Showing posts with label Makanan Laut/Seafood. Show all posts
Showing posts with label Makanan Laut/Seafood. Show all posts

Friday, 31 October 2014

Steam Fish

Assalammualaikum...
beberapa hari lepas celik-celik dapur terasa nak makan steam fish... dah lama betul tak buat... Alhamdulillah dapat ikan sherry fresh... masa beli ikan masih berbuih lagi... bila siang masih berbau air laut... celik-celik dapur steam dalam oven sahaja... senang kerja dan tak perlu tunggu lama...


bahan-bahan:
1 ekor ikan medium size (celik-celik dapur guna ikan sherry)
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 biji lemon dihiris
1sudu besar oyster sauce
sedikit garam
sedikit black pepper
sedikit cili padi jika suka
sedikit parsley





cara-cara:
cuci bersih ikan.
menggunakan aluminium foil, susun sedikit hirisan lemon, bawang besar, bawang putih dan halia.
gaul ikan dengan garam dan black pepper.
diatas ikan susun lebihan hirisan lemon, bawang besar, bawang putih dan halia.
tuangkan oyster sauce.
taburkan sedikit hirisan cili padi jika suka.
tutup kemas aluminium foil.
masukkan ikan kedalam oven selama 20minit dengan suhu 100'C.
setelah masak taburkan daun parsley.

 

Tuesday, 14 October 2014

Sotong Goreng Cili

Assalammualaikum...
bangun pagi tadi tak tahu apa yang nak dimasak... bila celik-celik dapur tanyakan MPH, seperti biasa jawapannya "anything" tak pun "entah"... malas nak fikir panjang celik-celik dapur sediakan ayam goreng... itu semestinya ada dalam menu... steam broccoli with oyster sauce to balance up the meal and spicy fried cuttlefish... simple and easy...


bahan-bahan:
500gm sotong (celik-celik dapur guna cuttlefish) 
3 sudu besar chili paste
3 sudu besar thai sweet chili sauce
2 sudu besar kicap manis
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menggoreng
1 biji bawang dipotong bulat
1 biji cili merah dihiris
1 biji cili hijau dihiris


cara-cara:
panaskan kuali masukkan minyak.
gaul sotong bersama serbuk kunyit dan sedikit garam.
goreng sotong anggaran 2/3minit.
angkat dan ketepikan.
menggunakan minyak yang sama tumis chili paste hingga naik bau.
masukkan thai sweet chili sauce dan kicap.
rasa, jika kurang garam atau gula boleh ditambah.
masukkan semula sotong.
masukkan bawang dan cili.
gaul sebati dan biarkan anggaran 3-5minit.


***(cuttlefish akan keras jika dimasak terlalu lama)
 

Tuesday, 26 August 2014

Sweet & Sour Prawns

Assalammualaikum...
agak lama jugakan celik-celik dapur tak masukkan resepi atau bercerita dalam My Little Kitchen... sibuk sikit tak banyak pun... hehehe... sibuk melayan Korea... tapi routine harian berjalan seperti biasa... dan Alhamdulillah hari ni dah hari ke-10 celik-celik dapur ganti puasa... tinggal 2 hari saja lagi...

iftar untuk hari ini seperti biasa simple je... celik-celik dapur bagi resepi ye untuk sesiapa yang nak mencuba atau pun idea untuk hidangan keluarga...


bahan-bahan:
20 ekor udang medium size dibuang kulit dan dibelah belakang
3 sudu besar tepung jagung
1 biji putih telur litely bitten with salt
1 biji bawang holland dipotong bite size
1 tin kecil nenas dipotong bite size

2 biji tomato masak ranum dibuang biji dipotong dadu
2 ulas bawang putih diracik halus
sedikit sos tomato dan sos tiram

sedikit garam dan gula


cara-cara:
panaskan kuali dan masukkan minyak.
masukkan udang ke dalam putih telur dan gaul.
masukkan udang tadi kedalam tepung jagung dan gaul rata.
goreng udang jgn terlalu garing.
angkat dan tos.
kurangkan minyak gorengan udang tadi.
tumis bawang putih hingga kekuningan.
masukkan buah tomato.
masak hingga buah tomato layu.
masukkan sos tomato, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
bila kuah agak pekat masukkan nenas dan bawang.
akhir sekali masukkan udang gaul seketika.

 

Friday, 6 June 2014

Keropok Lekor

Assalammualaikum...
yang sebenarnya celik-celik dapur jarang ke pasar waktu summer begini... tapi nak dijadikan cerita entah mimpi apa bangun pagi terasa nak ke pasar... cerita ni kira flashback lah ye... sebabnya celik-celik dapur ke pasar sabtu lepas... hehehe...

lebih kurang pukul 6.15pg celik-celik dapur dah sampai di pasar... masuk ke beef section dulu... beli ribs 2kg and tenderloin 3kg... kemudian baru ke fish section... walau pun panas diluar dalam pasar sejuk sebab aircond... jadi tak lah berbau sangat hanyir ikan... pusing-pusing beli sotong 2kg... dah dapat sotong, tengok ikan pula... banyak sherry dan tenggiri... tapi dan bosan asyik makan ikan yang sama... jumpa selar kuning angkut 2kg... dalam hati "lama tak makan ikan kembung"... nampaknya semua yang jenis besar-besar... nak cari kembung kecik-kecik sedap digoreng... kena dengan nasi panas, sayur lemak kobis, sambal belacan... sedap tu... dari satu lane ke satu lane celik-celik dapur pusing... akhirnya ada 1 tempat je yang jual kembung yang dicari-cari... shinning, mata segar bugar gitu... geram punya pasal celik-celik dapur beli 3kg... hehehe...

arwah bonda selalu cakap... "orang tamak selalu rugi"... beli ikan time summer banyak-banyak siapa suruh... sampai je dirumah mula lah bersilat... celik-celik dapur suka bersihkan/siang ikan, daging, sotong, udang dll baru lah disimpan ke dalam freezer... put small portion into zip lock plastic untuk sekali masak... bila selesai daging dan sotong tiba giliran ikan pulak... siang selar kuning dulu... then kembung... alamak... kembung yang tadi segar bugar ada yang dah pecah perut... 1kg ikan kembung dah tak cantik... 2kg lagi Alhamdulillah masih cantik... dalam kamus memasak celik-celik dapur ikan yg pecah perut selalunya akan jadi kuah laksa je... celik-celik dapur tak suka goreng or masak berkuah ikan yang dah pecah perut, nanti tak cantik bila dihidangkan... pelik betul perangai...

nak buat laksa tengah-tengah summer lagi lah kurang menarik... kalau winter tu ok lah... panjang kan cerita kali ni... awal-awal tadi kan dah cakap flashback... flashback kenalah panjang sikit... kalau tidak nanti orang tak faham... hehehe... yang sebenarnya nak cerita pasal keropok lekor je... hehehe... apa-apa pun terima kasih pada yang sudi menjengah...

credit and thank you to my cousin Misah for this recipe...

 
Bahan-bahan:
1kg isi ikan
250gm tepung ubi
250gm tepung gandum
1 sudu besar baking powder
garam secukup rasa

*** (celik-celik dapur tambah sedikit ground white pepper)
terpulang pada citarasa sendiri...

Cara-cara:
Kisar isi ikan.
Dalam bekas besar satukan semua bahan-bahan diatas kecuali ikan.
Gaul rata.
Masukkan isi ikan dan uli hingga menjadi doh.
Roll memanjang.
Didihkan air dan rebus hingga keropok timbul.
Sejukkan dan potong mengikut selera masing-masing.
Bolehlah digoreng.


 

Wednesday, 5 June 2013

Fish Ball

Assalammualaikum...
dlm kesibukan semalam sempat celik-celik dapur mencuba resepi fish ball yang dah lama terperuk dlm fail resepi celik-celik dapur... kalau ikutkan resepi menggunakan king fish fillet, tapi celik-celik dapur guna white fish fillet, isi nya lebih lembut... silapnya celik-celik dapur tak ikut betul-betul resepi, gara-gara nak extra sedaplahkan... maka terkeraslah sedikit... apa-apa pun nak makan sendiri kan!!! ini lah hasilnya...


bahan-bahan:
400gm isi ikan tenggiri 
1/2 btg carrot dipotong dadu kecil
2 tangkai daun bawang dihiris nipis
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil ground white pepper
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil tepung ubi
60ml air sejuk atau secukupnya
1/4 sudu kecil bicarbonate of soda


cara-cara:
masukkan isi ikan, white pepper dan garam kedlm food processor dan mesin hingga lumat.
masukkan tepung jagung, tepung ubi dan air sejuk.
mesin lagi hingga sebati.
masukkan carrot dan daun bawang, mesin hingga kenyal.
bulat-bulatkan adunan tadi.
didihkan air dan rebus fish ball hingga timbul, bolehlah di angkat.

 

Gulai Asam Pedas Black Seabream

Assalammualaikum...
2 hari lepas celik-celik dapur dapat fresh seabream dan murah pulak tu... isinya yang lembut sesuai sangat kalau dibuat sup, kari, asam pedas atau pun digoreng... bak kata semua-semua bolehlah... tapi celik-celik dapur buat bahagian kepala je... badannya digoreng... :)))


bahan-bahan:
1 kepala seabream
1 kuntum bunga kantan dibelah 2
daun kesum secukupnya
1 btg serai diketuk
3-4 sudu besar chili paste yg telah di blend bersama bawang
1 biji buah tomato dipotong 4
1 biji timun saiz kecil dipotong memanjang
air asam jawa secukupnya
sedikit kunyit hidup di blend bersama cili atau serbuk kunyit
garam dan gula
minyak utk menumis


cara-cara:
panaskan kuali dan masukkan minyak.
tumis cili hingga betul-betul masak.
masukkan air asam jawa.
biarkan mendidih.
masukkan kepala ikan, serai, daun kesum dan bunga kantan.
biarkan seketika.
masukkan garam dan gula secukupnya.
masukkan buah tomato dan timun.

 

Sunday, 5 May 2013

Sherry Masak Kicap

Assalammualaikum...
ketandusan idea semlm... inilah hasilnya...


bahan-bahan:
1ekor ikan sherry dibersihkan 
1 biji bawang besar dipotong bulat
4 ulas bawang putih dipotong dadu
1 biji cili merah dihiris
1 biji cili hijau dihiris
4 sudu besar kicap
3 sudu besar oyster sauce
3 sudu besar tomato sauce
2 sudu besar gula
1 sudu teh tepung jagung dibancuh dgn sedikit air*
1 sudu teh cuka (optional)
1/2 cawan air
1 biji putih telur
sedikit garam
sedikit tepung jagung
minyak utk deep fry


cara-cara:
pukul telur putih bersama sedikit garam, tuangkan telur keatas ikan dan gaul rata.
angkat ikan dan celupkan ikan kedlm tepung jagung.
goreng ikan hingga salutan tepung bertukar kekeuningan, dan ketepikan.
dikuali yang lain goreng bawang putih hingga kekeuningan dan diangkat.
masukkan kicap, oyster, tomato sauce dan air, kacau sebati.
masukkan gula dan cuka, kacau seketika.
masukkan cili dan bawang.
masukkan bancuhan tepung jagung* utk memekatkan kuah.
tuangkan kuah keatas ikan, sedia utk dihidangkan.
 

Friday, 3 May 2013

Udang Goreng Rangup

Assalammualaikum...
dlm keluarga celik-celik dapur yang ada 4 orang shj... yang suka makan udang, celik-celik dapur sorang je... yang lain jamah-jamah gitu je... kalau sekilo boleh tahan sebulan... sukar utk dipercayai... tapi itu lah hakikatnya...
 
 
bahan-bahan:
300gm udang saiz paling kecil dibersihkan (kalau boleh basuh je jgn buang apa-apa)
sedikit garam dan serbuk kunyit
1 biji putih telur
tepung jagung secukupnya
minyak utk menggoreng
 
cara-cara:
putih telur dipukul bersama garam dan serbuk kunyit.
panaskan kuali dan masukkan minyak.
gaulkan udang dgn campuran telur.
kemudian masukkan udang kedlm tepung jagung, gaul rata biar tepung betul-betul melekat.
goreng hingga keemasan, diangkat dan ditos.
 
***(sedap dimakan panas-panas dgn cili sos)
 


Monday, 29 April 2013

Barracuda Goreng Cili

Assalammualaikum...
dipendekkan cerita, sbb ceritanya panjang sangat... semlm celik-celik dapur dapat ikan barracuda fresh dari rakan yang pergi memancing... teringat Encik Nelayan Nabih Saleh yang sering menghantar hasil tangkapannya hingga ke muka pintu...

so berbalik pada barracuda... celik-celik dapur tak pernah pun beli barracuda sebelum ni... kira 1st time nak try masak, apa rasa isinya pun tak tahu... so ini hasilnya...

bahan-bahan
1 ekor ikan barracuda saiz kecil disiang bersih dan dipotong

6 biji cili merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1 biji bawang besar dikisar
1/2 biji bawang dipotong bulat
sedikit garam, serbuk kunyit dan gula
minyak utk menggoreng


cara-cara:
gaulkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit.
kemudian digoreng jangan terlalu garing, diangkat dan ketepikan.
kurangkan minyak, tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
masukkan garam dan gula, kacau rata.
masukkan semula ikan dan bawang yang dipotong bulat.


Wednesday, 24 April 2013

Ikan Goreng Masak Cuka

Assalammualaikum...
satu lagi resepi arwah bonda bila ikan yang digoreng tidak habis dimakan... keesokan harinya ikan goreng akan bertukar menjadi ikan masak cuka... tak membazir... arwah bonda selalu berpesan... "sesiapa yang suka membazir adalah sahabat baik syaitan"...


bahan-bahan:
1 ekor ikan goreng
1 biji cili merah dihiris memanjang
1 biji cili hijau dihiris memanjang
3 ulas bawang putih dibelah 2
1 biji bawang besar dipotong wedges
1 inci halia dihiris halus
1 sudu besar halba campur
cuka
air
garam dan gula
sedikit minyak


cara-cara:
panaskan kuali dan masukkan minyak.
goreng halba campur seketika.
masukkan cili, bawang dan halia kacau seketika.
masukkan campuran air, cuka, garam dan gula.
masak hingga mendidih, kemudian masukkan ikan goreng.

***(campuran cuka mestilah terasa manis dan masam cuka)

Sunday, 21 April 2013

Sweet & Sour Fish

Assalammualaikum...
hari ini celik-celik dapur ke supermarket yang berdekatan dengan rumah... dekat-dekat pun kena lah drive juga dlm 10minit... tujuan asal nak beli buah dan sayur je... bila ke section ikan, nampak fish fillet cantik lah pulak... terfikir nak buat fish and chips... tapi hero kecik celik-celik dapur awal-awal lagi dah request nak makan fish curry for lunch... still i bought 4 fillet... tak masak hari ni boleh simpan freezer... sampai je di rumah, terfikir why not for today menu is FISH... fish curry, fried fish and sweet and sour fish... wallah!!!


bahan-bahan:
1 keping fish fillet medium size
2 sudu besar tepung ottogy boleh dibeli dimana-mana kedai oriental
1 biji telur litely bitten with salt
1 biji bawang besar dipotong bite size
1 biji capsicum dibuang biji dipotong bite size (mix colour)
1 tin kecil nenas dipotong bite size
sedikit sos tomato dan sos tiram
garam dan gula


cara-cara:
potong isi ikan to  bite size
gaulkan isi ikan ke dlm tepung ottogy, kemudian celupkan isi ikan kedlm telur dan gaulkan sekali lagi dgn tepung ottogy dan digoreng jgn terlalu garing.
ulang proses diatas hingga selesai.
didlm kuali yang berasingan, tumis bawang seketika.
masukkan capsicum dan nenas.
masukkan sos tomato, sos tiram, garam dan gula.
bila kuah agak pekat masukkan ikan dan digaul rata.


Wednesday, 17 April 2013

Sambal Udang Petai

Assalammualaikum...
jika celik-celik dapur cerita pasti ada yg berkata pelik dan ketawa... zaman kecik-kecik dulu celik-celik dapur suka makan petai tapi KULIT nya shj... isi/biji petai celik-celik tak makan... arwah bonda celik-celik dapur sememangnya wanita yang perihatin dan peka dengan selera anak-anak... kalau ikutkan hatinya semua kegemaran anak-anak nak dituruti... yang pastinya arwah bonda akan siapkan 1 lauk kegemaran untuk setiap sorang anaknya... nasib baik arwah bonda hanya mempunyai 3 orang anak... jadinya 3 org 3 lauk, belum masuk utk abah... bayangkan kalau ramai, mau patah pinggang...

kembali ke cerita petai... abah dan arwah bonda suka isi/biji petai, anak-anak pula suka kulit... tapi, ada tapi nya pula... haaaa... kulitnya tak nak pahit... macamana tu??? arwah bonda akan kikis warna hijau pada kulit petai, dan dihiris nipis2 bersama biji/isi petai... dibuat sambal bersantan... sedapppppppp sangat... ikan kembung goreng dan nasi panas, sudah cukup untuk celik-celik dapur makan bertambah... air tangan ibu mana yang tak sedap dimulut anak-anak???


tapi disini hanya ada isi/biji petai... tak ada yang berkulit... apa-apalah kan, janji petai...



bahan-bahan:
300gm petai  dibelah 2 atau dihiris (utk memastikan yg tiada ulat ditengahnya) 
4 sudu besar chili paste yg telah dikisar bersama bawang (jika suka pedas boleh letak lebih)
500gm udang segar saiz sederhana, dibuang kulit, dibelah belakang dan dibersihkan (kalau suka masak dgn kulit silakan)
1 sudu besar paste asam jawa (dibancuh dgn sedikit air)
1 keping asam gelugor (optional)
garam dan gula
minyak secukupnya



cara-cara:

panaskan kuali masukkan minyak.
tumis chili paste hingga naik bau.
masukkan asam jawa, biarkan seketika.
masukkan petai, jika sambal terlalu pekat boleh tambahkan air.
bila petai agak layu masukkan udang, kacau seketika.
masukkan garam dan gula.
jika masih terlalu pedas boleh masukkan asam gelugor.

Tuesday, 16 April 2013

Udang Goreng Capsicum/Bell Peppers

Assalammualaikum...
satu lagi resepi dihari-hari malas memasak...


bahan-bahan:
300gm udang saiz sederhana dibuang kulit dan dibersihkan
1 biji capsicum/bell pepper (boleh campur hujau, merah)
2 ulas bawang putih dipotong dadu
1 sudu besar oyster sauce
1 sudu besar tomato sauce
1 sudu teh gula (optional)
minyak utk menggoreng



cara-cara:

panaskan kuali masukkan minyak.
masukkan bawang putih goreng hingga kekuningan.
masukkan capsicum kacau seketika.
masukkan udang goreng.
masukkan oyster sauce, tomato sauce dan gula, gaul rata.

***(utk mengelakkan dari udang menjadi keras jgn goreng terlalu lama)

Wednesday, 10 April 2013

Sotong Masak Asam

Assalammualaikum...
resepi simple dari arwah bonda yang menjadi kegemaran keluarga celik-celik dapur sejak dari dulu lagi... bila rindu bertandang... resepi arwah bonda menjadi hidangan... 


bahan-bahan:
250gm sotong dibersihkan dan dipotong bulat
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar paste asam jawa dibancuh dgn sedikit air
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak

bahan-bahan hiasan:
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji cili merah dihiris
1 tangkai daun bawang dipotong memanjang

cara-cara:
gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan masukkan kedlm kuali tanpa minyak.
air sotong akan keluar jika terlalu banyak boleh buang separuh.
bila air agak kering masukkan air asam jawa dan kacau.
biar seketika.
masukkan garam dan gula.
bila air asam hampir kering masukkan minyak masak dan gaul rata.
masukkan bahan hiasan kacau seketika.
tidak perlu lama supaya bahan hiasan tidak layu.


Sotong Goreng Tepung

Assalammualaikum...
disini ingin celik-celik dapur berkongsi resepi yang menjadi kegemaran keluarga celik-celik dapur... resepi yg sedap dan sangat mudah utk dibuat dan insyaallah tak akan meletup... :)))


bahan-bahan:
250gm sotong segar dibersih, dipotong bulat dan ditos
2 biji putih telur dipukul bersama sedikit garam
tepung jagung secukupnya
minyak utk menggoreng



cara-cara:

panaskan kuali dan masukkan minyak.
sotong yg telah siap dicelup kedalam putih telur.
kemudian digaulkan dgn tepung jagung.
satu persatu masukkan kedlm minyak panas.
goreng hingga nampak kekuningan pada tepung.

***(sedap dimakan panas-panas bersama sos cili thai)