Friday, 28 March 2014

Mee Bandung campak-campak

Assalammualaikum...
vitamin R melanda dihujung minggu ni... jarang berlaku... hehehe... selalunya dihujung minggu celik-celik dapur akan relax sebolehnya dari breakfast hinggalah ke dinner makan diluar atau pun order for delivery je... tapi pagi jumaat ni ada sedikit rajin... tadi seawal subuh dah mengukus apam rainbow... sebaik shj sampai dirumah dari breakfast dgn MPH, celik-celik dapur terus ke dapur lagi... masak utk hidangan tengahari pula... tak ada mee kuning spaghetti pun jadik lah kan... :)))

bahan-bahan:
400gm spaghetti (direbus hingga betul-betul kembang dan disapu dgn sedikit minyak)
300gm daging dihiris nipis
1 1/2ltr air air rebusan udang
2-3 sudu besar chili paste (yang telah dikisar dgn bawang)
200gm udang kering dikisar
100gm udang basah direbus bersama kulit dan dikisar
2 sudu besar kacang tanah yang dikisar halus
1 1/2 cawan sos tomato
2 biji buah tomato masak ranum dipotong dadu
7 biji telur
200gm sayur sawi dipotong
garam dan gula
minyak utk menumis
sedikit daun bawang dihiris
sedikit bawang goreng



cara-cara:
panaskan periuk dan masukkan minyak.
tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau.
masukan buah tomato dan daging.
masak hingga daging empuk.
masukkan air rebusan dan sos tomato biar hingga mendidih.
masukkan garam dan gula secukup rasa.
pecahkan 2 biji telur dan kacau hancur.
pecahkan lagi 5 biji telur biarkan masak.
masukkan sawi.

***(chili paste boleh lebihkan jika suka pedas).
***(boleh kurangkan sos tomato kalau tak suka masam)
 

Apam Rainbow

Assalammualaikum...
setelah selesai solat subuh celik-celik dapur terus ke dapur walaupun pagi ni dah janji dgn MPH utk breakfast di luar... tekak terasa nak makan apam rainbow... ada cerita disebalik nama... anak-anak celik-celik dapur suka makan kuih yabg berwarna warni... semasa dia org masih toddlers selalu juga celik-celik dapur bawa ke pasar tani or pasar pagi... yang pasti akan dibeli ialah apam cute yg berwarna warni... disebabkan tak pandai nak sebut warna warni, anak-anak celik-celik dapur sebut apam rainbow... sampai sekarang pun masih panggil apam rainbow... :)))


bahan-bahan:
3biji telur
1 1/2 cawan gula castor
1 cawan susu UHT disuamkan
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yeast
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovellete
pewarna mengikut selera masing-masing

cara-cara:
pukul telur, gula dan ovellete hingga kembang.
masukkan esen vanilla.
satukan tepung dan yeast.
masukkan susu dan tepung berselang seli hingga habis.
bahagikan adunan dan letakkan pewarna.
kukus adunan dlm petit cup cake dgn api kuat selama 7-10minit.

***(sedap dimakan bersama kelapa parut yang digaul dgn sedikit garam)
 

Monday, 24 March 2014

Ayam Buah Pala (Nutmeg)

Assalammualaikum...
nak masak nasi ayam dah teramatlah bosannya... ayam goreng, ayam berlada, kari ayam, sup ayam dah selalu sangat...  teringat akan resepi bonda mertua celik-celik dapur, ayam masak buah pala atau nutmeg... sedap juga kan kalau kena dengan kacang buncis goreng bersama nasi panas... :)))


bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 8
5 biji bawang besar dihiris
2 biji tomato ranum (large size) dipotong dadu
1 sudu kecil crush black pepper
secubit serbuk buah pala
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
minyak utk menggoreng

cara-cara:
gaulkan ayam dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.
panaskan kuali dan masukkan minyak.
goreng ayam separuh masak.
angkat dan tos kan.
keluarkan sebahagian minyak tadi.
menggunakan minyak yang sama goreng bawang hingga golden brown.
masukkan buah tomato masak hingga tomato agak hancur.
masukkan serbuk buah pala dan lada hitam.
kacau sebati.
masukkan ayam goreng seketika.
masukkan garam dan gula secukup rasa.

*** (jika suka pedas, bolehlah ditambah dgn hirisan cili)