Assalammualaikum...
semalam ketika celik-celik dapur menyaksikan live solat jumaat dari Masjid Al-Haram Makkah, mengimbas kembali kenangan buat pertama kali celik-celik dapur dan keluarga menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan umrah April 2010... syukur Alhamdulillah November 2010, tahun yang sama dengan izin Allah celik-celik dapur dan suami berpeluang menunaikan haji... March 2012 sebelum memulakan penghijrahan sekali lagi celik-celik dapur dan keluarga berpeluang mengerjakan umrah... February 2014 lambaian Kota Makkah & Kota Madinah sekali lagi menyambut kehadiran celik-celik dapur dan keluarga... Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan pada celik-celik dapur dan keluarga sehingga kini... doa celik-celik dapur agar celik-celik dapur dan keluarga diberi peluang lagi dan lagi untuk menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan umrah serta haji selagi hayat...
Assalammualaikum...
Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke5 celik-celik dapur berpuasa 6... untuk iftar semalam celik-celik dapur cuba buat Japchae... Korean style stir-fried glass noodles... seperti biasa celik-celik dapur beri sedikit olahan mengikut selera celik-celik dapur sendiri... kalau ikutkan resepi menggunakan daging tapi disebabkan day before dah makan daging jadi celik-celik dapur gantikan udang... Alhamdulillah hasilnya amat memuaskan... dan seperti biasa, terlebih muatan... :)))
bahan-bahan:
200gm dried glass noodles
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sesame oil
4 ulas bawang putih diracik halus
200gm udang medium size
3 sudu besar kicap pekat
200gm paksoi (ambil daunnya sahaja)
1 batang carrot medium size julienne
3 tangkai daun bawang dipotong panjang
4 dried shiitake mushroom dihiris nipis
1/2 biji bell peppers kuning dan merah dihiris panjang
2-3 sudu besar gula
1 sudu besar ground black pepper
1 sudu besar ground white pepper
garam secukup rasa
cara-cara:
didihkan air dan rebus glass noodles hingga lembut.
tos dan gaulkan dengan sedikit sesame oil serta kicap, ketepikan.
dalam bekas lain satukan the remaining soy sauce, gula, black, white pepper dan garam kacau sebati.
panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
masukkan bawang putih goreng hingga kekuningan.
masukkan carrot kacau seketika.
masukkam bell peppers, paksoi, shiitake mushroom dan daun bawang dan kacau rata.
masukkan sayuran tadi kedalam bekas besar dan ketepikan.
panaskan the remaining sesame oil masukkan udang kacau seketika.
masukkan udang kedalam bekas sayuran tadi.
masukkan glass noodles kedalam bekas sayuran dan udang gaul rata.
tuangkan bancuhan kicap dan bahan-bahan lain tadi.
gaul hingga sebati.
*** (glass noodles yang telah direbus, dipotong sedikit untuk menyenangkan proses menggaul)
*** (dried shiitake mushroom hendaklah direndam didalam air suam hingga lembut kemudian perah buang air dan hiris nipis)
Assalammualaikum...
request from MPH this morning for their breakfast... :)))
bahan-bahan:
1 sisir pisang masak manis
tepung utk menggoreng pisang
sugar dust/icing sugar
chocolate syrup
minyak utk menggoreng
cara-cara:
pisang dibelah.
panaskan minyak.
celupkan pisang kedlm tepung yg telah dibancuh (bancuhan tepung goreng).
goreng pisang hingga keperangan atau garing.
tos dan biarkan seketika.
hidangkan pisang yg siap digoreng bersama sugar and chocolate syrup.
Assalammualaikum...
kepada sanak saudara yang jauh dimata, rakan taulan jauh dan dekat serta sesiapa yang sudi menjengah ke blog My Little Kitchen, celik-celik dapur ingin mengucapkan salam Aidil Fitri untuk semua... seandainya ada khilaf yang membekas lara kemaafan ku pohon...
sedikit photo untuk tatapan semua dipagi Syawal yang mulia...
juadah dipagi Syawal... kuah kacang, satay ayam, nasi impit, rendang daging dan serunding daging...
honey cornflakes, pineapple tarts, hazel london & chocolate n almond cookies...
Assalammualaikum...
juadah iftar untuk malam ini celik-celik dapur tak sempat nak ambik gambar... sebabnya terlewat masak... azan dah berkumandang baru selesai masak... sempat ambik gambar dessert request by MPH sahaja...
banana fritters with vanilla ice cream & chocolate syrup...
Assalammualaikum...
last night iftar was my first time preparing bibimbap... celik-celik dapur ingin berkongsi resepi bibimbap yang celik-celik dapur olah mengikut selera celik-celik dapur and My Precious Little Azri...
bahan-bahan:
minyak untuk menggoreng
400gm minced beef
1 biji bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih diracik halus
1/2 inci halia diracik halus
1 1/2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil chili flakes
1 batang carrot medium size julienne
2 batang timun medium size julienne
5 kuntum shiitake mushrooms dihiris nipis
1 pack tauge
4 biji telur
4 cawan nasi yang siap dimasak (celik-celik dapur guna sushi rice)
sedikit garam dan gula atau honey
cara-cara:
panaskan frying pan masukkan 3 sudu besar minyak.
tumis bawang besar, bawang putih dan halia seketika jangan sampai hangus.
masukkan chili flakes kacau rata.
masukkan minced beef kacau sebati.
masukkan kicap manis, garam dan gula atau honey.
stir fry for 5 minutes.
remove from the heat and set aside.
menggunakan pan yang sama panaskan 1 sudu besar minyak.
masukkan carrot stir fry until tender.
remove from the heat and set aside.
ulang proses yang sama untuk timun, shiitake mushroom dan tauge.
goreng telur sunny-side up.
cara-cara menghidang:
masukkan nasi ke dalam mangkuk.
letakkan telur diatas nasi.
susun minced beef and vegetables around the egg.
dan letakkan hot chili paste.
*** cara memakannya gaulkan semua bahan-bahan didalam magkuk dan bolehlah di Ngap!!! hehehe...
*** sebaiknya bibimbap dihidangkan didalam stone bowls untuk mengekalkan kepanasan...
bahan-bahan untuk hot chili paste:
100gm cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit garam, gula atau honey
minyak untuk menggoreng
cara-cara:
kisar cili dan bawang jangan terlalu halus.
panaskan kuali dan masukkan minyak.
tumis bahan kisar.
bila agak kering masukkan garam, gula atau honey.
masak hingga cili betul-betul kering.
ketepikan dan sejukkan.
boleh disimpan untuk kegunaan lain.
boleh juga ditambahkan dengan bijan juka suka.
Assalammualaikum...
Alhamdulillah semalam dapat beriftar nasi... tapi Korean style... idea datang dari My Precious Little Azri... he wanted to try Bibimbap (mixed rice with meat, egg, vegetables and hot chili paste)...
pagi semalam celik-celik dapur keluar shopping untuk bahan-bahan untuk juadah pagi raya... termasukklah bahan-bahan untuk bibimbap... dah tulis semua bahan ada juga yang terkucil... terlepas pandang... sebab list terlalu panjang... lupa pula nak bawa pen untuk tick mana yang dah dimasukkan ke dalam trolley... untuk bibimbap semalam terkurang satu bahan... shiitake mushrooms... actually you can put anything to this dish depending on your preference...
Bibimbap... rice, minced beef, cucumbers, carrots, bean sprouts, sunny side egg and hot chili paste...
ini bowl celik-celik dapur... untuk Azri pula hanya mince beef and cucumber... tapi Azri makan dengan berselera sekali... I asked Azri how was it... simple comment from Azri... "ermmmm sedap, mama(with mouth full of bibimbap)... later he added... "you should try abang..."
Amirul pula seperti biasa tak berapa gemar makan nasi... jadi celik-celik dapur sediakan spaghetti carbonara again for Amirul...