Showing posts with label Kek/Cake. Show all posts
Showing posts with label Kek/Cake. Show all posts

Saturday, 29 November 2014

Moist Banana Walnut Muffins

Assalammualaikum...
pisang ohhhh pisang... celik-celik dapur beli pisang montel 6 biji selalunya sekejap je habis... entah kenapa kali ni terluaknya hanya sebiji... 5 biji lagi dah naik black spotted... puas juga memikir... nak buat cekodok pisang, dah selalu sangat... nak buat bingka pisang pun kerap kali buat celik-celik dapur makan sorang je... kali ni celik-celik dapur try buat muffin pula... harap-harap larislah hendaknya di rumah ni... :)))




bahan-bahan:
250gm butter
1 cawan caster sugar
1 cawan icing sugar
2 1/4 cawan self raising flour
5 biji  pisang masak ranum 
1 cawan walnut roughly chop
5 biji telur
1 sudu kecil vanilla essence
 

 
cara-cara:
panaskan oven pada suhu 180'C.
pukul butter dan gula hingga kembang.
masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga sebati.
masukkan vanilla essence.
masukkan tepung, gaul rata.
masukkan pisang dan walnut.
sudukan adunan ke dalam bekas cupcakes dan bakar selama 15-20minit atau hingga masak.


 

Wednesday, 12 November 2014

Moist Carrot Cupcakes

Assalammualaikum...
kalau sebut pasal desserts mesti terbayang yang manis-manis kan??? I'm not a sweet tooth person... especially sweet desserts... sometimes I will skip desserts... I prefer starter or appetizer rather than desserts... tapi semenjak dua menjak ni mood baking kerap kali datang... makan nye tak seberapa... but I love the smell of freshly baked cake... heaven!!!

I would love to share this simple recipe from my dearest aunty, Hajjah Rohaya Jaafar... for me she is one great baker... my mentor in baking... as usual this is my 1st attempt and it taste so good... I'm on cloud nine... hahahaha... masuk bakul angkat sendiri... tak pe lah kan... sendiri bake, sendiri makan, sendiri judge... couldn't ask for more...

 

bahan-bahan:
250gm butter
2 cawan caster sugar
2 1/4 cawan self raising flour
2 btg carrot medium size diparut
1 cawan walnut roughly chop
5 biji telur
1 sudu kecil ground cinnamon
1 sudu kecil vanilla essence



cara-cara:
panaskan oven pada suhu 180'C.
pukul butter dan gula hingga kembang.
masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga sebati.
masukkan vanilla essence.
satukan tepung dan ground cinnamon.
masukkan campuran tepung, gaul rata.
masukkan carrot diikuti walnut.
sudukan adunan ke dalam bekas cupcakes dan bakar selama 15-20minit atau hingga masak.


 
 
bahan-bahan untuk cream cheese:
2 cawan icing sugar
250gm Philadelphia cheese
combined and mixed together until smooth



***(boleh dibakar menggunakan loyang 10 atau 12inci menggunakan suhu 180'C selama 45minit atau hingga masak)

 

Friday, 31 October 2014

Vanilla Butter Layer Cake with Raspberry Jam

Assalammualaikum...
bangun pagi tadi mood untuk baking tetiba je datang... sementara menunggu butter lembut celik-celik dapur layan kerenah anak-anak yang macam-macam permintaan dipagi minggu... dah siap breakfast butter pun lembut... celik-celik dapur ingatkan nak buat butter cake biasa sahaja tapi Amirul minta layer cake with berries... any berries, he said... selepas bakar kek celik-celik dapur ke Al Jazira Supermarket untuk dapatkan fresh raspberry and whipping cream...

celik-celik dapur bukanlah pakar dalam hal-hal baking dan mendeco kek... disebabkan anak-anak semua nya try and error... masih ditahap belajar... dan ini lah hasilnya...





bahan-bahan:
250g butter          
           
            
            
            




masukkan telur sebiji demi sebiji hingga adunan sebati
masukkan vanilla essence.
masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis.
gaul sebati.
masukkan adunan kedalam loyang 8inci.
bakar selama 45minit - 1jam atau hingga kek masak.
menggunakan suhu 180'C.


 


bahan-bahan fresh cream, filling dan hiasan:
1 cawan whipping cream
100gm icing sugar (boleh ditambah atau dikurangkan)
100gm raspberry jam
sedikit fresh raspberry

cara-cara:
masukkan whipping cream dan icing sugar kedalam mangkuk mixer.
menggunakan high speed pukul hingga cream bertukar menjadi keras.
potong kek kepada dua bahagian.
sapukan sedikit whipped cream.
tuangkan raspberry jam dan ratakan.
letak sebahagian kek lagi diatas.
baluti kek sepenuhnya dengan whipped cream.
hias kek mengikut selera masing-masing.
        
 

Wednesday, 22 October 2014

Rocky Road Cupcakes

Assalammualaikum...
semalam puas juga celik-celik dapur pusing-pusing 3 tempat untuk dapatkan semua bahan-bahan untuk rocky road... apa-apa pun Alhamdulillah, terasa berbaloi penat semalam sebabnya pertama kali buat rocky road menjadi... anyway, this is my surprise little gift for My Precious Hero's as a token for their hard work on their 1st term test... hope they love it... :)))

 


bahan-bahan:
250gm butter
200gm sour cream
75gm cooking chocolate
1 2/3 cawan caster sugar
2 1/4 cawan self raising flour
3 biji telur
1/2 cawan cocoa powder
1/2 cawan air panas
1 sudu besar vanilla essence

cara-cara:
cairkan butter dan gula menggunakan api kecil hingga gula larut.
masukkan butter dan gula yang telah dicairkan kedalam mangkuk mixer.
pukul hingga adunan tadi sejuk.
cairkan cooking chocolate.
masukkan cocoa powder,  kedlm air panas kacau hingga sebati.
campurkan cooking chocolate bersama bancuhan cocoa powder.
masukkan telur kedlm mixer.
diikuti dgn vanilla essence, tepung, saur cream dan campuran chocolate.
gaul sebati.
sendukkan kedlm cupcakes mould.
bakar selama 18minit atau hingga masak menggunakan suhu 180'C.

 


bahan-bahan frosting:
250gm cooking chocolate
300gm cream cheese
125gm unslted butter
2 cawan icing sugar
4 sudu besar cocoa powder

cara-cara:
cairkan cooking chocolate ketepikan.
pukul butter dan cream cheese.
masukkan icing sugar dan cocoa powder.
masukkan cooking chocolate.
gaul sebati.


***(icing sugar untuk frosting boleh dikurangkan)

 

Sunday, 12 October 2014

Red Velvet Cupcakes

Assalammualaikum...
dah berzaman kan orang buat red velvet??? celik-celik dapur baru hari ini pertama kali mencuba... memang ketinggalan zaman... Alhamdulillah, berjaya on my 1st attempt... walaupun siput dijari tak berapa banyak dalam hal-hal baking...

sukerrrr...

resepi asal dari emak saudara celik-celik dapur sendiri, Hjh Rohaya Jaafar... beliau memang pakar dalam hal-hal baking and cake decoration for any occasion... you just name it... cuma anak saudara nya saja yang tak berapa nak pakar... banyak lagi yang perlu celik-celik dapur pelajari... insyaallah, ilmu yang baik, sebaik-baiknya dipelajari dan dikongsi bersama... :)))


bahan-bahan:
2 cawan self raising flour
2 cawan caster sugar
250gm butter
200gm sour cream
2 sudu besar serbuk koko (dicampur dgn sedikit air utk dijadikan paste)
2 sudu besar pewarna merah
5 biji telur
1 sudu kecil vanilla essence

 

cara-cara:
pukul butter dan gula hingga kembang.
masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
masukkan sour cream, tepung, cocoa paste, pewarna dan essence.
gaul sebati.
sudukan adunan ke dalam bekas cupcakes dan bakar dgn menggunakan suhu 180'C selama 15-20minit atau hingga masak.


***(boleh dibakar menggunakan loyang 10 atau 12inci menggunakan suhu 180'C selama 45minit atau hingga masak)


bahan-bahan untuk cream cheese:
1 cawan icing sugar
250gm Philadelphia cheese
combined and mixed together until smooth

 

Sunday, 9 March 2014

Hazel Nut Cake

Assalammualaikum...
lama betul celik-celik dapur tak buat hazel nut cake... dulu rajin sangat... ini gambar lama yang celik-celik dapur ambil semasa mood rajin mem'baking...
 

bahan-bahan:
400gm butter
400gm gula castor...

400gm telur
400gm self raising flour
200gm hazel nut (dikisar)
150gm cooking chocolate (dicairkan)
2 sudu kecil esen vanila
1/4cawan log cabin syrup dibancuh dgn 1/2cawan air

cara-cara:
pukul butter dan gula sehingga kembang.
masukkan telur satu per satu dan pukul lagi.
masukkan esen vanila.
campurkan hazel nut dgn tepung.
masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dgn log cabin syrup

masukkan adunan kedlm loyang.
tuangkan chocolate yang telah dicairkan diatas.
bakar selama 45minit - 1jam dgn kepanasan 180'C
.
 

Saturday, 4 May 2013

Kek Kukus Nenas

Assalammualaikum...
resepi yang celik-celik dapur reka-reka sendiri... rasanya, Alhamdulillah boleh lah diterima dek tekak celik-celik dapur...
 
 
bahan-bahan:
250gm self raising flour
180gm butter
150gm gula
5 biji telur
125ml jus nenas
125ml susu cair
1 sudu teh baking powder
hirisan nenas secukupnya

cara-cara:
pukul gula dan butter hingga kembang.
masukkan telur, susu cair dan pukul lagi.
masukkan tepung bersama jus nenas, gaul hingga adunan sebati.
susun hirisan nenas ke dlm loyan dan tuang adunan.
kukus hingga kek masak, bila sejuk bolehlah diterbalikkan.

 
 
 

Wednesday, 24 April 2013

Kek Kukus Horlicks

Assalammualaikum...
resepi kek kukus ini celik-celik dapur dapat dari Alang Amnah yang dulunya sama-sama berada di Bahrain, sekarang beliau telah kembali ke tanah air tercinta... resepi yang simple dan sedap... :)))


bahan-bahan:
1 cawan horlicks
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu pekat manis
3 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda


cara-cara:
campur horlicks, gula, susu cair, susu pekat manis dan minyak kedalam periuk dan gaul rata.
masak sebentar diatas api kecil sehingga gula larut dan horlicks tidak berketul.
ayak tepung, bicarbonate of soda dan baking powder.
pukul telur hingga kembang.
masukkan telur kedalam bahan-bahan yang telah dimasak tadi.
masukkan tepung dan gaul rata.
masukkan adunan kedalam loyang dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

***(tutup kukusan dengan kain supaya adunan tidak ditimpa wap)

Monday, 15 April 2013

Kek Lapis Haw Flakes

Assalammualaikum...
sifat keibuanya jelas terbayang... setiap salaman disambut mesra bersama senyuman...pelukan dan ciuman dipipinya tanda hormat dan sayang celik-celik dapur kepadanya... insyallah ilmu yang arwah Mak Long berikan akan celik-celik dapur guna sebaik mungkin... dan disini ingin celik-celik dapur memperpanjangkan ilmu yg dipelajari dgn pembaca semua, dgn harapan ianya berkekalan dan menjadi pahala jariah kepada arwah Mak Long... amin...


bahan-bahan:
650gm butter
300gm gula castor
300gm tepung gandum
4 sudu besar susu pekat
34 biji kuning telur
8 biji putih telur
1 sudu besar Quick75 (Ovalett)
1 sudu besar vanilla essence
1/2 sudu teh cream of tartar
7 bungkus haw flakes




cara-cara:

pukul butter, vanilla, 100gm gula & susu pekat hingga kembang (A)
keluarkan dari mangkuk mixer dan asingkan.
cuci mangkuk mixer bersih-bersih dan keringkan.
masukkan putih telur, cream of tartar dan Quick75 dan pukul hingga kembang.
masukkan 200gm gula dan pukul lagi.
masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga betul-betul kembang.
masukkan adunan (A) tadi dan tepung dan kacau hingga rata.
ambil 1 senduk adunan, ratakan ke dlm loyang dan bakar 20min atau hingga kekuningan dgn menggunakan api atas dan bawah.
keluarkan dari ketuhar.
ambil 1 senduk adunan lagi, ratakan dan susun haw flakes dan bakar dgn menggunakan api atas shj.
ulang langkah diatas hingga selesai.
setelah bahagian akhir dibakar, cover loyang dgn menggunakan aluminium foil dan bakar selama 15-20min lagi.

***(resepi diatas boleh menghasilkan 2 biji kek dgn menggunakan loyang berukuran 7x7inci)

Marble Cake

Assaalammualaikum...
marble cake memang favourite cake celik-celik dapur sejak dari kecil lagi... sekarang jadi favourite cake anak-anak celik-celik dapur pula... resepinya sangat simple... 


bahan-bahan:
240gm butter
180gm gula caster
240gm telur
240gm self raising flour
1 sudu kecil vanilla essence
sedikit pewarna merah
sedikit serbuk koko



cara-cara:
pukul butter dan gula hingga kembang.
masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi kemudian masukkan vanilla essence.
masukkan tepung sedikit demi sedikit.
bahagikan kpd 3 warna, merah, chocolate dan warna asal.
alaskan loyang dgn baking parchment.
bakar dlm ketuhar 180'C selama 45min-1jam atau hingga kek masak.


***(utk mendptkan kek yg moist boleh gunakan log cabin syrup atau pun susu pekat manis)