Tuesday, 26 August 2014

Sweet & Sour Prawns

Assalammualaikum...
agak lama jugakan celik-celik dapur tak masukkan resepi atau bercerita dalam My Little Kitchen... sibuk sikit tak banyak pun... hehehe... sibuk melayan Korea... tapi routine harian berjalan seperti biasa... dan Alhamdulillah hari ni dah hari ke-10 celik-celik dapur ganti puasa... tinggal 2 hari saja lagi...

iftar untuk hari ini seperti biasa simple je... celik-celik dapur bagi resepi ye untuk sesiapa yang nak mencuba atau pun idea untuk hidangan keluarga...


bahan-bahan:
20 ekor udang medium size dibuang kulit dan dibelah belakang
3 sudu besar tepung jagung
1 biji putih telur litely bitten with salt
1 biji bawang holland dipotong bite size
1 tin kecil nenas dipotong bite size

2 biji tomato masak ranum dibuang biji dipotong dadu
2 ulas bawang putih diracik halus
sedikit sos tomato dan sos tiram

sedikit garam dan gula


cara-cara:
panaskan kuali dan masukkan minyak.
masukkan udang ke dalam putih telur dan gaul.
masukkan udang tadi kedalam tepung jagung dan gaul rata.
goreng udang jgn terlalu garing.
angkat dan tos.
kurangkan minyak gorengan udang tadi.
tumis bawang putih hingga kekuningan.
masukkan buah tomato.
masak hingga buah tomato layu.
masukkan sos tomato, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
bila kuah agak pekat masukkan nenas dan bawang.
akhir sekali masukkan udang gaul seketika.

 

No comments:

Post a Comment