Sunday, 30 November 2014

Sambal Tumis Lemak Petai

Assalammualaikum...
semalam celik-celik dapur ke Rachanee kedai barang-barang thai untuk beli daun pandan... sukeerrrr sangat-sangat sebab dapat petai yang masih berkulit... selalunya dapat petai yang siap dikopek... agak kurang menarik... cilik-celik dapur ambil 4 papan sahaja... bila tanya di cashier berapa sekilo... mak datuk mahalnya... bd7/kg... hampir rm70/kg... teringin punya pasal mahal pun mahal lah...

kalau arwah bonda buat sambal tumis petai inilah yang selalu dibuatnya... sambal tumis lemak petai... kegemaran abah, acak dan celik-celik dapur... nasi panas, ikan kembung goreng garing cukup untuk membangkitkan selera... air tangan bonda yang tak dapat dilupakan... tiada tandingannya... Al Fatihah untuk bonda tercinta...



bahan-bahan:
4 papan petai
5 sudu besar chili paste (cili dikisar bersama bawang merah)
200ml santan pekat
sedikit udang segar
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis


kulit hijau petai dikikis
 
dihiris nipis

dicelur

cara-cara:
kikis bahagian hijau kulit petai.
basuh dan hiris nipis.
didihkan air kemudian celur petai seketika (1-2minit) dan tos kan.
panaskan kuali masukkan minyak.
tumis chili paste hingga naik bau.
masukkan air asam jawa, biarkan mendidih.
masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.
biarkan mendidih seketika.
masukkan petai dan udang.






*** (boleh lebihkan chili paste jika suka pedas)
*** (boleh juga letak belacan jika suka)



 

Saturday, 29 November 2014

Moist Banana Walnut Muffins

Assalammualaikum...
pisang ohhhh pisang... celik-celik dapur beli pisang montel 6 biji selalunya sekejap je habis... entah kenapa kali ni terluaknya hanya sebiji... 5 biji lagi dah naik black spotted... puas juga memikir... nak buat cekodok pisang, dah selalu sangat... nak buat bingka pisang pun kerap kali buat celik-celik dapur makan sorang je... kali ni celik-celik dapur try buat muffin pula... harap-harap larislah hendaknya di rumah ni... :)))




bahan-bahan:
250gm butter
1 cawan caster sugar
1 cawan icing sugar
2 1/4 cawan self raising flour
5 biji  pisang masak ranum 
1 cawan walnut roughly chop
5 biji telur
1 sudu kecil vanilla essence
 

 
cara-cara:
panaskan oven pada suhu 180'C.
pukul butter dan gula hingga kembang.
masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga sebati.
masukkan vanilla essence.
masukkan tepung, gaul rata.
masukkan pisang dan walnut.
sudukan adunan ke dalam bekas cupcakes dan bakar selama 15-20minit atau hingga masak.


 

Brisk Walking

Assalammualaikum...
Alhamdulillah sekarang dah masuk musim sejuk di Bahrain, middle east... cuaca yang paling bagus untuk activity luaran... desert camp, bbq, brisk walking dan seangkatan dengannya... celik-celik dapur suka brisk walking di musim sejuk... nak jogging tak boleh... faham-faham je lah ye... heheheh...

Sitra Bay... selepas hantar anak-anak ke sekolah singgah sekejap utk brisk walking for 1hr everyday... exercise sambil menghirup udara laut yang segar...






 

Wednesday, 12 November 2014

Moist Carrot Cupcakes

Assalammualaikum...
kalau sebut pasal desserts mesti terbayang yang manis-manis kan??? I'm not a sweet tooth person... especially sweet desserts... sometimes I will skip desserts... I prefer starter or appetizer rather than desserts... tapi semenjak dua menjak ni mood baking kerap kali datang... makan nye tak seberapa... but I love the smell of freshly baked cake... heaven!!!

I would love to share this simple recipe from my dearest aunty, Hajjah Rohaya Jaafar... for me she is one great baker... my mentor in baking... as usual this is my 1st attempt and it taste so good... I'm on cloud nine... hahahaha... masuk bakul angkat sendiri... tak pe lah kan... sendiri bake, sendiri makan, sendiri judge... couldn't ask for more...

 

bahan-bahan:
250gm butter
2 cawan caster sugar
2 1/4 cawan self raising flour
2 btg carrot medium size diparut
1 cawan walnut roughly chop
5 biji telur
1 sudu kecil ground cinnamon
1 sudu kecil vanilla essence



cara-cara:
panaskan oven pada suhu 180'C.
pukul butter dan gula hingga kembang.
masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga sebati.
masukkan vanilla essence.
satukan tepung dan ground cinnamon.
masukkan campuran tepung, gaul rata.
masukkan carrot diikuti walnut.
sudukan adunan ke dalam bekas cupcakes dan bakar selama 15-20minit atau hingga masak.


 
 
bahan-bahan untuk cream cheese:
2 cawan icing sugar
250gm Philadelphia cheese
combined and mixed together until smooth



***(boleh dibakar menggunakan loyang 10 atau 12inci menggunakan suhu 180'C selama 45minit atau hingga masak)

 

Sunday, 9 November 2014

Outing with Azri...

Assalammualaikum...
rasanya lama juga celik-celik dapur tak menjengah ke My Little Kitchen... tak lah busy sangat... routine harian macam biasa je... cuma mood memasak agak kurang gitu... :)))

Alhamdulillah angin sejuk dah mula terasa... winter is just around the corner... 3rd & 4th Nov is public holiday in Bahrain to celebrate Ashura... 5th & 6th Azri is absent due to bad cough... Alhamdulillah tak demam... tapi bila tiba hari jumaat he nagged me to take him to watch Big Hero 6 movie... risau juga batuknya berulang lagi... tapi tak sampai hati pula nak menolak... celik-celik dapur layan je lah permintaan Azri... selesai solat jumaat celik-celik dapur dan Azri ke BCC... good time with my precious little Azri... 

Baymax macam anak mama je... marah Azri kalau tahu mama cakap dia macam Baymax... :)))

 


after the movie, we have an early and light dinner at Vapiano...
 
 
 

 

Friday, 31 October 2014

Vanilla Butter Layer Cake with Raspberry Jam

Assalammualaikum...
bangun pagi tadi mood untuk baking tetiba je datang... sementara menunggu butter lembut celik-celik dapur layan kerenah anak-anak yang macam-macam permintaan dipagi minggu... dah siap breakfast butter pun lembut... celik-celik dapur ingatkan nak buat butter cake biasa sahaja tapi Amirul minta layer cake with berries... any berries, he said... selepas bakar kek celik-celik dapur ke Al Jazira Supermarket untuk dapatkan fresh raspberry and whipping cream...

celik-celik dapur bukanlah pakar dalam hal-hal baking dan mendeco kek... disebabkan anak-anak semua nya try and error... masih ditahap belajar... dan ini lah hasilnya...





bahan-bahan:
250g butter          
           
            
            
            




masukkan telur sebiji demi sebiji hingga adunan sebati
masukkan vanilla essence.
masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis.
gaul sebati.
masukkan adunan kedalam loyang 8inci.
bakar selama 45minit - 1jam atau hingga kek masak.
menggunakan suhu 180'C.


 


bahan-bahan fresh cream, filling dan hiasan:
1 cawan whipping cream
100gm icing sugar (boleh ditambah atau dikurangkan)
100gm raspberry jam
sedikit fresh raspberry

cara-cara:
masukkan whipping cream dan icing sugar kedalam mangkuk mixer.
menggunakan high speed pukul hingga cream bertukar menjadi keras.
potong kek kepada dua bahagian.
sapukan sedikit whipped cream.
tuangkan raspberry jam dan ratakan.
letak sebahagian kek lagi diatas.
baluti kek sepenuhnya dengan whipped cream.
hias kek mengikut selera masing-masing.
        
 

Steam Fish

Assalammualaikum...
beberapa hari lepas celik-celik dapur terasa nak makan steam fish... dah lama betul tak buat... Alhamdulillah dapat ikan sherry fresh... masa beli ikan masih berbuih lagi... bila siang masih berbau air laut... celik-celik dapur steam dalam oven sahaja... senang kerja dan tak perlu tunggu lama...


bahan-bahan:
1 ekor ikan medium size (celik-celik dapur guna ikan sherry)
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 biji lemon dihiris
1sudu besar oyster sauce
sedikit garam
sedikit black pepper
sedikit cili padi jika suka
sedikit parsley





cara-cara:
cuci bersih ikan.
menggunakan aluminium foil, susun sedikit hirisan lemon, bawang besar, bawang putih dan halia.
gaul ikan dengan garam dan black pepper.
diatas ikan susun lebihan hirisan lemon, bawang besar, bawang putih dan halia.
tuangkan oyster sauce.
taburkan sedikit hirisan cili padi jika suka.
tutup kemas aluminium foil.
masukkan ikan kedalam oven selama 20minit dengan suhu 100'C.
setelah masak taburkan daun parsley.