Assalammualaikum...
semalam setelah puas bersantai sendirian dirumah tanpa anak-anak, hari ni seperti biasa menyambung tugasan harian as home ministry... pagi tadi tak lah selepas subuh, tapi pagi lah ye... around 7.30am celik-celik dapur nak sediakan breakfast... nak buat apa ye???
lebihan daun pisang utk tepung bungkus last week masih ada dan masih hijau... dah lama teringin tapi tak terbuat... risau tak menjadi... maklumlah celik-celik dapur bukannya pandai sangat buat kuih-kuih melayu... tapi disebabkan terpaksa kenalah belajar... kalau malas tak makan lah jawabnya... dan yang penting sekali mesti kena dengan selera tekak celik-celik dapur...
Alhamdulillah 1st attempt menjadi... dan food tester pun cakap ok... siapa lagi kalau bukan adik June ditingkat atas... :)))
bahan-bahan:
250gm tepung beras pulut
80gm tepung beras pulut hitam
sedikit air
400ml santan
sedikit garam
sedikit minyak masak
daun pisang dilayur
*** bahan-bahan utk inti kelapa manis boleh rujuk pada pos tepung bungkus atau kuih ketayap...
cara-cara:
campurkan santan dan garam.
masak diatas api yang sederhana hingga pekat.
sejukkan (room temperature)
satukan tepung beras pulut dan beras pulut hitam dan kacau rata.
masukkan sedikit demi sedikit air dah uli hingga menjadi doh yang lembut tapi tidak melekat ditangan.
bulat-bulat dan leperkan.
masukkan inti kelapa manis dan tutup kemas.
daun pisang yang telah dilayur dilap bersih dan dipotong kecil.
sapukan sedikit minyak masak diatas daun pisang.
letakkan 1 sudu besar santan pekat dan bebola inti tadi.
lipat kemas daun pisang.
ulang proses hingga selesai.
didihkan air dan kukus selama 15minit.
**** (sila abaikan balutan celik-celik dapur ya... sememangnya FAIL)
Assalammualaikum...
masih jelas dalam ingatan celik-celik dapur, 11 tahun yang lalu...
jam 11pg, celik-celik dapur tiba di Hospital Putrajaya... darah keluar Allah sahaja yang tahu... tapi bukaannya hanya 1cm... tak sakit pun... tunggu dan tunggu dan tunggu...
jam 6ptg, baru terasa sakit... itu pun macam period pain je... tekak dah tak nak makan apa-apa pun... asik minum je... celik-celik dapur paksakan diri menjamah sebiji pisang...
jam 8mlm, dah mula rasa sakit... tapi masih boleh bertahan...
jam 12tgh malam, dah tak boleh tahan... celik-celik dapur ke kaunter nurse...
CCD: "Dik, sakit lah... contraction dah kerap..."
Nurse: "saya nampak muka akak boleh tahan lagi, tak berkerut sangat... belum lagi ni"
nak tergelak pun ada bila dengar jawapan nurse... tapi tak pe lah dia yang lebih arif...
jam 2pg, kali ni dah memang tak boleh tahan... tapi masih lagi boleh berjalan ke kaunter nurse...
CCD: "Dik, akak rasa sakit sangat ni..."
Nurse: "saya bawa akak jumpa doctor... muka akak dah lain dari tadi... akak duduk kat wheel chair saya tolak..."
CCD: "akak jalan je lah dik... duduk lagi rasa sakit..."
Doc: "Puan saya check dulu ye berapa bukaannya..."
"dah 5cm... saya pecahkan ketuban dulu... pastu saya masukkan ubat... Puan boleh pegi toilet..."
CCD: "OK..." terus celik-celik dapur berlari, terasa hilang rasa sakit sekejap...
Doc: "Puan, jalan pelan-pelan... jangan teran, nanti lain pulak yang keluar... "
nurse cepat je mengikut celik-celik dapur dari belakang...
Nurse: "akak jangan kunci pintu ye... saya tunggu diluar... apa-apa panggil saya..."
celik-celik dapur dah tak boleh nak jawap apa-apa masa tu... yang tahunya nak keluarkan apa-apa yang patut sebelum baby keluar... dah selesai semuanya... nurse tadi masih menunggu diluar pintu toilet dgn wheel chair..."
Nurse: "saya ambilkan bag baby, akak duduk sini..."
semasa nurse bawa celik-celik dapur ke labour room...
Nurse: "Doktor cakap insyaallah dalam pukul 4pg dah boleh bersalin..."
tunggu... dan tunggu... dan tunggu... sakit... dan sakit... dan sakit... darah keluar terlalu banyak...
jam 4pg...
Doc: "baru buka 6cm... kenapa tak nak keluar ni??? suker duduk dalam perut mama ye??? sambil mengusap perut celik-celik dapur... Puan, contraction dah makin kurang kalau tengok pada graf... saya terpaksa induce..."
CCD: "buat lah apa-apa doctor, janji baby boleh keluar..."
Nurse datang pasang iv di kedua-dua belah tangan celik-celik dapur... kepala celik-celik dapur mula rasa pening bila dengar segala macam beep... yang tahunya, lady cleaner akan masuk setiap 15minit utk mop darah dilantai... nurse yang menjaga celik-celik dapur kerap kali datang mengusap belakang celik-celik dapur... letih tak tahu nak cakap...
jam 5pg... my other half arrived with my eldest son who is only 5 years old... such a brave and good boy... sitting alone, in the waiting room...
Sunday, 6.58am, May 11th 2003 on Mother's Day my precious little Azri was born... "My Great Supporters and My Pillar of Strengths"... and today once again, Sunday, May 11th 2014 on Mother's Day Azri is celebrating his 11th birthday...
so many 1st time we have been through together:
for the 1st time, after an hour u r born... the nurse put u in ur baby cod bed next to me... I turn to look at u... like a magnet u turn to look at me too... ur sparkling dark brown eyes, the moment is priceless...
for the 1st time, in family history, u were admitted to children hospital because of chickenpox as early as 28th days old... every time the nurse came to put the iv medicine... I will held u close to my heart, ur tiny little body is shaking but u endure the pain without crying... even the doctors and nurses were proud of u...
for the 1st time, I drove back from KL to JB... u r the one who accompanied me... not papa, not abang...
for the 1st time, at 2am I drove around Puchong searching for 24hrs clinic because u r burning with high fever...
for the 1st time, I left u alone in the car (not because I want to but I have too) with the engine still running... carrying abang to emergency room... I came back for u, u just sit still in ur car seat watching the pouring rain...
for the 1st time, my heart stop beating... u r the one with me...
so many 1st time together... I hope and I pray there will be more 1st time we can/may do together in near future...
everyday I pray for ur health, ur success... be urself, show ur emotions, ur love... not just to human beings but to all living creatures... i'm not asking u to be a great leader to conquer the world, i just want u to be u, be ur true self...
my love will always be with u... as for now, my hand will heal ur pain, my arms will hold n hugs to comfort u, my shoulder will be yours to lean on... but, one day u will find someone else hand can heal ur pain, someone else arms can hold n hugs to comfort u and someone else shoulder u can lean on... that day, i will leave u with open arms n open heart... my duty for u has ended... and u no longer my chubby little Azri...
so, before any of those things happen... u r still my one and only chubby little Azri... and we gonna have lots and lots of fun fun fun together... Happy 11th Birthday My Precious...
Assalammualaikum...
lama betul celik-celik dapur tak makan/buat tepung bungkus... teringinlah pulak... last buat semasa masih lagi di Nabih Salleh... beberapa tahun yang lalu... sebabnya hanya celik-celik dapur seorang sahaja yang makan... nak buat pun macam tak berbaloi...
1st time on April 9th 2011...
2nd time is today, May 10th 2014...
bahan-bahan utk inti:
1 biji kelapa parut diambil putih sahaja
150gm dark brown sugar (boleh lebihkan kalau suka manis)
1 helai daun pandan
sedikit air
cara-cara:
cairkan gula dgn air bersama daun pandan menggunakan api sederhana.
masukkan kelapa parut dan gaul rata.
masak hingga air gula kering.
sejuk dan bulat-bulatkan
bahan-bahan kuih:
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
1 sudu teh garam
4 sudu besar tepung beras pulut
sedikit air
daun pisang secukupnya (dilayur)
cara-cara:
campurkan tepung beras pulut dgn air utk membentuk doh.
bulat-bulatkan doh dan leperkan doh.
masukkan inti dan tutup kemas menjadi bebola.
bancuh tepung beras bersama santan dan garam.
kacau diatas api sederhana hingga separuh masak.
panaskan kukusan.
ambil 2 sudu besar bancuhan tepung yg telah dimasak dan letakkan diatas daun pisang.
letakkan 2 biji bebola inti tadi dan tutup dgn 1 sudu besar bancuhan tepung.
balut adunan seperti gambar diatas.
kukus selama 20minit.
Assalammualaikum...
banyak hari juga celik-celik dapur tak update blog... bukan apa, sebab ada long weekend last week... apa lagi kerja celik-celik dapur, kalau tak melayan kerenah MPH... macam-macam request... nak ke sana sini... layannnnn... lepas layan MPH, celik-celik dapur layan diri sendiri... mood melayan Korea kembali menyerang... ini lagi kes parah... dapur still berasap cuma tak keluar rumah je lah... apa-apa pun janji hati ku gumbira... :)))
sambil layan korea... kena isi perut juga kan??? hehehe...
bahan-bahan utk kuah kacang:
1/2kg kacang tanah (digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan dikisar)
100gm bawang merah
50gm udang kering (digoreng tanpa minyak)
10biji cili kering (digoreng bersama minyak)
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 inci halia
2 inci lengkuas (dititik)
2 batang serai (dititik)
1 cawan air asam jawa
1/2 cawan minyak
garam dan gula secukup rasa
cara-cara:
kisar halus bawang, udang kering, cili kering, bunga cengkih, bunga lawang dan halia menggunakan minyak gorengan cili kering.
panaskan periuk dan masukkan minyak.
tumis bahan diatas hingga pecah minyak.
masukkan kacang yang telah dikisar, kacau hingga sebati.
masukkan air asam jawa, tunggu seketika.
masukkan garam dan gula.
masukkan lengkuas dan serai, sentiasa kacau hingga pecah minyak.
***(jika terlalu pekat tambahkan sedikit air)
***(kalau suka pedas boleh lebihkan cili kering)
bahan-bahan lain:
telur
tauhu
kangkung
tauge
kacang panjang
kobis (optional)
tempe (optional)
timun
***(rebus dan celur bahan-bahan diatas)
Assalammualaikum...
semalam sempat celik-celik dapur masukkan resepi kuah pasembor... pagi ni celik-celik dapur masukkan resepi cucur udang rangup utk pasembor... resepi ni celik-celik dapur dapat dari blog Perniagaan Katering & Restoren... kalau sesiapa yang nak penerangan yang lebih lanjut sila buka blog diatas...
bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar kelapa kering (optional, celik-celik dapur tak letak pun)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil yeast
1 sudu kecil gula
2 cawan air suam
100gm udang basah atau kering (dikisar)
garam secukup rasa
cara-cara:
larutkan yeast dan gula dgn air suam, biarkan 10minit.
campurkan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung dan baking powder ke dalam bekas besar.
gaul sebati.
masukkan air larutan yeast dan gula tadi ke dalam mangkuk tepung.
gaul rata.
masukkan udang dan garam, gaul sebati.
tutup mangkuk adunan dan perap selama 1jam.
adunan akan naik 2 kali ganda.
gaul kembali.
panaskan kuali dan masukkan minyak.
besar atau kecil size cucur udang terpulang pada citarasa masing-masing.
Assalammualaikum...
dah berhari-hari tekak celik-celik dapur terasa nak makan pasembor aka rojak mamak... teringat pasembor padang kota yang tersangatlah famous... apakan daya disini tak de pasembor padang kota... pasembor celik-celik dapur adalah...
bahan-bahan dah dibeli dari hari jumaat lagi... cuma tak berkesempatan... busy bebenor... tambah-tambah dihujung minggu, kerenah MPH mesti didahulukan...
Alhamdulillah pagi tadi siap juga pasembor yang diidam-idamkan... :))))

bahan-bahan utk kuah:
1/2kg keledek orange (direbus dan dikisar hancur menggunakan air rebusan)
125gm udang basah (dibuang kulit, simpan bahagian kepala dan dikisar)
125gm kacang tanah (digoreng menggunakan minyak, dibuang kulit dan dikisar)
10-15biji cili kering (digoreng menggunakan minyak)
3 ulas bawang putih (digoreng layu)
2-3 biji bawang besar (dihiris dan digoreng layu)
4 cawan air
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
cara-cara:
blend cili kering, bawang putih dan bawang merah hingga hancur.
masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar kedalam periuk bersama air.
masak hingga mendidih dan kecilkan api.
masukkan air asam jawa, garam dan gula.
kacau sebati.
masak hingga kuah pekat.
bahan-bahan sampingan yang lain:
cucur udang
telur rebus
tauhu
tauge
timun
sengkuang
***(resepi asal dari Perniagaan Katering & Restoren)