Showing posts with label Sweet Treats. Show all posts
Showing posts with label Sweet Treats. Show all posts

Monday, 4 August 2014

Banana Fritters with Sugar Dust & Chocolate Syrup

Assalammualaikum...
request from MPH this morning for their breakfast... :)))


bahan-bahan:
1 sisir pisang masak manis
tepung utk menggoreng pisang
sugar dust/icing sugar
chocolate syrup
minyak utk menggoreng

cara-cara:
pisang dibelah.
panaskan minyak.
celupkan pisang kedlm tepung yg telah dibancuh (bancuhan tepung goreng).
goreng pisang hingga keperangan atau garing.
tos dan biarkan seketika.
hidangkan pisang yg siap digoreng bersama sugar and chocolate syrup.

 

Wednesday, 23 April 2014

Chocolate Pudding with Chocolate Custard & Lychee Pudding with Vanilla Custard

Assalammualaikum...
cuaca dah mula panas... sedapkan kalau boleh makan pudding yang sejuk dan lembut... anak-anak celik-celik dapur pun bila balik dari sekolah dah tak nak makan yang panas-panas lagi... kalau ada ice cream, itu dulu yang dimakannya... hari ni celik-celik dapur sediakan chocolate pudding with chocolate custard  n Hershey's chocolate chips for Abang Amirul and lychee pudding with vanilla custard n can lychee for Adik Azri...

 

bahan-bahan:
25gm agar-agar
250ml susu cair
2 cawan gula (boleh kurangkan)
2 biji telur
1 tin lychee bersama syrup
4 sudu besar Cadbury chocolate powder

cara-cara:
agar-agar direndam terlebih dahulu hingga kembang dan ditos hingga kering.
masak agar-agar mengikut sukatan cawan (1cawan agar-agar : 2cawan air)
kacau hingga agar-agar hancur.
masukkan gula dan kacau lagi.
pukul telur dan susu hingga sebati.
masukkan campuran telur dan susu, kacau seketika.
bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian.

A)
kisar atau hiris lychee.
masukkan lychee dan syrup kedalam satu bahagian.
kacau sebati.

B)
masukkan chocolate powder kedalam satu bahagian lagi.
kacau sebati.

masukkan kedalam loyang dan sejukkan.
setelah sejuk barulah diletakkan custard.
utk hiasan terpulang pada creativity masing-masing.

bahan-bahan custard utk 1 bahagian:
1 kuning telur
150ml whipping cream
1 1/4 sudu besar tepung custard/chocolate custard
25gm gula caster
1/2 sudu kecil esen vanilla

cara-cara:
satukan semua bahan-bahan.
kacau hingga sebati.
masak adunan tadi dgn api yang sederhana.
kacau hingga adunan menjadi sedikit pekat.


****(utk chocolate custard tak perlu letak esen vanilla)

Saturday, 1 March 2014

Custard Puff

Assalammualaikum...
celik-celik dapur nak berkongsi resepi custard puff yang lembut... melt in your mouth gitu... ada lah beberapa kali celik-celik dapur try... dan Alhamdulillah memang menjadi... sudi-sudikanlah mencuba...


bahan-bahan:
50gm salted butter
125ml air
75gm tepung gandum
1 biji telur + 2 kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanilla

cara-cara:
satukan air dan butter.
dengan menggunakan api yg sederhana panaskan butter hingga cair.
masukkan tepung kacau hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat diperiuk.
alihkan adunan ke dlm mixer dan biarkan seketika.
apabila adunan suam, putarkan pada kelajuan yang sederhana dan masukkan telur, kuning telur dan esen vanilla.
putar hingga sebati.
masukkan adunan ke dlm piping beg dan pipe diatas baking tray mengikut selera masing-masing.
bakar pada suhu 200'C selama 25minit.
sejukkan dan bolehlah diisi dgn custard cream.



bahan-bahan Custard Cream:
1 kuning telur
150ml whipping cream
1 1/4 sudu besar tepung custard
25gm gula caster
1 sudu besar greated cheddar cheese (jika suka)
1/2 sudu kecil esen vanilla

cara-cara:
satukan semua bahan-bahan kecuali cheese.
kacau hingga sebati.
masak adunan tadi dgn api yang sederhana.
masukkan cheese.
kacau hingga adunan menjadi sedikit pekat.

 

Friday, 21 February 2014

Chocolate Chips Cookies

Assalammualaikum...
hari ini celik-celik ingin berkongsi resepi kegemaran MPH's... jarang kali celik-celik buat... tapi sesekali buat memang berbaloi... hilang penat kata orang bila tengok anak-anak makan tanpa henti... heheheh...


bahan-bahan:
150gm butter
150gm vegetable shortening/Crisco
350gm light/dark brown sugar
400gm tepung gandum
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil bicarbonate of soda
1 cawan chocolate chips
1 cawan nuts (optional)


cara-cara:
pukul butter, vegetable shortening dan telur hingga kembang.
masukkan bahan-bahan lain dan gaul sebati.
perapkan adunan didalam fridge selama 1jam.
sudukan adunan mengikut selera masing-masing (besar/kecil)
bakar hingga keperangan.

 

Friday, 6 September 2013

Banana Fritters with Honey & Vanilla Ice Cream

Assalammualaikum...
memenuhi permintaan my little Azri for his breakfast yesterday... :)))


bahan-bahan:
1 sisir pisang masak manis
tepung utk menggoreng pisang
vanilla ice cream
honey
minyak utk menggoreng

cara-cara:
pisang dibiarkan sebiji jangan dipotong atau dibelah.
panaskan minyak.
celupkan pisang kedlm tepung yg telah dibancuh (bancuhan tepung goreng).
goreng pisang hingga keperangan atau garing.
tos dan biarkan seketika.
hidangkan pisang yg siap digoreng bersama honey dan vanilla ice cream.

 

Thursday, 22 August 2013

Pengat Pisang & Sagu

Assalammualaikum...
Alhamdulillah, hari ni dah 4hari celik-celik berpuasa enam... tak tahu apa nak dimasak utk iftar hari ni... tapi tekak teringin pulak nak makan manis-manis... pisang ada 2 biji, jadiklah ye untuk pengat pisang dan sagu... :)))


bahan-bahan:
2 biji pisang
300ml evaporated milk
250ml air
2 sudu besar sagu
1 helai daun pandan
gula secukup rasa (brown sugar)
sedikit garam


cara-cara:
potong pisang mengikut selera.
panaskan susu dan daun pandan.
masukkan sagu biarkan mendidih seketika.
masukkan gula dan kacau hingga gula hancur.
bila sagu telah kembang masukkan pisang.


*** sedap dimakan panas atau pun sejuk...

 

Saturday, 10 August 2013

Honey Cornflakes

Assalammualaikum...
satu lagi resepi yg menjadi kegemaran anak-anak celik-celik dapur di bln Syawal...


bahan-bahan:
400gm cornflakes
250gm butter
250ml honey
100gm gula caster (boleh kurangkan jika perlu)
sedikit hundreds & thousand atau sugar strands sebagai hiasan


cara-cara:
cairkan butter
masukkan gula caster kacau hingga gula hancur.
bila adunan tadi agak sejuk masukkan cornflakes dan gaul rata.
scoop dgn menggunakan sudu kecil, masukkan adunan tadi kedlm petit cake cases dan hiaskan.
bakar selama 7-8minit dgn suhu 160'C.

 

Almond Cookies

Assalammualaikum...
lama betul celik-celik dapur tak meng update blog... bukan main sibuk lagi celik-celik di bulan Ramadhan... bulan seribu rahmat... Alhamdulillah berkat kesabaran, kekuatan iman dan kesihatan yang diberi oleh Allah swt, celik-celik dapur dapat melaksanakan ibadah puasa serta tugasan harian... bukan sahaja menyediakan juadah iftar utk family shj tapi memenuhi tempahan rakan-rakan serta juadah iftar utk kelas pengajian yang berlangsung setiap minggu dirumah celik-celik dapur... Alhamdulillah...

berbalik pada resepi yg nak celik-celik kongsi di sini... resepi dari bonda mertua celik-celik dapur... sila lah mencuba...


bahan-bahan:
1 biji kuning telur
180gm butter
180gm tepung gandum
150gm tepung jagung
120gm gula icing
150gm serbuk badam
1 sudu kecil esen vanilla

bahan-bahan hiasan:
2 biji kuning telur
sedikit badam jalur


cara-cara:
pukul butter dan gula hingga kembang.
masukkan telur dan pukul lagi.
masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam.
uli hingga menjadi doh.
canai dan terapkan mengikut bentuk yg digemari.
sapukan kuning telur dan hiaskan badam jalur diatasnya.
bakar hingga bahagian bawah keperangan.
 

Monday, 27 May 2013

London Hazel/Almond

Assalammualaikum...
tak lama lagi kan dah nak puasa... kuih yang menjadi kemestian bila menjelang Syawal... masih segar diingatan last year celik-celik dapur sekeluarga beraya di Perth WA... tahun ni insyaallah akan beraya semula di bumi Bahrain...


bahan-bahan A:
125gm butter
70gm gula castor
1 biji kuning telur
140gm tepung gandum
80gm tepung jagung
20gm tepung custard
bahan-bahan B:
250gm cooking chocolate
60gm butter

bahan-bahan C:
250gm hazel/almond dipanggang
125gm hazel/almond cincang


cara-cara:pukul butter & gula hingga kembang.
masukkan kuning telur.
masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung castard.
gaulkan hingga menjadi doh.
bulatkan adunan tadi dan masukkan hazel/almond.
bakar hingga kekuningan.
biarkan hingga sejuk.
masak bahan B diatas api kecil beralaskan air.
bila cooking chocolate tadi sebati bolehlah dituangkan keatas biskut yg telah dimasukkan kedlm magkuk kertas.
hiaskan dgn badam cincang


 

Thursday, 9 May 2013

Jem Nenas

Assalammualaikum...
ini pula resepi jem utk tart nenas yang juga dari teman baik celik-celik dapur... Ba'ah, thanks again dear...


bahan-bahan:
4 biji nenas tidak terlalu masak (dibersihkan)
3 helai daun pandan
800gm gula batu (boleh dikurangkan jika suka)
boleh ditambah sedikit jus lemon jika suka

cara-cara:
bersihkan nenas dan diparut bersama hempulurnya (bahagian tengah nenas boleh dikisar jika keras)
masak nenas hingga hampir kering.
masukkan gula batu dan kacau selalu.



***(utk tart gulung jem dimasak hingga pekat, utk tart yang diterap jem mestilah basah sedikit)

Tart Nenas

Assalammualaikum...
ingin celik-celik dapur berkongsi resepi bersama semua yang sudi membaca blog masakan celik-celik dapur... resepi dari teman baik celik-celik dapur semasa masih bergelar pelajar... lama tu... Ba'ah, thanks dear for this marvelous recipe... :)))


bahan-bahan:
250gm butter
1 biji kuning telur

1/4 cawan gula caster
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu pekat
3 sudu besar ice water
400gm tepung gandum (tambah sedikit demi sedikit hingga dpt di terap dgn baik)



cara-cara:
pukul butter dgn gula hingga kembang.
masukkan kuning telur, susu pekat, esen vanila dan ice water dan pukul lagi hingga sebati.
masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh.

***(sukatan tepung diatas utk tart gulung. Untuk tart yg diterap kena lebihkan tepung)


 

Tapai Pulut

Assalammualaikum...
minggu lepas celik-celik dapur sempat mengambil petua-petua bagaimana nak menghasilkan tapai pulut yang manis dari bonda Kak Kantan, yang dtg bercuti disini... hari isnin yang lepas celik-celik dapur telah memulakan operasi my 1st time ber'tapai'... ada juga cerita kelakar terjadi... tapi dipendekkan cerita, Alhamdulillah tapai 1st attempt celik-celik dapur menjadi... sambil menaip blog sambil menikmati tapai pulut bersama vanilla ice cream... HEAVEN!!!


bahan-bahan:
1kg beras pulut dicuci bersih dan ditos
7biji ragi sebesar duit 10sen dihancurkan

cara-cara:
kukus atau masak pulut hingga pulut betul-betul kembang atau masak tak berbiji.
ratakan pulut diatas dulang dan sejukkan.
taburkan ragi diatas pulut, kemudian balik-balikkan pulut supaya ragi sekata.
masukkan pulut dlm air tight container, kemudian dibalut dgn kain dan disimpan ditempat yang tidak kena cahaya.
insyaallah 2 hari tapai akan menjadi.
tapai yang masak bolehlah disimpan dlm fridge.


 

Seri Kaya Pandan CCD

Assalammualaikum...
semalam tekak celik-celik dapur bagai digaru-garu nak makan seri kaya... bila tengok jam dah pukul 5.45pm... setengah jam lagi dah nak maghrib... tapi mulut dah terasa seri kaya... terus celik-celik dapur masuk ke dapur siap apa-apa yang patut... by 6pm satu periuk adunan seri kaya pandan dah ada atas dapur... by 6.30pm seri kaya pandan pun siap... belum sempat sejuk celik-celik dapur dah sapu kaya ke sekeping roti... Ya Allah, nikmatnya tak terhingga... sampai terpejam-pejamlah mata celik-celik dapur menikmati kaya dgn roti... hehehe...


bahan-bahan:
12 helai daun pandan diblend dgn 1 1/2 cawan air, ditapis dan diambil jus
1 2/3 cawan gula
400ml santan pekat
5 biji telur
5 sudu besar tepung gandum


cara-cara:
masukkan semua bahan-bahan diatas kedalm bekas kacau hingga sebati atau diblend.
tapis adunan
masak dgn api yang kuat pada peringkat awal, bila adunan nampak agak pekat kecilkan api
kacau hingga adunan menjadi pekat.
setelah sejuk bolehlah diletakkan dlm bekas air tight dan disimpan dlm fridge.

***(adunan hendaklah sentiasa dikacau)
***(tempoh memasak 30minit)
 

Sunday, 21 April 2013

Banana Lolly

Assalammualaikum...
treats for my little heros...


bahan-bahan:
6 biji pisang montel 
12 btg bamboo skewers
375gm cooking milk chocolate
15gm butter
sedikit coloured Hundreds and Thousands atau chocolate rice utk hiasan



cara-cara:
pisang dibuang kulit dan dipotong separuh.
cucuk bamboo skewer ke dlm pisang.
masukkan pisang kedlm freezer selama 1 jam.
dlm mangkuk kaca patahkan cooking chocolate menjadi ketulan kecil dan masukkan butter.
masukkan kedlm microvawe, panaskan selama 20saat.
keluarkan dan kacau, ulang beberapa kali hingga cooking chocolate cair.
ambil satu persatu pisang tadi, jgn dikeluarkan semua serentak.
celupkan pisang kedlm chocolate dan taburkan hiasan diatasnya.
simpan banana lolly tadi didlm fridge.