Friday, 12 April 2013

Sushi: California roll & Maki...

Assalammualaikum...
kali ini celik-celik dapur nak bawa semua terbang ke negara matahari terbit... Arigato, Moshi-Moshi... keluarga celik-celik dapur mmg penggemar sushi... tapi celik-celik dapur suka tempura dan teriyaki shj... utk memenuhi permintaan terutamanya permintaan anak-anak yg macam-macam kerenah... ada yg suka timun shj, ada yg suka crab stick lebih... jadi celik-celik dapur mencuri masa yg terluang menghadiri kelas bagaimana nak membuat sushi... alhamdulillah berjaya memperolehi teknik-teknik yg betul utk menghasilkan sushi yg kemas dan menarik...

sebelum celik-celik dapur berkongsi resepi, apa kata kita berkongsi sedikit ilmu yg celik-celik dapur dapat semasa menghadiri kelas tersebut. su bermakna gula dan shi bermakna cuka... semua org berfikir yg org-org Jepun yg meng invent sushi... tapi yg sebenarnya the Chinese are the one who invented sushi... but the Japanese who commercialised sushi... :)))



bahan-bahan nasi:
500gm beras sushi dicuci bersih dgn air sejuk dan ditos
500ml air
50ml sushi vinegar
25gm gula
7.5gm garam
stainless steel bowl

cara-cara:

masak nasi selama 15-20minit
alihkan nasi yg telah dimasak ke dlm magkuk stainless steel.
gaulkan nasi bersama vinegar, gula dan garam, ketepikan.
 
 
bahan-bahan lain:
bamboo mat
8 keping nori
sedikit mayonnaise
crab stick
2 btg timun jepun yg dibuang bahagian tengah dipotong memanjang
1 btg carrot dipotong memanjang
tobiko roe
dan bahan-bahan lain mengikut selera masing-masing

cara-cara:

balut bamboo mat dgn cling film.
pakai serving gloves dan sapukan dgn sedikit minyak masak.
ambil sekeping nori dan letakkan nasi dibahagian tengah  and spread evenly.
tinggalkan ruang atas dan bawah sebanyak 1inci.
sapukan mayonnaise dan letakkan crab stick, timun dll.
gulung kemas-kemas.

***(utk California roll, setelah letak nasi, tabur rata tobiko roe dan terbalikkan supaya nori berada dibahagian diatas)
***(utk 1 roll boleh menghasilkan 8-9pcs sushi)
 

No comments:

Post a Comment