Wednesday, 5 June 2013

Fish Ball

Assalammualaikum...
dlm kesibukan semalam sempat celik-celik dapur mencuba resepi fish ball yang dah lama terperuk dlm fail resepi celik-celik dapur... kalau ikutkan resepi menggunakan king fish fillet, tapi celik-celik dapur guna white fish fillet, isi nya lebih lembut... silapnya celik-celik dapur tak ikut betul-betul resepi, gara-gara nak extra sedaplahkan... maka terkeraslah sedikit... apa-apa pun nak makan sendiri kan!!! ini lah hasilnya...


bahan-bahan:
400gm isi ikan tenggiri 
1/2 btg carrot dipotong dadu kecil
2 tangkai daun bawang dihiris nipis
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil ground white pepper
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil tepung ubi
60ml air sejuk atau secukupnya
1/4 sudu kecil bicarbonate of soda


cara-cara:
masukkan isi ikan, white pepper dan garam kedlm food processor dan mesin hingga lumat.
masukkan tepung jagung, tepung ubi dan air sejuk.
mesin lagi hingga sebati.
masukkan carrot dan daun bawang, mesin hingga kenyal.
bulat-bulatkan adunan tadi.
didihkan air dan rebus fish ball hingga timbul, bolehlah di angkat.

 

Gulai Asam Pedas Black Seabream

Assalammualaikum...
2 hari lepas celik-celik dapur dapat fresh seabream dan murah pulak tu... isinya yang lembut sesuai sangat kalau dibuat sup, kari, asam pedas atau pun digoreng... bak kata semua-semua bolehlah... tapi celik-celik dapur buat bahagian kepala je... badannya digoreng... :)))


bahan-bahan:
1 kepala seabream
1 kuntum bunga kantan dibelah 2
daun kesum secukupnya
1 btg serai diketuk
3-4 sudu besar chili paste yg telah di blend bersama bawang
1 biji buah tomato dipotong 4
1 biji timun saiz kecil dipotong memanjang
air asam jawa secukupnya
sedikit kunyit hidup di blend bersama cili atau serbuk kunyit
garam dan gula
minyak utk menumis


cara-cara:
panaskan kuali dan masukkan minyak.
tumis cili hingga betul-betul masak.
masukkan air asam jawa.
biarkan mendidih.
masukkan kepala ikan, serai, daun kesum dan bunga kantan.
biarkan seketika.
masukkan garam dan gula secukupnya.
masukkan buah tomato dan timun.

 

Tuesday, 4 June 2013

Quality Time with My Precious Azri

Assalammualaikum...
last weekend celik-celik dapur berkesempatan melayan kerenah MPH Azri yang dah berhari-hari nak dine out with mama alone... we have a good time indeed... we having miso ramen with beef, bbq beef bento and crunchy california rolls... drinks iced green tea, hot green tea and fanta orange... the food is so yummy and the price not bad at all... recommended to everyone in Bahrain... :)))

 

 
 

Wednesday, 29 May 2013

Daging Bakar & Air Asam

Assalammualaikum...
semua dah tahu kan resepi ni... so tak payah lah celik-celik dapur masukkan resepi ye... menu hari-hari bosan memasak... ini lah hasilnya... enjoy!!!


 

Monday, 27 May 2013

London Hazel/Almond

Assalammualaikum...
tak lama lagi kan dah nak puasa... kuih yang menjadi kemestian bila menjelang Syawal... masih segar diingatan last year celik-celik dapur sekeluarga beraya di Perth WA... tahun ni insyaallah akan beraya semula di bumi Bahrain...


bahan-bahan A:
125gm butter
70gm gula castor
1 biji kuning telur
140gm tepung gandum
80gm tepung jagung
20gm tepung custard
bahan-bahan B:
250gm cooking chocolate
60gm butter

bahan-bahan C:
250gm hazel/almond dipanggang
125gm hazel/almond cincang


cara-cara:pukul butter & gula hingga kembang.
masukkan kuning telur.
masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung castard.
gaulkan hingga menjadi doh.
bulatkan adunan tadi dan masukkan hazel/almond.
bakar hingga kekuningan.
biarkan hingga sejuk.
masak bahan B diatas api kecil beralaskan air.
bila cooking chocolate tadi sebati bolehlah dituangkan keatas biskut yg telah dimasukkan kedlm magkuk kertas.
hiaskan dgn badam cincang


 

Lamb Yogurt

Assalammualaikum...
agak lama juga celik-celik dapur tak bersiaran diruangan My Little Kitchen, celik-celik dapur... rindu rasanya... little kitchen setiap hari berasap tapi tak berkesempatan shj... hari ini celik-celik dapur ingin berkongsi resepi simple yg celik-celik dapur reka sendiri semasa masih lagi bergelar student... selalunya kalau pulang dari class, perut dah lapar... jadi belasah aje apa yang ada dlm fridge, ada 1 lauk dan 1 sayur, cukuplah tu... janji perut kenyang... :)))


bahan-bahan:
500gm kambing beserta tulang
150gm plain yogurt
3 biji bawang besar dihiris nipis
10 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji lemon diambil jus
2 biji tomato dipotong dadu
2 biji cili merah dihiris nipis
2 tangkai daun bawang dihiris
2 inci halia dihiris nipis
2 btg serai dihiris nipis
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
minyak secukupnya
air
 

cara-cara:
cuci bersih kambing dan tos.
gaul kambing bersama sedikit garam, serbuk kunyit dan yogurt.
panaskan kuali dan masukkan minyak.
tumis bawang, halia dan serai hingga kekuningan.
masukkan kambing dan jus lemon dan gaul rata.
masukkan bahan-bahan lain.
masak hingga kering atau daging empuk.
jika perlu utk melembutkan daging boleh tambah air.

***(boleh juga guna cili padi jika suka lebih pedas)

 

Wednesday, 22 May 2013

Laksam

Assalammualaikum...
ini pula lanjutan kepada post kuih laksam... dah siap buat kuih laksam kenalah buat kuahnya kan... ini resepinya...


bahan-bahan utk kuah:
1kg ikan kembung dicuci bersih direbus diambil isi, dikisar dan disimpan air rebusan
4 cawan santan

2 biji bawang besar dikisar
2 inci halia dikisar
3-4 keping asam gelugor
1 sudu besar lada hitam dikisar halus
garam dan gula secukup rasa



cara-cara:
masak isi ikan bersama bawang, halia, santan dan asam gelugor hingga mendidih.
masukkan lada hitam, garam dan gula.
jika terlalu pekat boleh tambahkan dgn air rebusan ikan.


bahan-bahan sampingan:
cili merah dikisar
timun dihiris nipis dan memanjang
kacang panjang dihiris kecil
tauge
daun kesom
limau nipis/limau kasturi