Tuesday 9 April 2013

Cucur Badak

Assalammualaikum...
ini satu lagi kuih kegemaran celik-celik dapur... dulunya tahu makan je... tapi sekarang dah tahu buat juga... pengalaman yg tak dapat dilupakan bila cucur badak 1st attempt keras macam batu... cuba lagi, kali kedua sebesar penumbuk jadinya... rasa macam nak give up... tapi tekak dah memanggil-manggil... celik-celik dapur cuba lagi dan lagi dan lagi... tak tahu berapa kali cuba... at last berjaya menghasilkan cucur badak yg lembut, comel dan bulat-bulat tak leper... alhamdulillah...  


bahan-bahan:
2kg keledek kuning
10 sudu besar tepung gandum

cara-cara:

keledek dibersihkan, dibuang kulit dan dipotong medium size.
kemudian direbus hingga empuk.
toskan keledek dan dilecek hingga hancur.
biarkan sejuk.
setelah sejuk masukkan tepung dan gaul rata.
bulat-bulatkan sebesar bola ping pong.
kemudian dileperkan dan sudukan inti ditengah-tengah.
tutup kemas dan bolehlah digoreng.





bahan-bahan inti:

2biji kelapa parut diambil putih sahaja
200gm udang basah dicincang
150gm udang kering dikisar
3 sudu besar chili paste yg telah dikisar bersama bawang (boleh dikurangkan jika tidak suka pedas)
1 sudu besar serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

cara-cara:

panaskan kuali dan masukkan minyak.
masukkan chili paste goreng hingga garing.
masukkan udang basah kacau seketika.
masukkan kelapa parut gaul hingga sebati.
masukkan udang kering dan serbuk kunyit.
gaul sekata.
masukkan garam dan gula.
masak hingga kelapa agak kering. 
sejukkan.

***(resepi diatas boleh menghasilkan 70-80pcs cucur badak)

No comments:

Post a Comment