Wednesday, 22 October 2014

Rocky Road Cupcakes

Assalammualaikum...
semalam puas juga celik-celik dapur pusing-pusing 3 tempat untuk dapatkan semua bahan-bahan untuk rocky road... apa-apa pun Alhamdulillah, terasa berbaloi penat semalam sebabnya pertama kali buat rocky road menjadi... anyway, this is my surprise little gift for My Precious Hero's as a token for their hard work on their 1st term test... hope they love it... :)))

 


bahan-bahan:
250gm butter
200gm sour cream
75gm cooking chocolate
1 2/3 cawan caster sugar
2 1/4 cawan self raising flour
3 biji telur
1/2 cawan cocoa powder
1/2 cawan air panas
1 sudu besar vanilla essence

cara-cara:
cairkan butter dan gula menggunakan api kecil hingga gula larut.
masukkan butter dan gula yang telah dicairkan kedalam mangkuk mixer.
pukul hingga adunan tadi sejuk.
cairkan cooking chocolate.
masukkan cocoa powder,  kedlm air panas kacau hingga sebati.
campurkan cooking chocolate bersama bancuhan cocoa powder.
masukkan telur kedlm mixer.
diikuti dgn vanilla essence, tepung, saur cream dan campuran chocolate.
gaul sebati.
sendukkan kedlm cupcakes mould.
bakar selama 18minit atau hingga masak menggunakan suhu 180'C.

 


bahan-bahan frosting:
250gm cooking chocolate
300gm cream cheese
125gm unslted butter
2 cawan icing sugar
4 sudu besar cocoa powder

cara-cara:
cairkan cooking chocolate ketepikan.
pukul butter dan cream cheese.
masukkan icing sugar dan cocoa powder.
masukkan cooking chocolate.
gaul sebati.


***(icing sugar untuk frosting boleh dikurangkan)

 

Monday, 20 October 2014

5 Spice Chicken Thighs with Sweet Chili & Sesame Seeds

Assalammualaikum...
semalam ada incident berlaku... nak cerita panjang sangat... jadi dipendekkan cerita, celik-celik dapur sempat masak 1 simple dish for lunch... simple, easy and delicious to my palate... Chinese style...

 


bahan-bahan:
5 keping chicken thighs
1 sudu besar Chinese 5 Spice (boleh dikurangkan)
2 ulas bawang putih finely chopped
1/2 inci halia finely chopped
2 sudu besar sweet chili sauce
1 sudu besar sesame seeds
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng

 


cara-cara:
panaskan kuali masukkan minyak anggaran 2 sudu besar.
marinate chicken thighs bersama bawang putih, halia, garam dan 5 spice.
gaul rata.
goreng chicken thighs until golden brown.
masukkan sweet chili sauce and sugar.
masukkan sesame seeds.
gaul rata.


***(pound the chicken thighs to flatten so that easy to cook)

 

Sunday, 19 October 2014

Tempe Goreng Cili

Assalammualaikum...
celik-celik dapur bukanlah penggemar tempe... disebabkan my roommate org Johor so kenalah belajar masak tempe... selalunya celik-celik dapur masak je makan nye tidak... tapi bila dah masak tu sesekali jamah juga... sekadar rasa kata orang...

 


bahan-bahan:
1 pack tempe dihiris nipis dan digoreng rangup
4 sudu besar chili paste
sedikit ikan bilis digoreng
sedikit kacang tanah digoreng
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

cara-cara:
panaskan kuali masukkan minyak.
tumis cili hingga naik bau.
masukkan garam dan gula.
ketepi dan biarkan sejuk.
setelah sejuk barulah dimasukkan tempe, ikan bilis dan kacang.
gaul rata.



***(cili mestilah sejuk sebelum digaul bagi mengekalkan kerangupan tempe, ikan bilis dan kacang)
 

Tuesday, 14 October 2014

Sotong Goreng Cili

Assalammualaikum...
bangun pagi tadi tak tahu apa yang nak dimasak... bila celik-celik dapur tanyakan MPH, seperti biasa jawapannya "anything" tak pun "entah"... malas nak fikir panjang celik-celik dapur sediakan ayam goreng... itu semestinya ada dalam menu... steam broccoli with oyster sauce to balance up the meal and spicy fried cuttlefish... simple and easy...


bahan-bahan:
500gm sotong (celik-celik dapur guna cuttlefish) 
3 sudu besar chili paste
3 sudu besar thai sweet chili sauce
2 sudu besar kicap manis
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menggoreng
1 biji bawang dipotong bulat
1 biji cili merah dihiris
1 biji cili hijau dihiris


cara-cara:
panaskan kuali masukkan minyak.
gaul sotong bersama serbuk kunyit dan sedikit garam.
goreng sotong anggaran 2/3minit.
angkat dan ketepikan.
menggunakan minyak yang sama tumis chili paste hingga naik bau.
masukkan thai sweet chili sauce dan kicap.
rasa, jika kurang garam atau gula boleh ditambah.
masukkan semula sotong.
masukkan bawang dan cili.
gaul sebati dan biarkan anggaran 3-5minit.


***(cuttlefish akan keras jika dimasak terlalu lama)
 

Sunday, 12 October 2014

Red Velvet Cupcakes

Assalammualaikum...
dah berzaman kan orang buat red velvet??? celik-celik dapur baru hari ini pertama kali mencuba... memang ketinggalan zaman... Alhamdulillah, berjaya on my 1st attempt... walaupun siput dijari tak berapa banyak dalam hal-hal baking...

sukerrrr...

resepi asal dari emak saudara celik-celik dapur sendiri, Hjh Rohaya Jaafar... beliau memang pakar dalam hal-hal baking and cake decoration for any occasion... you just name it... cuma anak saudara nya saja yang tak berapa nak pakar... banyak lagi yang perlu celik-celik dapur pelajari... insyaallah, ilmu yang baik, sebaik-baiknya dipelajari dan dikongsi bersama... :)))


bahan-bahan:
2 cawan self raising flour
2 cawan caster sugar
250gm butter
200gm sour cream
2 sudu besar serbuk koko (dicampur dgn sedikit air utk dijadikan paste)
2 sudu besar pewarna merah
5 biji telur
1 sudu kecil vanilla essence

 

cara-cara:
pukul butter dan gula hingga kembang.
masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
masukkan sour cream, tepung, cocoa paste, pewarna dan essence.
gaul sebati.
sudukan adunan ke dalam bekas cupcakes dan bakar dgn menggunakan suhu 180'C selama 15-20minit atau hingga masak.


***(boleh dibakar menggunakan loyang 10 atau 12inci menggunakan suhu 180'C selama 45minit atau hingga masak)


bahan-bahan untuk cream cheese:
1 cawan icing sugar
250gm Philadelphia cheese
combined and mixed together until smooth

 

Friday, 10 October 2014

Lontong

Assalammualaikum...
lama betul celik-celik dapur tak melodeh dan melontong... lebih kurang setahun lamanya... baru-baru ni dapat makan lontong di hari raya tapi tak puas... maklumlah bukan sendiri yang masak... khamis semalam celik-celik dapur masak sendiri... puas rasanya... boleh makan berulang-ulang... :)))

resepi sayur lodeh adalah resepi bonda mertua celik-celik dapur... sememangnya sayur lodehnya memang power... tiada tandingan... untuk tekak celik-celik dapur lah ye...


bahan-bahan:
10 urat kacang panjang dihiris
1 batang carrot big size dihiris
1/4 biji kobis dipotong besar
2 biji kentang medium size dipotong dadu
1 pack tempe dipotong kecil dan digoreng
4 ketul tauhu dipotong kecil dan digoreng
1 pack tauhu kering direndam dan dipotong
sedikit suun direndam
50gm udang segar dibuang kulit dibelah belakang
1 sudu besar udang kering
400ml santan pekat
400ml santan cair
2 cawan UHT milk
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa

bahan-bahan tumis:
3 biji buah keras dikisar
3 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
2 sudu besar kacang kisar
1 sudu besar chili paste
1 btg serai titik
sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna

 


cara-cara:
panaskan periuk masukkan minyak.
tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau.
masukkan sayuran yang keras dahulu gaul seketika.
masukkan udang segar dan udang kering.
masukkan santan dan UHT milk biarkan mendidih.
masukkan sayur-sayuran lain dan kacau seketika.
masukkan garam dan gula secukup rasa.
masukkan tauhu, tempe, tauhu kering dan suun.
biarkan mendidih seketika.


***(lontong sedap dimakan bersama sambal tumis dan juga kuah kacang)
***(sayur-sayuran dalam lodeh boleh ditambah atau ditukar mengikiut selera masing-masing)
***(kalau suka lodeh yang berkuah banyak boleh lebihkan santan atau susu)

 

Monday, 6 October 2014

Aidil Adha 2014

Assalammualaikum...
Salam Aidil Adha untuk semua keluarga, rakan-rakan dan juga kepada yang sudi menjengah ke ruangan My Little Kitchen dimana jua anda berada... tahun ini celik-celik dapur berhari raya tanpa my other half... syukur Alhamdulillah hubby celik-celik dapur menjadi tetamu Allah buat kali ke-2 untuk menunaikan rukun Islam yg ke5... ada beberapa photo yang nak celik-celik dapur kongsi bersama... :)))


1st day of Eid...
juadah dipagi raya... nasi impit, serunding daging, marble cake...
satay ayam, kuah kacang...




2nd day of Eid...
@ Kak Noni's open house...





3rd day of Eid...
@ Bahrain City Centre...