Tuesday, 19 August 2014

Nasi Goreng Caca Merba CCD

Assalammualaikum...
iftar untuk celik-celik dapur sabtu lepas... puasa sorang diri lagi senang... apa-apa yang ada je lah ye...


bahan-bahan:
4 cawan nasi yang telah disejukkan
2 biji telur
2 pokok sawi dipotong kecil
1/2 batang carrot dipotong dadu
1/2 biji bell pepper dipotong dadu any colour
sedikit sayur kobis dipotong kecil
3 ulas bawang putih diracik halus
1/2 biji bawang besar diracik halus
sedikit chicken breast dipotong dadu
sedikit daging dipotong nipis dan kecil
sedikit udang medium size
1 kiub ayam
2 sudu besar oyster sauce
1 sudu besar ground white pepper
sedikit garam atau kicap cair jika perlu
minyak secukupnya untuk menggoreng

cara-cara:
panaskan kuali masukkan minyak.
tumis bawang hingga kekuningan.
masukkan daging dan ayam.
goreng seketika hingga bertukar warna.
masukkan udang kacau tapi jangan terlalu masak.
pecahkan telur dan kacau hancur.
bila telur masak masukkan sayur sayuran.
masukkan kiub ayam dan oyster sauce.
gaul sebati.
masukkan nasi dan ground white pepper.
kacau hingga nasi tadi berasap.
sedia dihidangkan.
taburkan sedikit cili padi jeruk penambah umpphh!!!


***(jika sudah cukup masin garam dan kicap cair tak perlu dimasukkan)

 

No comments:

Post a Comment