Wednesday, 23 April 2014

Chocolate Pudding with Chocolate Custard & Lychee Pudding with Vanilla Custard

Assalammualaikum...
cuaca dah mula panas... sedapkan kalau boleh makan pudding yang sejuk dan lembut... anak-anak celik-celik dapur pun bila balik dari sekolah dah tak nak makan yang panas-panas lagi... kalau ada ice cream, itu dulu yang dimakannya... hari ni celik-celik dapur sediakan chocolate pudding with chocolate custard  n Hershey's chocolate chips for Abang Amirul and lychee pudding with vanilla custard n can lychee for Adik Azri...

 

bahan-bahan:
25gm agar-agar
250ml susu cair
2 cawan gula (boleh kurangkan)
2 biji telur
1 tin lychee bersama syrup
4 sudu besar Cadbury chocolate powder

cara-cara:
agar-agar direndam terlebih dahulu hingga kembang dan ditos hingga kering.
masak agar-agar mengikut sukatan cawan (1cawan agar-agar : 2cawan air)
kacau hingga agar-agar hancur.
masukkan gula dan kacau lagi.
pukul telur dan susu hingga sebati.
masukkan campuran telur dan susu, kacau seketika.
bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian.

A)
kisar atau hiris lychee.
masukkan lychee dan syrup kedalam satu bahagian.
kacau sebati.

B)
masukkan chocolate powder kedalam satu bahagian lagi.
kacau sebati.

masukkan kedalam loyang dan sejukkan.
setelah sejuk barulah diletakkan custard.
utk hiasan terpulang pada creativity masing-masing.

bahan-bahan custard utk 1 bahagian:
1 kuning telur
150ml whipping cream
1 1/4 sudu besar tepung custard/chocolate custard
25gm gula caster
1/2 sudu kecil esen vanilla

cara-cara:
satukan semua bahan-bahan.
kacau hingga sebati.
masak adunan tadi dgn api yang sederhana.
kacau hingga adunan menjadi sedikit pekat.


****(utk chocolate custard tak perlu letak esen vanilla)

Tuesday, 22 April 2014

Vegetable Pie

Assalammualaikum...
semalam tekak celik-celik dapur terasa nak makan pie... nak thaw the chicken terasa lambatlah sangat... tekak bagai digaru-garu nak makan pie... dalam freezer ada frozen peas and carrots... can mushroom pun ada... cantik sangatlah tu... buat vege pie je lah...

bahan-bahan:
450gm frozen peas & carrots
2 tin button mushroom dihirs
2 biji bawang besar dipotong dadu
sedikit ground black pepper
sedikit ground white pepper
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

cara-cara:
panaskan kuali masukkan minyak.
tumis bawang hingga kekuningan.
masukkan peas, carrots and mushroom.
kacau rata.
masukkan black pepper, white pepper, garam serta gula.
masak hingga agak kering.
masukkan white sauce dan kacau rata.


bahan white sauce:
70gm butter
2 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan susu UHT


cara-cara:
cairkan butter.
masukkan susu dan tepung gandum.
kacau jangan berketul.
jika terlalu pekat tambahkan UHT milk lagi.


first version utk petang semalam:
 



2nd version utk pagi tadi:


bahan-bahan utk pastry:
2 1/2 cawan all purpose flour
230gm unsalted butter (boleh kurangkan)
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
8 sudu besar ice water

cara-cara:
masukkan tepung, gula dan garam ke dlm food processor.
pulse to mix.
masukkan butter, pulse 8times.
masukkan ice water sedikit demi sedikit.
pulse until mixture just begins to clump together.
kepalkan sedikit doh tadi.
if the crumbly dough holds together, it's ready.
kalau tak tambahkan sedikit lagi air.
balut doh dgn cling wrap dan simpan didlm fridge selama 1 jam.


***(jika terlebih ice water pastry akan jadi keras)
***(resepi pastry diatas agak buttery utk tekak celik-celik dapur)

 

Kuih Bom AKA Ondeh-Ondeh

Assalammualaikum...
Kuih Bom, kalau orang utara panggil Ondeh-Ondeh... bukan Buah Melaka ya... :))) pernah celik-celik dapur mencuba tapi sekali sahaja... gara-gara kena bom dgn kuih bom... hehehe... terus tak buat lagi... tersalah adunan sampai kuih bom meletup terpelanting keluar dari kuali... serikkkkkk...

tapi Alhamdulillah pagi tadi celik-celik dapur sempat berguru dgn Mak Intan dan mendapat petua yang betul utk membuat kuih bom yang lembut dan yang pastinya tak akan kena bom lagi... :))))

inilah hasilnya... comel kan????

 
bahan-bahan:
1 cawan tepung beras pulut
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu besar tepung beras
1/2 cawan air gula merah
1 helai daun pandan
80gm gula merah (dimasak dgn 1 cawan air bersama daun pandan)
bijan
minyak utk menggoreng (deep fry)

cara-cara:
satukan semua tepung diatas dan gaul sebati.
masukkan air gula merah sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat dijari atau dinding  mangkuk.
bulat dan leperkan.
letak inti kacang hijau atau kelapa manis (ikut selera masing-masing)
tutup kemas dan golek doh tadi kedalam bijan.
panaskan minyak dgn api yang sederhana.
masukkan kuih bom batch by batch.
tunggu hingga kuih bom timbul.
balik-balikkan.
angkat dan tos.


bahan-bahan inti:
1 biji kelapa parut (diambil putih sahaja)
250gm gula merah (boleh dilebihkan atau dikurangkan)
1 helai daun pandan
2 cawan air

cara-cara:
didihkan air dan masukkan gula merah dan daun pandan.
kacau hingga gula hancur.
masukkan kelapa parut gaul rata.
masak hingga kering air.
sejuk dan bulat-bulatkan sebesar ibu jari.

Sepagi Bersama Mak Intan...

Assalammualaikum...
pagi ni celik-celik dapur berkesempatan ber morning coffee bersama Mak Intan, Kak Aniz dan Kak Ina... makan, sembang dan minum kopi... oooopppppsss silap, pagi ni tak minum kopi tapi teh tarik, hehehe... sudah semestinya... tapi yang paling best dapat menimba ilmu dari Mak Intan... Alhamdulillah...

terima kasih yang tak terhingga pada Mak Intan kerana sudi melayan kerenah celik-celik dapur... ilmu yang diberi, insyaallah akan celik-celik dapur gunakan dgn sebaik mungkin... semoga menjadi pahala jariah pada Mak Intan... amin...