panaskan minyak.
celupkan pisang kedlm tepung yg telah dibancuh (bancuhan tepung goreng).
goreng pisang hingga keperangan atau garing.
tos dan biarkan seketika.
hidangkan pisang yg siap digoreng bersama sugar and chocolate syrup.