Showing posts with label Daging/Beef. Show all posts
Showing posts with label Daging/Beef. Show all posts

Tuesday, 26 August 2014

Black Pepper Beef

Assalammualaikum...
satu lagi resepi yang nak celik-celik dapur kongsi bersama... resepi yang simple dan mudah dibuat...


bahan-bahan:
300gm tenderloin beef dihiris
1/2 biji capsicum dibuang biji dan dipotong bite size
(celik-celik dapur guna merah dan kuning)
1 biji cili hijau dpotong
1/2 biji bawang Holland dihiris
3 ulas bawang putih diracik halus
1/2 inci halia diracik halus
1 sudu besar crush black pepper
minyak utk menggoreng

bahan-bahan marinate:
2 sudu besar oyster sauce
1 sudu kecil fish sauce
1 sudu besar teriyaki sauce
1 sudu besar dark soy sauce
1 sudu besar gula


cara-cara:
marinate daging dan perap selama 30minit.
panaskan kuali dan masukkan minyak yang banyak.
deep fry daging dalam 2-3minit
angkat, tos dan ketepikan.
kurangkan minyak.
tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan.
masukkan crush black pepper.
masukkan capsicum dan bawang Holland gaul rata.
masukkan daging dan gaul sebati.
jika kurang rasa boleh tambah garam atau gula.

 

Monday, 23 June 2014

Kari Daging bersama Rebung

Assalammualaikum...
agak lama juga celik-celik dapur tak bersiaran dalam My Little Kitchen... sibuk sedikit sejak kebelakang ni... tambah-tambah MPH dah mula summer holiday... Alhamdulillah preparation on their new academic year 2014/2015 nearly settle... school uniform dah pun ditempah... will be ready on 1st July... insyaallah PTM on 29th June will buy their text books... half of major things settle... senang hati celik-celik dapur... tunggu back to school promotion utk beli yang lain...

itu utk preparation sekolah... preparation raya pun dah half way... Baju Melayu dah pun ditempah... baju raya yang lain pun dah dibeli... cepat kan???

every year ini lah yang selalu celik-celik dapur buat... siapkan segala-galanya before Ramadhan start... bukan apa... bulan ramadhan bulan yang terbaik dalam segala bulan... insyaallah segala amalan baik seikhlas, sejujur, setulus hati pasti besar ganjarannya... itu yang nak celik-celik dapur kejar... lebihkan amalan di bulan Ramadhan dari terkejar-kejar diluar sana utk preparation raya... :)))

panjang pula bebelan celik-celik dapur hari ni... nak cerita pasal kari... hehehe... lama betul celik-celik dapur tak masak or makan rebung... dari last week teringin... mengingatkan hanya celik-celik dapur seorang sahaja yang makan rebung dirumah ni, terus dipendamkan hajat makan/masak rebung...

bangun pagi tadi... dah seminggu... tak boleh jadi... mulut dah terasa kari rebung... selesai kemas rumah... terus celik-celik dapur masak kari daging bersama rebung, ikan goreng, kacang buncis goreng, sambal belacan ulam timun, kurma daging utk Azri dan chicken in oyster sauce utk Amirul... banyak tu... sekarang semuanya dah tersandar kekenyangan... masing-masing layan diri... Alhamdulillah...



bahan-bahan:
1/2kg daging (celik-celik dapur guna ribs)
1/2kg rebung dihiris jangan sampai putus
2-3biji bawang besar dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1 inci kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar rempah kari daging
200ml santan pekat
200ml air
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa

cara-cara:.
panaskan periuk, masukkan minyak.
tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air utk menjadi pes.
masukkan bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis biarkan seketika.
masukkan daging, gaul sebati.
masukkan santan dan air.
masak hingga daging empuk.
masukkan rebung, garam dan gula.


*** (jika perlu rebus daging terlebih dahulu)
*** (air rebusan disimpan, gantikan 200ml air diatas dgn air rebusan daging)
 

Friday, 23 May 2014

Satay Goreng Daging

Assalammualaikum...
jumaat datang lagi... Alhamdulillah, syukur... kerana masih diberi kesempatan utk bernafas dan beramal untuk hari ini... esok??? belum tentu... mohon keredhaan dari Allah swt supaya celik-celik dapur diberi kesempatan yang berpanjangan hendaknya... amin...

walaupun bahang panas negara padang pasir terasa diluar sana... Alhamdulillah, dalam rumah terasa seperti winter... celik-celik dapur dah menggigil kesejukkan tapi MPH selamber je... 24/7 dengan AC/aircon...

ok lah, berbalik pada resepi kita pada hari ini... semalam MPH awal-awal lagi dah request nak makan soto, if possible for breakfast... tak pun for lunch... semalam celik-celik dapur rebus 6 pack nasi impit buatan sendiri... terlintas difikiran, sedap juga kan kalau ada satay... sambil menunggu nasi impit masak... celik-celik dapur sediakan bahan-bahan marinate satay... daging dah pun dikeluarkan... selesai rebus nasi impit, daging pun siap di marinate...

Alhamdulillah, seawal 8.30pagi celik-celik dapur bukan saja dpt sediakan soto for breakfast tapi satay goreng daging juga... hari ni kita bersoto dan bersatay dari breakfast ke lunch dan dinner juga lah ye... senang kerja...

 


bahan-bahan:
1kg daging
3 batang serai dikisar
2 inci halia dikisar
1 sudu besar jintan putih dikisar
1 sudu besar jintan manis dikisar
1 biji bawang besar dikisar
3 sudu besar serbuk kunyit
garam dan gula atau honey secukup rasa
minyak utk menggoreng

cara-cara:
potong daging bite size cube.
gaul daging bersama semua bahan-bahan diatas.
perap 2-3jam atau semalaman.
panaskan kuali dan masukkan minyak.
goreng hingga kering.


*** (deep fry)
*** (resepi kuah satay boleh didapati didalam post satay ayam)



ini pula insert gambar soto:


 

Sunday, 9 March 2014

Daging Salai Masak Lemak CCD

Assalammualaikum...
hari ni tekak celik-celik dapur terasa nak makan pedas-pedas... buka freezer termenung seketika... ada sotong, udang, ayam, daging, ikan, ox tail... nak masak ape ye??? sambal sotong or sambal udang??? ayam masak cili??? daging salai masak lemak??? ikan berlado??? or sup ekor ala-ala thai??? susah juga kalau macam-macam ada dlm freezer... dan ini lah hasilnya...


bahan-bahan:
1/2kg daging tenderloin
2 biji kentang medium size
3-5 ulas bawang merah di kisar (depend on size)
1 inci kunyit hidup dikisar (boleh guna serbuk kunyit)
6-10 biji cili padi dikisar (boleh kurangkan)
2 cawan santan pekat
1 batang serai dititik
1 keping asam gelugor (jika perlu)
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar minyak

cara-cara:
daging di grill diatas grill pan.
balik-balikkan hingga kedua-dua bahagian mendapat grill mark.
masukkan dlm oven dan bakar selama 20minit.
keluarkan daging biarkan selama 20-30minit.
hiris daging nipis-nipis... kalau rajin siat-siatkan.
panas kan periuk masukkan minyak.
tumis bawang, cili padi dan serai hingga naik bau.
masukkan kentang.
kacau seketika jangan sampai hangus (guna api kecil)
masukkan santan biarkan hingga mendidih.
masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa.
bila kentang empuk masukkan daging.
biarkan seketika.
 

Wednesday, 29 May 2013

Daging Bakar & Air Asam

Assalammualaikum...
semua dah tahu kan resepi ni... so tak payah lah celik-celik dapur masukkan resepi ye... menu hari-hari bosan memasak... ini lah hasilnya... enjoy!!!


 

Monday, 27 May 2013

Lamb Yogurt

Assalammualaikum...
agak lama juga celik-celik dapur tak bersiaran diruangan My Little Kitchen, celik-celik dapur... rindu rasanya... little kitchen setiap hari berasap tapi tak berkesempatan shj... hari ini celik-celik dapur ingin berkongsi resepi simple yg celik-celik dapur reka sendiri semasa masih lagi bergelar student... selalunya kalau pulang dari class, perut dah lapar... jadi belasah aje apa yang ada dlm fridge, ada 1 lauk dan 1 sayur, cukuplah tu... janji perut kenyang... :)))


bahan-bahan:
500gm kambing beserta tulang
150gm plain yogurt
3 biji bawang besar dihiris nipis
10 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji lemon diambil jus
2 biji tomato dipotong dadu
2 biji cili merah dihiris nipis
2 tangkai daun bawang dihiris
2 inci halia dihiris nipis
2 btg serai dihiris nipis
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
minyak secukupnya
air
 

cara-cara:
cuci bersih kambing dan tos.
gaul kambing bersama sedikit garam, serbuk kunyit dan yogurt.
panaskan kuali dan masukkan minyak.
tumis bawang, halia dan serai hingga kekuningan.
masukkan kambing dan jus lemon dan gaul rata.
masukkan bahan-bahan lain.
masak hingga kering atau daging empuk.
jika perlu utk melembutkan daging boleh tambah air.

***(boleh juga guna cili padi jika suka lebih pedas)

 

Monday, 20 May 2013

Daging Goreng Berempah Kering

Assalammualaikum...
resepi yang celik-celik dapur reka-reka dan terasa OK pula ditekak celik-celik dapur... heheheh... kepada penggemar daging bolehlah mencuba...


bahan-bahan:
500gm daging dihiris nipis, dicuci dan ditos
1/2 sudu kecil rempah kari daging
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cili atau chili flakes
sedikit serbuk ketumbar
sedikit serbuk jintan halus dan kasar 
garam secukup rasa
3 ulas bawang putih dihiris nipis
2 biji bawang besar dihiris nipis
2 sudu besar tepung jagung digaul dgn sedikit garam dan white pepper


cara-cara:
gaul semua bahan-bahan diatas dan perap selama 1-2jam.
gaul bawang putih dan bawang besar dgn tepung jagung dan goreng.
angkat dan ditos.
dgn menggunakan minyak yang banyak, goreng daging hingga hampir kering.
matikan api biarkan selama 5 minit.
angkat, biarkan sejuk dan taburkan bawang yang digoreng tadi.

 

Wednesday, 15 May 2013

Daging Goreng Kacang Panjang

Assalammualaikum...
Alhamdulillah hari ini berkesempatan utk celik-celik dapur masuk ke ruangan My Little Kitchen, celik-celik dapur setelah beberapa hari menyepi... resepi simple hari ini... paling senang, sesiapa pun boleh buat... :)))


bahan-bahan:
300gm daging dihiris nipis
6 urat kacang panjang dipotong 1inci panjang

1 biji bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang putih dicincang
1 biji cili merah dihiris
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar oyster sauce
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit gula
minyak utk menggoreng 


 


cara-cara:
gaul daging bersama bawang putih.
perapkan selama setengah jam.
panaskan kuali masukkan minyak dan goreng daging selama 2/3minit.
(ini kalau daging lembut... kalau daging yg liat kena rebus terlebih dahulu hingga empuk)
masukkan kacang panjang, goreng seketika.
masukkan oyster sauce, kicap pekat, gula, serbuk lada hitam dan digaul rata.
masukkan bawang besar dan cili merah.

***(boleh tambahkan minyak jika kurang minyak)

Tuesday, 7 May 2013

Hati Goreng Lada Hitam

Assalammualaikum...
kepada sesiapa yang kekurangan darah, bolehlah cuba resepi ini... kepada yang dah cukup darah pun boleh... celik-celik dapur dalam setahun ada lah 2 atau 3 kali buat... tak elok jugakkan makan organ-organ dalaman terlalu kerap... :)))


bahan-bahan:
300gm hati lembu
3 ulas bawang putih dikisar
 

sedikit serbuk kunyit
sedikit lada hitam dikisar hancur
kicap pekat secukupnya
garam & gula secukup rasa
1 biji bawang besar dipotong bulat

1 tangkai daun bawang dihiris 1inci panjang 
1 biji cili merah dihiris
sedikit minyak utk menggoreng





cara-cara:
panaskan kuali dan masukkan minyak.
tumis bawang putih hingga naik bau.
masukkan hati yg telah digaulkan dgn garam dan kunyit.
goreng seketika jgn terlalu lama sbb hati akan keras kalau terlalu lama masak.
masukkan kicap, lada hitam dan gula, gaul rata.
masukkan hirisan cili, bawang dan daun bawang.


 

Rendang Daging Warisan CCD

Assalammualaikum...
hari ini ingin celik-celik dapur berkongsi satu lagi resepi arwah bonda, actually recipe from my  late great great grandmother which pass to my late grandmother then to my mom then my mom pass it to me... that's why I name it rendang warisan... Alhamdulillah...


bahan-bahan:
1kg daging
2 biji kelapa diambil santan

2 inci lengkuas diketuk
3 btg serai diketuk
1 keping asam gelugor
3 helai daun kunyit dihiris nipis
5 helai daun limau purut dihiris nipis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
1 pkt kecil kerisik
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan minyak utk menumis
gula dan garam secukup rasa

bahan-bahan utk dikisar:
15 biji cili kering dibuang biji (jika suka pedas boleh lebihkan cili)
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih



cara-cara:
potong daging bite size, cuci dan ditos.
gaulkan daging dgn separuh bahan yang dikisar bersama garam, gula dan serbuk kunyit.
perap selama 1 jam.
tumis separuh lagi bahan yang dikisar tadi bersama bunga lawang,cengkih dan kulit kayu manis hingga naik bau.
masukkan daging.
tunggu hingga pecah minyak.
masukkan santan, serai, lengkuas, asam gelugor, kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.
biarkan hingga mendidih.
tambahkan gula serta garam secukupnya.

***(boleh juga gunakan ayam utk resepi ini)
 

Sunday, 5 May 2013

Ox Tail Soup/ Sup Ekor

Assalammualaikum...
ini juga resepi ketandusan idea semalam...


bahan-bahan:
500gm ekor lembu
1 btg serai diketuk
1 biji jus lemon
5 helai daun limau purut dihiris kasar
2 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih diketuk
6 biji cili padi (boleh lebihkan jika suka pedas)
1 biji kentang dipotong bite size
1 batang carrot dipotong bite size
1 tangkai daun bawang dipotong 1inci panjang
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawing
3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia
garam secukupnya.
sedikit batang celery dipotong
2 biji tomato dibelah 4
1 biji bawang holland dipotong wedges 


cara-cara:
rebus ekor bersama bawang, halia dan rempah 4beradik, hingga empuk.
keluarkan ekor dan tapis air rebusan.
didihkan air rebusan bersama serai, daun limau purut, cili padi, jus lemon dan garam.
masukkan carrot dan kentang, rebus hingga empuk.
masukkan ekor, celery, tomato dan bawang holland.
 

Friday, 3 May 2013

Paru Goreng Cili


Assalammualaikum...
dah beberapa hari celik-celik dapur tak ber blogging... bz2 lately... ada a few resepi yg celik-celik dapur ingin kongsi bersama pembaca yang sudi menjengah ke ruang My Little Kitchen, celik-celik dapur... resepi simple yg celik-celik dapur rasa semua org boleh buat... cuma nak dgn tak je... :)))


bahan-bahan:
1kg paru dicuci bersih dan direbus
sedikit garam dan serbuk kunyit
6 biji cili hidup dikisar
10 biji cili kering direndam atau direbus, dibuang biji dan dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
1 biji bawang besar dikisar
3 biji tomato dipotong dadu
sedikit gula
minyak secukupnya utk menggoreng



cara-cara:
setelah paru direbus, disejukkan seketika dan dihiris mengikut citarasa masing-masing.
gaulkan paru dgn garam dan kunyit dan digoreng garing jika suka.
angkat dan dittos, ketepikan.
kurangkan minyak jika terlalu banyak.
tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
masukkan tomato dan kacau.
masukkan gula.
masukkan garam jika perlu.
masukkan paru dan gaul rata.

***(jika suka pedas boleh lebihkan cili kering atau ditambah dgn cili padi)

Friday, 26 April 2013

Kurma Daging

Assalammualaikum...
hari ni memenuhi permintaan hero-hero kecil celik-celik dapur lagi sekali... sorang nak makan nasi dgn kurma daging dan sorang lagi, kejap lagi celik-celik dapur post to La Mia Cucina Italiana...


bahan-bahan:
500gm daging dibersihkan dan ditos (potong mengikut selera)
2 sudu besar rempah kurma
200ml santan
1 biji tomato dipotong 4
1 biji bawang besar dibelah 2
1 biji cili hijau dibelah
2 biji bawang besar dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci halia dikisar
2 biji buah keras dikisar
sedikit rempah 4 sekawan
garam dan gula


cara-cara:
panaskan periuk dan masukkan minyak.
tumis bahan-bahan kisar hingga agak kekuningan atau naik bau.
masukkan rempah dan daging.
tutup periuk biarkan air daging keluar.
masak hingga daging empuk.
jika belum empuk masukkan sedikit air.
setelah daging empuk masukkan santan, kentang, garam dan gula.
biarkan mendidih.
masukkan cili, bawang dan tomato.

***(boleh tambahkan 1 sudu besar perahan limau nipis atau lemon utk menaikkan rasa)

Thursday, 18 April 2013

CCD version of Daging Merah

Assalammualaikum...
sesekali makan di kedai atau di gerai atau di restaurant atau di hotel pastinya memuaskan hati... tapi kalau tiap-tiap hari makan diluar mesti bosan juga kan??? apa kata kita main masak-masak ala gerai or warung...


bahan-bahan:
1/2 kg daging direbus dan dihiris nipis
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 inci halia dikisar 
2 ulas bawang putih dikisar
5 biji cili kering dikisar
2 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar fish sauce
sedikit pewarna merah
garam dan gula
minyak utk menggoreng



cara-cara:

panaskan kuali dan masukkan minyak.
goreng daging hingga kekuningan.
keluarkan daging, tumis bahan kisar hingga garing.
masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
masukkan daging, garam dan gula kacau rata.
masukkan pewarna merah.
goreng hingga agak kering.
masukkan bawang yang dipotong bulat.

Monday, 15 April 2013

Beef Broccoli with Oyster Sauce

Assalammualaikum...
resepi ini merupakan resepi favourite adik dan papa... adik suka daging, papa pula suka broccoli... senang dlm satu masa dapat memenuhi selera dua kesayangan celik-celik dapur... mudah, ringkas dan berkhasiat...


bahan-bahan:
300gm daging/veal yg lembut kalau dpt yg liat boleh rebus terlebih dahulu
2 ulas bawang putih dimayang
1/2 pokok broccoli dipotong kecil
oyster sauce secukupnya
sedikit garam
sedikit gula
minyak utk menggoreng




cara-cara:

panaskan air hingga mendidih, masukkan broccoli selama 2 minit.
tos dan terus masukkan kedlm air ais.
panaskan kuali dan masukkan minyak.
tumis bawang putih hingga kekuningan.
masukkan daging dan goreng hingga air daging agak kering.
masukan oyster sauce dan gula, garam jika perlu.
sekiranya agak kering tambahkan sedikit air.
jika suka kuah yg pekat bolehlah ditambah dgn tepung jagung yg dibancuh dgn air.
akhir sekali masukkan broccoli, kacau seketika.

Saturday, 13 April 2013

Home Made Beef Burger

Assalammualaikum...
semenjak celek-celik dapur kenal/makan burger tak pernah termimpi nak buat burger sendiri... tapi ada masanya kita terpaksa demi anak-anak... cerita bermula, apabila celik-celik dapur dan keluarga berhijrah ke negara kangaroo dan koala bear... disebabkan masih baru dan belum habis explore dimana nak dapatkan nuggets, burger halal dll... lupa pulak nak bertanya pada pakcik halal butcher... dipendekkan cerita celik-celik dapur dpt menghasilkan home made beef burger...


bahan-bahan:
1kg mince beef
2 biji bawang dipotong dadu
1 1/2 cawan breadcrumbs
6 biji telur saiz XL
sedikit parsley dicincang
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk lada putih
sedikit garam 

cara-cara:

masukkan semua bahan-bahan diatas kedlm mangkuk besar dan gaul sebati.
bulat dan leperkan (ketebalan sekeping burger terpulang pada cita rasa masing-masing)
utk setiap lapisan alaskan dgn plastik.
boleh disimpan didlm freezer selama 1 minggu.



Friday, 12 April 2013

Beef Saloona or Beef Stew

Assalammualaikum
pertama kali celik-celik dapur rasa beef saloona bila celik-celik dapur dan keluarga berkunjung ke kedai makan Turkey... hidangannya memang menyelerakan tapi tak berkuah... bila ditanya ada hidangan yang berunsurkan sup, waitress told us you may order chicken or laham saloona... celik-celik dapur pun cakap ok give us one chicken saloona... waitress tanya lagi, you want additional bread madam... celik-celik dapur dah kelaparan masa tu... terus je cakap 4... hahaha... bila makanan siap dihidang... mak datuk... besarnya roti, 2 org makan sekeping pun belum tentu habis... di middle east kalau kita order kuah dpt roti free... kalau di malaysia order roti dpt kuah free... pengalaman pertama masa mula-mula berada di negara padang pasir... not bad at all, and the chicken saloona taste so delicious... celik-celik dapur telah pun mencuba  beberapa kali dan buat sedikit penambahan dan pengurangan dari segi bahan-bahan bagi mengikut selera celik-celik dapur dan keluarga... sudi-sudikan lah mencuba...


bahan-bahan utk merebus tulang:
1kg daging bersama tulang dibersihkan
5 ulas bawang putih diketuk
2 btg celery dipotong kasar
1 biji bawang holland dipotong kasar

cara-cara:

masukkan semua bahan-bahan diatas kedlm periuk, rebus hingga daging empuk.
keluarkan daging dan tulang, ketepikan.
tapis air rebusan dan simpan.



bahan-bahan tumis:

olive oil secukupnya utk menumis (boleh gunakan minyak lain jika tidak suka baunya)
2 biji bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih dipotong dadu
1 inci halia dimayang
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis

bahan-bahan lain:
8 biji tomato masak ranum dicincang
300ml tomato paste atau tomato soup
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 loomi aswad (dried black lemon, jika suka)
3 biji kentang dipotong kecil
2 btg carrot dipotong kecil
3 biji zucchini dipotong kecil
garam dan gula

cara-cara:

tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau.
masukkan rempah kari dan serbuk lada hitam yg dibancuh dgn sedikit air rebusan.
setelah rempah masak masukkan buah tomato, kacau sebati.
masukkan air rebusan, biar hingga mendidih.
masukkan tomato paste loomi aswad dan sayuran, masak seketika.
apabila sayur agak lembut masukkan daging yg direbus tadi.
masukkan garam dan gula secukup rasa.

***(sedap dinikmati bersama nasi dan juga roti)
***(boleh kurang atau tambahkan tomato paste mengikut selera)