Showing posts with label Vegetable and More. Show all posts
Showing posts with label Vegetable and More. Show all posts

Saturday, 20 June 2015

Smooth & Silky Mash Potato

Assalammualaikum...
minta maaf lah ye title post yang agak mengancam gitu... hahaha... sebab ada juga yang bertanyakan pada celik-celik dapur bagaimana nak mendapatkan texture yang gebu utk mash potato... ini lah cara-cara nya... walaupun prosesnya agak lambat tapi hasilnya amat berbaloi... cubalah... pasti mendapat pujian dari hubby dan anak-anak...


bahan-bahan:
kentang (kalau boleh dapatkan kentang yang berwarna putih, dan yang sesuai utk mash potato... kalau tak dapat mana-mana kentang pun boleh)
sedikit garam
sedikit UHT milk
sedikit crush black pepper jika suka

cara-cara seperti gambar dibawah:


rebus kentang

mashed

bahan yang amat penting... penapis or pengayak tepung

letakkan kentang

tekan kentang menggunakan sudu besar

dibahagian dalamnya menghasilkan mash potato yang gebu

hasilnya...

smooth & silky mash potato...
semudah ABC...
 

Thursday, 18 December 2014

Kuah Dal

Assalammualaikum...
roti canai sedap dimakan dengan kari atau kuah dal atau kheema kadai atau baji... kali ini celik-celik dapur sediakan kuah dal untuk roti canai... tanpa menggunakan santan... sebab anak bujang celik-celik dapur Amirul allergy to coconut...



bahan-bahan:
2 cawan kacang dal
2 biji buah tomato medium size (deseeded and roughly diced)
1 biji bawang besar big size (finely diced)
3 ulas bawang putih (finely diced)
1 inci halia (finely diced)
3 biji cili kering
3 biji cili hijau (roughly chopped)
1 tangkai daun kari
sedikit cumin seeds
sedikit mustard seeds
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

 
cara-cara:
rebus kacang dal hingga empuk.
setelah empuk tos dan ketepikan.
panaskan kuali masukkan minyak.
tumis cumin dan mustard seeds hingga ianya 'pop'.
masukkan bawang besar, bawang putih, halia kacau hingga naik bau.
masukkan serbuk kunyit, daun kari, cili kering dan cili hijau.
gaul rata.
masukkan buah tomato gaul sebati hingga mendidih.
masukkan kacang dal.
masukkan sedikt air jika terlalu pekat.
masukkan garam secukup rasa.
biarkan mendidih.


***(sebaik-baiknya kacang dal direndam semalaman)


 

Sunday, 30 November 2014

Sambal Tumis Lemak Petai

Assalammualaikum...
semalam celik-celik dapur ke Rachanee kedai barang-barang thai untuk beli daun pandan... sukeerrrr sangat-sangat sebab dapat petai yang masih berkulit... selalunya dapat petai yang siap dikopek... agak kurang menarik... cilik-celik dapur ambil 4 papan sahaja... bila tanya di cashier berapa sekilo... mak datuk mahalnya... bd7/kg... hampir rm70/kg... teringin punya pasal mahal pun mahal lah...

kalau arwah bonda buat sambal tumis petai inilah yang selalu dibuatnya... sambal tumis lemak petai... kegemaran abah, acak dan celik-celik dapur... nasi panas, ikan kembung goreng garing cukup untuk membangkitkan selera... air tangan bonda yang tak dapat dilupakan... tiada tandingannya... Al Fatihah untuk bonda tercinta...



bahan-bahan:
4 papan petai
5 sudu besar chili paste (cili dikisar bersama bawang merah)
200ml santan pekat
sedikit udang segar
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis


kulit hijau petai dikikis
 
dihiris nipis

dicelur

cara-cara:
kikis bahagian hijau kulit petai.
basuh dan hiris nipis.
didihkan air kemudian celur petai seketika (1-2minit) dan tos kan.
panaskan kuali masukkan minyak.
tumis chili paste hingga naik bau.
masukkan air asam jawa, biarkan mendidih.
masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.
biarkan mendidih seketika.
masukkan petai dan udang.






*** (boleh lebihkan chili paste jika suka pedas)
*** (boleh juga letak belacan jika suka)



 

Sunday, 19 October 2014

Tempe Goreng Cili

Assalammualaikum...
celik-celik dapur bukanlah penggemar tempe... disebabkan my roommate org Johor so kenalah belajar masak tempe... selalunya celik-celik dapur masak je makan nye tidak... tapi bila dah masak tu sesekali jamah juga... sekadar rasa kata orang...

 


bahan-bahan:
1 pack tempe dihiris nipis dan digoreng rangup
4 sudu besar chili paste
sedikit ikan bilis digoreng
sedikit kacang tanah digoreng
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

cara-cara:
panaskan kuali masukkan minyak.
tumis cili hingga naik bau.
masukkan garam dan gula.
ketepi dan biarkan sejuk.
setelah sejuk barulah dimasukkan tempe, ikan bilis dan kacang.
gaul rata.



***(cili mestilah sejuk sebelum digaul bagi mengekalkan kerangupan tempe, ikan bilis dan kacang)
 

Friday, 10 October 2014

Lontong

Assalammualaikum...
lama betul celik-celik dapur tak melodeh dan melontong... lebih kurang setahun lamanya... baru-baru ni dapat makan lontong di hari raya tapi tak puas... maklumlah bukan sendiri yang masak... khamis semalam celik-celik dapur masak sendiri... puas rasanya... boleh makan berulang-ulang... :)))

resepi sayur lodeh adalah resepi bonda mertua celik-celik dapur... sememangnya sayur lodehnya memang power... tiada tandingan... untuk tekak celik-celik dapur lah ye...


bahan-bahan:
10 urat kacang panjang dihiris
1 batang carrot big size dihiris
1/4 biji kobis dipotong besar
2 biji kentang medium size dipotong dadu
1 pack tempe dipotong kecil dan digoreng
4 ketul tauhu dipotong kecil dan digoreng
1 pack tauhu kering direndam dan dipotong
sedikit suun direndam
50gm udang segar dibuang kulit dibelah belakang
1 sudu besar udang kering
400ml santan pekat
400ml santan cair
2 cawan UHT milk
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa

bahan-bahan tumis:
3 biji buah keras dikisar
3 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
2 sudu besar kacang kisar
1 sudu besar chili paste
1 btg serai titik
sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna

 


cara-cara:
panaskan periuk masukkan minyak.
tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau.
masukkan sayuran yang keras dahulu gaul seketika.
masukkan udang segar dan udang kering.
masukkan santan dan UHT milk biarkan mendidih.
masukkan sayur-sayuran lain dan kacau seketika.
masukkan garam dan gula secukup rasa.
masukkan tauhu, tempe, tauhu kering dan suun.
biarkan mendidih seketika.


***(lontong sedap dimakan bersama sambal tumis dan juga kuah kacang)
***(sayur-sayuran dalam lodeh boleh ditambah atau ditukar mengikiut selera masing-masing)
***(kalau suka lodeh yang berkuah banyak boleh lebihkan santan atau susu)

 

Friday, 26 September 2014

Kuah Rojak / Rojak Buah CCD

Assalammualaikum...
lama betul celik-celik dapur tak bersiaran di ruangan My Little Kitchen... Alhamdulillah sihat, cuma mood untuk try resepi baru tak timbul... balik-balik menu sama  atau pun lebih kurang je...

as usual this is my 1st attempt... semalam celik-celik dapur try buat kuah rojak... merojak lah pulak ye... Alhamdulillah menjadi...



bahan-bahan:
100gm cili kering direbus, dibuang biji dan dikisar halus
500gm gula merah (celik-celik dapur guna light brown sugar)
300gm gula pasir
200ml sos cili (celik-celik dapur guna sos cili Kimball)
200ml kicap manis (celik-celik dapur guna kicap manis Indofood)
50gm belacan
50gm petis
50gm bijan digoreng tanpa minyak
3 sudu besar tepung ubi kayu


cara-cara:
satukan semua bahan-bahan diatas kecuali bijan dan tepung ubi kayu.
menggunakan api yang kecil masak bahan-bahan diatas hingga larut dan mendidih.
masukkan tepung ubi kayu sedikit demi sedikit.
kacau menggunakan whisker utk mengelakkan tepung dari berketul.
masak hingga kuah pekat.
masukkan bijan.
biarkan sejuk dan bolehlah digaul dgn buah-buahan kegemaran masing-masing.
selebihnya boleh disimpan di dalam air tight container and put it in the fridge.


*** (taburkan sedikit kacang kisar diatas rojak buah)
*** (penambahan atau pengurangan gula terpulang pada kepedasan cili kering... cili kering Bahrain pedas!!!)
 

Monday, 11 August 2014

Stir Fry Tofu & Vege

Assalammualaikum...
selesai buat lemon chicken... celik-celik dapur sediakan stir fry tofu and vege pula... Chinese menu ye untuk iftar hari ni... walaupun tak complete course janji ada protein and vitamin...


bahan-bahan:
1 kotak firm tofu dipotong dadu
1/2 biji bell pepper red & yellow dipotong besar
1/2 batang carrot dihiris nipis
3 dried shiitake mushroom direndam dan dihiris nipis
sedikit cauliflower
3 ulas bawang putih diracik halus
sedikit halia diracik halus
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil fish sauce
2 sudu besar oyster sauce
1 sudu besar gula
sedikit minyak untuk menggoreng
sedikit daun bawang dihiris

cara-cara:
panaskan kuali masukkan minyak.
goreng tofu hingga kekuningan, tos dan ketepikan.
tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan.
masukkan cauliflower dan carrot cooked until tender but crunchy.
masukkan bell peppers dan mushroom.
kacau seketika.
masukkan kicap pekat, fish sauce, oyster sauce dan gula rata.
masukkan tofu, kacau seketika.
taburkan hirisan daun bawang sebagai hiasan.


*** (sayur-sayuran diatas boleh ditambah atau ditukar mengikut citarasa masing-masing)
 

Thursday, 3 July 2014

Telur Masin

Assalammualaikum...
Alhamdulillah pertama kali try buat telur masin menjadi... terima kasih pada Nieda Ramly @ cempakabiru.neida.blogspot.com... semalam pertama kali merebus telur masin yang baru 10hari direndam...

ini lah hasilnya...



bahan-bahan:
10 biji telur itik (celik-celik dapur buat 12biji)
1 cawan garam kasar atau
1 1/2 cawan garam halus (celik-celik dapur guna garam halus)
6 cawan air panas


cara-cara:
basuh telur hingga bersih utk mengelakkan telur masin menjadi busuk.
didihkan air dan masukkan garam.
kacau hingga garam larut.
biarkan air garam sejuk.
masukkan telur.
simpan hingga 2 minggu.

 

Wednesday, 21 May 2014

Kerabu Tauge / Urap Tauge

Assalammualaikum...
setiap kali celik-celik dapur berkunjung ke kedai Oriental Thai selalu je tak ada stock tauge... geram gitu... sampai timbullah semangat nak tanam tauge sendiri... hehehe...

Alhamdulillah, celik-celik dapur dapat stock tauge yang montok-montok... sukeerrrrr... geram punya pasal celik-celik dapur beli 2 pack... yang makan tauge celik-celik dapur sorang je... tak pe... di mata dah terbayang-bayang kue teow goreng daging bersama kuchai dan tauge yang rangup... ditambah dgn green chili pickle... sedapnya!!!

bila celik-celik dapur tanya MPH nak makan kue teow goreng ke??? dua-dua jawab nak makan pizza... alahai, potong steam betullah... cancel kue teow goreng...

semalam tauge telah dikerabukan... kerabu pun kerabu lah... sedap dimakan dgn nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan... tak gitu???

 


bahan-bahan:
2 pack tauge segar
3 tangkai daun kuchai dipotong panjang
7 biji cili padi dihiris (kalau suka pedas boleh lebihkan)
2 sudu besar jus lemon
2 biji bawang besar dihiris nipis
3 sudu besar udang kering dikisar halus
3 sudu besar kerisik
garam dan gula secukup rasa

cara-cara:
gaulkan semua bahan-bahan yang dihiris bersama kerisik hingga sebati.
masukkan jus lemon, gula dan garam.
masukkan tauge, kuchai dan gaul rata.

terpulang pada citarasa masing-masing untuk celur atau tidak tauge terlebih dahulu sebelum digaul... celik-celik dapur suka kerabu yang masih rangup...


*** (arwah bonda celik-celik dapur dulu akan tambah isi ikan kembung rebus)
*** (kerang rebus atau perut pun sedap)
 

Tuesday, 6 May 2014

Gado-Gado (Malay Salad)

Assalammualaikum...
banyak hari juga celik-celik dapur tak update blog... bukan apa, sebab ada long weekend last week... apa lagi kerja celik-celik dapur, kalau tak melayan kerenah MPH... macam-macam request... nak ke sana sini... layannnnn... lepas layan MPH, celik-celik dapur layan diri sendiri... mood melayan Korea kembali menyerang... ini lagi kes parah... dapur still berasap cuma tak keluar rumah je lah... apa-apa pun janji hati ku gumbira... :)))

sambil layan korea... kena isi perut juga kan??? hehehe...


bahan-bahan utk kuah kacang:
1/2kg kacang tanah (digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan dikisar)
100gm bawang merah
50gm udang kering (digoreng tanpa minyak)
10biji cili kering (digoreng bersama minyak)
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 inci halia
2 inci lengkuas (dititik)
2 batang serai (dititik)
1 cawan air asam jawa
1/2 cawan minyak
garam dan gula secukup rasa

cara-cara:
kisar halus bawang, udang kering, cili kering, bunga cengkih, bunga lawang dan halia menggunakan minyak gorengan cili kering.
panaskan periuk dan masukkan minyak.
tumis bahan diatas hingga pecah minyak.
masukkan kacang yang telah dikisar, kacau hingga sebati.
masukkan air asam jawa, tunggu seketika.
masukkan garam dan gula.
masukkan lengkuas dan serai, sentiasa kacau hingga pecah minyak.

***(jika terlalu pekat tambahkan sedikit air)
***(kalau suka pedas boleh lebihkan cili kering)

bahan-bahan lain:
telur
tauhu
kangkung
tauge
kacang panjang
kobis (optional)
tempe (optional)
timun

***(rebus dan celur bahan-bahan diatas)


 

Monday, 28 April 2014

Cucur Udang Rangup Pasembor

Assalammualaikum...
semalam sempat celik-celik dapur masukkan resepi kuah pasembor... pagi ni celik-celik dapur masukkan resepi cucur udang rangup utk pasembor... resepi ni celik-celik dapur dapat dari blog Perniagaan Katering & Restoren... kalau sesiapa yang nak penerangan yang lebih lanjut sila buka blog diatas...

bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar kelapa kering (optional, celik-celik dapur tak letak pun)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil yeast
1 sudu kecil gula
2 cawan air suam
100gm udang basah atau kering (dikisar)
garam secukup rasa


cara-cara:
larutkan yeast dan gula dgn air suam, biarkan 10minit.
campurkan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung dan baking powder ke dalam bekas besar.
gaul sebati.
masukkan air larutan yeast dan gula tadi ke dalam mangkuk tepung.
gaul rata.
masukkan udang dan garam, gaul sebati.
tutup mangkuk adunan dan perap selama 1jam.
adunan akan naik 2 kali ganda.
gaul kembali.
panaskan kuali dan masukkan minyak.
besar atau kecil size cucur udang terpulang pada citarasa masing-masing.

 

Sunday, 27 April 2014

Pasembor

Assalammualaikum...
dah berhari-hari tekak celik-celik dapur terasa nak makan pasembor aka rojak mamak... teringat pasembor padang kota yang tersangatlah famous... apakan daya disini tak de pasembor padang kota... pasembor celik-celik dapur adalah...

bahan-bahan dah dibeli dari hari jumaat lagi... cuma tak berkesempatan... busy bebenor... tambah-tambah dihujung minggu, kerenah MPH mesti didahulukan...

Alhamdulillah pagi tadi siap juga pasembor yang diidam-idamkan... :))))



bahan-bahan utk kuah:
1/2kg keledek orange (direbus dan dikisar hancur menggunakan air rebusan)
125gm udang basah (dibuang kulit, simpan bahagian kepala dan dikisar)
125gm kacang tanah (digoreng menggunakan minyak, dibuang kulit dan dikisar)
10-15biji cili kering (digoreng menggunakan minyak)
3 ulas bawang putih (digoreng layu)
2-3 biji bawang besar (dihiris dan digoreng layu)
4 cawan air
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

cara-cara:
blend cili kering, bawang putih dan bawang merah hingga hancur.
masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar kedalam periuk bersama air.
masak hingga mendidih dan kecilkan api.
masukkan air asam jawa, garam dan gula.
kacau sebati.
masak hingga kuah pekat.

bahan-bahan sampingan yang lain:
cucur udang
telur rebus
tauhu
tauge
timun
sengkuang


***(resepi asal dari Perniagaan Katering & Restoren)
 

Sunday, 16 June 2013

Sotong Kangkung CCD

Assalammualaikum...
weekend baru-baru ni tekak celik-celik dapur teringin sangat nak makan sotong kangkung... pusing cari bahan-bahan, boleh dikatakan semua ada tapi yg tak ada petis dan sotong kembang...puas jugalah celik-celik dapur pusing dari satu shelf ke satu shelf di kedai oriental tapi tak ada petis... macam mana nak buat sos sotong kangkung kalau tak de petis!!! tapi celik-celik dapur tak putus asa... tak ada petis kita buat cara tak ada petis... sotong pula celik-celik dapur dapat frozen squid yang bau dan texture nya sama dgn sotong kembang, cuma colour je tak sama... inilah hasilnya... :)))


bahan-bahan:
sotong kembang or frozen squid boleh dpt dimana-mana supermarket
kangkung
sedikit bijan
sedikit cili api
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar plum sos
3 sudu besar Thai dipping sos
4 sudu besar kicap pekat
1 cawan sos yong tau foo


cara-cara:
sotong direbus hingga masak.
kangkung dibersih, dipotong dan dicelur.
bijan disangai.
campurkan bahan-bahan yang lain kedlm mangkuk besar dan kacau sebati.
jika perlu, blend semua bahan-bahan sos hingga halus.


 

Wednesday, 15 May 2013

Kacang Panjang Goreng Telur

Assalammualaikum...
main masak-masak kacang panjang hari ini... :)))


bahan-bahan:
10 urat kacang panjang dipotong 1inci panjang
1 batang carrot dipotong panjang
1 biji telur
1 biji bawang besar dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji cili merah dihiris nipis
sedikit kicap masin/cair
 
 

cara-cara:
panaskan kuali masukkan sedikit minyak.
tumis bawang hingga naik bau.
masukkan carrot, goreng seketika.
masukkan kacang panjang, kacau rata.
masukkan telur, kacau hingga telur hancur.
masukkan kicap masin/cair dan cili merah, kacau rata.

***(kalau tak suka kicap masin/cair boleh gantikan garam)

 

Sunday, 12 May 2013

Tauhu Kukus

Assalammualaikum...
tauhu sememangnya sedap dan baik utk sesiapa yang sedang mengamalkan diet... pagi ini celik-celik dapur ber'breakfast dengan tauhu kukus... celik-celik dapur dapat resepi ini dari adik 'Sleeping Beauty' yang kini menetap di Dubai, UAE...


bahan-bahan:
1 kotak firm tofu

1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
sedikit Maggie seasoning
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
3/4 cawan air atau chicken stock juka suka

bahan utk hiasan:
bawang goreng 

daun bawang
cili merah jika suka



cara-cara:
masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali tepung jagung.
setelah mendidih masukkan tepung jagung.
kacau seketika hingga sos agak pekat.
kukus tauhu.
setelah tauhu masak bolelah dituangkan kuah keatas tauhu.

taburkan hiasan bawang goreng, daun bawang dan cili.



semalam celik-celik dapur buat tauhu kukus untuk iftar puasa 6... tapi celik-celik dapur ubah sedikit bahan-bahannya...

bahan-bahan:
1 kotak firm tofu
1 sudu besar oyster sauce
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil fish sauce
2 ulas bawang putih diracik halus
sedikit halia diracik halus
sedikit gula
1/2 cawan air
sedikit tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
sedikit minyak utk menumis


cara-cara:
panaskan kuali masukkan minyak.
tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan.
masukkan oyster sauce, fish sauce, kicap pekat dan gula.
masukkan air dan kacau sebati.
masukkan bancuhan tepung jagung.
masak hingga pekat (kepekatan mengikut citarasa masing-masing)

bahan-bahan untuk hiasan sama seperti resepi yang terdahulu...


 

Saturday, 27 April 2013

Kailan Goreng Ikan Masin

Assalammualaikum...
setiap hidangan utk lunch and dinner semestinya kena ada sayur... balance meal can keep us healthy... walaupun sayur goreng atau sayur rebus sekalipun... kena makan sayur tau!!! pesan celik-celik dapur untuk diri sendiri... dah sampai ke 4series kenalah jaga makan... :)))


bahan-bahan:
3-4 pokok sayur kailan
1 keping ikan talang/kurau masin 
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji ci;i merah dihiris
sedikit minyak
sedikit garam jika perlu


cara-cara:
cuci sayur kailan dan potong mengikut citarasa
ikan kering dipotong kecil dan digoreng diangkat dan diketepikan (jangan terlalu garing)
dengan minyak yang sama tumis bawang seketika
masukkan sayur kailan dan kacau rata.
masukkan ikan kering dan cili.


Sunday, 21 April 2013

Cucur Udang

Assalammualaikum...
cucur udang sedap kalau dimakan bersama kuah kacang, Kedah style... dan sampingannya tauhu goreng dan timun potong... tapi hari ini, celik-celik dapur tak berkesempatan nak keluar membeli tauhu... apa-apa yang ada je lah ye!!!


bahan-bahan:
300gm udang segar dibelah belakang dan dibersihkan (kekalkan kulitnya, optional)
8 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar self raising flour
sedikit daun kucai atau daun bawang
sedikit tauge
sedikit garam
air secukupnya
minyak utk menggoreng



cara-cara:
campurkan kedua-dua tepung dan garam.
masukkan air dan kacau hingga sebati. 
masukkan daun kucai dan tauge gaul rata.
pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
panaskan kuali dan masukkan minyak.
senduk adunan dan letak seekor udang dan tutup udang dgn sedikit adunan.
sebaik-baiknya leperkan adunan ketika menggoreng supaya masak sekata, balik-balikkan.
toskan cucur udang sebaik shj diangkat.
biarkan seketika barulah dipotong.

***(sedap dimakan panas-panas bersama kuah kacang, tauhu goreng dan timun potong)


Thursday, 18 April 2013

Pajeri Nenas

Assalammualaikum...
pajeri nenas bukan sahaja boleh dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi biryani tapi dengan nasi putih juga sedap... ditambah lagi dengan ikan goreng panas-panas, mahu bertambah-tambah jadinya...


bahan-bahan:
1 biji nenas (boleh juga guna nenas tin)
1 biji kelapa (separuh dibuat kerisik, separuh lagi diambil santan)
2 sudu besar rempah kari
10 ulas bawang merah dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
2 inci halia dihiris nipis
1 sudu besar udang kering
4 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis



cara-cara:

bersihkan nenas dan dipotong nipis.
tumiskan bahan kisar, kulit kayu manis, bunga cengkih dan halia hingga naik bau.
masukkan rempah kari dan kacau hingga garing.
masukkan udang kering, santan, kerisik, nenas, garam dan gula.
biarkan mendidih hingga pecah minyak.


Yong Tau Foo

Assalammualaikum...
kalau di Malaysia celik-celik dapur pastinya akan beli sahaja, tak pernah terfikir pun nak buat sendiri... semenjak jadi perantau terpaksa dan memaksa diri untuk belajar... kalau tak belajar tak makan lah jawabnya... 

terima kasih juga kepada Fida yang sudi berkongsi ilmu YTF bersama celik-celik dapur... :)))



bahan-bahan utk sos YTF:
560ml air
1 kiub stock ikan bilis
1 sudu besar kicap pekat/hitam
2 sudu besar sos kacang hitam (black bean sauce)
1 sudu besar hoi sin sauce
2 sudu besar gula 
garam jika perlu
sedikit tepung jagung  dicampur dgn sedikit air utk memekatkan sos

cara-cara:

didihkan air, stock ikan bilis, kicap pekat, black bean sauce, hoi sin sauce, gula dgn menggunakan api yang perlahan.
kacau hingga mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung, kacau tanpa henti hingga pekat.

bahan-bahan sos cili:

8 biji cili merah dibuang biji
2 sudu teh bijan digoreng
100ml cuka (boleh kurangkan)
2 sudu besar sos plum
3 sudu besar gula
sedikit garam

cara-cara:

kisar cili dan bijan hingga halus,
panaskan cuka menggunakan api perlahan.
masukkan bahan kisar dan semua bahan yang lain.
biarkan sejuk.

bahan-bahan fish ball:

2 keping fish fillet
250 gm tepung ubi
1 sudu teh garam
air secukupnya utk merebus

cara-cara:

kisar isi ikan hingga hancur.
campurkan semua bahan-bahan diatas hingga sebati.
bulat-bulatkan dan direbus hingga timbul.
atau:
campuran isi ikan tadi boleh juga disumbatkan kedlm cili, bendi, terung, tauhu dll.
panaskan kuali, masukkan minyak yang banyak.
pastikan yang disumbat tadi dijunamkan ke bawah dlm minyak yang panas, biarkan separuh masak supaya isi melekat.
bila semua bahan sumbat telah digoreng, bolehlah direbus, dipotong dan dihidangkan dgn sos YTF.

***(utk mendapatkan texture sos YTF yg halus, tapis dahulu sos sebelum masukkan tepung jagung)  


Kerabu Mangga/Manggo Salad

Assalammualaikum...
kalau celik-celik dapur ke Chicken Rice Shop tak sah kalau tak order manggo salad... tapi disini mana adanya CRS... kena lah belajar buat sendiri... celik-celik dapur suka meng experiment segalanya... try and error... lama-lama mesti berjaya... 


bahan-bahan:
2 biji mangga muda diparut 
2 sudu besar kacang tanah digoreng dan dikisar kasar
2-3 sudu besar fish sauce
1 sudu besar jus limau nipis atau lemon
1 sudu kecil gula
1 biji buah tomato dibuang biji dan dipotong dadu
1 ulas bawang putih dikisar
1 sudu besar udang kering dikisar (lagi sedap kalau dapat udang geragau)
2 biji cili padi dihiris nipis



cara-cara:
mangga yang diparut akan mengeluarkan sedikit air, keringkan dgn menggunakan kitchen towel.
gaulkan dgn semua bahan-bahan diatas hingga mesra.

***(utk mengelakkan kerabu berair atau tidak rangup elakkan dari menggaulnya terlalu awal)