Saturday, 1 March 2014

Custard Puff

Assalammualaikum...
celik-celik dapur nak berkongsi resepi custard puff yang lembut... melt in your mouth gitu... ada lah beberapa kali celik-celik dapur try... dan Alhamdulillah memang menjadi... sudi-sudikanlah mencuba...


bahan-bahan:
50gm salted butter
125ml air
75gm tepung gandum
1 biji telur + 2 kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanilla

cara-cara:
satukan air dan butter.
dengan menggunakan api yg sederhana panaskan butter hingga cair.
masukkan tepung kacau hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat diperiuk.
alihkan adunan ke dlm mixer dan biarkan seketika.
apabila adunan suam, putarkan pada kelajuan yang sederhana dan masukkan telur, kuning telur dan esen vanilla.
putar hingga sebati.
masukkan adunan ke dlm piping beg dan pipe diatas baking tray mengikut selera masing-masing.
bakar pada suhu 200'C selama 25minit.
sejukkan dan bolehlah diisi dgn custard cream.



bahan-bahan Custard Cream:
1 kuning telur
150ml whipping cream
1 1/4 sudu besar tepung custard
25gm gula caster
1 sudu besar greated cheddar cheese (jika suka)
1/2 sudu kecil esen vanilla

cara-cara:
satukan semua bahan-bahan kecuali cheese.
kacau hingga sebati.
masak adunan tadi dgn api yang sederhana.
masukkan cheese.
kacau hingga adunan menjadi sedikit pekat.

 

Friday, 21 February 2014

Roti John CCD

Assalammualaikum...
celik-celik dapur tak pernah buat 'Roti John'... kalau di KL tahunya beli di pasar malam... 1st attempt inilah hasilnya...


bahan-bahan:
1 loaf of baguette
100gm udang segar
sedikit parsley
3 biji telur
1 biji tomato dihiris
1 biji timun dihiris
sedikit chili mayo
sedikit tomato sauce atau chili sauce
sedikit garam dan black pepper


cara-cara:
bersihkan udang dibuang kulit.
kisar udang bersama parsley.
masukkan telur dan kacau rata.
masukkan garam dan black pepper secukup rasa.
baguette dibelah tengah.
panaskan frying pan dgn sedikit minyak.
tuangkan adunan udang tadi kedlm frying pan.
letakkan baguette diatas adunan tadi.
biarkan hingga adunan melekat ke baguette.
terbalikkan seketika.
setelah diangkat bolehlah diletakkan hirisan tomato dan timun.
tuangkan chili mayo, sos tomato dan sos cili mengikut selera masing-masing.
 

Chocolate Chips Cookies

Assalammualaikum...
hari ini celik-celik ingin berkongsi resepi kegemaran MPH's... jarang kali celik-celik buat... tapi sesekali buat memang berbaloi... hilang penat kata orang bila tengok anak-anak makan tanpa henti... heheheh...


bahan-bahan:
150gm butter
150gm vegetable shortening/Crisco
350gm light/dark brown sugar
400gm tepung gandum
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil bicarbonate of soda
1 cawan chocolate chips
1 cawan nuts (optional)


cara-cara:
pukul butter, vegetable shortening dan telur hingga kembang.
masukkan bahan-bahan lain dan gaul sebati.
perapkan adunan didalam fridge selama 1jam.
sudukan adunan mengikut selera masing-masing (besar/kecil)
bakar hingga keperangan.

 

Wednesday, 19 February 2014

Laksa Lemak Nyonya

Assalammualaikum...
JOM kita makan laksa hari ini... :)))

 
bahan-bahan kisar:
600gm bawang merah
2 inci kunyit hidup
30-40biji cili kering dibuang biji (boleh dikurangkan)
6 biji cili merah
6-8 biji buah keras
6 batang serai 
2 inci lengkuas
50-70gm udang kering
 
bahan-bahan lain:
1kg mee kuning dicelur
1kg udang besar dibersih dan dibiarkan kulit
10 cawan santan pekat
6 cawan santan cair
garam dan gula secukup rasa
minyak utk menumis
 
bahan-bahan hiasan:
sedikit tauge
timun dihiris jalur
sedikit daun pudina
telur rebus
 
 
cara-cara:
Panaskan periuk dan masukkan minyak.
Goreng bahan-bahan kisar hingga wangi atau pecah minyak.
Masukkan udang besar dan goring selama 3minit atau hingga udang masak.
Keluarkan udang dan ketepikan.
Masukkan santan dan didihkan.
Masukkan garam dan gula.
Masukkan semula udang tadi.
 
 
***(boleh juga ditambahkan fish ball atau fish cake jika suka kedalam kuah)
 

Umrah 2014

Assalammualaikum...
lama betul celik celik dapur tak bersiaran diruangan My Little Kitchen celik celik dapur... celik dapur dan keluarga baru shj pulang dari menunaikan umrah... Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar seperti yang dirancang... Alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya... Alhamdulillah kerana Allah memberi kesempatan yang tak ternilai to My Precious Amirul, for the 1st time in our family he got the opportunity to celebrate his 16th birthday at Haram, Makkah... syukur...

ada beberapa gambar yang nak celik celik dapur kongsi bersama...


 

Wednesday, 9 October 2013

Crispy Chicken Thighs with Warm Tomato Salsa

koleksi CCD Healthy Meal...


bahan-bahan:
2 keping boneless chicken thighs
1 biji telur
tepung jagung atau self raising secukupnya
minyak utk menggoreng
sedikit garam

cara-cara:
gaul ayam kedlm tepung yang telah digaul dgn sedikit garam.
celupkan ayam ke dlm telur.
gaul sekali lagi ayam kedlm tepung.
goreng ayam hingga nampak tepung kekuningan.
tos dan masukkan ayam kedlm oven dan bakar ayam hingga masak.

bahan-bahan tomato salsa:
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 biji  ripe tomatoes dibuang kulit, biji dan dipotong dadu
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji jalapeno atau cili yang pedas (jika suka)
sedikit daun ketumbar dihiris nipis
2 sudu besar lemon or lime juice
sedikit garam dan black pepper

cara-cara:
gaul semua bahan-bahan diatas dan masak seketika.
served warm
 

Grill Hammour with Button Mushroom & Salad

koleksi CCD Healthy Meal...



bahan-bahan:
1 keping hammour fillet
sedikit mix herbs
sedikit black pepper
sedikit garam
1 sudu besar lemon juice
button mushroom
cherry tomatoes
sedikit olive oli

cara-cara:
marinate hammour fillet dan button mushroom bersama mix herbs, black pepper, garam dan lemon juice dan olive oil.
grill hingga hammour masak.