Wednesday, 10 April 2013

Pau Kacang Merah

Assalammualaikum...
celik-celik dapur ada beberapa kali mencuba berbagai-bagai resepi pau... untuk mendapatkan texture yg lembut dan gebu... so far resepi ini yg celik-celik dapur rasa boleh diterima pakai... resepi dari buku resepi lama peninggalan arwah bonda... yg celik-celik dapur sendiri tidak tahu asal usulnya... walaupun tak segebu pau yg dijual dikedai-kedai tapi ianya lembut sekali... 


bahan-bahan inti:
200gm kacang merah
air secukupnya utk merebus
100gm brown sugar
sedikit garam
3 sudu besar minyak masak

cara-cara:
rebus kacang hingga kembang.
kisar kacang bersama air rebusan hingga halus.
satukan bahan-bahan inti dan masak hingga pekat.
kemudian masukkan minyak dan gaul rata.


bahan-bahan pau:
500gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 sudu teh yis segera
2 sudu besar crisco
250gm air suam
keratan kertas berbentuk bulat atau segi4

cara-cara:

gaulkan semua bahan-bahan diatas kecuali air.
masukkan air sediki-sedikit hingga habis.
uli doh hingga licin.
tutup doh dengan kain bersih yg lembab dan biarkan naik 2 kali ganda.
tumbuk doh utk keluarkan angin dan bahagikan doh menjadi ketulan kecil.
bulat-bulatkan dan masukkan inti.
tutup kemas dan lapikkan doh diatas keratan kertas.
rehatkan doh yg telah siap tadi hingga naik lagi.
panaskan kukusan.
kukus selama 10minit.

***(resepi diatas boleh menghasilkan 25-30 biji pau medium size) 



Roti Jala & Kari Ayam

Assalammualaikum...
roti jala ini lebih sesuai dipanggil roti jala perantau dimana celik-celik dapur tak memiliki acuan roti jala tradisional... alternative nya celik-celik dapur menggunakan botol sos yg mempunyai 3 lubang... idea ini dtg dari Along Eda yg sama-sama merantau... bolehlah ke Daiso utk mendapatkan botol sos with 3 nozzle... senang dan dapur pun bersih... :)))


bahan-bahan roti jala:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 sudu besar minyak masak
3 cawan susu UHT atau air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

cara-cara:

masukkan semua bahan-bahan diatas ke dlm blender dan diblend hingga sebati.
panaskan frying pan dan sapukan sedikit minyak.
dengan menggunakan botol sos yg berlubang 3 larekan dgn selari menjadi garisan melintang hingga membentuk kotak-kotak.
setelah masak bolehlah diangkat dan digulung atau dilipat.



bahan-bahan kari ayam:

1/2 ekor ayam dipotong kecil (bite size)
1 batang carrot dipotong dadu
2 biji kentang medium size dipotong dadu
2 biji bawang besar dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
1 kuntum bunga lawang
2/3 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2/3 sudu besar serbuk kari ayam dibancuh dgn air
400ml santan
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula

cara-cara:

panaskan periuk dan masukkan minyak.
tumis bawang yg telah diblend bersama bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis seketika.
masukkan rempah kari ayam, kacau hingga rempah masak.
masukkan ayam, carrot dan kentang, gaul rata.
tutup periuk buat seketika hingga air ayam keluar.
kemudian masukkan santan.
biarkan mendidih seketika.
masukkan garam dan gula secukup rasa.
biarkan kari pecah minyak.
bolehlah dipadamkan api.


Tuesday, 9 April 2013

Kuih Keria

Assalammualaikum...
kepada penggemar dessert yg manis-manis mesti suka akan kuih keria... Malay Donut... berkali-kali juga celik-celik dapur belajar terutama apabila tiba ke bahagian utk menyira... dan berkali-kali juga yg fail... alhamdulillah sekarang BOLEH LAH diterima... masih dlm tempoh percubaan... terima kasih juga kepada Angah Maheran yang sudi memberi tunjuk ajar dan teguran membina pada celik-celik dapur to improved my skill...


bahan-bahan:
1kg keledek kuning
5 sudu besar tepung gandum
gula secukupnya utk menyira
air
minyak utk menggoreng


cara-cara:
bersih dan potong keledek (jgn terlalu kecil)
rebus keledek hingga empuk.
lecek keledek ketika masih panas.
biarkan sejuk.
kemudian gaulkan dgn tepung hingga sebati.
bulat-bulatkan adunan keledek dan leperkan sedikit dan buat lubang ditengah-tengah.
goreng hingga menjadi keemasan.

cara-cara menyira:
panaskan kuali dan masukkan gula .
masukkan air sedikit demi sedikit hingga gula larut.
kacau hingga berbuih-buih putih.
masukkan kuih yg telah digoreng.
kecilkan api dan kacau perlahan-lahan hingga gula bertukar menjadi serbuk putih.
padamkan api dan bolehlah diangkat dan disejukkan. 

***(resepi diatas boleh menghasilkan 30-40 biji kuih keria saiz sederhana)
***(utk 10biji keria gunakan 4/5 sudu besar gula) 

   

Cucur Badak

Assalammualaikum...
ini satu lagi kuih kegemaran celik-celik dapur... dulunya tahu makan je... tapi sekarang dah tahu buat juga... pengalaman yg tak dapat dilupakan bila cucur badak 1st attempt keras macam batu... cuba lagi, kali kedua sebesar penumbuk jadinya... rasa macam nak give up... tapi tekak dah memanggil-manggil... celik-celik dapur cuba lagi dan lagi dan lagi... tak tahu berapa kali cuba... at last berjaya menghasilkan cucur badak yg lembut, comel dan bulat-bulat tak leper... alhamdulillah...  


bahan-bahan:
2kg keledek kuning
10 sudu besar tepung gandum

cara-cara:

keledek dibersihkan, dibuang kulit dan dipotong medium size.
kemudian direbus hingga empuk.
toskan keledek dan dilecek hingga hancur.
biarkan sejuk.
setelah sejuk masukkan tepung dan gaul rata.
bulat-bulatkan sebesar bola ping pong.
kemudian dileperkan dan sudukan inti ditengah-tengah.
tutup kemas dan bolehlah digoreng.





bahan-bahan inti:

2biji kelapa parut diambil putih sahaja
200gm udang basah dicincang
150gm udang kering dikisar
3 sudu besar chili paste yg telah dikisar bersama bawang (boleh dikurangkan jika tidak suka pedas)
1 sudu besar serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

cara-cara:

panaskan kuali dan masukkan minyak.
masukkan chili paste goreng hingga garing.
masukkan udang basah kacau seketika.
masukkan kelapa parut gaul hingga sebati.
masukkan udang kering dan serbuk kunyit.
gaul sekata.
masukkan garam dan gula.
masak hingga kelapa agak kering. 
sejukkan.

***(resepi diatas boleh menghasilkan 70-80pcs cucur badak)

Popia Goreng Daging & Mix Vege

Assalammualaikum...
roommate celik-celik dapur suka makan popia goreng tapi tak suka inti yg ada tauge... jadi celik-celik dapur tukar dari vege filling ke mix filling... 


bahan-bahan:
400gm mince beef
1 biji bawang besar dipotong dadu
250gm mix vege (carrot n been)
1/2 sudu kecil chili flakes (boleh dikurangkan jika tidak suka pedas)
2 beef cube
sedikit gula
ready made spring rolls skin
minyak utk menumis dan menggoreng


cara-cara:
panaskan kuali dan goreng bawang hingga kekuningan.
masukkan mince beef kacau hingga daging masak.
masukkan mix vegi, chili flake, beef cube dan gula.
gaul rata, masak hingga agak kering.
setelah inti agak sejuk bolehlah dibalut dan digoreng.


Monday, 8 April 2013

Wonton Noodles Soup with Fried & Steam Wonton

Assalammualaikum...
resepi yang nak celik-celik dapur berkongsi pada hari ini is from Chinese kitchen but being a typical Malay celik-celik dapur buat sedikit perubahan mengikut selera Melayu... sudi-sudikanlah mencuba... :)))

bahan-bahan fried/steam wonton:
400gm mince chicken
200gm udang hidup/basah dicincang
100gm button mushroom dicincang
sedikit daun bawang dihiris nipis
sedikit daun parsley dihiris nipis
sedikit ground white pepper
garam secukup rasa
ready made wonton skin 

cara-cara:

gaulkan kesemua bahan-bahan diatas hingga sebati dan masukkan kedalm kulit wonton. 
tutup kulit wonton kemas-kemas.
bolehlah digoreng atau dikukus.

*** (resepi diatas boleh menghasilkan 50-60pcs)



bahan-bahan sup mee:

1kg daging dan ribs
100gm dried shitake mushroom direndam dan dihiris nipis
ready made wonton noodles direbus
sedikit sawi dicelur dan dipotong
2 inci halia diketuk
1 labu bawang putih dibuang kulit dan diketuk
2 biji bawang besar dipotong wedges
kiub ikan bilis jika suka
sesame oil jika suka
garam secukup rasa

cara-cara:

rebus daging dan ribs  bersama halia, bawang putih dan bawang besar dengan api yg sederhana.
buangkan buih2 hitam supaya mendapat sup yg jernih.
rebus hingga daging empuk.
setelah daging empuk keluarkan daging dan tapis sup.
daging bolehlah dihiris nipis.
didalam periuk yg berasingan panaskan sesame oil dan masukkan sup tadi serta shitake mushroom.
masukkan kiub ikan bilis dan juga garam secukup rasa.

*** (boleh dihidangkan dgn cili potong yg direndam dgn sedikit cuka dan kicap masin)

Karipap Daging/Ayam

Assalammualaikum...
Disini ingin celik-celik dapur menyelit sedikit resepi kuih2 tradisional melayu, yg celik-celik dapur rasa mmg ramai yg pandai membuatnya... :)))



bahan-bahan doh:
1 biji telur
100gm butter
2 sudu minyak masak
500gm tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan ais
1 sudu teh garam

cara-cara:

masukkan tepung kedlm mangkuk besar.
gaulkan air bersama garam dan ais.
gaulkan tepung dgn telur menjadi serbuk roti.
panaskan butter dan minyak masak hingga berbuih dgn api yg sederhana.
kemudian tuang rata diatas tepung dan gaul hingga menjadi serbuk roti.
masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
hentikan penambahan air apabila tepung tadi menjadi doh yang tidak terlalu lembut atau keras.
rehatkan selama 2jam di dalam fridge.


bahan-bahan inti:

4 biji medium size kentang dipotong dadu
1 biji bawang besar dipotong dadu
400gm mince beef/chicken
1 biji capsicum dipotong dadu
1/2 batang carrot dipotong dadu
2 tangkai daun bawang
2 sudu besar chili paste yg telah dikisar bersama bawang 
(boleh ditukarkan ke ground/crush balack pepper)
1 sudu besar serbuk kurma any brand
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

cara-cara:

panaskan kuali dan masukkan minyak.
tumis chili paste dan bawang hingga naik bau.
masukkan rempah kurma yg telah dibancuh dgn sedikit air dan kacau hingga rempah masak.
masukkan mince beef/chicken dan kacau rata.
apabila air daging keluar masukkan kentang dan carrot masak hingga kentang dan carrot empuk.
masukkan capsicum, daun bawang, garam dan gula.
masak hingga kering air. 


*** (resepi diatas boleh menghasilkan 75pcs medium size karipap)