Monday, 11 August 2014

CCD Lemon Chicken

Assalammualaikum...
Alhamdulillah semalam selesai sudah celik-celik dapur berpuasa 6... hari ini celik-celik dapur sambung puasa lagi... puasa ganti pula... insyaallah kalau tanpa henti hari rabu next week selesailah puasa ganti... untuk iftar hari ini seperti biasa sahaja menu simple... lemon chicken...

bahan-bahan:
1/2 ekor ayam dipotong kecil dibersih dan ditoskan
2 sudu besar tepung jagung
1 biji putih telur
1 sudu kecil ground white pepper
1 sudu kecil garam
minyak secukupnya untuk menggoreng

cara-cara:
pukul telur bersama sedikit garam.
masukkan ayam dan gaul rata.
dalam bekas lain campurkan tepung jagung, ground white pepper dan lebihan garam.
gaul sebati.
masukkan ayam kedalam campuran tepung dan gaul rata.
panaskan kuali masukkan minyak.
goreng ayam hingga kekuningan.
tos dan ketepikan.


bahan-bahan lemon sauce:
1/2 biji lemon diambil kulit dan jus
2 sudu besar honey
2 sudu besar gula
1 cawan air
3 ulas bawang putih diracik halus
sedikit halia diracik halus
sedikit tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1 sudu besar minyak untuk menumis
1 tangkai daun bawang dihiris sebagai hiasan

cara-cara:
kulit lemon dihiris nipis.
panaskan sauce pan masukkan minyak.
tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan.
masukkan lemon jus dan air.
masukkan kulit lemon, honey dan gula.
kacau seketika.
masukkan bancuhan tepung jagung.
biarkan mendidih.
kecilkan api masak hingga lemon sauce menjadi pekat.
ketepikan biarkan suam, barulah dituang keatas ayam.
taburkan dengan hirisan daun bawang sebagai hiasan.


*** (boleh guna chicken breast kalau suka)

 

No comments:

Post a Comment