Assalammualaikum...
kepada sanak saudara yang jauh dimata, rakan taulan jauh dan dekat serta sesiapa yang sudi menjengah ke blog My Little Kitchen, celik-celik dapur ingin mengucapkan salam Aidil Fitri untuk semua... seandainya ada khilaf yang membekas lara kemaafan ku pohon...
sedikit photo untuk tatapan semua dipagi Syawal yang mulia...
juadah dipagi Syawal... kuah kacang, satay ayam, nasi impit, rendang daging dan serunding daging...
honey cornflakes, pineapple tarts, hazel london & chocolate n almond cookies...
Assalammualaikum...
juadah iftar untuk malam ini celik-celik dapur tak sempat nak ambik gambar... sebabnya terlewat masak... azan dah berkumandang baru selesai masak... sempat ambik gambar dessert request by MPH sahaja...
banana fritters with vanilla ice cream & chocolate syrup...
Assalammualaikum...
last night iftar was my first time preparing bibimbap... celik-celik dapur ingin berkongsi resepi bibimbap yang celik-celik dapur olah mengikut selera celik-celik dapur and My Precious Little Azri...
bahan-bahan:
minyak untuk menggoreng
400gm minced beef
1 biji bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih diracik halus
1/2 inci halia diracik halus
1 1/2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil chili flakes
1 batang carrot medium size julienne
2 batang timun medium size julienne
5 kuntum shiitake mushrooms dihiris nipis
1 pack tauge
4 biji telur
4 cawan nasi yang siap dimasak (celik-celik dapur guna sushi rice)
sedikit garam dan gula atau honey
cara-cara:
panaskan frying pan masukkan 3 sudu besar minyak.
tumis bawang besar, bawang putih dan halia seketika jangan sampai hangus.
masukkan chili flakes kacau rata.
masukkan minced beef kacau sebati.
masukkan kicap manis, garam dan gula atau honey.
stir fry for 5 minutes.
remove from the heat and set aside.
menggunakan pan yang sama panaskan 1 sudu besar minyak.
masukkan carrot stir fry until tender.
remove from the heat and set aside.
ulang proses yang sama untuk timun, shiitake mushroom dan tauge.
goreng telur sunny-side up.
cara-cara menghidang:
masukkan nasi ke dalam mangkuk.
letakkan telur diatas nasi.
susun minced beef and vegetables around the egg.
dan letakkan hot chili paste.
*** cara memakannya gaulkan semua bahan-bahan didalam magkuk dan bolehlah di Ngap!!! hehehe...
*** sebaiknya bibimbap dihidangkan didalam stone bowls untuk mengekalkan kepanasan...
bahan-bahan untuk hot chili paste:
100gm cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit garam, gula atau honey
minyak untuk menggoreng
cara-cara:
kisar cili dan bawang jangan terlalu halus.
panaskan kuali dan masukkan minyak.
tumis bahan kisar.
bila agak kering masukkan garam, gula atau honey.
masak hingga cili betul-betul kering.
ketepikan dan sejukkan.
boleh disimpan untuk kegunaan lain.
boleh juga ditambahkan dengan bijan juka suka.
Assalammualaikum...
Alhamdulillah semalam dapat beriftar nasi... tapi Korean style... idea datang dari My Precious Little Azri... he wanted to try Bibimbap (mixed rice with meat, egg, vegetables and hot chili paste)...
pagi semalam celik-celik dapur keluar shopping untuk bahan-bahan untuk juadah pagi raya... termasukklah bahan-bahan untuk bibimbap... dah tulis semua bahan ada juga yang terkucil... terlepas pandang... sebab list terlalu panjang... lupa pula nak bawa pen untuk tick mana yang dah dimasukkan ke dalam trolley... untuk bibimbap semalam terkurang satu bahan... shiitake mushrooms... actually you can put anything to this dish depending on your preference...
Bibimbap... rice, minced beef, cucumbers, carrots, bean sprouts, sunny side egg and hot chili paste...
ini bowl celik-celik dapur... untuk Azri pula hanya mince beef and cucumber... tapi Azri makan dengan berselera sekali... I asked Azri how was it... simple comment from Azri... "ermmmm sedap, mama(with mouth full of bibimbap)... later he added... "you should try abang..."
Amirul pula seperti biasa tak berapa gemar makan nasi... jadi celik-celik dapur sediakan spaghetti carbonara again for Amirul...
Assalammualaikum...
semalam mood untuk makan manis-manis tiba-tiba datang... bila tengok dalam fridge and kitchen cabinet semua bahan-bahan yang diperlukan ada... berbunga hati celik-celik dapur...
itu untuk dessert... untuk iftar pula seperti biasa menu simple je setiap hari... janji lepas berbuka perut separuh kenyang... tak lah berat atau mengantuk bila tiba masa untuk bersolat tarawih... Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri pada celik-celik dapur dan keluarga...
roti john & crunchy fries...
kuih kochi yang terkurang lemak...
Assalammualaikum...
untuk menikmati juadah iftar yang garing-garing yang pastinya menjadi kegemaran celik-celik dapur sejak dari kecil lagi terpaksa dikuburkan buat seketika demi menjaga gigi yang akan di final touch next Thursday... Insyaallah...
pulang dari dental clinic semalam, celik-celik dapur terus shopping untuk barang-barang iftar... mana lagi kalau bukan favourite supermarket Al Jazira... nak kena makan yang lembut-lembut gitu... dah lama teringin nak makan wonton... kalau goreng rangup sudah pasti tak boleh... buat steam wonton je lah ye... wonton noodles boleh buat sendiri... wonton skin celik-celik dapur beli je... hehehe... bukan tak boleh buat tapi malas nak berdiri lama...
sampai di rumah terus celik-celik dapur rebus daging... untuk dapatkan super clear soup kena guna api yang sederhana sahaja... tapi kali ni gagal... walaupun guna api slow, disebabkan leka menerap tartlets terkucil juga akhirnya... tak dapat yang super clear yang celik-celik dapur harapkan... hentam saja lah labu... apa nak dikatakan lagi...
iftar semalam... wonton noodles soup with steam wonton...
Assalammualaikum...
Alhamdulillah... celik-celik dapur baru je pulang dari dental cliniq for my root canal second treatment... third treatment on 31st July... tak boleh makan terlalu keras, terlalu panas dan terlalu sejuk lagi... masak bubur nasi je lah ye untuk pagi Syawal nanti... hehehe... apa-apa pun Ramadhan masih ada... kejarkan dulu hari-hari terakhir Ramadhan... itu yang lebih penting...
iftar semalam... menunaikan janji yang tertunggak untuk MPH...
spicy chicken pasta & beef bacon pasta...
apam balik yang gebu untuk celik-celik dapur demi menjaga gigi... :)))