Sunday, 28 September 2014

Nasi Ayam

Assalammualaikum...
semesti banyak resepi nasi ayam yang terdapat dimana-mana blog... tapi celik-celik dapur masukkan je lah ye... sekadar santapan mata kepada yang sudi menjengah... resepi simple kegemaran celik-celik dapur sekeluarga... tapi hari ni selain dari sos cili, sos kicap dan sup, celik-celik dapur sediakan extra side dish untuk set nasi ayam... steam tofu, stir fry bean sprouts and steam baby bok choy with oyster sauce to replace normal chicken rice salad...

 



bahan-bahan:
3 cawan beras basmati dibersih dan ditoskan
1 ekor ayam dipotong 4
1 biji bawang besar dihiris nipis
3 ulas bawang putih dihiris nipis
2 inci halia dihiris nipis
sedikit rempah 4 sekawan
sedikit minyak untuk menumis
air secukupnya untuk merebus ayam
garam atau kiub ayam atau kiub ikan bilis secukupnya

cara-cara:
panaskan periuk dan masukkan minyak.
tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
masukkan rempah 4 sekawan, kacau seketika.
masukkan air secukupnya biarkan mendidih.
masukkan garam atau kiub ayam atau kiub ikan bilis secukup rasa.
masukkan ayam.
rebus ayam separuh masak dan keluar dan ketepikan ayam.
air rebusan ayam tadi diambil untuk memasak nasi.
selebihnya dibuat sup.


bahan-bahan utk ayam:
3 sudu besar kicap pekat atau kicap manis
3 sudu besar madu (boleh kurangkan jika guna kicap manis)
3 ulas bawang putih diracik halus
2 inci halia diracik halus
sedikit serbuk lada hitam

cara-cara:
gaul ayam yang telah direbus dengan semua bahan-bahan diatas.
ayam yang telah digaul boleh digoreng atau pun dimasak dalam sos kicap hingga masak sepenuhnya.

bahan-bahan sos kicap:
1/2 cawan kicap pekat atau kicap manis dicampur dengan 2 cawan air rebusan ayam.
(didihkan dan masukkan ayam)

bahan-bahan sos cili:
4-5biji cili merah dibuang biji
sedikit cuka
sedikit gula
sedikit garam

cara-cara:
kisar halus semua bahan-bahan diatas.

 

No comments:

Post a Comment