Saturday 27 April 2013

Miso Soup

Assalammualaikum...
kalau demam celik-celik dapur suka minum miso sup... itu pun kalau cukup bahan-bahan yang nak dibuat... celik-celik dapur berkesempatan buat sekali shj, semasa berada di WA... bila pulang semula ke Bahrain, tak perlu susah-susah lagi banyak restaurant halal Jepun disini... :)))


bahan-bahan:
4 cawan air
1 1/2 sudu teh serbuk dashi segera (boleh didapati di kedai oriental)
1/2 cawan miso paste brand Shiro Miso
1 sudu besar dried seaweed utk miso sup (direndam didlm air)
150gm tofu lembut dipotong dadu
sedikit daun bawang 




cara-cara:
didihkan air dan masukkan instant dashi, kacau hingga dashi larut.
kecilkan api, masukkan tofu.
toskan seaweed yang direndam dan masukkan, masak seketika.
ambil sesenduk sup tadi, masukkan kedlm mangkuk kecil dan kacau bersama miso paste hingga sebati.
padamkan api, masukkan miso paste tadi dan kacau rata.
taburkan daun bawang yang telah dihiris.

4 comments:

  1. yezza.... you definitely got me... :)))

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. insyaallah halal... kebanyakkan miso paste diperbuat dari fermented soybean or barley... boleh didapati di mana2 kedai oriental for Japanese n Korean... :)))

      Delete