Thursday 18 April 2013

Pajeri Nenas

Assalammualaikum...
pajeri nenas bukan sahaja boleh dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi biryani tapi dengan nasi putih juga sedap... ditambah lagi dengan ikan goreng panas-panas, mahu bertambah-tambah jadinya...


bahan-bahan:
1 biji nenas (boleh juga guna nenas tin)
1 biji kelapa (separuh dibuat kerisik, separuh lagi diambil santan)
2 sudu besar rempah kari
10 ulas bawang merah dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
2 inci halia dihiris nipis
1 sudu besar udang kering
4 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis



cara-cara:

bersihkan nenas dan dipotong nipis.
tumiskan bahan kisar, kulit kayu manis, bunga cengkih dan halia hingga naik bau.
masukkan rempah kari dan kacau hingga garing.
masukkan udang kering, santan, kerisik, nenas, garam dan gula.
biarkan mendidih hingga pecah minyak.


No comments:

Post a Comment