Assalammualaikum...
kalau demam celik-celik dapur suka minum miso sup... itu pun kalau cukup bahan-bahan yang nak dibuat... celik-celik dapur berkesempatan buat sekali shj, semasa berada di WA... bila pulang semula ke Bahrain, tak perlu susah-susah lagi banyak restaurant halal Jepun disini... :)))
bahan-bahan:
4 cawan air
1 1/2 sudu teh serbuk dashi segera (boleh didapati di kedai oriental)
1/2 cawan miso paste brand Shiro Miso
1 sudu besar dried seaweed utk miso sup (direndam didlm air)
150gm tofu lembut dipotong dadu
sedikit daun bawang
cara-cara:
didihkan air dan masukkan instant dashi, kacau hingga dashi larut.
kecilkan api, masukkan tofu.
toskan seaweed yang direndam dan masukkan, masak seketika.
ambil sesenduk sup tadi, masukkan kedlm mangkuk kecil dan kacau bersama miso paste hingga sebati.
padamkan api, masukkan miso paste tadi dan kacau rata.
taburkan daun bawang yang telah dihiris.
Assalammualaikum...
kuih favourite abah... jarang-jarang celik-celik dapur buat... sbb hero celik-celik dapur yang sorang tu tak boleh makan disebabkan allergic to coconut...
bahan-bahan utk kulit:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 1/2 cawan santan cair
5-10helai daun pandan dibelnd dgn 1 cawan air ambil jusnya
sedikit garam
cara-cara:
masukkan semua bahan-bahan diatas ke dlm blender dan diblend.
tapis adunan jika perlu.
panaskan frying pan dan sapukan sedikit minyak.
gunakan api yang kecil.
ambil 1 senduk adunan dan masukkan kedlm pan, leperkan senipis yang boleh.
apabila bahagian tepinya telah terpisah dari pan bolehlah diangkat.
letakkan sesudu kelapa atau lebih mengikut citarasa dan balut seperti membalut popia.
bahan-bahan utk inti:
2 biji kelapa parut diambil putih shj
200-300gm gula melaka atau dark brown sugar
1 cawan air
1 helai daun pandan disimpul
cara-cara:
masak gula dan air hingga larut.
masukkan daun pandan dan kelapa
masak hingga kering.
sejukkan inti barulah digulung.
Assalammualaikum...
celik-celik dapur suka kuih muih melayu... dulu selalunya main tunjuk-tunjuk je kalau tekak terasa nak makan... tapi sekarang tidak lagi... celik-celik dapur akan cuba hingga dapat memenuhi selera tekak celik-celik dapur... sesiapa yang ingin mencuba, silakan... insyaallah menjadi... :)))
bahan-bahan:
250gm tepung beras
350gm gula (boleh dikurangkan)
250ml air sejuk
300ml panas mendidih
200ml santan pekat
1 sudu teh garam
3 sudu besar tepung ubi (utk hasilkan texture yang berkilat)
sedikit pewarna merah
cara-cara:
campurkan tepung beras, tepung ubi, gula, garam dan kacau sebati.
masukkan air sejuk, kacau lagi.
masukkan air panas, kacau cepat-cepat.
masukkan santan dan kacau sebati.
bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (1 warna putih, 1 lagi warna merah)
kukus berselang seli.
setiap lapisan mengambil masa lebih kurang 5minit.
***(jika inginkan kuih lapis betul-betul lemak, boleh lebihkan santan dan kurangkan air)
Assalammualaikum...
1st attempt celik-celik dapur buat bingka ubi menjadi... alhamdulillah...
bahan-bahan:
6 cawan ubi yang telah diparut
6 cawan santan
3 biji telur
3 cawan gula
1 sudu teh garam
sedikit butter
cara-cara:
masukkan semua bahan-bahan diatas dan gaul rata.
sapukan loyang dengan butter.
tuangkan adunan tadi kedlm loyang.
bakar selama 1jam dgn suhu 180'C.
Assalammualaikum...
setiap hidangan utk lunch and dinner semestinya kena ada sayur... balance meal can keep us healthy... walaupun sayur goreng atau sayur rebus sekalipun... kena makan sayur tau!!! pesan celik-celik dapur untuk diri sendiri... dah sampai ke 4series kenalah jaga makan... :)))
bahan-bahan:
3-4 pokok sayur kailan
1 keping ikan talang/kurau masin
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji ci;i merah dihiris
sedikit minyak
sedikit garam jika perlu
cara-cara:
cuci sayur kailan dan potong mengikut citarasa
ikan kering dipotong kecil dan digoreng diangkat dan diketepikan (jangan terlalu garing)
dengan minyak yang sama tumis bawang seketika
masukkan sayur kailan dan kacau rata.
masukkan ikan kering dan cili.
Assalammualaikum...
sesekali makan nasi minyak teringat bila tibanya musim cuti sekolah sure ada kenduri kawin... itu masa celik-celik dapur dizaman sekolah... tapi sekarang bukan cuti sekolah lagi... sepanjang tahun pasti ada kenduri kawin... dah lama celik-celik dapur tak makan nasi org kawin... buat sendiri je lah ye... :)))
bahan-bahan:
3 cawan beras basmati dicuci dan ditos
2 ulas bawang putih dimayang
1 biji bawang besar dimayang
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
200ml susu cair
3 sudu besar butter
3 sudu besar ghee
sedikit minyak jika perlu
sedikit perwarna kuning
air secukupnya utk memasak nasi
cara-cara:
panaskan periuk, masukkan butter, ghee dan sedikit minyak.
tumis bawang hingga kekuningan, dan masukkan bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis.
masukkan susu, air dan garam secukup rasa.
biarkan hingga mendidih seketika.
masukkan beras dan masak seperti biasa.
setelah nasi masak, titiskan pewarna keatasnya.
tutup periuh hingga air nasi betul-betul kering.
bila air sudah kering barulah nasi tadi digaulkan utk mendapat warna yg menarik.
***(nasi minyak sedap dimakan dgn, kurma daging, ayam masak merah, acar rampai dan lauk yang seangkatan dengannya)
ssalammualaikum.
satu lagi resepi utk memenuhi permintaan hero-hero kecil celik-celik dapur di hari minggu...
bahan-bahan:
500gm spaghetti direbus, ditos dan digaul dengan sedikit butter
bahan-bahan sauce:
450gm mince beef
270gm tomato paste
2 kiub beef stock
3 sudu besar gula
2-3 biji bawang besar dipotong dadu atau dikisar
1 sudu besar herbs
500ml air
sedikit olive oil
cara-cara:
panaskan periuk dan masukkan olive oil.
tumis bawang seketika hingga kekuningan kalau didadu, jika diblend hingga kering air.
masukkan mince beef dan kacau hingga daging masak.
masukkan tomato paste kacau lagi.
masukkan air, masak hingga mendidih.
masukkan bahan-bahan lain, biarkan mendidih sekali lagi utk menghilangkan rasa pahit tomato paste.
***(herbs: oregano, basil. thyme and parsley... you also can add sage, majoram and rosemary)