Thursday, 16 May 2013

Ayam Goreng Cili

Assalammualaikum...
menu ayam kita hari ini ye... bosan kan kalau masak sendiri yang makan... mood memasak pun hilang entah kemana... hari ni celik-celik dapur masak ayam n sayur lemak je... my precious heros nak makan onigiri for lunch... nasi sushi dah pun dimasak, cuma tunggu time balik sekolah je nti baru nak buat... :)))


bahan-bahan:
2 keping chicken breast dipotong
2-3 sudu besar chili paste yang telah dikisar dgn bawang
2 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 btg serai diketuk
1 kiub ayam
sedikit serbuk kunyit, garam dan gula
minyak utk menggoreng


cara-cara:
gaulkan ayam dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng seketika.
angkat dan ketepikan.
kurangkan minyak.
tumis chili paste bersama serai hingga naik bau.
masukkan soso tomato, kiub ayam dan gula, kacau sebati.
masukkan ayam dan gaul rata.
masukkan bawang.

 

Ayam Goreng Rempah

Assalammualaikum...
ayam memang menjadi favourite keluarga celik-celik dapur... kalau all the time goreng sahaja, boring juga kan!!! sesekali ubah-ubah selera apa salahnya kan... resepi main campak-campak apa yang ada di pantry...


bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 4
2 btg serai dikisar
1 inci halia dikisar
10 biji cili kering dikisar
1 biji bawang besar dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
1/2 sudu kecil ketumbar dikisar
1/2 sudu kecil jintan halus dikisar
1/2 sudu kecil jintan kasar dikisar
sedikit serbuk kunyit, garam, gula dan sedikit kicap jika perlu


cara-cara:
campur semua bahan-bahan diatas hingga sebati dan gaul bersama ayam.
perap selama sejam.
kemudian digoreng (deep fry) 


 

Wednesday, 15 May 2013

Bingka Pisang

Assalammualaikum...
teringat akan arwah bonda yang kerap kali akan buat cok kodok pisang (jemput-jemput pisang) apabila pisang masak ranum... celik-celik dapur suka makan pisang tapi sekarang kena kurangkan sikit sbb kandungan gula dan carbohydrate yang tinggi dlm pisang... makan tetap makan tapi kurang je lah... tapi kalau pegi mana-mana supermarket, kalau celik-celik dapur nampak pisang yang gebu for sure akan beli... sebab geram tengok pisang yang cantik dan gebu... at last, pisang terbiar masak ranum... apa nak dikata, dah puas buat jemput-jemput... kita buat bingka pulak... orang Utara panggil bengkang...


bahan-bahan:
8 biji pisang montel
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan evaporated/uht milk/santan
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil bicarbonate of soda


cara-cara:
panaskan oven pada suhu 200'C.
blend atau lecek pisang hingga hancur.
masukkan telur dan kacau.
masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan bicarbonate of soda, kacau rata.
masukkan susu/santan, garam serta gula, kacau sebati.
sapukan loyang dgn butter dan bakar adunan hingga agak kekuningan bahagian atas, kemudian kecilkan suhu ke 150'C.
bila bahagian tepi nampak garing, keluarkan bingka sapukan butter diatasnya.
bakar hingga masak.


 

Kacang Panjang Goreng Telur

Assalammualaikum...
main masak-masak kacang panjang hari ini... :)))


bahan-bahan:
10 urat kacang panjang dipotong 1inci panjang
1 batang carrot dipotong panjang
1 biji telur
1 biji bawang besar dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji cili merah dihiris nipis
sedikit kicap masin/cair
 
 

cara-cara:
panaskan kuali masukkan sedikit minyak.
tumis bawang hingga naik bau.
masukkan carrot, goreng seketika.
masukkan kacang panjang, kacau rata.
masukkan telur, kacau hingga telur hancur.
masukkan kicap masin/cair dan cili merah, kacau rata.

***(kalau tak suka kicap masin/cair boleh gantikan garam)

 

Daging Goreng Kacang Panjang

Assalammualaikum...
Alhamdulillah hari ini berkesempatan utk celik-celik dapur masuk ke ruangan My Little Kitchen, celik-celik dapur setelah beberapa hari menyepi... resepi simple hari ini... paling senang, sesiapa pun boleh buat... :)))


bahan-bahan:
300gm daging dihiris nipis
6 urat kacang panjang dipotong 1inci panjang

1 biji bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang putih dicincang
1 biji cili merah dihiris
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar oyster sauce
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit gula
minyak utk menggoreng 


 


cara-cara:
gaul daging bersama bawang putih.
perapkan selama setengah jam.
panaskan kuali masukkan minyak dan goreng daging selama 2/3minit.
(ini kalau daging lembut... kalau daging yg liat kena rebus terlebih dahulu hingga empuk)
masukkan kacang panjang, goreng seketika.
masukkan oyster sauce, kicap pekat, gula, serbuk lada hitam dan digaul rata.
masukkan bawang besar dan cili merah.

***(boleh tambahkan minyak jika kurang minyak)

Sunday, 12 May 2013

Tauhu Kukus

Assalammualaikum...
tauhu sememangnya sedap dan baik utk sesiapa yang sedang mengamalkan diet... pagi ini celik-celik dapur ber'breakfast dengan tauhu kukus... celik-celik dapur dapat resepi ini dari adik 'Sleeping Beauty' yang kini menetap di Dubai, UAE...


bahan-bahan:
1 kotak firm tofu

1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
sedikit Maggie seasoning
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
3/4 cawan air atau chicken stock juka suka

bahan utk hiasan:
bawang goreng 

daun bawang
cili merah jika suka



cara-cara:
masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali tepung jagung.
setelah mendidih masukkan tepung jagung.
kacau seketika hingga sos agak pekat.
kukus tauhu.
setelah tauhu masak bolelah dituangkan kuah keatas tauhu.

taburkan hiasan bawang goreng, daun bawang dan cili.



semalam celik-celik dapur buat tauhu kukus untuk iftar puasa 6... tapi celik-celik dapur ubah sedikit bahan-bahannya...

bahan-bahan:
1 kotak firm tofu
1 sudu besar oyster sauce
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil fish sauce
2 ulas bawang putih diracik halus
sedikit halia diracik halus
sedikit gula
1/2 cawan air
sedikit tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
sedikit minyak utk menumis


cara-cara:
panaskan kuali masukkan minyak.
tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan.
masukkan oyster sauce, fish sauce, kicap pekat dan gula.
masukkan air dan kacau sebati.
masukkan bancuhan tepung jagung.
masak hingga pekat (kepekatan mengikut citarasa masing-masing)

bahan-bahan untuk hiasan sama seperti resepi yang terdahulu...