Saturday 13 April 2013

Mee Kari Bonda

Assalammualaikum...
ingin celik-celik dapur berkongsi resepi istimewa peninggalan arwah bonda... setiap kali celik-celik dapur pulang bercuti, pasti mee kari menjadi salah satu menu hidangan... setiap hidangan arwah bonda sememangnya menyelerakan, kerana ianya disediakan dgn penuh kasih sayang... "Cook with LOVE"...


bahan-bahan:
1/2 ekor ayam atau 1kg kerang
1/2 kilo mee kuning
3 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 keping asam gelugur
1 btg serai dititik
1 biji kelapa santan
1 bungkus kecil serbuk kari daging
3 keping fish cake
6 biji fish ball dibelah 2
3 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukup rasa

bahan-bahan lain:

tauhu digoreng dan dihiris
telur direbus dan dibelah 2
tauge dicelur
cili merah dihiris nipis
daun bawang dihiris nipis
sedikit bawang goreng
kacang panjang dicelur



cara-cara:
celur mee kuning dan ditos.
panaskan periuk dan masukkan minyak.
tumis bahan-bahan kisar hingga kuning.
masukkan serbuk kari yg telah dibancuh dgn air, biarkan hingga pecah minyak.
masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, asam gelugur dan serai, biarkan seketika.
masukkan santan, garam dan gula, biarkan mendidih.
kemudian masukkan ayam atau kerang, fish ball dan fish cake.

***(kuantiti utk bahan-bahan lain terpulang pada keperluan masing-masing)

No comments:

Post a Comment