Showing posts with label Ayam/Chicken. Show all posts
Showing posts with label Ayam/Chicken. Show all posts

Monday, 20 October 2014

5 Spice Chicken Thighs with Sweet Chili & Sesame Seeds

Assalammualaikum...
semalam ada incident berlaku... nak cerita panjang sangat... jadi dipendekkan cerita, celik-celik dapur sempat masak 1 simple dish for lunch... simple, easy and delicious to my palate... Chinese style...

 


bahan-bahan:
5 keping chicken thighs
1 sudu besar Chinese 5 Spice (boleh dikurangkan)
2 ulas bawang putih finely chopped
1/2 inci halia finely chopped
2 sudu besar sweet chili sauce
1 sudu besar sesame seeds
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng

 


cara-cara:
panaskan kuali masukkan minyak anggaran 2 sudu besar.
marinate chicken thighs bersama bawang putih, halia, garam dan 5 spice.
gaul rata.
goreng chicken thighs until golden brown.
masukkan sweet chili sauce and sugar.
masukkan sesame seeds.
gaul rata.


***(pound the chicken thighs to flatten so that easy to cook)

 

Wednesday, 27 August 2014

Roast Chicken

Assalammualaikum...
kalau buat Yorkshire pudding mesti ada roast beef atau roast chicken baru ngam... sebelum sediakan batter untuk Yorkshire pudding celik-celik dapur marinate ayam... ini resepi campak-campak apa yang ada dalam fridge and kitchen cabinet...


bahan-bahan:
1 ekor ayam dicuci bersih dan dilap kering
1 biji bawang besar dipotong 8
1 labu bawang putih dikopek kulit dan diketuk
2 biji buah tomato dipotong 8
1 1/2 sudu besar crush black pepper
2 sudu besar dried coriander
2 sudu besar ground garlic
1/2 sudu kecil paprika
2 sudu besar gula
2 sudu besar sea salt
2 sudu besar lemon juice


cara-cara:
satukan crush black pepper, dried coriander, ground garlic, paprika, gula dan sea salt.
gaul sebati campuran diatas.
sapukan campuran tadi pada dalam dan luar ayam serta dibawah kulit ayam.
masukkan sebahagian dari bawang besar, bawang putih dan tomato didalam perut ayam.
selebihnya letak didalam roasting pan.
letakkan ayam ke dalam roasting pan dan tuang lemon juice diatasnya.
cover roasting pan dengan aluminium foil.
panaskan oven pada suhu 200'C menggunakan api atas dan bawah.
bakar selama 45minit - 1jam atau hingga ayam masak.


*** (setelah ayam masak bahan-bahan yang tertinggal dalam roasting pan celik-celik dapur blend halus untuk jadikan gravy)
*** (boleh tambah honey jika suka)
*** (penambahan atau pengurangan garam dan gula terpulang pada selera masing-masing)

 

Monday, 11 August 2014

CCD Lemon Chicken

Assalammualaikum...
Alhamdulillah semalam selesai sudah celik-celik dapur berpuasa 6... hari ini celik-celik dapur sambung puasa lagi... puasa ganti pula... insyaallah kalau tanpa henti hari rabu next week selesailah puasa ganti... untuk iftar hari ini seperti biasa sahaja menu simple... lemon chicken...

bahan-bahan:
1/2 ekor ayam dipotong kecil dibersih dan ditoskan
2 sudu besar tepung jagung
1 biji putih telur
1 sudu kecil ground white pepper
1 sudu kecil garam
minyak secukupnya untuk menggoreng

cara-cara:
pukul telur bersama sedikit garam.
masukkan ayam dan gaul rata.
dalam bekas lain campurkan tepung jagung, ground white pepper dan lebihan garam.
gaul sebati.
masukkan ayam kedalam campuran tepung dan gaul rata.
panaskan kuali masukkan minyak.
goreng ayam hingga kekuningan.
tos dan ketepikan.


bahan-bahan lemon sauce:
1/2 biji lemon diambil kulit dan jus
2 sudu besar honey
2 sudu besar gula
1 cawan air
3 ulas bawang putih diracik halus
sedikit halia diracik halus
sedikit tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1 sudu besar minyak untuk menumis
1 tangkai daun bawang dihiris sebagai hiasan

cara-cara:
kulit lemon dihiris nipis.
panaskan sauce pan masukkan minyak.
tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan.
masukkan lemon jus dan air.
masukkan kulit lemon, honey dan gula.
kacau seketika.
masukkan bancuhan tepung jagung.
biarkan mendidih.
kecilkan api masak hingga lemon sauce menjadi pekat.
ketepikan biarkan suam, barulah dituang keatas ayam.
taburkan dengan hirisan daun bawang sebagai hiasan.


*** (boleh guna chicken breast kalau suka)

 

Monday, 24 March 2014

Ayam Buah Pala (Nutmeg)

Assalammualaikum...
nak masak nasi ayam dah teramatlah bosannya... ayam goreng, ayam berlada, kari ayam, sup ayam dah selalu sangat...  teringat akan resepi bonda mertua celik-celik dapur, ayam masak buah pala atau nutmeg... sedap juga kan kalau kena dengan kacang buncis goreng bersama nasi panas... :)))


bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 8
5 biji bawang besar dihiris
2 biji tomato ranum (large size) dipotong dadu
1 sudu kecil crush black pepper
secubit serbuk buah pala
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
minyak utk menggoreng

cara-cara:
gaulkan ayam dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.
panaskan kuali dan masukkan minyak.
goreng ayam separuh masak.
angkat dan tos kan.
keluarkan sebahagian minyak tadi.
menggunakan minyak yang sama goreng bawang hingga golden brown.
masukkan buah tomato masak hingga tomato agak hancur.
masukkan serbuk buah pala dan lada hitam.
kacau sebati.
masukkan ayam goreng seketika.
masukkan garam dan gula secukup rasa.

*** (jika suka pedas, bolehlah ditambah dgn hirisan cili)
 

Sunday, 9 June 2013

Ayam Tandoori

Assalammualaikum...
last week celik-celik dapur buat ayam tandoori... tapi tak sempat nak post ke My Little Kitchen... resepi dari bonda mertua ku... senang dan ringkas, dapur pun tak berkecah... sedap dimakan dgn roti atau nasi...


bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 4 dibuang kulit & dikelar


bahan A:
10 tangkai cili kering direndam & ditoskan
6 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan putih(halus)
1 sudu besar jintan manis(kasar)

bahan B:
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam & lada putih
1 sudu besar serbuk lada kering
1 sudu besar serbuk kunyit
200gm plain yogurt
garam & gula secukup rasa

 

cara-cara:
bahan A dikisar kering bersama minyak.
perapkan ayam bersama bahan B selama 1 jam.
gaulkan ayam yg telah diperap dgn bahan A.
bakar dgn api yg perlahan hingga masak.


 

Thursday, 16 May 2013

Ayam Goreng Cili

Assalammualaikum...
menu ayam kita hari ini ye... bosan kan kalau masak sendiri yang makan... mood memasak pun hilang entah kemana... hari ni celik-celik dapur masak ayam n sayur lemak je... my precious heros nak makan onigiri for lunch... nasi sushi dah pun dimasak, cuma tunggu time balik sekolah je nti baru nak buat... :)))


bahan-bahan:
2 keping chicken breast dipotong
2-3 sudu besar chili paste yang telah dikisar dgn bawang
2 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 btg serai diketuk
1 kiub ayam
sedikit serbuk kunyit, garam dan gula
minyak utk menggoreng


cara-cara:
gaulkan ayam dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng seketika.
angkat dan ketepikan.
kurangkan minyak.
tumis chili paste bersama serai hingga naik bau.
masukkan soso tomato, kiub ayam dan gula, kacau sebati.
masukkan ayam dan gaul rata.
masukkan bawang.

 

Ayam Goreng Rempah

Assalammualaikum...
ayam memang menjadi favourite keluarga celik-celik dapur... kalau all the time goreng sahaja, boring juga kan!!! sesekali ubah-ubah selera apa salahnya kan... resepi main campak-campak apa yang ada di pantry...


bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 4
2 btg serai dikisar
1 inci halia dikisar
10 biji cili kering dikisar
1 biji bawang besar dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
1/2 sudu kecil ketumbar dikisar
1/2 sudu kecil jintan halus dikisar
1/2 sudu kecil jintan kasar dikisar
sedikit serbuk kunyit, garam, gula dan sedikit kicap jika perlu


cara-cara:
campur semua bahan-bahan diatas hingga sebati dan gaul bersama ayam.
perap selama sejam.
kemudian digoreng (deep fry) 


 

Friday, 10 May 2013

Ayam Masak Merah CCD

Assalammualaikum...
nasi tomato semestinya berlaukkan ayam masak merah tak pun kurma daging atau kambing... tapi hari ini celik-celik dapur sempat menyediakan ayam masak merah shj... cukup lah tu kan... apa nak dikatakan lagi, sbb tugasan lain berbaris menunggu... hari minggu pun kerja, kerja... apa-apa pun syukur, Alhamdulillah kerana diberi kesihatan dan kelapangan utk terus melakukan tugasan sbg suri rumah... :)))


bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 12 digaul dgn garam dan serbuk kunyit
70gm tomato paste
160ml evaporated milk
3 sudu besar chili paste yang telah diblend dgn bawang
1 btg serai diketuk
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
minyak secukupnya utk menggoreng ayam
sedikit air jika perlu
garam dan gula secukupnya
sedikit cherry tomato sebagai hiasan


cara-cara:
panaskan kuali dan masukkan minyak.
goreng ayam jangan terlalu garing.
angkat dan ketepikan.
kurangkan minyak dgn menggunakan minyak yang sama tumis cili dan serai hingga naik bau.
masukkan bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis, kacau seketika.
masukkan tomato paste dan kacau lagi.
masukkan susu, jika kuah agak pekat boleh tambahkan sedikit air.
masukkan semula ayam, garam serta gula.
biarkan mendidih seketika.
masukkan cherry tomato.

 

Saturday, 20 April 2013

Satay Ayam

Assalammualaikum...
bosan jugakan kalau makan nasi hari-hari... celik-celik dapur memang tak suka makan nasi hari-hari... tapi apa kan daya my roommate suka makan nasi... dlm seminggu ada sehari celik-celik dapur selitkan menu tanpa nasi... tapi menu satay ada nasi juga, tapi nasi impit je lah...

resepi satay dan  kuah satay adalah resepi arwah bonda... :)))



bahan-bahan satay:
1 ekor ayam saiz sederhana
3btg serai dikisar
1 inci kunyit hidup dikisar (serbuk kunyit pun boleh)
2 ulas bawang putih
2 sudu teh garam
3 sudu besar gula (lagi manis lagi sedap)
1 sudu besar minyak masak
bamboo skewer direndam seketika didlm air

bahan-bahan renjis:
1-2btg serai dititik pangkalnya
1/2 cawan santan
2 sudu besar minyak

cara-cara:
potong isi ayam kecil-kecil berukuran 2cm.
gaulkan dengan bahan-bahan diatas, perapkan selama 2-3jam. (semlman lagi baik)
cucuk daging ayam dng bamboo skewer.
bakar diatas bara arang sambil direnjis dgn menggunakan serai yg dititik dengan campuran santan dan minyak hingga daging ayam masak.
hidangkan bersama kuah satay, ketupat nasi/nasi impit, timun dan bawang hiris.

***(boleh juga dibakar dlm grill pan, kemudian dimasukkan kedlm oven)




ini pula resepi satay ayam dari Hanamemories.blogspot...

bahan-bahan:
1kg ayam (celik-celik dapur guna thigh and breast part)
150gm gula pasir
100gm gula merah
100gm madu
2 sudu kecil garam

bahan-bahan kisar:
3 sudu besar biji ketumbar
2 sudu kecil jintan halus
1 sudu besar lada putih (celik-celik dapur guna serbuk)
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
4 batang serai
1/2 inci kunyit hidup (celik-celik dapur guna 2 sudu besar serbuk kunyit)

cara-cara:
potong kecil isi ayam, cuci dan tos.
gaul ayam dgn bahan kisar bersama gula, garam dan madu.
perap selama 1 jam (boleh juga diperap semalaman di dalam fridge)
cucuk satay dan bakar seperti biasa.





bahan-bahan kuah satay:

1/2kg kacang digoreng tanpa minyak dibuang kulit dan dikisar tidak terlalu halus
100gm bawang merah dan dikisar
50gm udang kering digoreng tanpa minyak dan dikisar
10biji cili kering digereng bersama minyak dan dikisar
2 inci kulit kayu manis dikisar
3 kuntum bunga cengkih dikisar
2 kuntum bunga lawang dikisar
1 inci halia dikisar
2 inci lengkuas dititik
2 batang serai dititik
1 cawan air asam jawa
1/2 cawan minyak
garam dan gula

cara-cara:
panaskan periuk dan masukkan minyak.
tumis semua bahan-bahan kisar kecuali kacang hingga pecah minyak.
masukkan kacang kacau hingga sebati.
masukkan air asam jawa, tunggu seketika dan masukkan garam dan gula.
masukkan lengkuas dan serai, tunggu hingga pecah minyak.

***(jika terlalu pekat tambahkan sedikit air)

Tuesday, 16 April 2013

Grill Honey Chicken Wings

Assalammualaikum...
ada kalanya bila bulan mengambang mood memasak hilang entah kemana... buka tutup buka tutup pintu freezer tapi masih blur... bila fenomena sebegini melanda celik-celik dapur, ini je lah yg terhasil... resepi utk hari-hari malas... senang sangat-sangat... 


bahan-bahan:
chicken wings (seberapa banyak yg anda suka)
bawang besar dan bawang putih dikisar
oyster sos (boleh guna garam)
honey (sebanyak mungkin, lagi banyak lagi sedap)
kicap pekat



cara-cara:

gaulkan semua bahan-bahan diatas dan perap beberapa jam (lagi baik semalaman)
grill seperti biasa.

***(maaf utk resepi ini celik-celik dapur tiada sukatan)