Monday, 15 April 2013

Beef Broccoli with Oyster Sauce

Assalammualaikum...
resepi ini merupakan resepi favourite adik dan papa... adik suka daging, papa pula suka broccoli... senang dlm satu masa dapat memenuhi selera dua kesayangan celik-celik dapur... mudah, ringkas dan berkhasiat...


bahan-bahan:
300gm daging/veal yg lembut kalau dpt yg liat boleh rebus terlebih dahulu
2 ulas bawang putih dimayang
1/2 pokok broccoli dipotong kecil
oyster sauce secukupnya
sedikit garam
sedikit gula
minyak utk menggoreng




cara-cara:

panaskan air hingga mendidih, masukkan broccoli selama 2 minit.
tos dan terus masukkan kedlm air ais.
panaskan kuali dan masukkan minyak.
tumis bawang putih hingga kekuningan.
masukkan daging dan goreng hingga air daging agak kering.
masukan oyster sauce dan gula, garam jika perlu.
sekiranya agak kering tambahkan sedikit air.
jika suka kuah yg pekat bolehlah ditambah dgn tepung jagung yg dibancuh dgn air.
akhir sekali masukkan broccoli, kacau seketika.

No comments:

Post a Comment