Showing posts with label Noodles. Show all posts
Showing posts with label Noodles. Show all posts

Monday, 15 December 2014

Mee Sup Tulang

Assalammualaikum...
last week roommate celik-celik dapur kena viral infections that cause him diarrhea and vomiting... selang 2 hari my precious Amirul pula kena stomach infections... kena pulak dalam minggu exam... apa nak dikatakan lagi... berulang alik celik-celik dapur ke hospital... Alhamdulillah kedua-duanya kembali sihat seperti biasa... dan dapat menjalani routine harian seperti biasa...

kesihatan yang Allah berikan gunalah dengan sebaik mungkin... jangan sampai kita lalai... peringatan utk diri sendiri juga... :)))

oklah, berbalik pada resepi yang nak diceritakan... yang sebenarnya dah lama buat mee sup tulang ni... tapi tak sempat post ke blog... kepada sesiapa yang berhajat utk dapatkan resepi boleh diambil dalam post bee hoon sup utara... resepi nya sama cuma tukar mee je... :)))


 

Wednesday, 13 August 2014

Asam Laksa

Assalammualaikum...
sebelum celik-celik dapur bercerita pasal laksa ingin celik-celik dapur bercerita mengenai phenomenon yang tak pernah celik-celik dapur lihat semenjak tinggal di Bahrain... since 2006 till now (today)... pagi tadi celik-celik dapur ke Al Jazira Supermarket untuk beli bahan-bahan untuk laksa, tom yam dan carbonara... banyak kan??? gara-gara nak mengikut selera semua... terpaksalah masak semua untuk semua...

bersebelahan Al Jazira Supermarket ada Starbucks Café... sepanjang Ramadhan, Starbucks Café hanya akan beroperasi selepas iftar... kalau bulan-bulan yang lain biasalah seawal 8pagi... yang pastinya akan sentiasa dipenuhi pelanggan especially those who are wearing white thawbs and black abayas... lepak di kedai kopi sudah menjadi routine harian mereka... dari yang kecik, besar, tua dan muda suka minum kopi... 

tapi pagi tadi celik-celik dapur terperanjat gila... hehehe... suka sangat-sangat, Starbucks seakan-akan tak beroperasi... sebabnya yang ada hanya staff dan 2 orang pelanggan itu pun yang berkulit putih...

Alhamdulillah... sehati dan sejiwa lah wahai umat Islam seluruh dunia... rintihan dan tangisan Gaza adalah rintihan dan tangisan kita semua... kopi brand lain banyak lagikan... kopi kapal api ada... ali cafe ada... hehehe... maaflah ye bab-bab kopi ni celik-celik dapur tak berapa arif sebabnya celik-celik dapur tak minum kopi... celik-celik dapur minum teh je... peace to everyone!!!

kita cerita pasal laksa lah pulak ye... sepanjang tinggal di Bahrain, hari ini merupakan kali ke3 celik-celik dapur buat laksa sendiri... selalunya makan je... hari ni teringin sangat-sangat nak makan laksa... 7pg (waktu Bahrain) celik-celik dapur dah ber SMS dengan adik ipar celik-celik dapur, Ina di Alor Setar Kedah minta resepi laksa... masa yang sama juga minta resepi dari kekanda Ina Mahooz... Alhamdulillah dapat resepi dan cara-cara dari kedua-dua sifu... tapi, biasalah kan celik-celik dapur ni suka sangat mengolah mengikut selera tekak sendiri... nak dikatakan laksa Kedah or laksa Penang pun rasa-rasanya bukan... sebab dah jadi caca merba dek bahan-bahannya... ada yang ada, dan ada yang tak ada... fenin-fenin... celik-celik dapur panggil Asam Laksa je lah ye... celik-celik dapur punya asam laksa combination between laksa Kedah and laksa Penang... janji laksa untuk iftar hari ini...



bahan-bahan kuah laksa:
1kg ikan
(celik-celik dapur guna 4 ekor ikan kembung, 4 ekor ikan selar dan 1 tin sardines)
20biji cili kering dibuang biji dan direbus
2 biji bawang india big size
1 inci belacan
1btg serai
(1/2 dikisar, 1/2 dititik)
sedikit lengkuas
asam keping sesedap rasa
daun kesum sesedap rasa
garam dan gula sesedap rasa

cara-cara:
rebus ikan bersama sedikit asam keping.
asingkan ikan dari air rebusan.
simpan air rebusan ikan.
kisar isi ikan bersama sedikit air rebusan ikan, ketepikan.
kisar tulang dan kepala ikan bersama sedikit air rebusan ikan, tapis dan ketepikan.
** kisar cili, bawang, belacan, serai dan lengkuas
didihkan semula lebihan air rebusan ikan bersama-sama bahan-bahan kisar ** 
setelah mendidih masukkan isi ikan dan tapisan kisaran tulang dan kepala ikan.
masukkan asam keping, daun kesum, garam dan gula.
boiled and simmer for another 30minutes.

bahan-bahan lain:
1 pack rice stick direbus lembut
4 biji telur direbus
3 biji timun dihiris nipis
2 biji bawang Holland dihiris nipis
1/2 biji nenas dibersihkan dan dihiris nipis
2 biji cili merah atau cili padi dihiris
sedikit petis jika ada


masa shopping bahan-bahan laksa tadi celik-celik dapur terlupa beli cili padi, daun pudina dan limau nipis... apa-apa yang ada je lah ye... :)))

*** (kalau suka pedas boleh lebihkan cili kering... cili kering Bahrain pedasssss!!!)
*** (kalau ada bunga kantan lagi power)

 

Thursday, 26 June 2014

Mee Soto

Assalammualaikum...
pagi tadi celik-celik dapur tersedar dalam pukul 2.45pg... pusing kiri pusing kanan tak boleh tidur semula... bangun je lah... azan subuh berkumandang kira-kira jam 3.15pg... selesai solat subuh, celik-celik dapur terus ke dapur... buat mee pun bagus juga... hasilnya mee soto utk lunch dan dinner...

resepi soto boleh didapati dalam post Soto Nasi...



 

Tuesday, 10 June 2014

Home Made Mee Kuning

Assalammualaikum...
semalam routine celik-celik dapur agak kalut sedikit... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... jam 10.40pagi celik-celik dapur dah sampai di Al Noor school compound utk menjemput MPH... now they are sitting for their annual exam... semalam MPH request nak makan pizza & spicy chicken wings for lunch... senang kerja, celik-celik dapur order saja... setelah puas bersantai bersama MPH makan pizza and spicy chicken wings... and to relax their mind for awhile we watched adik's favourite movie "The Lego Movie"...

kepala celik-celik dapur mula lah ligat mencari idea apa yang nak dibuat setelah MPH masuk ke bilik to study for their next day exam... layan korea lah sekejap kan apa salahnya... selesai layan korea... still i have this feelings... i need to do something... azan maghrib berkumandang... solat maghrib dulu... itu lebih penting...

teringat sesuatu!!! birthday celik-celik dapur last month my lovely kekanda's telah menghadiahkan ini:


apa kata kita try buat mee kuning??? hahaha... resepi dan juga tips utk membuat mee kuning dah lama celik-celik dapat dari rakan celik-celik dapur yang berada di Doha, Qatar... tapi tak terbuat... tapi semalam ini lah hasilnya:



tapi celik-celik dapur tak dapat ikut 100% resepi yang diberi sebabnya ada 1 bahan yang celik-celik dapur tak ada... jadi celik-celik dapur cari alternative lain... but I've followed exactly the methods she gave me... Alhamdulillah menjadi... terima kasih Aziah...


bahan-bahan:
1kg tepung gandum
400ml air mineral
10gm sodium carbonate
10gm garam
1/2 sudu kecil pewarna kuning
minyak jagung

cara-cara:
masuk tepung gandum kedalam bekas besar.
masukkan air, sodium carbonate, garam, dan pewarna ke dalam bekas lain dan dikacau hingga larut.
masukkan sedikit demi sedikit air kedalam tepung dan uli.
jika adunan masih keras maksudnya peroi ambil mangkuk isikan air mineral.
celup tapak tangan kedalam mangkuk tersebut dan uli lagi tepung tersebut.
sehingga mendapat doh yang keras.

*** (guna air dlm magkuk ni bila adunan peroi sahaja)

bulat dan leperkan adunan tersebut dan masuk kedalam mesin dan nipiskan mengikut ketebalan yang dikehendaki.
seterusnya masukkan ke bahagian uraian mee.

air rebusan pula kena betul-betul mendidih.
masukan satu senduk minyak kedalam air.
masukkan separuh mee dahulu.
bila mee sedikit timbul angkat dan toskan.
serakkan mee atas dulang agar dia sejuk seketika.
letakkan minyak jagung dan gaul rata agar mee tak melekat.

 

*** (utk rebusan yg kedua... pastikan air betul-betul mendidih baru boleh masukkan mee yg belum direbus... dan ulang cara yg pertama)
*** (kalau nak buat mee rebus lebihkan masa merebus... boleh dimakan terus tanpa dicelur sekali lagi... dengan syarat kuah mesti panas)


ini pula gambar mee goreng utk breakfast pagi tadi... :)))

 


 

Friday, 28 March 2014

Mee Bandung campak-campak

Assalammualaikum...
vitamin R melanda dihujung minggu ni... jarang berlaku... hehehe... selalunya dihujung minggu celik-celik dapur akan relax sebolehnya dari breakfast hinggalah ke dinner makan diluar atau pun order for delivery je... tapi pagi jumaat ni ada sedikit rajin... tadi seawal subuh dah mengukus apam rainbow... sebaik shj sampai dirumah dari breakfast dgn MPH, celik-celik dapur terus ke dapur lagi... masak utk hidangan tengahari pula... tak ada mee kuning spaghetti pun jadik lah kan... :)))

bahan-bahan:
400gm spaghetti (direbus hingga betul-betul kembang dan disapu dgn sedikit minyak)
300gm daging dihiris nipis
1 1/2ltr air air rebusan udang
2-3 sudu besar chili paste (yang telah dikisar dgn bawang)
200gm udang kering dikisar
100gm udang basah direbus bersama kulit dan dikisar
2 sudu besar kacang tanah yang dikisar halus
1 1/2 cawan sos tomato
2 biji buah tomato masak ranum dipotong dadu
7 biji telur
200gm sayur sawi dipotong
garam dan gula
minyak utk menumis
sedikit daun bawang dihiris
sedikit bawang goreng



cara-cara:
panaskan periuk dan masukkan minyak.
tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau.
masukan buah tomato dan daging.
masak hingga daging empuk.
masukkan air rebusan dan sos tomato biar hingga mendidih.
masukkan garam dan gula secukup rasa.
pecahkan 2 biji telur dan kacau hancur.
pecahkan lagi 5 biji telur biarkan masak.
masukkan sawi.

***(chili paste boleh lebihkan jika suka pedas).
***(boleh kurangkan sos tomato kalau tak suka masam)
 

Thursday, 13 March 2014

Mee Rebus

Assalammualaikum...
as usual selepas anak-anak ke sekolah... celik-celik dapur pun mula sibuk dgn routine harian... semalam anak-anak celik-celik dapur dah request nak makan spaghetti bolognaise for lunch... senang keje lah kan... tapi utk celik-celik dapur and my roommate... tak kan spaghetti bolognaise juga!!! kurang menarik...

setelah difikir-fikirkan... tengok bahan pun ada, maka jadilah mee rebus... cuma celik-celik dapur agak malas nak buat udang goreng(pendaram) sebab nak kena kemas rumah pulak lepas masak... apa-apa pun celik-celik dapur sertakan sekali resepi pendaram... :)))


bahan-bahan:
500gm daging bersama direbus
500gm mee kuning dicelur

garam dan gula secukup rasa
minyak utk menumis

bahan A:
20 biji cili kering dibuang biji
4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup (boleh guna serbuk kunyit)
sedikit lengkuas
sedikit lada hitam
2 sudu besar taucu
(blend semua bahan-bahan A)


bahan B:
3 cawan santan pekat
4 biji kentang saiz sederhana (kalau ada keledek lagi manis) direbus
300gm udang segar dibuang kulit
300gm udang kering
(blend semua bahan-bahan B)

bahan hiasan:
telur rebus
taugeh dicelur
daun bawang
cili hijau
limau nipis (limau kasturi lagi sedap)


cara-cara:
tumis bahan A hingga garing.
masukkan bahan B dan kacau.
daging yg direbus dihiris nipis masukkan kedlm kuah tadi.
jika terlalu pekat tambahkan dgn air rebusan daging.

penderam:
6 sudu besar tepung gandum
udang kering diblend
sedikit garam
dibancuh dgn air jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair

cara-cara:
dgn menggunakan sudu besar, cedok adunan tadi dan leperkan kedlm minyak panas.
goreng hingga keperangan.
angkat dan toskan dan simpan dlm bekas kedap udara.

 

Wednesday, 19 February 2014

Laksa Lemak Nyonya

Assalammualaikum...
JOM kita makan laksa hari ini... :)))

 
bahan-bahan kisar:
600gm bawang merah
2 inci kunyit hidup
30-40biji cili kering dibuang biji (boleh dikurangkan)
6 biji cili merah
6-8 biji buah keras
6 batang serai 
2 inci lengkuas
50-70gm udang kering
 
bahan-bahan lain:
1kg mee kuning dicelur
1kg udang besar dibersih dan dibiarkan kulit
10 cawan santan pekat
6 cawan santan cair
garam dan gula secukup rasa
minyak utk menumis
 
bahan-bahan hiasan:
sedikit tauge
timun dihiris jalur
sedikit daun pudina
telur rebus
 
 
cara-cara:
Panaskan periuk dan masukkan minyak.
Goreng bahan-bahan kisar hingga wangi atau pecah minyak.
Masukkan udang besar dan goring selama 3minit atau hingga udang masak.
Keluarkan udang dan ketepikan.
Masukkan santan dan didihkan.
Masukkan garam dan gula.
Masukkan semula udang tadi.
 
 
***(boleh juga ditambahkan fish ball atau fish cake jika suka kedalam kuah)
 

Wednesday, 22 May 2013

Laksam

Assalammualaikum...
ini pula lanjutan kepada post kuih laksam... dah siap buat kuih laksam kenalah buat kuahnya kan... ini resepinya...


bahan-bahan utk kuah:
1kg ikan kembung dicuci bersih direbus diambil isi, dikisar dan disimpan air rebusan
4 cawan santan

2 biji bawang besar dikisar
2 inci halia dikisar
3-4 keping asam gelugor
1 sudu besar lada hitam dikisar halus
garam dan gula secukup rasa



cara-cara:
masak isi ikan bersama bawang, halia, santan dan asam gelugor hingga mendidih.
masukkan lada hitam, garam dan gula.
jika terlalu pekat boleh tambahkan dgn air rebusan ikan.


bahan-bahan sampingan:
cili merah dikisar
timun dihiris nipis dan memanjang
kacang panjang dihiris kecil
tauge
daun kesom
limau nipis/limau kasturi


 

Kuih Laksam

Assalammualaikum...

terima kasih pada Ateh Azwina yang sudi berkongsi ilmu dan resepi dgn celik-celik dapur... resepinya simple dan amat mudah dibuat... sila-silakanlah mencuba... pasti menjadi, kalau ikut betul-betul resepi dan cara-caranya... happy cooking everyone... :)))


bahan-bahan utk kuih:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
4 cawan air
garam secukup rasa



cara-cara:
campurkan semua bahan-bahan diatas hingga sebati.
sapukan loyang dgn minyak.
masukkan sesenduk (lapisan nipis setebal 5mm) adunan tadi kedlm loyang.
kukus adunan hingga nampak gelembung-gelembung udara.
angkat dan gulung ketika panas.
setelah sejuk bolehlah dipotong.


Tuesday, 21 May 2013

Bee Hoon Goreng Putih

Assalammualaikum...
satu lagi gambar lama yang ingin celik-celik dapur post bersama resepi...


bahan-bahan:
1 pack bee hoon direndam
300gm ayam/daging/udang/sotong

1 labu bawang putih dimayang
sedikit daun sawi
4 sudu besar oyster sauce
garam secukup rasa
4 biji telur 



cara-cara:
panaskan kuali dan masukkan minyak.
tumis bawang putih hingga kekuningan.
masukkan oyster sauce.

masukkan ayam/daging/udang/sotong kacau hingga separuh masak.
masukkan garam.
masukkan bee hoon kacau seketika.
masukkan telur kacau hingga telur masak akhir sekali masukkan sayur sawi.
gaul rata hingga bee hoon betul2 masak.


 

Bee Hoon Goreng Pedas

Assalammualaikum...
gambar lama yang celik-celik dapur ingin post ke ruangan ini beserta resepi yang amat simple...


bahan-bahan:
1 pack bee hoon direndam
3-4 sudu besar chili paste yg telah dikisar bersama bawang

300gm ayam/daging/udang/sotong
3 sudu besar oyster sauce

3 sudu besar tomato sauce
kicap manis secukupnya
sayur sawi atau daun kucai
garam & gula secukup rasa
2 biji telur dibuat dadar dan dihiris nipis
1 biji buah tomato, cili merah dan daun bawang dihiris nipis sbg hiasan

sedikit minyak utk menumis


cara-cara:
panaskan kuali dan masukkan minyak.
tumis cili hingga naik bau.
masukkan oyster sauce, tomato dan kicap.
masukkan ayam/daging/udang/sotong kacau hingga separuh masak.
masukkan garam dan gula.
masukkan bee hoon dan sayur kacau hingga bee hoon betul2 masak.


 

Tuesday, 7 May 2013

Laksa Johor

Assalammualaikum...
arwah bonda celik-celik dapur asalnya dari Utara Semenanjung, Perlis Indra Kayangan... celik-celik dapur dilahirkan di Kangar, Perlis... penghujung semenanjung... bertemu jodoh dgn orang penghujung semenanjung juga, tapi Selatan Semenanjung, JB Johor Darul Takzim... North & South gitu...

panjang pulak ceritanya... nak cerita pasal laksa Johor, dah melalut North & South pula jadinya... celik-celik dapur suka laksa utara berbanding laksa johor, maklumlah kan orang utara... my roommate nak kata tak makan langsung laksa utara tidak lah, bukan penggemarlah senang cerita... jadi celik-celik dapur jarang buat laksa utara... kalau suruh buat laksa johor macam senang sangat tapi kalau suruh buat laksa utara terkial-kial jadinya, siap kena buka buku resepilah... heheheh...

kalau masak makan sensorang kan tak best gitu... baiklah buat yang semua suka, mana-mana lah kan... janji laksa... :)))


bahan-bahan:
1/2kg ikan kembung
2 sudu besar udang kering
1 sudu besar serbuk kari ikan
1 inci lengkuas dikisar
2 btg serai dikisar
2 biji bawang besar dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
250ml santan
2 sudu besar kerisik (lagi banyak lagi sedap)
2 keping asam gelugor
1/2 cawan minyak utk menumis
garam secukup rasa
500gm spaghetti dicelur dan ditos


cara-cara:
ikan dan udang kering direbus.
keluarkan ikan dan udang kering, simpan air rebusan.
asingkan ikan dari tulang dan blend isi ikan hingga hancur bersama udang kering.
campurkan bahan kisar dgn serbuk kari ikan.
panaskan periuk, masukkan minyak.
tumis bahan kisar yg telah dicampur dgn serbuk kari hingga garing.
masukkan isi ikan dan udang yg telah dikisar, kacau rata.
masukkan santan dan asam gelugor, kacau biar sebati.
masukkan kerisik dan garam secukup rasa.
biarkan mendidih, perlahan kan api biar hingga pecah minyak.

bahan-bahan sampingan:
taugeh
timun dibuang kulit dan bahagian tengah dan dihiris nipis
bawang besar dihiris nipis
lobak asin
daun kesom dihiris nipis
daun selasih dihiris nipis
cili merah dikisar
limau kasturi

Monday, 6 May 2013

Mee Hailam CCD

Assalammualaikum...
masak nasi hari-hari pun bosan jugak kan??? tambah-tambah cuaca makin panas sekarang... kalau dlm rumah rasa macam winter je, sbb aircond almost 24hrs... di luar!!! senyum dan sengih je memanjang menahan bahang... kalau berangin Alhamdulillah sejuk lah sikit... apa-apa pun syukur dgn kurniaan Allah... nak cerita pasal mee dah tersasul ke panas mentari...

menu semlm, bukan hari ni ye... version mee hailam celik-celik dapur selalunya terlebih bahan muatan dari mee... since nak masuk ke blog jadi celik-celik dapur kurangkan lah sikit longgokan diatas mee... tapi dlm mangkuk hidang sudah tentu terlebih muatan... :)))


bahan-bahan:
1/2kg mee kuning
3 ulas bawang putih diketuk
3 pokok sawi
1 btg carrot
1 biji capsicum
1/4 biji cauliflower
1 keping chicken breast dipotong kecil
250gm udang segar dibuangkulit dan dibelah belakang
2 biji telur
2 kiub ayam
1 sudu teh lada putih
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
3 sudu besar oyster sauce
3 sudu besar kicap pekat
500ml air
sedikit garam jika perlu
sedikit minyak utk menumis


cara-cara:
panaskan kuali, masukkan minyak dan kicap pekat.
masukkan mee dan goreng seketika, angkat dan ketepikan.
jika perlu tambahkan sedikit minyak.
tumis bawang putih hingga kekuningan.
masukkan ayam dan udang, goreng seketika, angkat dan ketepikan.
masukkan sayur yang keras dahulu, gaul rata.
masukkan air, biarkan mendidih.
pecahkan telur satu persatu dan kacau hingga hancur.
masukkan kiub ayam, lada putih, oyster sauce dan garam jika perlu.
masukkan campuran tepung jagung, kacau hingga kuah agak pekat.
masukkan sayur yang selebihnya.
sebelum dituangkan keatas mee, masukkan semula ayam dan udang.

***(boleh juga dimakan dengan cili jeruk)

 

Sunday, 5 May 2013

Bee Hoon Sup Utara

Assalammualaikum...
sesekali balik ke utara celik-celik dapur sememangnya tak akan ter'miss makan bee hoon sup utara... semestinya bee hoon sup special, yang sarat dgn limpahan daging, paru, perut dll didlm nya... tapi disini, cukup sekadar daging yang ada lemak-lemak sikit... :)))


bahan-bahan:
1kg daging dan tulang
1/2 pack bee hoon
sedikit pewarna kuning
4 sudu besar cili serbuk
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
sedikit bawang goreng
2 ketul tauhu digoreng dan dihiris
sedikit lobak asin

bahan-bahan utk merebus daging & tulang:
2 biji bawang besar dipotong kasar
2 ulas bawang putih diketuk
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawing
2 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1 btg celery dipotong kasar


cara-cara:
rebus daging dan tulang dgn bahan-bahan diatas hingga empuk.
keluarkan daging dan tapis.
simpan air rebusan.
asingkan daging dari tulang, masukkan semula tulang kedlm sup dan masukkan garam secukupnya.
daging tadi dihiris.
bancuh serbuk cili bersama air dan masak dgn api yang kecil dgn sedikit minyak.
masak hingga cili betul-betul masak utk mengelakkan dari sakit perut kepada yang alah dgn cili.
bee hoon dicelur bersama pewarna kuning.
masukkan bee hoon yg telah siap dicelur kedlm mangkuk, masukkan sup, masukkan daging dan taburkan lobak asin, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili.
sedia utk dimakan.
 

Saturday, 13 April 2013

Mee Kari Bonda

Assalammualaikum...
ingin celik-celik dapur berkongsi resepi istimewa peninggalan arwah bonda... setiap kali celik-celik dapur pulang bercuti, pasti mee kari menjadi salah satu menu hidangan... setiap hidangan arwah bonda sememangnya menyelerakan, kerana ianya disediakan dgn penuh kasih sayang... "Cook with LOVE"...


bahan-bahan:
1/2 ekor ayam atau 1kg kerang
1/2 kilo mee kuning
3 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 keping asam gelugur
1 btg serai dititik
1 biji kelapa santan
1 bungkus kecil serbuk kari daging
3 keping fish cake
6 biji fish ball dibelah 2
3 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukup rasa

bahan-bahan lain:

tauhu digoreng dan dihiris
telur direbus dan dibelah 2
tauge dicelur
cili merah dihiris nipis
daun bawang dihiris nipis
sedikit bawang goreng
kacang panjang dicelur



cara-cara:
celur mee kuning dan ditos.
panaskan periuk dan masukkan minyak.
tumis bahan-bahan kisar hingga kuning.
masukkan serbuk kari yg telah dibancuh dgn air, biarkan hingga pecah minyak.
masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, asam gelugur dan serai, biarkan seketika.
masukkan santan, garam dan gula, biarkan mendidih.
kemudian masukkan ayam atau kerang, fish ball dan fish cake.

***(kuantiti utk bahan-bahan lain terpulang pada keperluan masing-masing)

Monday, 8 April 2013

Wonton Noodles Soup with Fried & Steam Wonton

Assalammualaikum...
resepi yang nak celik-celik dapur berkongsi pada hari ini is from Chinese kitchen but being a typical Malay celik-celik dapur buat sedikit perubahan mengikut selera Melayu... sudi-sudikanlah mencuba... :)))

bahan-bahan fried/steam wonton:
400gm mince chicken
200gm udang hidup/basah dicincang
100gm button mushroom dicincang
sedikit daun bawang dihiris nipis
sedikit daun parsley dihiris nipis
sedikit ground white pepper
garam secukup rasa
ready made wonton skin 

cara-cara:

gaulkan kesemua bahan-bahan diatas hingga sebati dan masukkan kedalm kulit wonton. 
tutup kulit wonton kemas-kemas.
bolehlah digoreng atau dikukus.

*** (resepi diatas boleh menghasilkan 50-60pcs)



bahan-bahan sup mee:

1kg daging dan ribs
100gm dried shitake mushroom direndam dan dihiris nipis
ready made wonton noodles direbus
sedikit sawi dicelur dan dipotong
2 inci halia diketuk
1 labu bawang putih dibuang kulit dan diketuk
2 biji bawang besar dipotong wedges
kiub ikan bilis jika suka
sesame oil jika suka
garam secukup rasa

cara-cara:

rebus daging dan ribs  bersama halia, bawang putih dan bawang besar dengan api yg sederhana.
buangkan buih2 hitam supaya mendapat sup yg jernih.
rebus hingga daging empuk.
setelah daging empuk keluarkan daging dan tapis sup.
daging bolehlah dihiris nipis.
didalam periuk yg berasingan panaskan sesame oil dan masukkan sup tadi serta shitake mushroom.
masukkan kiub ikan bilis dan juga garam secukup rasa.

*** (boleh dihidangkan dgn cili potong yg direndam dgn sedikit cuka dan kicap masin)