Thursday, 18 April 2013

Pulut Mangga

Assalammualaikum...
arwah bonda sememangnya penggemar pulut... you just name it, pulut mangga, pulut durian sudah pasti, pulut cempedak, pulut pisang, pulut ikan kering dan berbagai-bagai pulut lagi... anak-anak arwah bonda pun jadi penggemar pulut... cucu nya pun ikut juga... 

pulut mangga terkenal sebagai dessert paling popular di utara Semenanjung... tambah-tambah yang berdekatan dengan Thailand (Perlis & Kedah)... Perlis merupakan pengeluar mangga terbaik Malaysia... tapi celik-celik dapur lebih suka makan mangga or mempelam (org utara panggil) dari Thailand kalau nak dimakan dgn pulut... mangga bukan dibuat pengat or bubur or serawa.... pada yang pernah makan mesti tahu bagaimana rupa dan rasanya...


resepi celik-celik dapur paling mudah dibuat, tak banyak kerenah... 



bahan-bahan:
2 cawan pulut
2 cawan santan
sedikit garam
1 helai daun pandan
3-4 biji mangga Thailand yang masak manis tetapi tak terlalu ranum



cara-cara:

cuci bersih pulut dan tos
campurkan santan dan garam
kukus pulut bersama santan
masukkan sehelai daun pandan semasa mengukus utk mendapat aroma
setelah pulut masak bolehlah dihidangkan dgn mangga yang telah dikopek dan dipotong.

***(ada yang suka masak pulut berasingan dgn santan)

No comments:

Post a Comment