Tuesday, 22 April 2014

Vegetable Pie

Assalammualaikum...
semalam tekak celik-celik dapur terasa nak makan pie... nak thaw the chicken terasa lambatlah sangat... tekak bagai digaru-garu nak makan pie... dalam freezer ada frozen peas and carrots... can mushroom pun ada... cantik sangatlah tu... buat vege pie je lah...

bahan-bahan:
450gm frozen peas & carrots
2 tin button mushroom dihirs
2 biji bawang besar dipotong dadu
sedikit ground black pepper
sedikit ground white pepper
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

cara-cara:
panaskan kuali masukkan minyak.
tumis bawang hingga kekuningan.
masukkan peas, carrots and mushroom.
kacau rata.
masukkan black pepper, white pepper, garam serta gula.
masak hingga agak kering.
masukkan white sauce dan kacau rata.


bahan white sauce:
70gm butter
2 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan susu UHT


cara-cara:
cairkan butter.
masukkan susu dan tepung gandum.
kacau jangan berketul.
jika terlalu pekat tambahkan UHT milk lagi.


first version utk petang semalam:
 



2nd version utk pagi tadi:


bahan-bahan utk pastry:
2 1/2 cawan all purpose flour
230gm unsalted butter (boleh kurangkan)
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
8 sudu besar ice water

cara-cara:
masukkan tepung, gula dan garam ke dlm food processor.
pulse to mix.
masukkan butter, pulse 8times.
masukkan ice water sedikit demi sedikit.
pulse until mixture just begins to clump together.
kepalkan sedikit doh tadi.
if the crumbly dough holds together, it's ready.
kalau tak tambahkan sedikit lagi air.
balut doh dgn cling wrap dan simpan didlm fridge selama 1 jam.


***(jika terlebih ice water pastry akan jadi keras)
***(resepi pastry diatas agak buttery utk tekak celik-celik dapur)

 

Kuih Bom AKA Ondeh-Ondeh

Assalammualaikum...
Kuih Bom, kalau orang utara panggil Ondeh-Ondeh... bukan Buah Melaka ya... :))) pernah celik-celik dapur mencuba tapi sekali sahaja... gara-gara kena bom dgn kuih bom... hehehe... terus tak buat lagi... tersalah adunan sampai kuih bom meletup terpelanting keluar dari kuali... serikkkkkk...

tapi Alhamdulillah pagi tadi celik-celik dapur sempat berguru dgn Mak Intan dan mendapat petua yang betul utk membuat kuih bom yang lembut dan yang pastinya tak akan kena bom lagi... :))))

inilah hasilnya... comel kan????

 
bahan-bahan:
1 cawan tepung beras pulut
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu besar tepung beras
1/2 cawan air gula merah
1 helai daun pandan
80gm gula merah (dimasak dgn 1 cawan air bersama daun pandan)
bijan
minyak utk menggoreng (deep fry)

cara-cara:
satukan semua tepung diatas dan gaul sebati.
masukkan air gula merah sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat dijari atau dinding  mangkuk.
bulat dan leperkan.
letak inti kacang hijau atau kelapa manis (ikut selera masing-masing)
tutup kemas dan golek doh tadi kedalam bijan.
panaskan minyak dgn api yang sederhana.
masukkan kuih bom batch by batch.
tunggu hingga kuih bom timbul.
balik-balikkan.
angkat dan tos.


bahan-bahan inti:
1 biji kelapa parut (diambil putih sahaja)
250gm gula merah (boleh dilebihkan atau dikurangkan)
1 helai daun pandan
2 cawan air

cara-cara:
didihkan air dan masukkan gula merah dan daun pandan.
kacau hingga gula hancur.
masukkan kelapa parut gaul rata.
masak hingga kering air.
sejuk dan bulat-bulatkan sebesar ibu jari.

Sepagi Bersama Mak Intan...

Assalammualaikum...
pagi ni celik-celik dapur berkesempatan ber morning coffee bersama Mak Intan, Kak Aniz dan Kak Ina... makan, sembang dan minum kopi... oooopppppsss silap, pagi ni tak minum kopi tapi teh tarik, hehehe... sudah semestinya... tapi yang paling best dapat menimba ilmu dari Mak Intan... Alhamdulillah...

terima kasih yang tak terhingga pada Mak Intan kerana sudi melayan kerenah celik-celik dapur... ilmu yang diberi, insyaallah akan celik-celik dapur gunakan dgn sebaik mungkin... semoga menjadi pahala jariah pada Mak Intan... amin...





 

Saturday, 12 April 2014

Roti Naik

Assalammualaikum...
agak lama juga celik-celik dapur tak bersiaran diruangan My Little Kitchen celik-celik dapur... hari ni berpeluang, walaupun dlm kesibukan melayan kerenah MPH di hujung minggu sempat celik-celik dapur mencuba buat kali kedua resepi roti naik...

teringat zaman celik-celik dapur kecil dahulu... tak pernah tahu pulak nama roti ni roti naik... apa yang celik-celik dapur tahu roti je... :))) celik-celik dapur akan cakap pada arwah bonda "Mak, acik nak makan roti pagi esok yang mak buat bukan yang beli... acik nak bawa pi sekolah jugak"... entah bila masanya arwah bonda menguli... zaman dulu bukannya ada bread maker... yang tahunya bila bangun pagi, dah siap terhidang satu loyang roti yang masih panas... sedap sangat... masih terasa ditekak celik-celik dapur kelembutan dan kekenyalan roti yang arwah bonda buat... yang pastinya celik-celik dapur akan korek bahagian tengah sahaja... bahagian atas dan bawah arwah bonda atau abah yang habiskan... :))) sekarang tiba giliran celik-celik dapur pula yang makan bahagian atas dan bawah... sebabnya anak montel celik-celik dapur Azri pun suka korek bahagian tengah sahaja... dimana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan??? like mother like son... :)))

banyak jugaklah blog yang celik-celik dapur browse utk cari resepi roti naik... terima kasih pada blog Mat Gebu...

1st attempt on April 2nd 2014... inilah hasilnya... mmg gebu... cuma texture tak sama macam roti arwah bonda...



bahan-bahan:
400gm tepung roti
100gm tepung gandum
250ml air
50gm susu tepung
3/4 sudu kecil bread improver (celik-celik dapur guna 1 biji telur)
180gm caster sugar
100gm butter
1 sudu kecil esen vanilla
11gm yeast

cara-cara:
satukan semua bahan-bahan diatas kecuali butter.
uli hingga menjadi doh.
masukkan butter sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal.
biarkan hingga doh naik.
tumbuk doh utk keluarkan udara.
bahagikan doh kepada 16 bahagian.
bulat-bulatkan.
susun doh dalam Loyang yang telah disapu dengan butter.
tutup doh biarkan ia naik sekali lagi.
bakar dlm oven dgn suhu 190'C selama 15-20minit.
sapukan butter pada permukaan roti sebaik dikeluarkan dari oven.
biarkan sejuk.


my 2nd attempt on April 12th, 2014... inilah hasilnya... Alhamdulillah lembut dan kenyal nya sama seperti roti arwah bonda... sayu rasa hati, teringatkan arwah bonda... Al Fatihah buat bonda tersayang... ada sedikit penambahan dan pengurangan yang celik-celik dapur buat...



bahan-bahan:
600gm tepung gandum
1 biji telur
2 sudu kecil yeast (dibancuh dgn 100ml air suam yg dicampur dgn 1 sudu kecil gula)
200gm gula
60gm butter
40gm Crisco (butter taste)
25gm susu tepung
50ml susu pekat manis (dibancuh dgn 150ml air)

cara-cara:
tutup bancuhan yeast hingga ia berbuih.
satukan tepung, gula dan susu tepung.
gaul sebati.
masukkan bancuhan susu, telur dan yeast.
gaul rata, doh mmg akan melekat dijari kecuali ada bread maker.
masukkan butter dan Crisco dan uli lagi.
(celik-celik dapur tak uli lama pun sbb doh mmg melekat)
tutup doh dan biar doh kembang 2 kali ganda.
tumbuk doh utk keluarkan udara.
bahagikan doh mengikut citarasa masing-masing dan bulat-bulatkan.
susun dlm loyang yang siap disapu dgn butter.
tutup dan biarkan doh naik sekali lagi.
sapukan permukaan atas doh dgn kuning telur yang dicampur dgn sedikit UHT milk.
bakar dlm oven dgn suhu 190'C selama 20-30minit.
sapu sedikit butter diatas permukaan roti sebaik keluar dari oven.
sejukkan.

***(1st attempt resepi dari Mat Gebu)
***(2nd attempt resepi yang telah diubah suai)
 

Friday, 28 March 2014

Mee Bandung campak-campak

Assalammualaikum...
vitamin R melanda dihujung minggu ni... jarang berlaku... hehehe... selalunya dihujung minggu celik-celik dapur akan relax sebolehnya dari breakfast hinggalah ke dinner makan diluar atau pun order for delivery je... tapi pagi jumaat ni ada sedikit rajin... tadi seawal subuh dah mengukus apam rainbow... sebaik shj sampai dirumah dari breakfast dgn MPH, celik-celik dapur terus ke dapur lagi... masak utk hidangan tengahari pula... tak ada mee kuning spaghetti pun jadik lah kan... :)))

bahan-bahan:
400gm spaghetti (direbus hingga betul-betul kembang dan disapu dgn sedikit minyak)
300gm daging dihiris nipis
1 1/2ltr air air rebusan udang
2-3 sudu besar chili paste (yang telah dikisar dgn bawang)
200gm udang kering dikisar
100gm udang basah direbus bersama kulit dan dikisar
2 sudu besar kacang tanah yang dikisar halus
1 1/2 cawan sos tomato
2 biji buah tomato masak ranum dipotong dadu
7 biji telur
200gm sayur sawi dipotong
garam dan gula
minyak utk menumis
sedikit daun bawang dihiris
sedikit bawang goreng



cara-cara:
panaskan periuk dan masukkan minyak.
tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau.
masukan buah tomato dan daging.
masak hingga daging empuk.
masukkan air rebusan dan sos tomato biar hingga mendidih.
masukkan garam dan gula secukup rasa.
pecahkan 2 biji telur dan kacau hancur.
pecahkan lagi 5 biji telur biarkan masak.
masukkan sawi.

***(chili paste boleh lebihkan jika suka pedas).
***(boleh kurangkan sos tomato kalau tak suka masam)
 

Apam Rainbow

Assalammualaikum...
setelah selesai solat subuh celik-celik dapur terus ke dapur walaupun pagi ni dah janji dgn MPH utk breakfast di luar... tekak terasa nak makan apam rainbow... ada cerita disebalik nama... anak-anak celik-celik dapur suka makan kuih yabg berwarna warni... semasa dia org masih toddlers selalu juga celik-celik dapur bawa ke pasar tani or pasar pagi... yang pasti akan dibeli ialah apam cute yg berwarna warni... disebabkan tak pandai nak sebut warna warni, anak-anak celik-celik dapur sebut apam rainbow... sampai sekarang pun masih panggil apam rainbow... :)))


bahan-bahan:
3biji telur
1 1/2 cawan gula castor
1 cawan susu UHT disuamkan
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yeast
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovellete
pewarna mengikut selera masing-masing

cara-cara:
pukul telur, gula dan ovellete hingga kembang.
masukkan esen vanilla.
satukan tepung dan yeast.
masukkan susu dan tepung berselang seli hingga habis.
bahagikan adunan dan letakkan pewarna.
kukus adunan dlm petit cup cake dgn api kuat selama 7-10minit.

***(sedap dimakan bersama kelapa parut yang digaul dgn sedikit garam)
 

Monday, 24 March 2014

Ayam Buah Pala (Nutmeg)

Assalammualaikum...
nak masak nasi ayam dah teramatlah bosannya... ayam goreng, ayam berlada, kari ayam, sup ayam dah selalu sangat...  teringat akan resepi bonda mertua celik-celik dapur, ayam masak buah pala atau nutmeg... sedap juga kan kalau kena dengan kacang buncis goreng bersama nasi panas... :)))


bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 8
5 biji bawang besar dihiris
2 biji tomato ranum (large size) dipotong dadu
1 sudu kecil crush black pepper
secubit serbuk buah pala
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
minyak utk menggoreng

cara-cara:
gaulkan ayam dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.
panaskan kuali dan masukkan minyak.
goreng ayam separuh masak.
angkat dan tos kan.
keluarkan sebahagian minyak tadi.
menggunakan minyak yang sama goreng bawang hingga golden brown.
masukkan buah tomato masak hingga tomato agak hancur.
masukkan serbuk buah pala dan lada hitam.
kacau sebati.
masukkan ayam goreng seketika.
masukkan garam dan gula secukup rasa.

*** (jika suka pedas, bolehlah ditambah dgn hirisan cili)