Showing posts with label Kuih Tradisional Melayu/Malay Traditional Dessert. Show all posts
Showing posts with label Kuih Tradisional Melayu/Malay Traditional Dessert. Show all posts

Sunday, 25 May 2014

Apam

Assalammualaikum...
ramai rakan-rakan FB yang mencuba dan post ke wall masing-masing resepi apam tepung beras... masing-masing berjaya buat apam tepung beras yang comel-comel dan gebu... dah lama celik-celik dapur teringin nak buat tapi memandangkan tempoh pemerapan yang terlalu lama terus celik-celik dapur pendamkan seketika niat utk membuat apam tepung beras...

bangun pagi ni hati bagai digaru-garu lah pulak nak try buat apam tepung beras... nasi lebihan semalam pun ada... cantik sangatlah tu... selesai solat subuh, celik-celik dapur terus ke dapur walaupun masih terlalu awal... maklumlah subuh awal sekarang... belum 3.30pg azan subuh dah pun berkumandang... pukul 4.15pg dah siap adunan apam... tapi adunan apam celik-celik dapur tak perlu diperap terlalu lama cukup sekadar 30minit atau 45minit sahaja... resepi utk org yang kurang sabar seperti celik-celik dapur... kalau boleh semua nak shortcut je... heheheh...

celik-celik dapur namakan apam je lah ye sebab terdapat tepung gandum dalam adunan apam ni... kalau nak panggil apam tepung beras kesian pulak tepung gandum diketepikan... hehehe... apa-apa pun janji apam jadi cantik berseri, berkilat, gebu dan lembut dimakan...


bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
6 gm yeast segera
1 1/2 cawan air suam
1 1/2 sudu besar minyak masak

 



cara-cara:
blend nasi dgn air suam hingga nasi hancur.
dalam mangkuk besar satukan semua bahan-bahan kecuali minyak masak.
gaul sebati dan masukkan bancuhan nasi tadi.
kacau rata dan biarkan seketika hingga adunan berbuih (30-45minit)
sebelum dikukus masukkan minyak masak kedalam adunan apam dan kacau rata.
sapukan sedikit minyak kedalam cawan lompang.
panaskan kukusan.
kukus apam hingga masak (10-15minit)


*** (minyak masak dapat melembutkan apam... petua yang celik-celik dapur dapat dari pakar membuat apam)


 

Sunday, 18 May 2014

Dayang Senandung Berendam

Assalammualaikum...
celik-celik dapur suka dengan nama Dayang Senandung... filem Melayu Klasik ditahun 1965 arahan Jamil Sulong... Sarimah pemegang watak sebagai Dayang Senandung... sesiapa yang nak tahu lebih lanjut sila google lah ye...

pasti ada yang tertanya-tanya ape kebende nye Dayang Senandung Berendam??? idea ni timbul gara-gara lebihan bebola inti kelapa manis utk kuih kochi semalam, maka terjadilah Dayang Senandung Berendam... sebab warna nya lah, apa lagi... nak sebut badak berendam agak kurang manis gitu... kalau soaking hippo dengar macam comel lah juga... tapi celik-celik dapur suka dengan Dayang Senandung Berendam... apa-apa lah kan... janji celik-celik dapur bahagia... kalau nak cuba silalah...



bahan-bahan:
400ml santan
1 cawan air
2 sudu besar tepung beras
1 helai daun pandan
sedikit garam

cara-cara:
satukan semua bahan-bahan diatas.
masak menggunakan api yang sederhana sehingga agak pekat.
hendaklah dikacau selalu utk mengelakkannya dari berketul.
ketepikan

*** bahan-bahan utk bebola inti kelapa manis boleh rujuk dalam post kuih kochi. terpulang pada citarasa masing-masing nak letak warna hijau atau warna lain...

didihkan air dan masukkan bebola tadi.
masak sehingga bebola timbul sepertimana menyediakan buah melaka.
setelah timbul bolehlah diangkat.
masukkan kedalam kuah santan tadi.
sedap dimakan panas atau pun sejuk.


 

Saturday, 17 May 2014

Kuih Kochi

Assalammualaikum...
semalam setelah puas bersantai sendirian dirumah tanpa anak-anak, hari ni seperti biasa menyambung tugasan harian as home ministry... pagi tadi tak lah selepas subuh, tapi pagi lah ye... around 7.30am celik-celik dapur nak sediakan breakfast... nak buat apa ye???

lebihan daun pisang utk tepung bungkus last week masih ada dan masih hijau... dah lama teringin tapi tak terbuat... risau tak menjadi... maklumlah celik-celik dapur bukannya pandai sangat buat kuih-kuih melayu... tapi disebabkan terpaksa kenalah belajar... kalau malas tak makan lah jawabnya... dan yang penting sekali mesti kena dengan selera tekak celik-celik dapur...

Alhamdulillah 1st attempt menjadi... dan food tester pun cakap ok... siapa lagi kalau bukan adik June ditingkat atas... :)))


bahan-bahan:
250gm tepung beras pulut
80gm tepung beras pulut hitam
sedikit air
400ml santan
sedikit garam
sedikit minyak masak
daun pisang dilayur

*** bahan-bahan utk inti kelapa manis boleh rujuk pada pos tepung bungkus atau kuih ketayap...


 


cara-cara:
campurkan santan dan garam.
masak diatas api yang sederhana hingga pekat.
sejukkan (room temperature)
satukan tepung beras pulut dan beras pulut hitam dan kacau rata.
masukkan sedikit demi sedikit air dah uli hingga menjadi doh yang lembut tapi tidak melekat ditangan.
bulat-bulat dan leperkan.
masukkan inti kelapa manis dan tutup kemas.
daun pisang yang telah dilayur dilap bersih dan dipotong kecil.
sapukan sedikit minyak masak diatas daun pisang.
letakkan 1 sudu besar santan pekat dan bebola inti tadi.
lipat kemas daun pisang.
ulang proses hingga selesai.
didihkan air dan kukus selama 15minit.


**** (sila abaikan balutan celik-celik dapur ya... sememangnya FAIL)
 

Saturday, 10 May 2014

Tepung Bungkus

Assalammualaikum...
lama betul celik-celik dapur tak makan/buat tepung bungkus... teringinlah pulak... last buat semasa masih lagi di Nabih Salleh... beberapa tahun yang lalu... sebabnya hanya celik-celik dapur seorang sahaja yang makan... nak buat pun macam tak berbaloi...


1st time on April 9th 2011...
 



2nd time is today, May 10th 2014...



bahan-bahan utk inti:
1 biji kelapa parut diambil putih sahaja
150gm dark brown sugar (boleh lebihkan kalau suka manis)
1 helai daun pandan
sedikit air

cara-cara:
cairkan gula dgn air bersama daun pandan menggunakan api sederhana.
masukkan kelapa parut dan gaul rata.
masak hingga air gula kering.
sejuk dan bulat-bulatkan

bahan-bahan kuih:
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
1 sudu teh garam
4 sudu besar tepung beras pulut
sedikit air
daun pisang secukupnya (dilayur)

cara-cara:
campurkan tepung beras pulut dgn air utk membentuk doh.
bulat-bulatkan doh dan leperkan doh.
masukkan inti dan tutup kemas menjadi bebola.
bancuh tepung beras bersama santan dan garam.
kacau diatas api sederhana hingga separuh masak.
panaskan kukusan.
ambil 2 sudu besar bancuhan tepung yg telah dimasak dan letakkan diatas daun pisang.
letakkan 2 biji bebola inti tadi dan tutup dgn 1 sudu besar bancuhan tepung.
balut adunan seperti gambar diatas.
kukus selama 20minit.

 

Tuesday, 22 April 2014

Kuih Bom AKA Ondeh-Ondeh

Assalammualaikum...
Kuih Bom, kalau orang utara panggil Ondeh-Ondeh... bukan Buah Melaka ya... :))) pernah celik-celik dapur mencuba tapi sekali sahaja... gara-gara kena bom dgn kuih bom... hehehe... terus tak buat lagi... tersalah adunan sampai kuih bom meletup terpelanting keluar dari kuali... serikkkkkk...

tapi Alhamdulillah pagi tadi celik-celik dapur sempat berguru dgn Mak Intan dan mendapat petua yang betul utk membuat kuih bom yang lembut dan yang pastinya tak akan kena bom lagi... :))))

inilah hasilnya... comel kan????

 
bahan-bahan:
1 cawan tepung beras pulut
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu besar tepung beras
1/2 cawan air gula merah
1 helai daun pandan
80gm gula merah (dimasak dgn 1 cawan air bersama daun pandan)
bijan
minyak utk menggoreng (deep fry)

cara-cara:
satukan semua tepung diatas dan gaul sebati.
masukkan air gula merah sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat dijari atau dinding  mangkuk.
bulat dan leperkan.
letak inti kacang hijau atau kelapa manis (ikut selera masing-masing)
tutup kemas dan golek doh tadi kedalam bijan.
panaskan minyak dgn api yang sederhana.
masukkan kuih bom batch by batch.
tunggu hingga kuih bom timbul.
balik-balikkan.
angkat dan tos.


bahan-bahan inti:
1 biji kelapa parut (diambil putih sahaja)
250gm gula merah (boleh dilebihkan atau dikurangkan)
1 helai daun pandan
2 cawan air

cara-cara:
didihkan air dan masukkan gula merah dan daun pandan.
kacau hingga gula hancur.
masukkan kelapa parut gaul rata.
masak hingga kering air.
sejuk dan bulat-bulatkan sebesar ibu jari.

Friday, 28 March 2014

Apam Rainbow

Assalammualaikum...
setelah selesai solat subuh celik-celik dapur terus ke dapur walaupun pagi ni dah janji dgn MPH utk breakfast di luar... tekak terasa nak makan apam rainbow... ada cerita disebalik nama... anak-anak celik-celik dapur suka makan kuih yabg berwarna warni... semasa dia org masih toddlers selalu juga celik-celik dapur bawa ke pasar tani or pasar pagi... yang pasti akan dibeli ialah apam cute yg berwarna warni... disebabkan tak pandai nak sebut warna warni, anak-anak celik-celik dapur sebut apam rainbow... sampai sekarang pun masih panggil apam rainbow... :)))


bahan-bahan:
3biji telur
1 1/2 cawan gula castor
1 cawan susu UHT disuamkan
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yeast
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovellete
pewarna mengikut selera masing-masing

cara-cara:
pukul telur, gula dan ovellete hingga kembang.
masukkan esen vanilla.
satukan tepung dan yeast.
masukkan susu dan tepung berselang seli hingga habis.
bahagikan adunan dan letakkan pewarna.
kukus adunan dlm petit cup cake dgn api kuat selama 7-10minit.

***(sedap dimakan bersama kelapa parut yang digaul dgn sedikit garam)
 

Friday, 14 March 2014

Apam Polkadot

Assalammualaikum...
pagi jumaat datang lagi... Alhamdulillah, dapat menikmati pagi jumaat utk kesekian kali... Alhamdulillah, syukur diberi kesihatan yg baik utk melakukan routine harian...

pagi-pagi hujung minggu ni selalunya celik-celik dapur akan bawa anak-anak breakfast di luar... tapi minggu ni terasa malas lah pulak... breakfast dirumah je... mood memasak datang dgn tiba-tiba... bila dah selesai sediakan breakfast terus celik-celik dapur keluarkan mixer... inilah hasilnya... :)))


bahan-bahan:
3 biji telur
275gm tepung gandum

200gm gula caster
150ml susu segar
1 sudu besar baking powder
1 sudu kecil ovalett
filling sesuka hati (boleh letak chocolate chips, kaya or jem)
pewarna pun ikut citarasa masing-masing


cara-cara:
masukkan semua bahan apam ke dlm magkuk mixer dan pukul dgn kelajuan maksima selama 6-8minit.
bahagikan adunan kpd 2 bahagian dan titiskan pewarna.
masukkan sedikit adunan tadi kedlm petit size muffin cup yg diletak dlm acuan lompang.

kemudian masukkan filling dan masukkan separuh lagi adunan sehingga 3/4 penuh.
guna piping bag utk membuat dotted.
kukus dgn api yg sederhana selama 7-10minit.


*** Pastikan air kukusan dipanaskan terlebih dahulu sehingga mendidih dan api kukusan jgn terlalu kuat nti permukaan apam akan pecah.

Sunday, 9 March 2014

Kuih Siput

Assalammualaikum...
sedapkan kalau dipetang hari sambil layan movie bersama keluarga ada semangkuk kuih siput... :)))


bahan-bahan:
300gm butter
1kg tepung gandum...

sedikit serbuk cili
sedikit rempah kari
kiub ikan bilis
garam secukup rasa
sedikit daun kari
air

cara-cara:
gaulkan kesemua bahan-bahan diatas kecuali air hingga sebati.
masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
bolehlah diterap dipapan kuih siput.
goreng hingga keperangan.
goreng juga daun kari utk mendptkan aroma
.
 
 

Wednesday, 11 September 2013

Pau Peanut Butter & Jelly

Assalammualaikum...
hari ni celik-celik sediakan pau khas utk my precious heros... pau peanut butter and jelly... resepi pau terdapat dlm post pau kacang merah... cuma filling nya shj ditukar... have a great and pleasant day everybody... :)))

 

Sunday, 16 June 2013

Khasidah

Assalammualaikum...
macam-macam lah pulak tekak celik-celik dapur terasa nak makan... kuih favourite celik-celik dapur masa kecil-kecil... teringat akan arwah nenda celik-celik dapur akan buat setiap kali celik-celik dapur berkunjung kerumah nenda... dulunya celik-celik dapur agak picky and choosy bab-bab makan... tak boleh pedas, tak boleh masin, tak boleh masam... arwah nenda faham sangat dengan kerenah celik-celik dapur...

semalam tak kala menikmati kuih favourite celik-celik dapur yang buat pertama kalinya celik-celik dapur buat sendiri dan menjadi... menitis juga airmata, bila teringatkan arwah nenda dan bonda... AL Fatihah, semoga roh nenda dan bonda tenang disana... amin...


bahan-bahan:
bawang kecil secukupnya
minyak masak atau ghee secukupnya
2 cawan tepung gandum
4 - 5 cawan air
1 1/2cawan gula


cara-cara:
bawang dihiris nipis dan digoreng menjadi bawang goreng dan disejukkan.
bancuh tepung dgn air dan ditapis.
masukkan gula dan kacau rata diatas api yang sederhana hingga bancuhan menjadi berkilat dan tiada lagi berbau tepung.
tuangkan adunan kedlm loyang yang telah disapukan dgn minyak atau ghee.
ratakan adunan.
panaskan 2 sudu besar ghee dan tuangkan keatas adunan.
taburkan bawang goreng diatas.

***(lagi banyak bawang goreng lagi sedap)

 

Wednesday, 15 May 2013

Bingka Pisang

Assalammualaikum...
teringat akan arwah bonda yang kerap kali akan buat cok kodok pisang (jemput-jemput pisang) apabila pisang masak ranum... celik-celik dapur suka makan pisang tapi sekarang kena kurangkan sikit sbb kandungan gula dan carbohydrate yang tinggi dlm pisang... makan tetap makan tapi kurang je lah... tapi kalau pegi mana-mana supermarket, kalau celik-celik dapur nampak pisang yang gebu for sure akan beli... sebab geram tengok pisang yang cantik dan gebu... at last, pisang terbiar masak ranum... apa nak dikata, dah puas buat jemput-jemput... kita buat bingka pulak... orang Utara panggil bengkang...


bahan-bahan:
8 biji pisang montel
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan evaporated/uht milk/santan
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil bicarbonate of soda


cara-cara:
panaskan oven pada suhu 200'C.
blend atau lecek pisang hingga hancur.
masukkan telur dan kacau.
masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan bicarbonate of soda, kacau rata.
masukkan susu/santan, garam serta gula, kacau sebati.
sapukan loyang dgn butter dan bakar adunan hingga agak kekuningan bahagian atas, kemudian kecilkan suhu ke 150'C.
bila bahagian tepi nampak garing, keluarkan bingka sapukan butter diatasnya.
bakar hingga masak.


 

Saturday, 27 April 2013

Kuih Ketayap/ Kuih Dadar

Assalammualaikum...
kuih favourite abah... jarang-jarang celik-celik dapur buat... sbb hero celik-celik dapur yang sorang tu tak boleh makan disebabkan allergic to coconut...


bahan-bahan utk kulit:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 1/2 cawan santan cair
5-10helai daun pandan dibelnd dgn 1 cawan air ambil jusnya
sedikit garam

cara-cara:
masukkan semua bahan-bahan diatas ke dlm blender dan diblend.
tapis adunan jika perlu.
panaskan frying pan dan sapukan sedikit minyak.
gunakan api yang kecil.
ambil 1 senduk adunan dan masukkan kedlm pan, leperkan senipis yang boleh.
apabila bahagian tepinya telah terpisah dari pan bolehlah diangkat.
letakkan sesudu kelapa atau lebih mengikut citarasa dan balut seperti membalut popia.



bahan-bahan utk inti:
2 biji kelapa parut diambil putih shj
200-300gm gula melaka atau dark brown sugar
1 cawan air
1 helai daun pandan disimpul

cara-cara:
masak gula dan air hingga larut.
masukkan daun pandan dan kelapa
masak hingga kering.
sejukkan inti barulah digulung.

Kuih Lapis

Assalammualaikum...
celik-celik dapur suka kuih muih melayu... dulu selalunya main tunjuk-tunjuk je kalau tekak terasa nak makan... tapi sekarang tidak lagi... celik-celik dapur akan cuba hingga dapat memenuhi selera tekak celik-celik dapur... sesiapa yang ingin mencuba, silakan... insyaallah menjadi... :)))


bahan-bahan:
250gm tepung beras
350gm gula (boleh dikurangkan)
250ml air sejuk
300ml panas mendidih
200ml santan pekat
1 sudu teh garam
3 sudu besar tepung ubi (utk hasilkan texture yang berkilat)
sedikit pewarna merah



cara-cara:
campurkan tepung beras, tepung ubi, gula, garam dan kacau sebati.
masukkan air sejuk, kacau lagi.
masukkan air panas, kacau cepat-cepat.
masukkan santan dan kacau sebati.
bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (1 warna putih, 1 lagi warna merah)
kukus berselang seli.
setiap lapisan mengambil masa lebih kurang 5minit.

***(jika inginkan kuih lapis betul-betul lemak, boleh lebihkan santan dan kurangkan air)

Bingka Ubi

Assalammualaikum...
1st attempt celik-celik dapur buat bingka ubi menjadi... alhamdulillah...


bahan-bahan:
6 cawan ubi yang telah diparut
6 cawan santan
3 biji telur
3 cawan gula
1 sudu teh garam
sedikit butter


cara-cara:
masukkan semua bahan-bahan diatas dan gaul rata.
sapukan loyang dengan butter.
tuangkan adunan tadi kedlm loyang.
bakar selama 1jam dgn suhu 180'C.


Thursday, 25 April 2013

Apam Balik

Assalammualaikum...
satu lagi resepi kuih tradisional melayu yang nak celik-celik dapur kongsi bersama... resepi dari teman baik celik-celik dapur, Ateh Azwina terima kasih dgn ilmu yang diberi...


bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/2 cawan gula
2 cawan air
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
kacang kisar
cream corn
gula



cara-cara:
pukul gula dgn telur hingga kembang
masukkan soda bicarbonate dan baking powder, kacau sebati.
masukkan air dan kacau lagi.
masukkan tepung, kacau hingga tiada ketulan tepung.
perap adunan 1/2-1jam.
panaskan frying pan dgn api yang sederhana kemudian griskan dgn butter.
masukkan adunan kedlm frying pan, bila adunan deh berlubang-lubang taburkan gula dan kacang.
bila adunan agak kering letakkan cream corn dan lipat adunan dan bolehlah diangkat.


Monday, 22 April 2013

Lopes Utara CCD

Assalammualaikum...
ini satu lagi resepi favourite celik-celik dapur, semestinya resepi arwah bonda tercinta...


bahan-bahan:
1kg beras pulut
30helai daun pandan dikisar dgn 5 cawan air ditapis dan diambil jus
daun pisang secukupnya dilayur/disalai terlebih dahulu dan dilap bersih
1 biji kelapa diparut ambil bahagian putih sahaja
gula melaka dimasak dgn sedikit air dan ditapis



cara-cara:
masak pulut bersama jus pandan.
bila air hampir kering kecilkan api dan tutup periuk.
biarkan pulut separuh masak.
ambil sesenduk pulut dan balut dgn daun pisang seperti gambar diatas.
kukus pulut selama 1-1 1/2jam.
biarkan lopes betul-betul sejuk barulah dipotong dan digaul dgn kelapa parut yang telah digaul dgn sedikit garam.

Sunday, 21 April 2013

Lompang

Assalammualaikum...
kuih ini bukanlah favourite celik-celik dapur... tapi keinginan untuk mencuba apa salahnya kan??? alhamdulillah my 1st attempt menjadi... terima kasih kepada kekanda Zaiton Isa, yang sekarang berada di Mexico City yang telah sudi memberi resepi dan petua-petua untuk membuat kuih lompang...


bahan-bahan:
300gm tepung beras
1 cawan gula pasir
1/2 cawan gula melaka atau dark brown sugar
2 sudu besar tepung ubi atau tepung jagung
1 sudu teh air kapur (pes kapur)
4 1/2 cawan air
sedikit kelapa parut (bahagian putih shj)



cara-cara:
didihkan air bersama gula pasir dan gula melaka, kacau hingga gula larut.
bancuhkan tepung beras dan tepung ubi bersama air, kacau hingga tiada ketulan.
tapis air gula dan tuangkan kedlm bancuhan tepung, kacau sebati.
sapukan sedikit minyak pada setiap cawan lompang dan kukus selama 5minit.
masukkan adunan kedlm cawan lompang dan kukus selama 20minit atau hingga masak.
bila sejuk bolelah diletakkan kelapa parut yang telah digaul dgn sedikit garam.

Thursday, 18 April 2013

Kuih Cara Manis

Assalammualaikum...
kuih kegemaran celik-celik dapur semasa kecil semuanya yang berwarna hijau... agaknya disebabkan itulah favourite colour celik-celik dapur pun hijau... kalau arwah bonda buat kuih cara manis berwarna kuning, semestinya tak akan habis... tapi kalau yang menggunakan jus pandan, dalam sekelip mata selesai... belum sempat keluarkan dari loyang, anak-anak arwah bonda menunggu dgn piring ditangan especially me and my sister... 

sekarang tiba masa utk celik-celik dapur pula buatkan untuk anak-anak celik-celik dapur sendiri... my eldest son is allergic to coconut so instead of using coconut milk i used UHT milk in my recipe...



bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 UHT milk atau santan
1/2 sudu kecil garam
5 helai daun pandan dikisar bersama 1 cawan air ditapis dan diambil jus
gula halus secukupnya



cara-cara:

blend semua bahan-bahan diatas kecuali gula hingga sebati.
panaskan acuan kuih cara, sapukan dgn sedikit minyak dan masukkan adunan.
apabila adunan hampir masak masukkan gula.


Tuesday, 16 April 2013

Mertabak

Assalammualaikum...
mertabak utara kebanyakknya dipelepori oleh kedai-kedai makan mamak... yg pasti lawannya jeruk bawang dan kuah kari... mertabak sebelah selatan pula lawannya timun bersama sos tomato dan kuah kari... paling celik-celik suka mertabak Kg Melayu JB, sememangnya terbaik... nak-nak mertabak special or jumbo... celik-celik dapur sendiri dah lost track dgn keluaran terbaru mertabak Kg Melayu JB...

disini mana nak cari mertabak Kg Melayu... mertabak celik-celik dapur ada lah... teknik utk menghasilkan mertabak menggunakan kulit popia ini, celik-celik dapur belajar dari Mazwan Kesuma... sudi-sudikan lah mencuba...



bahan-bahan:
15 keping ready made kulit popia saiz paling besar
450gm mince beef atau mince chicken
10 biji bawang besar saiz sederhana dimayang
1 sudu besar chili peste yg telah dibend dgn bawang 
1/2 kecil chili flakes (optional)
1 1/2 sudu besar serbuk rempah (boleh guna rempah kari/kurma/sup)
garam dan gula
minyak utk menumis

cara-cara:

panaskan kuali, masukkan minyak.
tumis chili paste hingga naik bau, kemudian masukkan serbuk rempah.
kacau hingga rempah masak.
masukkan mince beef/chicken gaul rata.
setelah mince beef/chicken hampir masak masukkan bawang, kacau hingga bawang layu.
garam dan gula secukup rasa.
jika suka lebih pedas boleh tambah chili flakes.
masak hingga inti agak kering dgn menggunakan api perlahan.
sentiasa kacau utk mengelakkan inti dari hangus.
sejukkan.


cara-cara meyediakan mertabak:

didlm mangkuk kecil masukkan 2 atau 3 sudu besar inti dan pecahkan 2 biji telur dan kacau sebati.
ambil sekeping kulit popia sudukan bancuhan tadi dan lipat kulit popia menjadi 4persegi.
panaskan frying pan, masukkan sedikit minyak.
letakkan kulit popia yg telah dimasukkan inti tadi di tengah-tengan frying pan dan digoreng.
tambahkan minyak seperti menggoreng roti canai.
balik-balikkan hingga masak.
utk bancuhan didlm mangkuk kecil tadi boleh menghasilkan 3 keping mertabak.
jika suka mertabak yg tebal bolehlah letak inti lebih.

***(resepi diatas boleh menghasilkan 15-17keping mertabak)

Monday, 15 April 2013

Kuih Bakar Pandan

Assalammualaikum...
kuih bakar pandan atau kuih bakar kemboja rasanya lebih kurang sama... mulut terasa nak makan kuih bakar kemboja, tapi loyang kemboja celik-celik dapur tak ada... celik-celik dapur guna je lah loyang yang mana terdapat di dapur... asalkan rasa ada cukuplah kan...


bahan-bahan:
5 helai daun pandan dikisar dgn 1/2 cawan air dan ditapis ambil jusnya
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir (boleh dikurangkan)
1 biji telur
1 1/2 cawan santan
sedikit garam
sedikit bijan



cara-cara:
masukkan jus pandan, tepung, gula, telur, santan dan garam ke dlm blender dan diblend hingga sebati.
sapukan loyang dgn butter dan tuangkan adunan tadi, taburkan bijan diatasnya.
bakar dlm ketuhar dgn suhu 180'C sehingga masak.