Tuesday, 22 April 2014

Kuih Bom AKA Ondeh-Ondeh

Assalammualaikum...
Kuih Bom, kalau orang utara panggil Ondeh-Ondeh... bukan Buah Melaka ya... :))) pernah celik-celik dapur mencuba tapi sekali sahaja... gara-gara kena bom dgn kuih bom... hehehe... terus tak buat lagi... tersalah adunan sampai kuih bom meletup terpelanting keluar dari kuali... serikkkkkk...

tapi Alhamdulillah pagi tadi celik-celik dapur sempat berguru dgn Mak Intan dan mendapat petua yang betul utk membuat kuih bom yang lembut dan yang pastinya tak akan kena bom lagi... :))))

inilah hasilnya... comel kan????

 
bahan-bahan:
1 cawan tepung beras pulut
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu besar tepung beras
1/2 cawan air gula merah
1 helai daun pandan
80gm gula merah (dimasak dgn 1 cawan air bersama daun pandan)
bijan
minyak utk menggoreng (deep fry)

cara-cara:
satukan semua tepung diatas dan gaul sebati.
masukkan air gula merah sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat dijari atau dinding  mangkuk.
bulat dan leperkan.
letak inti kacang hijau atau kelapa manis (ikut selera masing-masing)
tutup kemas dan golek doh tadi kedalam bijan.
panaskan minyak dgn api yang sederhana.
masukkan kuih bom batch by batch.
tunggu hingga kuih bom timbul.
balik-balikkan.
angkat dan tos.


bahan-bahan inti:
1 biji kelapa parut (diambil putih sahaja)
250gm gula merah (boleh dilebihkan atau dikurangkan)
1 helai daun pandan
2 cawan air

cara-cara:
didihkan air dan masukkan gula merah dan daun pandan.
kacau hingga gula hancur.
masukkan kelapa parut gaul rata.
masak hingga kering air.
sejuk dan bulat-bulatkan sebesar ibu jari.

No comments:

Post a Comment