Friday, 21 February 2014

Roti John CCD

Assalammualaikum...
celik-celik dapur tak pernah buat 'Roti John'... kalau di KL tahunya beli di pasar malam... 1st attempt inilah hasilnya...


bahan-bahan:
1 loaf of baguette
100gm udang segar
sedikit parsley
3 biji telur
1 biji tomato dihiris
1 biji timun dihiris
sedikit chili mayo
sedikit tomato sauce atau chili sauce
sedikit garam dan black pepper


cara-cara:
bersihkan udang dibuang kulit.
kisar udang bersama parsley.
masukkan telur dan kacau rata.
masukkan garam dan black pepper secukup rasa.
baguette dibelah tengah.
panaskan frying pan dgn sedikit minyak.
tuangkan adunan udang tadi kedlm frying pan.
letakkan baguette diatas adunan tadi.
biarkan hingga adunan melekat ke baguette.
terbalikkan seketika.
setelah diangkat bolehlah diletakkan hirisan tomato dan timun.
tuangkan chili mayo, sos tomato dan sos cili mengikut selera masing-masing.
 

Chocolate Chips Cookies

Assalammualaikum...
hari ini celik-celik ingin berkongsi resepi kegemaran MPH's... jarang kali celik-celik buat... tapi sesekali buat memang berbaloi... hilang penat kata orang bila tengok anak-anak makan tanpa henti... heheheh...


bahan-bahan:
150gm butter
150gm vegetable shortening/Crisco
350gm light/dark brown sugar
400gm tepung gandum
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil bicarbonate of soda
1 cawan chocolate chips
1 cawan nuts (optional)


cara-cara:
pukul butter, vegetable shortening dan telur hingga kembang.
masukkan bahan-bahan lain dan gaul sebati.
perapkan adunan didalam fridge selama 1jam.
sudukan adunan mengikut selera masing-masing (besar/kecil)
bakar hingga keperangan.

 

Wednesday, 19 February 2014

Laksa Lemak Nyonya

Assalammualaikum...
JOM kita makan laksa hari ini... :)))

 
bahan-bahan kisar:
600gm bawang merah
2 inci kunyit hidup
30-40biji cili kering dibuang biji (boleh dikurangkan)
6 biji cili merah
6-8 biji buah keras
6 batang serai 
2 inci lengkuas
50-70gm udang kering
 
bahan-bahan lain:
1kg mee kuning dicelur
1kg udang besar dibersih dan dibiarkan kulit
10 cawan santan pekat
6 cawan santan cair
garam dan gula secukup rasa
minyak utk menumis
 
bahan-bahan hiasan:
sedikit tauge
timun dihiris jalur
sedikit daun pudina
telur rebus
 
 
cara-cara:
Panaskan periuk dan masukkan minyak.
Goreng bahan-bahan kisar hingga wangi atau pecah minyak.
Masukkan udang besar dan goring selama 3minit atau hingga udang masak.
Keluarkan udang dan ketepikan.
Masukkan santan dan didihkan.
Masukkan garam dan gula.
Masukkan semula udang tadi.
 
 
***(boleh juga ditambahkan fish ball atau fish cake jika suka kedalam kuah)
 

Umrah 2014

Assalammualaikum...
lama betul celik celik dapur tak bersiaran diruangan My Little Kitchen celik celik dapur... celik dapur dan keluarga baru shj pulang dari menunaikan umrah... Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar seperti yang dirancang... Alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya... Alhamdulillah kerana Allah memberi kesempatan yang tak ternilai to My Precious Amirul, for the 1st time in our family he got the opportunity to celebrate his 16th birthday at Haram, Makkah... syukur...

ada beberapa gambar yang nak celik celik dapur kongsi bersama...