Showing posts with label Roti/Bread & More. Show all posts
Showing posts with label Roti/Bread & More. Show all posts

Thursday, 18 December 2014

Roti Canai

Assalammualaikum...
mood memasak celik-celik dapur sejak kebelakangan ni agak baik... semalam tetiba je terasa nak makan roti boom... memandangkan roti boom tu agak buttery dan anak-anak celik-celik dapur pun tak berapa suka maka jadilah roti canai... tapi tak menjadi macam di kedai mamak... kurang kekenyalannya... category fail lah ni... sekadar makan sendiri kira boleh lah ye... hentam saja lah labu...

seandainya ada yang ingin mencuba boleh lah ye... insyaallah jika celik-celik dapur dapat resepi yang sama macam di kedai mamak akan celik-celik dapur masukkan... kena try dulu hingga dapat yang betul-betul menepati citarasa celik-celik dapur dan keluarga...



bahan-bahan:
500gm tepung gandum
200ml air
1 sudu besar margarine
1 1/2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 biji telur




Cara-cara:
Masukkan tepung kedlm dulang besar.
Bentukkan seperti volcano, lubangkan bahagian tengahnya.
Masukkan garam, gula, susu pekat, margarine dan telur.
Gaul semua bahan-bahan tadi hingga sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yg licin, lembut dan tak melekat ditangan.
Perapkan doh selama 2 jam.
Kemudian bolehlah dibahagikan menjadi ketulan kecil dan salutkan doh dgn margarine dgn rata.
Tutup doh dan perapkan lagi selama 2 jam.
Doh sedia utk ditebar.


roti canai dan kuah dal


***(resepi kuah dal / dal fry akan menyusul seketika nanti)

 

Wednesday, 27 August 2014

Yorkshire Pudding

Assalammualaikum...
bangun pagi tadi entah mimpi apa teringin sangat nak makan Yorkshire pudding... teringat masa masih bergelar student selalu makan di café college... last makan 1996... lama tu... hehehe... tak pernah lah pulak celik-celik dapur cuba buat... disebabkan teringin sesangat, tengahari tadi celik-celik dapur google cari resepi... banyak nye resepi Yorkshire pudding... try and error... kalau tak jadik kita cari resepi lain pulak after this...

Alhamdulillah my 1st attempt Yorkshire pudding menjadi... walaupun tak garing sangat... gara-gara minyak menitis dalam oven terus berasap satu rumah... tak pasal-pasal fire alarm berbunyi... watchman kalut datang rumah... Yorkshire pudding punya hal...

bahan-bahan:
250gm all purpose flour
150ml susu UHT
150ml air
4 biji telur
sedikit minyak
sedikit garam 
muffin tin


cara-cara:
satukan tepung dan sedikit garam dan gaul rata.
satukan susu dan air.
masukkan telur kedalam tepung dan kacau.
masukkan campuran susu dan air tadi.
gaul sebati.
rehatkan adunan selama 15minit (room temperature)
panaskan oven pada suhu 230'C.
sapukan sedikit minyak kedalam muffin tin.
masukkan muffin tin ke dalam oven selama 10 -15minit.
keluarkan muffin tin dan tuangkan adunan tadi.
make sure it sizzle when you add the batter, if not put the muffin tin back into the oven.
bakar selama 15-20minit.


*** (PLEASE!!! keep an eye on them towards the end of the cooking time... do not open the oven door until they beautifully bronzed because they will sink)
 

Tuesday, 22 April 2014

Vegetable Pie

Assalammualaikum...
semalam tekak celik-celik dapur terasa nak makan pie... nak thaw the chicken terasa lambatlah sangat... tekak bagai digaru-garu nak makan pie... dalam freezer ada frozen peas and carrots... can mushroom pun ada... cantik sangatlah tu... buat vege pie je lah...

bahan-bahan:
450gm frozen peas & carrots
2 tin button mushroom dihirs
2 biji bawang besar dipotong dadu
sedikit ground black pepper
sedikit ground white pepper
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

cara-cara:
panaskan kuali masukkan minyak.
tumis bawang hingga kekuningan.
masukkan peas, carrots and mushroom.
kacau rata.
masukkan black pepper, white pepper, garam serta gula.
masak hingga agak kering.
masukkan white sauce dan kacau rata.


bahan white sauce:
70gm butter
2 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan susu UHT


cara-cara:
cairkan butter.
masukkan susu dan tepung gandum.
kacau jangan berketul.
jika terlalu pekat tambahkan UHT milk lagi.


first version utk petang semalam:
 



2nd version utk pagi tadi:


bahan-bahan utk pastry:
2 1/2 cawan all purpose flour
230gm unsalted butter (boleh kurangkan)
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
8 sudu besar ice water

cara-cara:
masukkan tepung, gula dan garam ke dlm food processor.
pulse to mix.
masukkan butter, pulse 8times.
masukkan ice water sedikit demi sedikit.
pulse until mixture just begins to clump together.
kepalkan sedikit doh tadi.
if the crumbly dough holds together, it's ready.
kalau tak tambahkan sedikit lagi air.
balut doh dgn cling wrap dan simpan didlm fridge selama 1 jam.


***(jika terlebih ice water pastry akan jadi keras)
***(resepi pastry diatas agak buttery utk tekak celik-celik dapur)

 

Saturday, 12 April 2014

Roti Naik

Assalammualaikum...
agak lama juga celik-celik dapur tak bersiaran diruangan My Little Kitchen celik-celik dapur... hari ni berpeluang, walaupun dlm kesibukan melayan kerenah MPH di hujung minggu sempat celik-celik dapur mencuba buat kali kedua resepi roti naik...

teringat zaman celik-celik dapur kecil dahulu... tak pernah tahu pulak nama roti ni roti naik... apa yang celik-celik dapur tahu roti je... :))) celik-celik dapur akan cakap pada arwah bonda "Mak, acik nak makan roti pagi esok yang mak buat bukan yang beli... acik nak bawa pi sekolah jugak"... entah bila masanya arwah bonda menguli... zaman dulu bukannya ada bread maker... yang tahunya bila bangun pagi, dah siap terhidang satu loyang roti yang masih panas... sedap sangat... masih terasa ditekak celik-celik dapur kelembutan dan kekenyalan roti yang arwah bonda buat... yang pastinya celik-celik dapur akan korek bahagian tengah sahaja... bahagian atas dan bawah arwah bonda atau abah yang habiskan... :))) sekarang tiba giliran celik-celik dapur pula yang makan bahagian atas dan bawah... sebabnya anak montel celik-celik dapur Azri pun suka korek bahagian tengah sahaja... dimana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan??? like mother like son... :)))

banyak jugaklah blog yang celik-celik dapur browse utk cari resepi roti naik... terima kasih pada blog Mat Gebu...

1st attempt on April 2nd 2014... inilah hasilnya... mmg gebu... cuma texture tak sama macam roti arwah bonda...



bahan-bahan:
400gm tepung roti
100gm tepung gandum
250ml air
50gm susu tepung
3/4 sudu kecil bread improver (celik-celik dapur guna 1 biji telur)
180gm caster sugar
100gm butter
1 sudu kecil esen vanilla
11gm yeast

cara-cara:
satukan semua bahan-bahan diatas kecuali butter.
uli hingga menjadi doh.
masukkan butter sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal.
biarkan hingga doh naik.
tumbuk doh utk keluarkan udara.
bahagikan doh kepada 16 bahagian.
bulat-bulatkan.
susun doh dalam Loyang yang telah disapu dengan butter.
tutup doh biarkan ia naik sekali lagi.
bakar dlm oven dgn suhu 190'C selama 15-20minit.
sapukan butter pada permukaan roti sebaik dikeluarkan dari oven.
biarkan sejuk.


my 2nd attempt on April 12th, 2014... inilah hasilnya... Alhamdulillah lembut dan kenyal nya sama seperti roti arwah bonda... sayu rasa hati, teringatkan arwah bonda... Al Fatihah buat bonda tersayang... ada sedikit penambahan dan pengurangan yang celik-celik dapur buat...



bahan-bahan:
600gm tepung gandum
1 biji telur
2 sudu kecil yeast (dibancuh dgn 100ml air suam yg dicampur dgn 1 sudu kecil gula)
200gm gula
60gm butter
40gm Crisco (butter taste)
25gm susu tepung
50ml susu pekat manis (dibancuh dgn 150ml air)

cara-cara:
tutup bancuhan yeast hingga ia berbuih.
satukan tepung, gula dan susu tepung.
gaul sebati.
masukkan bancuhan susu, telur dan yeast.
gaul rata, doh mmg akan melekat dijari kecuali ada bread maker.
masukkan butter dan Crisco dan uli lagi.
(celik-celik dapur tak uli lama pun sbb doh mmg melekat)
tutup doh dan biar doh kembang 2 kali ganda.
tumbuk doh utk keluarkan udara.
bahagikan doh mengikut citarasa masing-masing dan bulat-bulatkan.
susun dlm loyang yang siap disapu dgn butter.
tutup dan biarkan doh naik sekali lagi.
sapukan permukaan atas doh dgn kuning telur yang dicampur dgn sedikit UHT milk.
bakar dlm oven dgn suhu 190'C selama 20-30minit.
sapu sedikit butter diatas permukaan roti sebaik keluar dari oven.
sejukkan.

***(1st attempt resepi dari Mat Gebu)
***(2nd attempt resepi yang telah diubah suai)
 

Friday, 21 February 2014

Roti John CCD

Assalammualaikum...
celik-celik dapur tak pernah buat 'Roti John'... kalau di KL tahunya beli di pasar malam... 1st attempt inilah hasilnya...


bahan-bahan:
1 loaf of baguette
100gm udang segar
sedikit parsley
3 biji telur
1 biji tomato dihiris
1 biji timun dihiris
sedikit chili mayo
sedikit tomato sauce atau chili sauce
sedikit garam dan black pepper


cara-cara:
bersihkan udang dibuang kulit.
kisar udang bersama parsley.
masukkan telur dan kacau rata.
masukkan garam dan black pepper secukup rasa.
baguette dibelah tengah.
panaskan frying pan dgn sedikit minyak.
tuangkan adunan udang tadi kedlm frying pan.
letakkan baguette diatas adunan tadi.
biarkan hingga adunan melekat ke baguette.
terbalikkan seketika.
setelah diangkat bolehlah diletakkan hirisan tomato dan timun.
tuangkan chili mayo, sos tomato dan sos cili mengikut selera masing-masing.
 

Sunday, 9 June 2013

CCD Bread Butter Pudding

Assalammualaikum...
setelah sekian lamanya celik-celik dapur tak buat bread butter pudding... kalau arwah bonda celik-celik dapur sebut bengkang roti je... dulunya MPH's tak suka bende-bende manis dan lembut-lembut, but lately they prefer sweet n cold... my little hero's ate with vanilla ice cream instead of vanilla custard... :)))


bahan-bahan:
10 keping white bread dipotong kecil
2 biji country bread dipotong kecil
2 biji telur
1 ltr UHT milk
200-250ml evaporated milk
150gm butter dipotong dadu
1 sudu kecil vanilla essence
gula sesedap rasa
sedikit garam


cara-cara:
panaskan oven dgn suhu 180'C.
rendam white bread kedlm susu UHT hingga kembang.
masukkan roti yg telah kembang ke dlm food processor dan kisar hingga hancur.
dlm magkuk yg lain masukkan evaporated milk, gula, telur, garam dan vanilla essence.
pukul hingga gula hancur.
kemudian satukan adunan roti dan adunan gula tadi, kacau sebati.
tuangkan adunan tadi kedlm loyang yang telah disapu dgn butter.
taburkan country bread diatas.
bakar hingga bahagian tepi loyang nampak bubble kecil.
keluarkan loyang dan taburkan ketulan butter diatas.
bakar hingga masak.