Saturday, 13 April 2013

Onigiri

Assalammualaikum...
atas permintaan hero-hero celik-celik dapur, semlm celik-celik dapur and the hero's ke Daiso utk mendapatkan onigiri mould... puas jugalah pusing-pusing dlm daiso mencari... from one shelf to another... tapi malangnya mould yg dicari tiada... we decided to take anything that available on the shelf...

hari ini bersama hero-hero kesayangan celik-celik dapur telah berjaya menghasilkan onigiri mengikut selera masing-masing... 



bahan-bahan:
500gm beras sushi (cara-cara memasak boleh rujuk post Sushi: California rolls & Maki)
onigiri mould berbentuk 3segi (jika ada) free hand pun boleh

bahan-bahan filling mengikut cita rasa sendiri

tuna mayonnaise
crab mayonnaise
chili tuna
chicken chili mayonnaise
chicken prawn mayonnaise

cara-cara:

masukkan sedikit nasi sushi kedlm mould dan letakkan filling, kemudian tutup filling dgn nasi sushi.
mampatkan nasi dan keluarkan dari mould. 
onigiri dah pun siap.







Sushi Class

Assalammualaikum...
a few shots from my sushi class...



 

Friday, 12 April 2013

Sushi: California roll & Maki...

Assalammualaikum...
kali ini celik-celik dapur nak bawa semua terbang ke negara matahari terbit... Arigato, Moshi-Moshi... keluarga celik-celik dapur mmg penggemar sushi... tapi celik-celik dapur suka tempura dan teriyaki shj... utk memenuhi permintaan terutamanya permintaan anak-anak yg macam-macam kerenah... ada yg suka timun shj, ada yg suka crab stick lebih... jadi celik-celik dapur mencuri masa yg terluang menghadiri kelas bagaimana nak membuat sushi... alhamdulillah berjaya memperolehi teknik-teknik yg betul utk menghasilkan sushi yg kemas dan menarik...

sebelum celik-celik dapur berkongsi resepi, apa kata kita berkongsi sedikit ilmu yg celik-celik dapur dapat semasa menghadiri kelas tersebut. su bermakna gula dan shi bermakna cuka... semua org berfikir yg org-org Jepun yg meng invent sushi... tapi yg sebenarnya the Chinese are the one who invented sushi... but the Japanese who commercialised sushi... :)))



bahan-bahan nasi:
500gm beras sushi dicuci bersih dgn air sejuk dan ditos
500ml air
50ml sushi vinegar
25gm gula
7.5gm garam
stainless steel bowl

cara-cara:

masak nasi selama 15-20minit
alihkan nasi yg telah dimasak ke dlm magkuk stainless steel.
gaulkan nasi bersama vinegar, gula dan garam, ketepikan.
 
 
bahan-bahan lain:
bamboo mat
8 keping nori
sedikit mayonnaise
crab stick
2 btg timun jepun yg dibuang bahagian tengah dipotong memanjang
1 btg carrot dipotong memanjang
tobiko roe
dan bahan-bahan lain mengikut selera masing-masing

cara-cara:

balut bamboo mat dgn cling film.
pakai serving gloves dan sapukan dgn sedikit minyak masak.
ambil sekeping nori dan letakkan nasi dibahagian tengah  and spread evenly.
tinggalkan ruang atas dan bawah sebanyak 1inci.
sapukan mayonnaise dan letakkan crab stick, timun dll.
gulung kemas-kemas.

***(utk California roll, setelah letak nasi, tabur rata tobiko roe dan terbalikkan supaya nori berada dibahagian diatas)
***(utk 1 roll boleh menghasilkan 8-9pcs sushi)
 

Beef Saloona or Beef Stew

Assalammualaikum
pertama kali celik-celik dapur rasa beef saloona bila celik-celik dapur dan keluarga berkunjung ke kedai makan Turkey... hidangannya memang menyelerakan tapi tak berkuah... bila ditanya ada hidangan yang berunsurkan sup, waitress told us you may order chicken or laham saloona... celik-celik dapur pun cakap ok give us one chicken saloona... waitress tanya lagi, you want additional bread madam... celik-celik dapur dah kelaparan masa tu... terus je cakap 4... hahaha... bila makanan siap dihidang... mak datuk... besarnya roti, 2 org makan sekeping pun belum tentu habis... di middle east kalau kita order kuah dpt roti free... kalau di malaysia order roti dpt kuah free... pengalaman pertama masa mula-mula berada di negara padang pasir... not bad at all, and the chicken saloona taste so delicious... celik-celik dapur telah pun mencuba  beberapa kali dan buat sedikit penambahan dan pengurangan dari segi bahan-bahan bagi mengikut selera celik-celik dapur dan keluarga... sudi-sudikan lah mencuba...


bahan-bahan utk merebus tulang:
1kg daging bersama tulang dibersihkan
5 ulas bawang putih diketuk
2 btg celery dipotong kasar
1 biji bawang holland dipotong kasar

cara-cara:

masukkan semua bahan-bahan diatas kedlm periuk, rebus hingga daging empuk.
keluarkan daging dan tulang, ketepikan.
tapis air rebusan dan simpan.



bahan-bahan tumis:

olive oil secukupnya utk menumis (boleh gunakan minyak lain jika tidak suka baunya)
2 biji bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih dipotong dadu
1 inci halia dimayang
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis

bahan-bahan lain:
8 biji tomato masak ranum dicincang
300ml tomato paste atau tomato soup
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 loomi aswad (dried black lemon, jika suka)
3 biji kentang dipotong kecil
2 btg carrot dipotong kecil
3 biji zucchini dipotong kecil
garam dan gula

cara-cara:

tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau.
masukkan rempah kari dan serbuk lada hitam yg dibancuh dgn sedikit air rebusan.
setelah rempah masak masukkan buah tomato, kacau sebati.
masukkan air rebusan, biar hingga mendidih.
masukkan tomato paste loomi aswad dan sayuran, masak seketika.
apabila sayur agak lembut masukkan daging yg direbus tadi.
masukkan garam dan gula secukup rasa.

***(sedap dinikmati bersama nasi dan juga roti)
***(boleh kurang atau tambahkan tomato paste mengikut selera)

Thursday, 11 April 2013

Mushroom & Tomato Bruschetta

Assalammualaikum...
celik-celik dapur ingin berkogsi resepi yg simple, cepat, mudah disediakan dan berkhasiat... boleh dijadikan lite snack dan hidangan canape party... dan juga resepi kepada yg sedang atau dlm proses menurunkan berat badan... 


bahan-bahan:
1 loft baguette dipotong 1inci tebal 
600gm fresh button mushroom dihiris nipis
3 biji tomato dipotong dadu dan dibuang biji
2 ulas bawang putih dipotong dadu
sedikit black pepper crush
sedikit garam
sedikit sweet basil
2 sudu besar olive oil utk menumis



cara-cara:

panaskan kuali dan masukkan olive oil.
goreng bawang putih agak kekuningan.
masukkan button mushroom dan taburkan sedikit garam.
kacau rata.
mushroom akan bertukar warna dan mengeluarkan air.
masukkan black pepper dan garam lagi jika perlu.
kacau hingga kering.
masukkan tomato kacau seketika dan padamkan api.
hiaskan dgn sweet basil.

***(lebih sedap jika baguette yg telah dipotong disapukan dgn garlic olive oil then toast)


Wednesday, 10 April 2013

Sotong Masak Asam

Assalammualaikum...
resepi simple dari arwah bonda yang menjadi kegemaran keluarga celik-celik dapur sejak dari dulu lagi... bila rindu bertandang... resepi arwah bonda menjadi hidangan... 


bahan-bahan:
250gm sotong dibersihkan dan dipotong bulat
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar paste asam jawa dibancuh dgn sedikit air
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak

bahan-bahan hiasan:
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji cili merah dihiris
1 tangkai daun bawang dipotong memanjang

cara-cara:
gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan masukkan kedlm kuali tanpa minyak.
air sotong akan keluar jika terlalu banyak boleh buang separuh.
bila air agak kering masukkan air asam jawa dan kacau.
biar seketika.
masukkan garam dan gula.
bila air asam hampir kering masukkan minyak masak dan gaul rata.
masukkan bahan hiasan kacau seketika.
tidak perlu lama supaya bahan hiasan tidak layu.


Sotong Goreng Tepung

Assalammualaikum...
disini ingin celik-celik dapur berkongsi resepi yang menjadi kegemaran keluarga celik-celik dapur... resepi yg sedap dan sangat mudah utk dibuat dan insyaallah tak akan meletup... :)))


bahan-bahan:
250gm sotong segar dibersih, dipotong bulat dan ditos
2 biji putih telur dipukul bersama sedikit garam
tepung jagung secukupnya
minyak utk menggoreng



cara-cara:

panaskan kuali dan masukkan minyak.
sotong yg telah siap dicelup kedalam putih telur.
kemudian digaulkan dgn tepung jagung.
satu persatu masukkan kedlm minyak panas.
goreng hingga nampak kekuningan pada tepung.

***(sedap dimakan panas-panas bersama sos cili thai)